Tuesday, November 24, 2009

Home » » Aqil dan keputusan periksanya.

Aqil dan keputusan periksanya.

Hoho...ada dua tiga cerita nak update, tapi gambar semua masih dok dalam kamera. Nak transfer ke pc tak dapat transfer macam selalu, sbb usb cable nya tak tahu simpan kat mana masa pindah hari tu. Ini cpu lama, takde sd card reader macam cpu baru ku yang rosak itu. Hai!! Bilalah nak betul agaknya. Jadi bila aku nak transfer gambar, terpaksa aku suruh SRD transfer dulu ke laptopnya, pas tu pindahkan ker pen drive aku, dah  lepas tu baru aku masukkan dalam cpu aku ni punya hard drive.Huhu..banyak keje betul.

So, nak letak gambar masa birthday Abid hari tu tak dapat lagi. Nasib baik gambar ni ada dalam pc ni, bolehlah aku update citer.

Cuti sekolah sudah pun bermula. Apa keputusan akhir tahun Aqil di sekolah hari tu? Sekolah agama ada peningkatan mendadak. Dari no 8 dia dapat no 3. Dapat hadiah di hari penyampaian hadiah. Suka hati dia. Ibu pun tumpang bangga.


Itu cerita sekolah agama. Bagaimana pula dengan sekolah kebangsaan? Ini pun keputusan mengejutkan. Dari no 1 awal tahun, pertengahan tahun, periksa bulanan..semua berada di hadapan. Tiba2 akhir tahun menjunam terus ke no 12. Huhu..ambik nko!! Dia tak sad pun, cuma bila tengok muka aku sedih sikit, dia sedih sebab aku sedih. Tapi aku tak salahkan dia 100%. Masa hari peperiksaan tu, dua hari pertama dia demam. Hari pertama paling teruk. BM dapat 69% jer. Banyak dia tak jawab. Balik rumah masa hari periksa tu, memang dia menangis. Katanya, Aqil tak sempat jawab ibu, kepala Aqil pening sangat. Mesti Aqil dapat teruk kan ibu....huhu, dia sendiri dah dapat mengagak. So, memang betul seperti jangkaan dia sendiri. Mamat beriya dapat kereta control kalau dapat no 1, sekali no 12...hehe. Frust sebab tak dapat kereta kontrol, tapi katanya takpelah ibu. Aqil nak kaler LUNA yang besar punya jer...bolehkan. Masih ada hati nak hadiah tu.

Takpe Aqil. Baru darjah 1 kan. Harap prestasi selepas ini baiklah yer.


Ini pula wajah Alia dan Abid di hari penyampaian hadiah sekolah agama Aqil. Memula, kakanya yang pakai tudung, masuk sekolah agama kan. Tapi kerana lambat sangat menunggu acara selesai, si adik pulak yang pakai...haha. Lantak koranglah, asal tak mengaruk sudah. Abah takde, ibulah yang melayan...alhamdulillah semua berjalan lancar.

~ يوس ~

8 comments:

  1. Tingkatkan usaha anda.
    *catatan cikgu kat dalam buku rekod.

    Kesian. Takper baru darjah satu.

    ReplyDelete
  2. Abid masih kecil...takpe...nanti boleh usaha lagik...

    Dah lama tak tengok gambar alia dengan rambut dia yang cantik tu...

    ReplyDelete
  3. Hahahha Abid ini mmg lucu laaaaaaaa..

    For Aqil
    Takper aqil masih darjah satu kan.. perjalanan masih jauh lagi.Lagipun Aqil deman..ibu Aqil ada cerita masa tuh) Moga terus cemerlang dlm apa jua bidang.

    Yus
    Tadika Iman ada buat majlis penyampaian sijil tak? Aliah ada masuh acara apa2 tak? sure sungguh comel diatas pentas..

    ReplyDelete
  4. Ajzie, takde...ada penyampaian hadiah dan sijil di tadika jer. Tapi tak jemput ibu bapa pun. Hari last day tu. Alia kata, saper 6 thn dpt dua hadiah ibu..5 thn dpt satu jer. Hadiah dah sijil lah tu kot. Alia dpt dua buku cerita, satu BI, satu BM yg di sampul menjadi satu...tu jerlah. Takde apa2 acara pun ajzie..huhu

    ReplyDelete
  5. Kelakar bebudak 2 orang tuh :)hihi..

    Takper Aqil, auntie dulu no. 30 out of 30, sepanjang darjah 1 dan 2.. sebab tak jawab soalan langsung (tatau pun exam tuh maksudnya kena pilih utk jawab a, b, c, or d).. Kiranya, Aqil lagi bijak dari auntie nih :P Better luck next time.

    ReplyDelete
  6. Hehe.. xpelah baru darjah satukan. Taun depan pulun balik. Make sure masa exam tu jaga kesihatan. InsyaAllah semua ok.. hehe..

    ReplyDelete
  7. aqil, all the best ek :)

    jangan nangis tau ... :)

    ReplyDelete
  8. salam...

    rindu kat awak...hihi...lamer tak menulih yer...

    tulih sket2 pun x per, hilang la jgk rindu org2 di perantauan nih huhuhu....

    all the best Aqil!!x per nombor beraper dalam kelas tak penting! yang penting faham ape yang cikgu ajar jer...Albert Einstein pun bukan best student masa kat sekolah...ker...makcik tak ingat history dier...ntah2 tak sekolah pun...dulu auntie pun masa sekolah rendah dari darjah 1 sampai darjah 4 asyik nombor 1 jer(hihi...perasan la tuuuu...) tapi biler naik darjah 5 1st exam dapat no.4 terus...menangis giler2 mcm hilang pedoman...tapi rupe2nyer pengajaran dapat no.4 tu la menjadikan kiter akan lebih bersemangat!!hihi..ape la mak cik Zahrah nih bagi motivasi mcm pada student sekolah menengah pulak...Aqil baru darjah 1 laaa.....hihi...

    no. 12 tu nanti akan menjadi ingatan yang MANIS buat Aqil nanti tau....jangan bersedih!!

    sori mama Yus panjang la pulok...gatal tangan nak menulih ni...tapi 'seru' untuk nak tulih kat blog sendiri belum sampai lagi...biler la agaknyer....'seru' itu sampai agaknyer...hihi..

    ok salam and Selamat Hari Raya Eidul adha!!

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...