Tuesday, July 01, 2014

3 Ramadhan 1435H dan Set Mighty 3 Gems

 بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah dan masuk Ramdhan ke 3 hari ini. Bagaimana dengan puasa anda semua? Kami alhamdulillah. Tahun ini kononnya berazam tak mahu membeli sangat di Pasar Ramadhan, dan alhamdulillah baru 2 hari berbuka, belum teringin lagi ke sana. Walau menu yang simple, sudah cukup buat kita kenyang sebenarnya kan. Daripada membeli banyak2 tapi sudahnya ke bakul sampah pula, sangatlah membazir.

Teringat pula satu ketika Ramadhan 2012 yang lalu, kerap benar update menu berbuka. Bila tengok balik, amboi!! Sedap2 semua menu...hehe. Puji sendirilah, siapa lagi nak puji....ekekek. 

Hari pertama berbuka di rumah mertua, macam-macam menu ada. Ada jemput2 udang, ada lempeng cicah kari, nasi putih, lauknya, udang masak lemak campur nenas, daging paprik, sayur taugeh goreng campur tahu. Bila berbuka ramai-ramai, kenalah banya menu gitu baru seronok kan.

Semalam berbuka di rumah sendiri, saya cuma masak mee hoon soto, dan roti sosej. Dua menu itu pun dah cukup buat kami kenyang anak-beranak. Ada orang tu konon, tak mahu nasi waktu berbuka, makan nasi cepat mengantuk....hihi.

Tapi yang pasti, satu pembaharuan tahun ini, anak-anak berbuka dan bersahur dengan minuman istimewa bernutrisi sihat. Alhamdulillah, memang nampak perbezaan, mereka lebih cergas, tak melepek sangat, tak sibuk tidur waktu petang, semua tetap bertenaga sampai ke petang. Kalau tidak biasa hari pertama dan kedua ni memang semua muka lembik berpuasa.

Apa tu ya ?

Sebenarnya tahun ini saya mula berikan anak-anak Performance drinks waktu berbuka dan Meal Shakes di waktu sahur

Performance Drinks dan Mealshakes dari Shaklee
Masa buka minum Performance Drinks yang di campur dengan sunquick + madu sikit. Memang sedap, minum sejuk2 sangat menyegarkan badan. Ini minuman untuk seisi keluarga. Kurang haus dan dahaga bila berbuka dengan performance drinks ni. Anak2 pun tak sibuk haus minta air macam selalu. Terutama Abid lah, kalau Aqil dan Alia tu dah besar sikit kan, tapi pun nampak mereka lebih kuat.

Sahur pula saya beri milo yang di campur dengan meal shakes dan susu tepung. Memang bermula awal tahun ini saya dah mula beri mereka campuran milo dan meal shakes ni waktu sarapan pagi sebelum ke sekolah. Sejak minum meal shakes ni, rumah ni dah tak pernah beli susu pekat, dah kurang guna gula, kalau tidak gula pasir tu cepat habis....hihi.

Mereka suka sangat milo + meal shakes ni, kalau saya buat milo + susu tepung saja, semua kata kurang sedap, tak manis katanya. Yalah dulu nak manis tambah susu pekat atau gula kan, sekarang, no no no tu gula, sila kurangkan...hehe.

Apa khasiatnya untuk mereka ya?

 Facebook Thunder Emoticon Performance drinks - bantu menyejukkan badan dan cegah rasa dahaga melampau kerana minuman isotonik ini mampu membantu mengekalkan bendalir yang seimbang dalam badan.

Facebook Thunder Emoticon Meal Shakes - Melapik perut kanak2 dan menahan lapar agar mereka mampu berpuasa dalam keadaan yg lebih baik dan bertenaga. Juga membekalkan nutrisi seimbang untuk badan kanak2 yang kadang2 sukar dipenuhi ketika bersahur mahupun berbuka.

Itu untuk anak-anak, kalau saya pula lebih suka minum ESP saja masa sahur. SRD, dia suka meal shakes + Performance Drinks. Minuman berkhasiat di bulan Ramadhan ni, untuk kekal cergas dan lebih bertenaga.

Ha!!! Inilah yang di panggil set mighty 3 gems shaklee

Baru-baru ini, ganti puasa yang banyak tu, sebab tahun lepas kan bersalin seminggu sebelum puasa, 20 hari lebih kurang kena puasa ganti tau! Alhamdulillah, saya rasa lebih bertenaga dengan minuman ini. Walau kadang tak sempat makan berat, hanya dengan minum ESP pun masih bertenaga sampai waktu berbuka.

Kalau ada pembaca yang berminat nak cuba, boleh juga contact saya ya..... SMS/WhatsApp : 013-7308040 (Yus).

Atau....

Silalah like page saya ni
 
Thumb Up (y) Like Facebook Emoticon  www.facebook.com/YusVitaminStore

Untuk pembelian Online dari laman web Shaklee boleh klik [ http://bit.ly/SetMighty3Gems ]

Hehe, sempat lagi promosi Yus ni kan. Mana tahu ada yang nak cuba juga. Tapi betul, memang rasa lebih tenaga dari tahun-tahun sebelum ni. Mana yang baik, kita kongsikan, ya tak?

Apa pun, Selamat Meneruskan Ibadah Puasa untuk semua ya...

TQ sudi baca.

~ يوس ~

Monday, June 30, 2014

Cerita Jun 2014

Ini antara cerita yang penting yang berlaku sepanjang Jun. Al-maklum, orang dah tak rajin update yang baru mula nak rajin, kumpul semua dalam satu entri mudah. Biar ringkas, asal ada tepek sini, boleh?....hahaha.

1 Jun 2014

Majlis Resepsi/ Menerima menantu bongsu di rumah keluarga kami. Perkahwinan adik bongsu saya Hasrul dengan pilihannya Miss Wana. Alhamdulillah majlis berjalan lancar, Selamat Pengantin Baru dik. Dah sebulan dia kahwin, baru akaknya sempat masukkan dalam blog ni...huhu.

Di rumah pengantin perempuan selepas akad nikah. Masa akad nikah baju putih tak sempat bergambar bersama, dah tukar kaler kuning baru sempat ambil gambar...huhu.

Di rumah ayah dan bonda kami, majlis sambut menantu yang simple dan ringkas saja. Takde pelamin bagai....:)

14 Jun 2014

Birthday Amani yang pertama. Diam tak diam dah setahun budak kecik sorang ni. Sekejap je, dan selama itu jugalah, cerita dia jarang keluar dalam blog ibu dia ni. Ibu malas sangat nak update kan....hahahah.

Takde buat majlis apa pun, makan2 keluarga sendiri saja. Buat kuey teow goreng sikit malam tu, dan beli kek untuk Amani. Siangnya jalan2 ke bandar, abahnya belanja makan nasi ayam Gemas.

Ni muka budak yang dah setahun, makan sendiri kononnya, habis bersepah satu meja.

29 Jun 2014

Dan semalam pula adalah birthday abahnya@ suami tercinta saya, SRD. Selamat Hari Ulangtahun bang, semoga panjang umur, murah rezeki, dan dapat terus membimbing kami hingga ke akhir hayat.

Hari ni pula, dah masuk 2 Ramadhan kan. Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa buat semua teman2 blog Yus yang Yus kasihi, tak kira di mana anda berada. Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan dan menambah ketakwaan kita kepadaNya yang Esa. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan diri selama ini. Terima kasih kerana menjadi sahabat alam maya yang best buat saya ....Miss u all.


~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...