Salam hari Isnin....
Hari ini, ke klinik untuk check-up Arif. Dapat no giliran yang ke dua. Misi bising-bising, macam biasalah sebab berat Arif masih di garisan kuning...huhu.
Naik 0.9kg je dari dulu, sekarang berat Arif baru 7.8kg di usianya 11 bulan. Dia suruh aku beri Arif vitamin.
Nak buat macam mana? Anak-anak aku memang baka kecik kot (masa kanak-kanak je). Bukan tak makan. Makan alhamdulillah, suka dia, tapi berat tak naik-naik..huhu.
Berbalik kepada tajuk. Pernah tak korang potong giliran? Atau suka tak kalau orang potong giliran kita?
No giliran yang aku dapat mula-mula |
Al-kisahnya, selepas urusan di klinik selesai, aku ke pejabat pos untuk urusan pembayaran bil. Bila tekan butang giliran tu, dapatlah no 1026 seperti di atas.
Tunggu punya tunggu, mula-mula berdiri, selepas tu duduk dekat seorang makcik ni. Dia tanya berapa no giliran aku. Aku pun tunjukkanlah pada dia no giliran aku tu. Tiba-tiba dia kasi kertas lain yang tertera no giliran yang lebih awal. Tertera di situ 1013. Kata dia , ada seorang cina tu malas nak tunggu lama dan beri pada dia. No makcik tu pula ialah 1008.
Alhamdulillah, dapatlah aku no giliran yang lebih awal. Selang beberapa minit, datang seorang lagi makcik dengan no gilirannya 1027. Kiranya lambat dari aku. Tiba-tiba, satu kaunter baru di buka dan abang di kaunter tu jerit, "Siapa nak buat urusan berkaitan dengan ASB sila ke kaunter ya. Tak perlu ikut nombor."
Apa lagi, adalah dua tiga orang yang memang nak buat urusan ASB terus ke kaunter itu. Seorang pakcik yang sudah selesai urusan ASB nya, memberikan nombor giliran yang di pegangnya iaitu 1007 kepada makcik yang baru sampai dengan no 1027 tadi.
Tiba-tiba, giliran 1007 di panggil. Makcik yang baru sampai ni, terus dapat dulu selesaikan urusan. Kemudian baru makcik yang memberikan no 1013 kepada aku tadi, sebab nombor dia 1008. Dan aku hanya perlu menunggu beberapa ketika sebelum nombor aku pula di panggil.
Pada masa yang sama, ramai lagi sedang menunggu di belakang, yang datang dulu dari aku, dan datang lebih awal juga dari makcik yang akhir sekali sampai ke pejabat pos tadi.
Aku ni, dapat peluang macam tu, dengan Arif yang tak reti duduk diam, haruslah aku tak mahu lepaskan peluang tu kan. Tapi dalam masa yang sama rasa bersalah juga pada yang lain yang sedang menunggu. Dalam hati naklah beri no yang aku pegang 1026 tu pada sesiapa, tapi tak tahulah, tak kesampaian. ..huhu.
Lepas tu, rasa malu nak pandang semua orang, rasa ada yang mengata,"Eh! Macam mana dia dapat dulu tu?"
Kalau dulu-dulu tiada sistem no giliran ni, kena beratur panjang, mesti takde macam ni kan. Tapi penatlah pulak kena berdiri dalam barisan. Masa tu kalau ada yang potong barisan mesti kita marah kan...
Sekarang ni kiranya, aku pulak yang potong barisan cumanya tak sebut potong barisan lagilah, sebab tak berbaris, tapi potong giliran...huhu.
Tapi, kalau aku tak ambil peluang tadi, mesti makcik tu beri pada orang lain kan. Dan aku terlepas peluang tu...huhu.
Dah sampai rumah ni masih ada rasa bersalah tu, tapi itu satu peluang kan...
Kalau korang lah kan, ambil tak nombor giliran yang lebih awal bila dapt peluang macam aku dapat daripada makcik tadi?Aku nak korang jawab jujur ya!
~ يوس ~
pnah gak dpt gitu...
ReplyDeletemasa tuh nak byr bil gak kt pej pos...
ader sorg cina tuh baik hati kasik no giliran tuh...
dah rzki, amik jerlah kan????
nak tggu no kita tuh, lambat lagik... huhuhu....
Kakcik pun akan ambil je. Lepas tu bagi nombor kakcik kepada orang yang dapat nombor lebih lambat. :)
ReplyDeleteoh..amik je, peluang tu..penah je rasa macam kak yus rasa tu, dan rasa bersalah jugak, tapi lepas tu ok je..hehe
ReplyDeletepernah jadik.. & eB amik jerk :)
ReplyDeletesbb hari2 len, eB tunggu turn betoi kan kan kan?
aah yus .. kalau ieda x tunggu dah .. mana yg no x der org kedepan , panggil dlm 5 saat x der org ieda terus terjah menyelit ekkeke .. yerlah kan kita nak cepat .. manee leh tunggu2 nie huhuhuh
ReplyDeleteAmbik kak hihi..tapi jarang pergi pejabat pos sebab byr online je semua bil..
ReplyDeletecheqna banyak berurusan secara online..=)
ReplyDeletesy amik jer..sbb leceh nk tggu lama2 ngan anak..tp bil sume hubby byr pki maybank2u...xde pun kena gi pjbt pos..kecuali pos laju n ekspress hehe
ReplyDeletesalam kak yus...cma penah dpt gak camtu..tu pun sebb no sebelom cma ade hal..terus die pas kat cma..tp cma bgg sbb org yg dtg lepas cma masuk dulo..padehal,xde no pun..huhu
ReplyDeleteJujur nie kakak Yus. Pasti kakak tak nak tunggu lama terus ucap jutaan terima kasih. Peluang dah depan mata:)
ReplyDeleteklu i ambik ja..benda tak salah buat apa nk rasa terkilan dear...
ReplyDeletehaha..
ReplyDeleteselalunya kass yg bagi no kat org sbb malas nak tunggu lama..nak buat camne..rezeki jgn ditolak kak yus..hehe
haduila tu yg malas nk beratur reramai tu kak..apapun saya suke byr online jek
ReplyDelete@Zue AnnaLeeya
ReplyDeleteitulah zue....rezeki kan, cuma yus ni tadi ada gaklah rasa bersalah pada yang lain..huhu
@kakcik
ReplyDeletealamak! Yus tak beri no yang yus dapat pada yg lain..
Tapi yang datang lambat dari yus pun dah dapat dulu masa tu..hehe
@missbby
ReplyDeletemula2 tu terasa juga bersalahnya ya Huda...
tapi lepas baca semua komen, kurang dah rasa bersalah tu..hehe
@eB ezrin
ReplyDeletehehe...boleh gitu ya?
Hari lain mana sama dengan hari ni eB?...hihi
@ieda
ReplyDeletemenunggu tu satu penyiksaan kan ieda..:)
@qemaishak
ReplyDeletetak tahu kenapa, tapi akak tak percaya nak bayar bil online. Suka cara lama gak..huhu
@cheqna
ReplyDeleteakak bab2 bil ni mmg masih style lama cheqna...:D
@zura_habib
ReplyDeletebab2 bil ni dari dulu mmg urusan akak zura...huhu
@♥cmª shIemª♥
ReplyDeleteitulah, bila orang lain potong giliran terasa juga kita kan, bila kita dapat peluang, tak kan nak lepaskan pulak kan...huhu
@Kakzakie
ReplyDeletehehe..betullah tu kak...
terima kasih sangat pada yang beri tu kan...:)
@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
ReplyDeletebila kita letakkan diri kita pada tempat orang lain yg masih menunggu tu, tu yg terasa bersalah kakD
@nurkass
ReplyDeletehehe...akak kalau dah sampai tu, mmg tunggu sehingga dpat selesaikan urusan..:)
@ajumohit
ReplyDeleteonline lagi senang ya aju...
tapi akka ni mmg masih was2 nak bayar online..huhu
yus,
ReplyDeleteArif still ada check up tiap2 bulan ke?Firas dah lama xde check up since last jab...next one bila umo setahun....
@Ina Hashim
ReplyDeletelast check-up 3 bulan lepas rasanya, masa yang last jab tu. Pas tu, misi tu saja suruh datang utk 11 bulan ni. Dia nak tgk perkembangan berat Arif sebelum injection yg setahun nanti..huhu
tapi tulah, 3 bulan punya gap, naik tak sampai sekilo. Mana tak misi tu bising..hehe
klu Nurul akan ambik je no.org kaci 2....tp kita sekeliling kena considerlah kita bawa budak kecikkan.....
ReplyDeleteambik jangan tak ambik...kira rezeki la tu.
ReplyDeleteakak biasanya pas ja no kat org lain...kdg2 tinggal no kat tempat ambik no tu..pandai2lah sapa yg nak ambik no giliran tu.
of kos la amik. hihihi..
ReplyDeletedah jrg buat urusan di pej pos @ bank yg perlu amik no giliran.. ;)
ReplyDeletetp kalo dpt peluang apa salahnya.. lgipun pyh kalo bawa anak sekali... nak ctrl anak yg tak reti dok diam 1 hal.. nak tunggu lagi lama, sure lah anak lagi makin aktif (sbb bosan kan..)
kalau wani pon amik je...hihihi
ReplyDeleteleceh ngan anak kecik ni nk tunggu lelama kan