Cabaran berpuasa dengan anak-anak yang kian membesar lebih besar. Bukan mudah nak didik mereka berpuasa mulanya. Namun alhamdulillah, Aqil dan Alia senang berpuasa. Tahun lepas dapat juga mereka puasa penuh, walau ibunya sebulan tak puasa kerana sedang dalam pantang.
Berlainan dengan Abid. Dia ni susah sikit kot. Tapi satu kejayaan juga kerana tahun lepas dia dapat puasa satu hari penuh. Itupun pada hari terakhir Ramadhan.
Tahun ini awal-awal Abid dah kata dia nak puasa 4 hari saja. Alahai anak ibu, oklah tu sebab masih 4 tahun lebih kan. Tapi dia ada kata, kalau waktu sekolah dia nak puasa, balik saja rumah nak buka...hehe.
Moga tahun ini kita sama-sama dapat menunaikan ibadah puasa ini dengan sempurna.
Selamat Menyambut Ramadhan buat semua...
P/s: Tahun ni puasa pertama di rumah mil, raya pertama di rumah mak. Macam rasa lamanya tak balik kampung...huhu. Uolls sambut puasa balik kampung tak?...:)
_ _ _ _ _ _ _
-yus-
selamat berpuasa kak..
ReplyDeleteselamat puasa kak yus...sama lah kita, tahun lepas sebulan bercuti.
ReplyDeleteSelamat berpuasa kakyus..selangor keja 1 ramadhan ni, ingat nak ct raya awal sikit nak berpuasa, berbuka & bersahur kat kg kalau sempat, insyaAllah.
ReplyDeletepakngah pun suka nombor 4. umur Abid 4 tahun. dia nak puasa 4 hari. entri yus ni, kalau google berdasarkan tajuk dapat no. 4 !
ReplyDeleteselamat berpuasa kak yus...:)
ReplyDeleteassalam yus.perlahan lahan ajr anak yu..akak dulu masa anak umur 4 tahun tak ajar pu lagi puasa..dah 5 tahun baru mula dan 6 tahun baru penuh sebulan puasa.
ReplyDeleteselamat berpuasa buat kak yus sekeluarga...
ReplyDeleteizan puasa pertama kat rumah aje... en hubby keje cam biasa kak.
kak yus, saya di pahang ni balik kampung sempena nk sambut ramadhan hehehhe..alhamudlillah moga dpjgkn umur...
ReplyDeleteYus..dpt 4 hari pun jadi lah...heheh
ReplyDeleteDan Happy Belated Birthday to Arif...semoga membesar menjadi anak yang soleh...dan segala doa mama untuknya dimakbulkan...ameen
selamat menyambut Ramadhan to kak yus and family.
ReplyDeletesaya tgh kat kampung ni, balik sambut puasa:)
wah...seronoknye..anak2 kak yus dah pandai berpuasa...
ReplyDeletecma pun bru nk mengajar seri berpuasa..
selamat berpuasa kak...
seronok tengok anak2 berpuasa..satu latihan kpd mrk untuk membiasakan diri drp makan dan minum..
ReplyDeleteselamat menyambut ramadan Al mubarak..moga kedatangan ramadan dpt dimanfaatkan sepenuhnya dengan amalan2 yg menjadi kelaziman..ameen
selamat berpuasa pd Yus n family......
ReplyDelete