Saturday, July 23, 2011

Home » » Memindahkan idea ke bentuk penulisan...

Memindahkan idea ke bentuk penulisan...

Susahkan nak pindahkan apa yang ada dalam minda kita ke bentuk penulisan.
Sebab tu tak semua orang boleh jadi penulis berjaya.
Penulis blog ramailah.

Ada masa banyak perkara yang berlegar-legar dalam otak tu,
tunggu masa saja untuk di luahkan,
Tapi tak kesampaian...

Berkongsi idea dan cerita melalui lisan ,
sedikit berbeza dengan berkongsi cerita melalui penulisan.

Kalau bercakap ni, ikut sesedap mulut kita juga,
terutama dengan orang yang kita memang rapat,
Tak kisahlah walau bahasa di guna sedikit kasar,
Kawan-kawan biasanya memahami.
Tapi kalau yang asing bagi kita, boleh terasa!!

Tetapi kalau menulis ni,
Penggunaan bahasa tu penting sebenarnya,
Walau hanya penulisan blog,
Ramai mata yang memandang dan melihat
Ada minda yang menilai...

Walau secara tidak langsung,
Sedikit sebanyak, mempengaruhi
Tanggapan pembaca terhadap kita.

Dilema.....
Bila niat di hati ingin berkongsi rasa
Meringankan apa yang terbuku
Tapi takut di salah ertikan...

Hakikatnya tak semua benda kita boleh kongsi dengan pembaca
Ada juga yang perlu di sembunyikan
Kerana hati manusia ni lain-lain
Rambut saja yang sama hitam,
Walau sebenarnya, ramai juga yang berambut putih dan perang  :p.

~ يوس ~



13 comments:

  1. Ms skola2 dulu rajin gak menulis kak, tp ayat tu takdela puitis sgt, suke2 je, skrg curahkan ke blog hehe

    ReplyDelete
  2. kdg2 kan yus..akak rasa cam xpercaya mampu buat blog..hehee..

    sbenarnya agak sukar menzahirkan idea dlm bentuk tulisan..xseme org mampu menulis..bercakap seme org bole kan..

    ReplyDelete
  3. setuju dgn semua ayat di atas...

    sy ni kadang2 terus beku lama, tapi apa yg nak cerita tu ada...ayat tu tak mari...ahahahha

    ReplyDelete
  4. susah nak cakap..sbb kdg2 idea mencurah2 nak tulih entry..tp bab nak rangka ayat ni mmg payah sket..

    ReplyDelete
  5. assalam yus..btul kata yus..tapi selalunya akak akan tulis jugak..tapi simpan..semata2 nak melegakan apa yang akak rasa..

    ReplyDelete
  6. setiap penulisan pasti ada kekreatifan masing2 kan? menulis itu satu eksperasi diri mewakili percakapan nyata:) happy blogging sis!

    ReplyDelete
  7. hi yus..
    tu la psl, ms mama sarah srh akak
    tulis blog, mcm2 alsn akak bg..
    x pandai,x der ms, xde idea...
    tp bla dh mula..ok laa..

    ReplyDelete
  8. setuju sangat pandangan yus..

    kadangkala banyk idea..masa pulak tak sempat buka lappy..

    apa2pun kita kongsikan yang baik2 je..kalau terluah perasaan bermakna kita redhalah cerita2 untk dikongsi..kita dengar dan simpati..

    kdgkala kita suka mmbaca penulisan sesetengah blogger yang kritis,islamaik dan humor..sb kita pun belum tau n3 kita org suka ke tidak..

    takpelah menulis pun suka2..moga bermanfaat..

    ReplyDelete
  9. cma suka bca penulisan org..tp cma sendiri kalo nk bebetul menulis mmg agak payah...kat blog pun byk yg tulis merapu..

    ReplyDelete
  10. betoi tu kak....

    kdg2 tak semua org boleh baca apa yg kita ceritakan....

    ReplyDelete
  11. betul2. setuju sangat2 ngan kak yus. saya ni termasuk dalam spesis yang tak pandai menulis. pk macam, tapi bila nak tulis tu, tak tau nak susun macam mana. kadang takut gak orang tersalah tafsir apa yang kita tulis

    ReplyDelete
  12. Kakyus, tu kadang-kadang bila ada masalah terpaksa diam dari menulis kejap sebab taktahu camana nak luah..

    ReplyDelete
  13. betul ckp Yus....x semua org pandai menulis..... memang x semestinya org yg pandai ckp blh menulis dan org yg diam2 2 ubi berisi........

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...