Sunday, July 31, 2011

Nasi ambeng...




Lunch untuk tengahari ini...
Nasi ambeng hasil tangan ibu mertuaku...
Makan ramai-ramai satu dulang besar...
Memang best tau!

Anak-anak makan dulang kecil...
Sedapppppp....
Dulu-dulu dapat masa kenduri saja...
Sekarang, kalau di Johor ni,
senang juga nak dapat di mana-mana...

Tapi hasil tangan ibu mertuaku ni memang superbbbb...
Walaupun ada lauk yang takde,
Biasa ada mee goreng sekali di tengah tu,
Tetap sedappppp....
Kenyang alhamdulillah....

Uolls makan apa tengahari ini?


p/s: nasi ambeng sebelum menyambut puasa....:)
_ _ _ _ _ _ _
-yus-

Saturday, July 30, 2011

Menjelangnya Ramadhan...

1 Ramadhan adalah cuti umum di Johor. Anak-anak dah mula sibuk bercakap pasal puasa. Masing-masing sibuk mengingat semula niat puasa dan doa berbuka.

Cabaran berpuasa dengan anak-anak yang kian membesar lebih besar. Bukan mudah nak didik mereka berpuasa mulanya. Namun alhamdulillah, Aqil dan Alia senang berpuasa. Tahun lepas dapat juga mereka puasa penuh, walau ibunya sebulan tak puasa kerana sedang dalam pantang.

Berlainan dengan Abid. Dia ni susah sikit kot. Tapi satu kejayaan juga kerana tahun lepas dia dapat puasa satu hari penuh. Itupun pada hari terakhir Ramadhan.

Tahun ini awal-awal Abid dah kata dia nak puasa 4 hari saja. Alahai anak ibu, oklah tu sebab masih 4 tahun lebih kan. Tapi dia ada kata, kalau waktu sekolah dia nak puasa, balik saja rumah nak buka...hehe.

Moga tahun ini kita sama-sama dapat menunaikan ibadah puasa ini dengan sempurna.

Selamat Menyambut Ramadhan buat semua...

P/s: Tahun ni puasa pertama di rumah mil, raya pertama di rumah mak. Macam rasa lamanya tak balik kampung...huhu. Uolls sambut puasa balik kampung tak?...:)


_ _ _ _ _ _ _
-yus-

Thursday, July 28, 2011

Sambutan birthday Arif semalam...

Acara menyanyi lagu birthday untuk Arif dan potong kek bersama ibu

Acara makan-makan. Jemputan anak-anak jiran setaman. Mereka yang terlebih seronok.

Birthday boy makan aiskrim....
Birthday Arif, tapi kakaknya Alia yang lebih excited.
Birthday Arif, tapi abangnya Abid yang minta macam-macam.
Birthday Arif, tapi abangnya Abid juga yang minta hadiah dulu.
Birthday Arif, hadiah dia dah rosak, hadiah Arif pun dia yang main....hehe...

Apa pun, Arif seronok ada ramai kawan-kawan semalam.
Dia tak tidur siang, sebab terlebih seronok.

Terima kasih kepada semua kawan-kawan blog ibu yang ucap selamat sempena birthday Arif semalam.

Ada satu komen yang mencuit hati ibu Arif....

Komen dari Acik Erna....

Bahagian yang Acik Erna kata "selepas ni boleh kacau2 ibu masak di dapur".

Sebenarnya nak beritahu ni, dah lama Arif kacau2 ibu masak di dapur.
Belum cukup setahun pun dah selalu kacau Acik Erna.
Bahkan, dah banyak mangkuk-mangkuk ibu di dapur yang pecah.
Konon-konon ibu guna mangkuk plastik je sebab takut pecah.
Tapi mangkuk plastik pun dah banyak yang pecah.

Paling haru, Arif dah pandai panjat kerusi makan di dapur.
Jadi semua yang di atas meja, dia dah boleh capai juga.
Cawan kaca pun dah ada yang pecah Acik Erna....
Huhuhuhu.....

Sebenarnya kan, Arif seorang lah yang telah banyak pecahkan barang di dapur.
Sebelum ni, anak-anak ibu yang lain, tak pandai kacau ibu di dapur.
Arif paling pintar dan cekap bab-bab ini.

Pulak tu, suka sangat ambil penyapu dan pengaut sampahnya sekali.
Konon-konon nak tolong ibu sapu sampah.
Tapi, dengan tong-tong sampah dia terbalikkan.
Bukan tolong kemas, tolong sepah Acik Erna....:D

p/s: Sebenarnya aku kurang sihat. Batuk dan selsema sikit. Tu yang mood berblog agak kelaut. Tapi aku teringat pesan dari blog diana melalui entrinya bertajuk blog yang tak best. Kata dia kalau mood tak ok pun, tak perlu buat entri kata mood tak ok, nanti takut semua orang terikut sekali..hehe. Minta maaf ya, tak rajin balas kunjungan dua tiga hari ni, mahupun balas komen korang macam dulu-dulu. Masa makin mencemburui aku rasa..... Apa pun sayang uolls semua ketat-ketat....:x

~ يوس ~

Wednesday, July 27, 2011

Dia 1 tahun hari ini....

Seperti masih segar di ingatan saat kelahirannya setahun yang lepas.

Ini entri pertama aku mengenai Arif selepas kelahirannya...



Sudah setahun anak ibu Arif Zakwan...
Sudah semakin bijak...
Mula berjalan di usia 9 bulan..
Kini dah pandai panjat naik atas kerusi makan sendiri...

Bila ke kedai dah pandai pilih mainan....
Suka bila hendak di mandikan...
Bila sebut saja "Jom mandi",
pandai nak cuba buka baju sendiri...

Oh ya! Dah pandai masuk dalam kereta sendiri...
Pantang nampak pintu depan terbuka,
Meluru saja keluar untuk bermain bersama abang-abang dan kakaknya..

Moga membesar bagai johan ya Arif....
Selamat hari ulangtahun yang pertama ...
Buat si manjaku....
Muhammad Arif Zakwan bin Shahruddin...

Gelagat Arif di kedai runcit sebelah taman malam tadi. Tak nak lepaskan mainan tu, sampai menjerit-jerit...huhu
Kami semua sayaaaaaaaaaang Arif!
~ يوس ~

Monday, July 25, 2011

.::Mari lihat Abid bernasyid::.

Semalam kan hari pertandingan nasyid Abid.
Aku pergi bersama Aqil dan Alia.
Arif aku tinggalkan bersama emakku di rumah.

Hari sebelum pertandingan, dia terjatuh.
Sekali lagi kepalanya benjol sedikit dan ada kesan luka.
Bila dia berada di atas pentas, seboleh-boleh dia nak sorokkan kesan luka di kepalanya dengan songkok yang dia pakai.
Lucu!!

Abid agak malu-malu mulanya.
Apapun, ibu bangga dengan Abid.
Walau tadikanya tidak menang,
Ibu bangga Abid tidak takut berada di atas pentas itu.
Tahniah Abid!!

Mari kawan-kawan, lihatlah klip video Abid dan kawan-kawannya bernasyid.
Klip video di ambil  untuk tatapan abahnya yang tak dapat turut serta kerana OS kan.

Namun, klip video ni sebenarnya tersalah tekan mulanya...huhu
Aku masih belum faham penggunaan kamera baru ni.
Aku ingat aku belum mula rakam, rupanya dah terakam.
Jadi, dapatlah korang lihat sekali, scene kami mulanya ketawa  melihat telatah Abid.




Abid comel kan.....!

Abid sebelum pertandingan bermula
~ يوس ~

Sunday, July 24, 2011

Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain, sebaliknya.....

Hari ini hari pertandingan nasyid Abid di SRAB.
Hari ini aku belajar satu ilmu baru di sana.
Terngiang-ngiang di telinga apa yang ustazah Za'aenah tu cakap,
Beliau ialah Guru Besar Tadika Al-Huda daerah sini.

Satu pesanan beliau yang tersemat di hati aku.
Jangan suka bandingkan pencapaian anak kita dengan anak orang lain.
Contoh anak jiran, anak kakak, anak abang, anak saudara, anak sahabat-handai.
Sebaliknya, cuba bandingkan cara kita mendidik anak-anak kita,
dengan cara mereka mendidik anak-anak mereka.

Apa persamaan, apa perbezaan?

Salah bila anak kita gagal, kita marahkan mereka.
Salah bila anak kita lemah,
kita bandingkan mereka dengan anak jiran kita yang berjaya.
Salah bila anak kita dapat no corot,
kita kata, kenapa anak aku ni BODOH!

Sebenarnya siapa yang bodoh???

Aku tersedar dari lamunan.
Aku pernah cakap dengan Aqil dan Alia,
Takpelah kalau Aqil dan Alia tak dapat no 1,
Tapi ibu nak anak ibu dapat nombor lebih baik daripada Aishah dan Akif.

Mereka anak-anak jiran aku,
Yang seorang sebaya Aqil,
Yang seorang sebaya Alia.
Masing-masing sama kelas dengan anak-anak aku.

Sebenarnya tak tahu nak beri motivasi bagaimana untuk mereka belajar.
Tetapi bila aku cakap macam tu,
Aqil dan Alia memang gembira bila mana mereka berjaya mengatasi kawan mereka itu.

SALAH YUS!!!!
Mereka belajar kerana takut mereka kalah dengan kawan mereka,
Bukan kerana mereka hendak menuntut ilmu.
Asasnya tidak betul.
Jadinya, usaha mereka terbatas di situ.

Bila mereka liat mengerjakan solat,
Aku marah...
kadang-kadang aku paksa mereka lakukannya.

SALAH YUS!!!!
Jangan nanti mereka solat kerana takut kepada kamu ibunya.
Bukan kerana Allah....

Ustazah Za'aenah kata,
Anaknya ada seorang yang memang nakal,
Sampai tingkatan 3 pun masih tak sempurna solat lima waktunya
Dia sentiasa suruh anaknya solat
Sentiasa ingatkan anaknya tentang waktu solat

Tapi dia tidak marah panjang bila anaknya tak solat.
Tidak membebel bila anaknya engkar..
Sebaliknya sentiasa berDOA kepada Allah...
Supaya satu hari anaknya itu tahu tanggunjawabnya kerana Allah
Bukan kerana dia ibunya menyuruh.

Ustazah Za'aenah itu seorang ibu tunggal
Tetapi ke lima-lima anaknya berjaya!

Jadi bandingkan, bagaimana beliau mendidik anak-anaknya,
Dengan cara kamu mendidik anak-anak kamu.

Jangan bandingkan mengapa anak-anaknya berjaya
Dan mengapa anak-anak kamu tidak.

Orang kita ni selalunya melatah,
Bila anak gagal, terus kata,
"Ha! Tulah. Suruh belajar malas"
"Hari-hari nak main saja"

Jangan letakkan kesalahan kepada anak-anak,
Tapi carilah di mana kesilapan kita sebagai ibu dan bapa mereka dalam medidik mereka.
Bila kita dapat mencari kelemahan kita,
Dan cuba memperbaikinya,
InsyaAllah....anak-anak kita pun boleh berjaya.

Dan ingatlah,
kejayaan seorang anak jangan di pandang dari segi akademik sahaja
Tapi lihatlah bagaimana dirinya berjaya mengharungi kehidupan
Bagaimana dirinya berjaya melawan arus godaan yang mendatang
Bila mana jati diri anak kita tetap teguh dengan setiap dugaan
Nescaya kehidupannya pasti akan berjaya di dunia dan di akhirat.

p/s:  ini adalah entri untuk memotivasikan diri sendiri yang masih banyak kelemahannya dalam mendidik anak-anak. Chaiyukkk!!Chaiyukkk.

~ يوس ~

Saturday, July 23, 2011

Memindahkan idea ke bentuk penulisan...

Susahkan nak pindahkan apa yang ada dalam minda kita ke bentuk penulisan.
Sebab tu tak semua orang boleh jadi penulis berjaya.
Penulis blog ramailah.

Ada masa banyak perkara yang berlegar-legar dalam otak tu,
tunggu masa saja untuk di luahkan,
Tapi tak kesampaian...

Berkongsi idea dan cerita melalui lisan ,
sedikit berbeza dengan berkongsi cerita melalui penulisan.

Kalau bercakap ni, ikut sesedap mulut kita juga,
terutama dengan orang yang kita memang rapat,
Tak kisahlah walau bahasa di guna sedikit kasar,
Kawan-kawan biasanya memahami.
Tapi kalau yang asing bagi kita, boleh terasa!!

Tetapi kalau menulis ni,
Penggunaan bahasa tu penting sebenarnya,
Walau hanya penulisan blog,
Ramai mata yang memandang dan melihat
Ada minda yang menilai...

Walau secara tidak langsung,
Sedikit sebanyak, mempengaruhi
Tanggapan pembaca terhadap kita.

Dilema.....
Bila niat di hati ingin berkongsi rasa
Meringankan apa yang terbuku
Tapi takut di salah ertikan...

Hakikatnya tak semua benda kita boleh kongsi dengan pembaca
Ada juga yang perlu di sembunyikan
Kerana hati manusia ni lain-lain
Rambut saja yang sama hitam,
Walau sebenarnya, ramai juga yang berambut putih dan perang  :p.

~ يوس ~



Friday, July 22, 2011

.::Senaman Mulut::.

Siapa suka dengar Sinar FM?
Celoteh 3 orang tu, KE, SY dan Keril. 
Bila masuk bahagian Abang Jem dan senamannya lagi haru.
Entah apa-apa senaman kadang tu kan.

Tapi bila fikir balik, aku pun hari-hari buat senaman.
Senaman mulut di waktu pagi ;).

Setiap pagi, mula-mula perlahan saja mulut aku ni bercakap.
"Aqil, Alia, Abid bangun! Dah pagi, sekolah sayang".

Kali kedua, nada suara tinggi sikit,
"Aqil, Alia, Abid bangun cepat! Nanti lambat ke sekolah".

Adalah seorang yang bangun, biasanya Aqil bangun dulu.
Kali ketiga, dah mula menyinga sikit,
"Alia, cepat bangun! Alia tu selalu siapnya lambat!" Cepatlah bangun!"
 Tapi yang bangunnya Abid.

Anak perempuanku sorang ni memang sangatlah susah bangun pagi.
Masa ni dah di dapur, sibuk uruskan apa yang patut.
Dia, tetap liat nak bangun.

Dari dapur dah dengar suara aku,
"Alia!!!!! Belum bangun lagi ke?"

Aduhai!!! Ikut perangai saperlah susah sangat nak bangun ni!!!
Kalau yang ini memang bukan ikut perangai aku ya!
Ini memang ikut abahnya!!!

Huhuhu....

Itulah senaman mulut aku setiap pagi.
Pot!Pet!Pot!Pet!
Tak berhenti-henti.
Sampai mereka dah dalam kereta pun,
tak habis lagi mulut aku bersenam :D

Ibu-ibu yang lain ada tak lakukan senaman mulut setiap pagi?:p

~ يوس ~

Reply button kuning...

Mesti semua nampak kan, di blog aku ni bila orang beri komen, nanti akan keluar butang "Post A Reply " kat sebelah nama orang yang komen tu.

Yang bertanya, Mrs Chubby

Hari ini ada yang bertanya macam mana aku buat macam tu. Sebelum ni pun pernah, tapi ada yang aku jawab terus kepada yang bertanya, tapi ada juga yang belum sempat ku jawab kot...huhu

Dan bila aku tekan aje butang reply tu, bukannya jawapan aku akan terus masuk ke email si pengomen atau apa ya, cuma senang sikitlah nak balas komen yang mana dulu, atau mungkin masa-masa tak sempat tu, balas komen kepada komen yang berbentuk soalan saja ke??

Bila aku tekan butang kuning tu untuk balas komen, akan terus tertera nama orang yang aku balas komennya tu berserta linknya seperti contoh di bawah:-

Yang aku tick merah tu contoh jawapan aku
Ok. Rasanya ramai dah tahu caranya sebenarnya kan. Tapi sebab ada yang bertanya, aku kongsi di sinilah ya.

Aku bukan nak buat tutorial ya. Cuma nak kongsi di mana aku dapat ilmu ni.

Kawan-kawan semua silalah terjah blog ibu faheem di sini ya....:)

Ikut semua step yang dia ajar. Cuma untuk step yang ke 6, korang boleh tukar je apa2 image dan bentuk reply button yang korang suka, macam aku punya tu kod image dia macam ni ya:-

http://i64.photobucket.com/albums/h192/omg-rob-omg/replybutton.gif

Rasanya ramai yang ada widget reply to comment ni, cuma nak buat butang dia yang tak tahu tu kan. Lepas ni bolehlah nampak ada button reply tu ya....

Selamat mencuba!

~ يوس ~

Thursday, July 21, 2011

.::LessWord on Thursday::.

Masjid Raya Baiturrahman

Masjid yang tetap utuh walau  Aceh di landa tsunami masa itu. SRD berpeluang solat Subuh di sini.

Pagi yang cantik

Ini juga cantik


Ikan bakar cara orang Aceh

Beberapa koleksi gambar yang SRD ambil semasa dia di Banda Aceh.
Hari ni mood nak menulis panjang hilang .
Moga mood anda semua tidak hilang macam aku ya...:x

~ يوس ~

Wednesday, July 20, 2011

.::Kuatnya Merajuk::.

Ada masa aku pening dengan perangai anak aku yang satu ini
Kuatnya merajuk!!!
Ikut perangai siapalah tu??
Kalau mengadu pada SRD,
Kompemlah dia kata ikut perangai aku.

Tak nak mengaku lagi??
Yalah, ikut perangai aku lah tu kot...
Tapi serius, aku penat melayan kerenah merajuk dia yang terlampau.

Bagaimana ya kawan-kawan nak atasi masalah anak yang suka sangat merajuk ni??
Kongsilah dengah aku ya!

Contoh paling ketara hari ini.
Sampai aku sendiri tak tahu nak buat apa dah.

Balik dari ambil dia di sekolah,
Aku terus capai telefon.
Aku telefon Telekom tentang masalah bil yang aku tak puashati.
Biasalah kan, telefon no 100 ni kan lama!!!

Dia rupanya ke bilik air melabur!
Faham-faham sajalah,
Anak manja aku ni, nak aku juga yang cebukkan.
Tak kiralah walau apa pun situasi aku ketika itu.

Terjerit-jerit panggil "Ibu!Ibu! Cebukkan Abid!"
Aku kata, "Tunggu sekejap ya Abid".
Dan kerana aku lambat, dia pula tidak menyempat,
Terus tarik muka merajuk dia dengan aku.
Aku cakap apa pun tak di layan.
Aku biarkan saja, malas nak pujuk dah.

Balik ambil abang dan kakaknya,
Macam biasa dia nak aku suapkan makan.
Entah tersalah apa, aku tersuap kakaknya makan dulu.
Terus tarik muka tak nak makan dah!
Huhu...puaslah memujuk.
Baru dia nak makan.

Kemudian, dia ikut hantar abang dan kakaknya ke sekolah agama.
Dia minta iceblended yang nenek tu jual.
Tapi nenek tu tak jual hari ini.
Lepas tu, dia merajuk lagi..huhu

Aku pujuk, akan ku beli aiskrim sebagai ganti iceblended.
Berjaya!!!
Dapat aiskrim, dia simpan sehingga sampai rumah.
Aiskrim aku, aku kongsi dengan Arif.
Dia pun dapat juga sedikit.

Bila dia dah buka aiskrim dia, dan dia dah makan sikit...
Aku pun saja minta sedikit aiskirm dia
"Ibu nak sikit aiskrim Abid boleh?"
Dia jawab,"Boleh!", sambil dia beri pada aku.

Aku pun gigitlah sedikit aiskrim yang dia beri..
Terus dia tarik muka masam lagi dan berkata,
"Kenapa ibu gigit?? Ibu jilat ajelah!!"

Huhu...merajuk lagi!!!!!
Aiskrim itu terus di tenyeh-tenyeh di lantai rumah aku yang tidak berkilat itu...hehe

Hangin aku weiiii!!!!!
Hangin sebab dia tenyeh-tenyeh aiskrim tu ke lantai.
Merajuk lagi!!!! Kuatnya dia merajuk!!!
Salah aku tak faham dia kot!
Tapi hangin aku!!!

Aku ambil aiskrim itu terus aku basuh dan ku simpan di peti ais.
Takut nanti dia bertanya mana aiskrim dia.
Aku kebilik tidurkan Arif,
dia masih lagi merajuk dan masuk ke bilik sendiri.
Bila Arif dah tidur, aku jengah dia...
Dia pun dah tidur....

Peninglah macam ni???
Hari-hari merajuk!!!
Apa aku nak buat untuk faham isi hati anak aku yang sorang ini ya??

Aku manjakan dia sangat ke??
Dia memang kuat sangat merajuk sejak ada Arif ni.
Pening!!Pening!!!

Kawan-kawan, bagaimana ya nak tangani sikap kuat merajuk anak ni?
Bila anak semakin ramai, lagi pening nak faham isi hati setiap seorang kan.
Hmmmm.......

~ يوس ~

Lukisan dari pokok padi: Sukanya aku tengok gambar-gambar lukisan ni..(^_^)

Aku nak kongsi dengan semua satu entri dari seorang sahabat aku bertajuk "Lukisan di sawah padi Jepun secara live!" .

Asmara ni, sahabat baik aku  masa kami sama-sama di UK dulu. Sama-sama kerja di Pro Co masa kami di Sheffield.

Sekarang dia di Jepun. Entri dia yang terbaru ni memang buat aku tertarik. Tak pernah tahu pun, tanaman padi boleh jadi lukisan hidup.

Sangat berseni betul rakyat Jepun ni kan..

Aku kongsi di sini dua keping gambar yang aku ambil dari blog dia...

As, minta izin ya kongsi di sini...hehe

Cantik kan. Tak sangka ini ialah lukisan hidup dari pokok padi..huhu

Dari dekat, SubhanaAllah. Baru tahu ada pokok padi warna warni ya...

Ok, tak boleh tunjuk lebih-lebih. Korang nak tengok lagi gambar-gambar lain, dan cerita di sebalik lukisan-lukisan ini, silalah terjah blog As di sini ya.

Cantik-cantik semua gambar.......

Sangat kagum denga seni orang Jepun ni ya As. Ni yang teruja nak pergi Jepun ni...huhu

~ يوس ~

Sudah nampak jalannya....

Terima kasih kepada semua yang memberi saranan dan nasihat
pada entri aku 'Minta nasihat: aku susah hati kerana....'.

Sebenarnya kebanyakkan darinya memang aku dah terfikir,
cuma nak melaksanakan tu,
macam berat saja.

Apalah sangat masalah aku ni kan,
tapi aku suka nak minta pendapat semua,
saja untuk meringankan beban otak aku yang tidaklah seberapanya ini..hehe

Nak tinggal dengan jiran,
Semua nak ikut tengok Abid menyanyi di pentas pertama kali.

Nak minta sesiapa temankan,
Mula-mula tak tahu nak minta tolong siapa sebenarnya.
Sedara mara jauh juga,
adik beradik di Melaka.

Mula-mula dah minta emak datang,
Tapi mak kata ayah ada urusan Ahad tu.
Sedih juga bila ayah kata tak boleh hantar emak ke sini.
Nak suruh emak datang naik bas, aku jemput,
Confirm emak tak mahu.

Semalam, SRD balik kerja saja
Terus ajak dia survey tempat tu di mana...
Dah jumpa!!! Yeaa!!
Tak susah nak sampai tempat pertandingan tu.

Pagi ini, terfikir nak suruh adik bongsu lelaki aku datang sini
Naik bas pun takpelah,
Aku boleh jemput dia di stesen bas Sabtu tu.
Terus telefon emak menyuarakan usul

Tapi emak kata, ayah mungkin boleh datang sekali dengan emak
Ayah berusaha batalkan temujanji dia Ahad itu demi cucu
Hati terus berbunga riang
Namun begitu tetap pesan dengan emak
Kalau tak dapat hadir,
Minta tolong cakap dengan adik untuk datang bantu aku

Tapi hendak ke dia datang tolong jaga anak-anak buah dia ni.
Sibuk nak ambil lesen kereta katanya...

Dik!! Nkolah harapan aku kalau emak tak dapat datang tau.
Bolehlah ya!!!Pleaseeeeeee.......

Tapi, kalau tiada sesiapa yang boleh tolong teman
Dah mula pesan dengan anak-anak untuk behave di majlis tu nanti
Segala tok nenek pesanan dah keluar
Harap-harap mereka mendengar kata...
Bolehlah semua menonton Abid bernyanyi nasyid dengan senang hati...

p/s: Di saat ini rindu pula pada adik perempuan yang sudah tiada.
Kalau ada adik perempuan 
macam senang sikit je nak minta bantuan berbanding adik lelaki ni..huhu
Al-Fatihah untuk arwah adik perempuan aku. 
Satu-satunya adik perempuan yang aku ada....:(



 ~ يوس ~

Tuesday, July 19, 2011

Minta nasihat: Aku susah hati kerana......

Dari semalam hati aku ni gundah gulana sebenarnya. Tak sedap hati aje. Pening memikirkan sesuatu. Tahu tak kenapa?

Aku susah hati kerana surat ini.....

Surat jemputan untuk aku menghadiri pertandingan nasyid Abid
Dari awal bulan dah tahu dah, Abid masuk pertandingan nasyid. Masa tu pun dah dok risau juga. Risau macam mana nak ke sana. Bukan apa, aku macam mengagak, masa hari pertandingan tu, SRD OS lagi...

Jangkaan aku memang tepat. Hujung minggu ni SRD OS lagi ke Kuantan. Aku ni, tak percaya pada diri sendiri, atau tidak percaya pada anak-anak ya???

Tapi aku tahu agak susah mengawal mereka semua di tempat awam. Aku susah hati weii!! Risau sangat aku tak boleh lakukan sendiri tanpa SRD.

Askar 4 orang aku tu, walaupun yang dua orang dah sekolah, dah besar sikit, tapi ada ketikanya masih tak mendengar kata.....huhu. Aku takut aku jadi tarzan pompuan di tempat awam. Malu nanti!!!:">.

Tempat pertandingan tu pula di bandar, bercampur dengan semua tadika-tadika Abim yang lain. Nak ke bandar BP dengan anak2 aku yang super duper aktif tu sendiri???? Susah hati aku memikirkannya tau! Satu lagi, aku kurang pasti sekolah tu di mana sebenarnya....huhuhu.

Tapi hendak atau tidak, aku kena lakukannya. Nanti Abid kecik hati pula.

Apa nasihat korang ya??

~ يوس ~

Apahal Nabil muncul dalam mimpi aku ni???

Orang kata mimpi tu mainan tidur. Ada ketikanya, bila kita taksub dengan sesuatu perkara di siang harinya, mungkin boleh terbawa ke dalam mimpi.

Tapi mimpi aku malam tadi memang pelik. 

Aku mimpi, aku pergi tengok rancangan Nabil. Tak tahulah rancangan apa. Nak kata Maharajalawak bukan. Tapi kiranya show dari Nabil Rajalawak tulah.

Habis tengok show dia, konon-konon nak ambil gambar dengan dia. Tapi boleh pulak aku ni konon-konon segan nak gambar berdua saja. Lepas tu aku ajak sepupu aku yang datang sama bergambar sekali. Kiranya kami bergambar bertiga. Tapi kan, dalam mimpi tu, kononnya pompuan tu sepupu aku, tapi muka dia bukan dari wajah-wajah sepupu perempuan yang aku ada pun. Siapakah itu yang jadi sepupu aku dalam mimpi???#-o

Lepas tu, masa ambil gambar tu, adalah minta tolong dari sorang mamat mana ntah. Tak jelas mukanya di mimpi aku. Yang tak bestnya dia dengan Nabil pula terlebih. Aku ni dok kat tengah-tengah nampak muka dan mata saja. Ala-ala macam gambar Lisa dan Yusry kat bawah ni, tapi konon-konon ada muka aku kat tengah tu. Nampak muka sikit aje,...huhu.

Macam nilah lebih kurang gambar tu, cuma ada aku kat tengah-tengah, dan Nabil dengan perempuan yang konon-konon sepupu aku tu, kedudukannya lebih rapat dari ini. Korang boleh cuba bayangkan tak? Cuma nampak kepala aku sekerat je kat tengah tu tengah tersenyum.....haha. (Saja ambil gambar ni sebagai contoh. Gambar yang ada muka Nabil semua tak best, gambar Lisa dan Yusry ni sweet aje kan)
Lawak!!!!=)). Memang lawak.

Macam manalah Nabil boleh masuk dalam mimpi aku ntah. Takde tengok rajalawak pun semalam. Tengok Juvana adalah. Langsung takde baca pasal dia pun...pelik bin ajaib..hehe. Dan aku bukan peminat dia ok! Biasa-biasa saja, sukalah juga lawak dia, tapi lagi suka lawak SEPAH dan JOZAN.

Aku tersedar bila tiba-tiba Arif menangis, dan alarm di hp aku berbunyi. Sayup-sayup terdengar suara budak menangis sambil lagu Letto Di ruang rindu tu berkumandang. (Alarm hp aku bunyi lagu tu..hehe). 

Bila terjaga tu, mengucap panjang, rasa pelik pun ya. Tapi tulah, mimpi kan mainan tidur. Cuma ada ketikanya mimpi tu memang pelik kan...

Korang semua ada mimpi tak malam tadi? Mimpi apa ya?....:)

~ يوس ~

Monday, July 18, 2011

Juvana dah habis...

Siapa tengok drama Juvana tadi?

Memang suspen betullah. Aku suka ending dia tadi. Rasa tak puas pun ya juga. Dari mula episod sehingga tamat tadi, hati rasa suspen aje. Tahniah kepada pelakon dan pengarah.

Tapi ada juga scene yang tak logik. Takkan lah Mak Wan dengan anak dia Nadia tu tak sedar apa yang terjadi dalam sekolah tu? Polis dah sampai baru mereka keluar. Sangatlah tak logik ok!

Lepas tu si Tony dan sorang lagi guard yg kena pukul dengan pelajar tu semua apa cerita? Tak nampak pun polis pegi tangkap diaorang?

Satu lagi apa cerita Dato Wira? Tiba-tiba aje dah 10 tahun berlalu.

Apa pun suka dengan penampilan baru Daim. Botak jadi ahli peninju Asia? Hehe, lawak pulak di situ.

Aku beri 4.5 bintang untuk drama ni. Lepas ni malam Isnin kami suram semulalah. Apa drama baru yang menggantikan Juvana ek? Tak tengok promo pulak. Ada promo ke? Tak perasan pulak.


_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Janganlah tamak sangat Cik Kak!!!!!!!!!!!!

Geram sungguh aku dengan mereka-mereka yang tiada kesedaran sivik ni. Memandu sesuka hati satu hal, nak parking kereta pun sesuka hati.

Dah banyak kali terserempak macam ni, dia parking kereta sesedap rasa dia aje. Elok-elok tempat parking tu untuk dua kereta, alih-alih, satu kereta saja boleh masuk.

Cuba korang tengok...

Nilah aku kata akak ni tamak, kereta dia kecil saja, kenapa nak parking tengah-tengah macam tu kan....
Sah-sah, tempat parking tu untuk dua kereta, dia pegi letak tengah-tengah tu kenapa? Orang lain nak masuk, terpaksa menunggu. Padahal depan tu, pondok polis tu. Sikit pun tak heran kan...

Kami ni menunggu di situ, barulah juga. Mula-mula tak terniat pun nak ambil gambar, sekali bila aku keluarkan kamera, pemandunya pun sampai...huhu. Terambil sekalilah gambar dia.

Lain kali, nak parking kereta pun, kenalah berhemah ya. Ingat orang lain pun nak guna juga. Bukan awak seorang saja..huhu. Tak kiralah awak nak parking situ sekejap ke lama ke, yang penting kita parking kereta di tempat yang betul. Jangalah menyusahkan orang lain!

Ni geram ni, selalu sangat kena macam ni. Lagilah kat bandar BP ni, tempat nak parking tu memang susah, kawasan pula sibuk. Siapa duduk BP mesti tahu tu area mana kan...

Pesanan untuk diri sendiri juga. Walau sekejap mana pun kita nak berhenti di tempat tu, parking kereta biar betul ya!!!Jangan tamak-tamak tau! Tak baik...hehe:)>-

~ يوس ~

Ahmad Nisfu??

Hari Sabtu yang lalu, hari Nisfu Syaaban, juga merupakan hari ulangtahun pertama Arif mengikut kalendar Islam.

Teringat semasa kelahirannya tahun lepas, ayahku ada berseloroh untuk memanggil cucu keempatnya ini dengan panggilan Ahmad Nisfu. Tetapi sudah pastilah aku tidak bersetuju kan. Nanti hilanglah singkatan "maz" untuk nama anak lelaki aku kan, jadi "an" pulak, mana best hehe.

Misi mengecat beranda belakang berjaya. Satu lagi misi mencari baju raya juga berjaya. Tu yang bz sikit hujung minggu kali ini. Gambar-gambar di atas adalah dari sesi si ibu memaksa anak bergaya dengan baju rayanya tahun ini.

Biasalah kan, dapat baju baru mesti excited nak cuba, tapi bila mana anak itu baru nak setahun, ibu dialah yang terlebih kan...haha.

Encem tak Arif?...ekekek

Arif masih belum sihat sepenuhnya. Masih selsema tu yang nampak monyok tu.

Macam biasa update blog sambil dodoikan anak di buai. Tak on pc sebab takut nanti ralit BW lama, semua kerja terus tergendala.

Nanti petang ya kawan-kawan yus jalan rumah uols.

P/s:ramai juga yg dah merasa buah pisang kaki tu ya! Dan ada juga yg baru pertama kali dengar macam aku. Apapun seronok dapat makan durian di hujung minggu baru ni. Memang lebih nikmat berbanding pisang kaki tu....hehe.

_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

Sunday, July 17, 2011

Larian untuk mengejar iPad2....

** Ini adalah entri melekat sehingga perlumbaan ini tamat pada 19 Julai 2011**

**Untuk entri terbaru sila lihat entri berikutnya**
**Tamatkan awal lah. Memang confirm tak menang punya...huhu**



Korang tak nak cuba ke ambil peluang ni?
SEASON 2: THE NIGHT RACE.
Larian bersama ChurpChurp dan kita boleh pilih hadiah yang bakal di menangi.

Hadiah semua menarik!! 

Pemenang utama berpeluang memilih hadiah-hadiah berikut...

iPad 2, a Canon EOS 550D and a HTC Desire! 


100 pemenang berikutnya akan memenangi a pair of TGV movie passes.

Top 20 pelumba pula akan mendapat EXCLUSIVE Churp Churp plushie dan flashdrive!


Peluang dah depan mata, tinggal kita saja harus mencuba.  Kalau tak cuba memanglah tak berpeluang kan.

Jomlah kawan-kawan. Kalau belum ada akaun ChurpChurp, kenalah join dulu ya. Kalau sudi marilah 

Atau, bantu yus dalam larian ini dengan klik link di bawah atau banner di atas ya!
 Jangan lupa 'like' page tersebut tau!


Setiap satu klik dari kawan-kawan, akan membawa yus +1km ke hadapan.

Dan setiap seorang yang baru Join ChurpChurp di bawah Yus, akan membawa yus +100km ke hadapan.

Terima kasih di dahulukan atas jasa baik kawan-kawan....

Yus sangat-sangat menghargainya... :x 

~ يوس ~

Friday, July 15, 2011

.::Pisang Kaki::.

Agak sibuk hari ini...

Baru dapat berkongsi sesuatu di blog ini...

Nak tanya kawan-kawan semua. Tahu tak apa itu "Pisang Kaki"?
Aku pun baru tahu sebenarnya. Selama ni tak pernah dengar istilah ini.

"Pisang Kaki" adalah sejenis buah ya kawan-kawan.
Inilah rupa buah 'Pisang Kaki' tu.
Kalau tengok dari rupanya, ada rupa buah kelapa pun ya juga kan.
Cuma saiznya lebih kecil.
Agak-agak segenggam tangan kita saja.

Buah ini di beli oleh SRD di satu tempat yang di panggil Beras Tagi, di Medan.
Kata SRD, buah ini sangat popular di sana.

Inilah rupa pisang kaki yang sudah di kupas kulitnya dan sedia untuk di makan
Rasanya sedap! Seakan-akan rasa buah mangga, tapi buah ni tiada biji.
Kalau buah mangga tu, dah tentu bijinya besarkan.
Buah Pisang Kaki ni, kalau tak di potong-potong kecil, gigit macam tu pun dah ok dah.
Bukannya ada biji..hehe

Mula-mula SRD kupas kulitnya dan memanggil Alia untuk menjamah sedikit, kata dia,
"Mehlah rasa Alia. Rasa pisang tau! Sedap!"

Aku ni jakunlah juga, ingat betullah rasa pisang, rupanya helah semata.... :))

Menurut kawan SRD, buah ni biasa ada jual di Carefour, tapi kami ni tak pernah perasan kot...huhu.
Korang pernah makan tak buah ni?
Boleh tahan sedap juga kan.
Manis-manis buah, sedap.....!

p/s: Sejak SRD pulang, Arif demam. Suara tak keluar. Padahal mula-mula ok saja. Dengar saja suara abahnya malam SRD pulang tu, terus menangis, lepas tu tak keluar suara. Kenapalah agaknya. Demam rindu, bila abah dah balik ke nak...huhu. Apapun hari ini nampaknya beransur baik...alhamdulillah.


~ يوس ~

Thursday, July 14, 2011

.::Komen-komen Mencuit Hati::.

Salam semua.....

Apa khabar hari ini?? Harap semua sihat-sihat dan baik-baik belaka ya.

Hati berbunga riang nampak...;):yuhuu
Hati siapa? Hati akulah kan...
SRD dah selamat kembali ke sisi malam tadi.
Pukul 11.30 malam baru sampai rumah.
Jauh benor perjalanan...:p.

Tapi kan, aku nak beritahu ni, dalam pada hati aku suram, SRD OS jauh, 
Korang semua selalu buat aku tersenyum dengan komen-komen yang sangat mencuit hati.

Aku ingin kongsi di sini 2 komen yang paling mencuit hati aku untuk beberapa entri aku semasa ketiadaan SRD.

Pertamanya komen dari Kak Zia, mama sarah-najwan kita,

Akak kan memang dapat membaca isi hati yus tau! Tersenyum panjang baca komen akak ni..... Memang begitulah sebenarnya kak. Benda kecik2 pun nak cerita dengan dia, bila lama tak jumpa jadi malu-malu kucing pulak....

Keduanya komen dari Yati,

Masa baca komen Yati ni, pakwe akak belum balik. Tapi memang akak ketawa sorang-sorang tau. Baca komen yang masuk dari hp. Anak2 akak sampai pelik, dan bertanya, ibu tu kenapa?:)):))
Yati, kak yus tak pandai berenang. Baru cecah dalam Pacific Ocean dah tenggelam...hahaha. Nampak anak ikan berenang, kalau terkena kaki pun takut, kalau nampak shark dari jauh dah pengsan dulu, memang kompom kena makan Yati....hihihi.


Apa pun, korang semua memang buat hari-hari aku ceria selalu. Tak kiralah dari komen-komen yang di terima atau dari cerita-cerita di blog masing-masing. Dalam diam, sebenarnya hubungan maya ni kelihatan mesra kan. Walau di alam realiti, aku lebih di kelilingi anak-anak dan suami saja, tapi hakikatnya aku punya kawan-kawan untuk berkongsi cerita.
 
Terima Kasih semua....:x


~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...