Geram sungguh aku dengan mereka-mereka yang tiada kesedaran sivik ni. Memandu sesuka hati satu hal, nak parking kereta pun sesuka hati.
Dah banyak kali terserempak macam ni, dia parking kereta sesedap rasa dia aje. Elok-elok tempat parking tu untuk dua kereta, alih-alih, satu kereta saja boleh masuk.
Cuba korang tengok...
Nilah aku kata akak ni tamak, kereta dia kecil saja, kenapa nak parking tengah-tengah macam tu kan.... |
Sah-sah, tempat parking tu untuk dua kereta, dia pegi letak tengah-tengah tu kenapa? Orang lain nak masuk, terpaksa menunggu. Padahal depan tu, pondok polis tu. Sikit pun tak heran kan...
Kami ni menunggu di situ, barulah juga. Mula-mula tak terniat pun nak ambil gambar, sekali bila aku keluarkan kamera, pemandunya pun sampai...huhu. Terambil sekalilah gambar dia.
Lain kali, nak parking kereta pun, kenalah berhemah ya. Ingat orang lain pun nak guna juga. Bukan awak seorang saja..huhu. Tak kiralah awak nak parking situ sekejap ke lama ke, yang penting kita parking kereta di tempat yang betul. Jangalah menyusahkan orang lain!
Ni geram ni, selalu sangat kena macam ni. Lagilah kat bandar BP ni, tempat nak parking tu memang susah, kawasan pula sibuk. Siapa duduk BP mesti tahu tu area mana kan...
Pesanan untuk diri sendiri juga. Walau sekejap mana pun kita nak berhenti di tempat tu, parking kereta biar betul ya!!!Jangan tamak-tamak tau! Tak baik...hehe
~ يوس ~
wahh, tau sangat tempat ni..tapi memang tak beragak la..kita pun selalu kena lah kak..agak bengang gak kalau kena cam ni..
ReplyDeletesy kan kak yus lau nk parking keta selagi x masuk petak selagi tu la gostan ke depan gostan ke depan...tktnya keta sy ganggu org hehe
ReplyDeleteTak rasa bersalah ke dia parking tak masuk petak dia.. terkeluar2 mcm tu.. Tak cantik parking senget2 kan.. Azi mmg tak sukaaaaa parking tak tegakkkkk dan betul2 masuk kotak putih..
ReplyDeleteyus..akak ingatkan tamakkan ape la tadi..rupanya tamak kan tempat parking..he he
ReplyDeleteye saya sokong...
ReplyDeleteparkingla dengan berhemah...jangan sampai menyusahkan orang lain..
bertimbang rasa la sket..=)
memang selalu jumpa org2 yg mcm ni... paling bengang bila yg perempuan buat mcm ni...
ReplyDeletebetul sgt2.. mcm xde kesedaran sivik jer...
nampak sangat pentingkan diri sendiri.
ReplyDeleteKe dia nerveous nak parking. Ada sorang kawan cenggitu. Bila drive kenmain hebat tapi bila tang parking dia fail sikit...hehe..
Betul tu kenek hati2 ms parking n berhemah di jln raya, klu kete kecik mmg senang nk parking tp jgnlah mcm yg gmbr di atas tu...remind utk diri sendirik jugak :)
ReplyDeletedia xreti nk agak kot paking tu..tu psl main belasah dua lot..hehe
ReplyDeleteIQ tahap berapa lah orang tu...kesian kannn...
ReplyDeleteblom dpt lesen lagi kot x? ;p
ReplyDelete@missbby
ReplyDeletekan huda...kereta tu kecik je, tak kan tak boleh agak2 nak parking sampai 2 lot dia kebas..huhu. Geram!
@zura_habib
ReplyDeletekak yus pun mcm tu Zura, tu yang pelik kenapa ada orang tak macam tu..huhu
@Ajzie
ReplyDeletememang tak cantik azi. Dia ingat kereta lain boleh masuk ke, konon nak kasi 3 kereta masuk ke...huhu.
Kiri atau kanan, dua2 tak boleh kan..dia je sorang2..geram ni!
@Acik Erna
ReplyDeleteTulah kak..tamak sungguh cik kak kat gambar tu..hehe
@cheqna
ReplyDeletebetul, betul. Bertimbang rasa amalam mulia
@kakyong
ReplyDeleteitulah kak, ingat lelaki je, pompuan pun sama..huhu
@a.z.r.i.n.a.03.07
ReplyDeletekalau ya pun nervous,agak-agaklah..huhu
@ajumohit
ReplyDeletetulah aju, patutnya kete kecik senang sikit na parking kan. Ni sama jugak..huhu
@sarah-najwan
ReplyDeleteitulah kak. Main belasah pun agak2 lah sikit. Yus rasa dia nak cepat, parking sekejap je, tp kalau ya pun sekejap je, patut2lah kan...
@hani@debumelukut
ReplyDeletekesian kat orang lain juga yg nak parking tapi tak boleh walaupun sepatutnya ada tempat kosong di situ..huhu
@eB ezrin
ReplyDeletekalau belum dapat lesen, tak akan berani ke bandar, parking depan pondok polis tu..huhu
nak kata keta besar, tak muat lot parking...kancil je pon...huhuu
ReplyDeletememang susahlah klu org yg x tahu sivik nie......klu Nurul bkn reti sgt nak paking nie,klu paking biar betul2 msk petaknya dan kejap gostan dan ke dpn mesti 2-3x nak adjust....
ReplyDelete