Thursday, July 14, 2011

Home » » .::Komen-komen Mencuit Hati::.

.::Komen-komen Mencuit Hati::.

Salam semua.....

Apa khabar hari ini?? Harap semua sihat-sihat dan baik-baik belaka ya.

Hati berbunga riang nampak...;):yuhuu
Hati siapa? Hati akulah kan...
SRD dah selamat kembali ke sisi malam tadi.
Pukul 11.30 malam baru sampai rumah.
Jauh benor perjalanan...:p.

Tapi kan, aku nak beritahu ni, dalam pada hati aku suram, SRD OS jauh, 
Korang semua selalu buat aku tersenyum dengan komen-komen yang sangat mencuit hati.

Aku ingin kongsi di sini 2 komen yang paling mencuit hati aku untuk beberapa entri aku semasa ketiadaan SRD.

Pertamanya komen dari Kak Zia, mama sarah-najwan kita,

Akak kan memang dapat membaca isi hati yus tau! Tersenyum panjang baca komen akak ni..... Memang begitulah sebenarnya kak. Benda kecik2 pun nak cerita dengan dia, bila lama tak jumpa jadi malu-malu kucing pulak....

Keduanya komen dari Yati,

Masa baca komen Yati ni, pakwe akak belum balik. Tapi memang akak ketawa sorang-sorang tau. Baca komen yang masuk dari hp. Anak2 akak sampai pelik, dan bertanya, ibu tu kenapa?:)):))
Yati, kak yus tak pandai berenang. Baru cecah dalam Pacific Ocean dah tenggelam...hahaha. Nampak anak ikan berenang, kalau terkena kaki pun takut, kalau nampak shark dari jauh dah pengsan dulu, memang kompom kena makan Yati....hihihi.


Apa pun, korang semua memang buat hari-hari aku ceria selalu. Tak kiralah dari komen-komen yang di terima atau dari cerita-cerita di blog masing-masing. Dalam diam, sebenarnya hubungan maya ni kelihatan mesra kan. Walau di alam realiti, aku lebih di kelilingi anak-anak dan suami saja, tapi hakikatnya aku punya kawan-kawan untuk berkongsi cerita.
 
Terima Kasih semua....:x


~ يوس ~

20 comments:

  1. aBear pB pun baru balik semalam


    tapi minggu depan nak outstation lagiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  2. tambah2 orang dah pencen .. melalui hubungan maya ini sahaja dapat mengisi kekosongan jiwa dan raga !

    ReplyDelete
  3. SRD dah balik ya? Minggu depan suami kakcik OS sebelum kakcik akan menyusul sehari kemudian. :)

    ReplyDelete
  4. tulah gunanya kawan kan yus...
    time kita suka duka, kwn2la yg blh menemani kita wlupon hanya di alam maya jerk...

    ReplyDelete
  5. alahai..lucu pulak bila akak baca semula komen akak tu..keh3...

    mcm skrgkan yus..akak mmg xreply komen dah..ntah napa? sibuk sgt kot..TAPI..setiap komen akak akan baca..berulang-ulang kali sambil tersengeh2..hehehe

    akak sgt2 mnghargai setiap komen..krn komen itulah membuatkn diri kita diterima dlm dunia blog...

    bygkn jika n3 kita xde komen...nak suka ke nk sedih???

    renung2kan dan selamat berblog...heheh

    ReplyDelete
  6. SRD dah blk,blhlah pas nie Yus dah x beku lg,ada teman berbicara selain kita nie jadi teman bicara di alam maya.....

    ReplyDelete
  7. wahhh seronokla kak, ade org nk berkongsi rasa hehehhe..sygkan isteri tinggal2kan

    ReplyDelete
  8. mmg paling syok kalo jumpa pas lama berpisah kan kak?rasa nak berkepit sepanjang masa..ahaks..paling sonok kalo masa berjauhan tu, dapat rasa semula suasana ms bercynta..hp tak bhenti bnyi..gayut smpai tertido..hehhe..njoy ur day kak!!

    ReplyDelete
  9. Rindu yang terpendam terlerai jua bila tgk suami yang lama tak jumpa dpn mata kan kak yus hikhik

    ReplyDelete
  10. Itulah nikmat bila berada di alam maya Yus... Kalau makin lama macam dah tahu gaya dan style teman itu walau sekali pun tak pernah bersua muka...

    ReplyDelete
  11. Itulah kelebihannya rakan di alam maya nie..bila kita dalam kesusahan , kesedihan mereka sentiasa ada bersama kita. Malah mereka juga lebih ikhlas dari rakan di alam realiti.

    ReplyDelete
  12. komen dari kawan2 mmg ada kalanya buatkan hati yg lara jdi suka kan.. Alhamdulillah.. that is what friends are for kan..

    ReplyDelete
  13. Kak yus so far loading blog kak yus oi cepat je..

    ReplyDelete
  14. salam perkenalan...
    saya baru bljr nk berblog ni...tp dh mula rasa bahang seronoknyer menulis blog..wpun baru seorang dua jer yg bc blog sy...

    ReplyDelete
  15. hehehehehe
    memang r kak..
    komen kawan2 alam maya ni membuatkan kita senyum sendirian...besh kan??

    ReplyDelete
  16. heheh snyum jgn t.snyum...ni antara kbaiknn bblogging kan!

    ReplyDelete
  17. betul kak, percayalah, saya kalau dpt komen yg sengal2 tu mmg buat saya tergelak terkangkang2...

    komen2 mmg buatkan kita ceria kan kak...

    ReplyDelete
  18. seronok la kak yus...dpt melepaskan rindu..cik abe dah pulang....

    ReplyDelete
  19. Yati pun sama. Kalau mood kurang baik, selalu terhibur bila baca komen kawan kat blog. Nanti kalau tak dapat online, mesti rindu dengan dunia blog. :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...