Teruja nak sambung cerita Aqil pergi rombongan. Ibu yang terlebih excited ni nak oiiii!
Oh ya! Takde sebut pun dia pergi kemana kan entri semalam. Rombongan sekolahnya menuju ke masjid negara, Akuaria KLCC, Petrosains KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Ada angkasapuri dalam senarai, tapi kata Aqil tak jadi pergi sebab kekangan masa.
Alhamdulillah, Aqil selamat sampai di sekolahnya pagi tadi pukul 1. Hati cuak juga, kenapa lambat sangat. Nasib baik ada dapat call dari salah seorang guru merangkap jiran setaman kami pukul 10.15 masih di Seremban. Dah dapat agak mesti sampai lambat juga.
Tengok muka anak dah turun dari bas, gembiranya hati. Macam-macam perasaan. Banyak yang aku nak tanyakan pada dia.
Sebelum tu, petang itu ada berborak dengan jiran sebelah yang anaknya sebaya Aqil juga ikut rombongan tersebut. Aku tahu anaknya tu bawa hp, jadi nak sangat tahu apa perkembangan budak2 tu semua di sana. Tersenyum mendengar cerita jiran baikku ini yang anaknya telefon bertanya, boleh tak dia habiskan semua duit yang dia bawa. Khabarnya mamanya beri 50 ringgit sebagai dui poket. Perempuan, jadi macam-macam nak di belinya.
Masa tu aku dah terfikir, Aqil aku beri cuma 40 ringgit. Cukup ke duit tu buat dia belanja. Alahai, rasa kesian pula kalau tak cukup. Sekali sekala datang KL, mesti banyak yang dia nak beli, lebih-lebih lagi tengok rakan-rakan lain membeli.
Bila dia sampai rumah dan aku tanya habis tak duit poketnya, aikkkk! Ada RM23 lagi. Sikitnya berbelanja. Tak beli apa-apa ke anak aku ni?
Satu persatu dia keluarkan apa yang ada di begnya. Selipar dalam plastik. Baju kotor dalam plastik juga. Berus gigi dan sabun dalam plastik. Sepasang lagi baju bersih yang dia tak guna pun (aku bekalkan dia dua pasang). Air masak yang aku bekalkan tak berusik pun, air oren juga tak habis, ada setengah lagi. Alahai!!! Anak ibu ok ke? Semua tak habis. Tapi roti dua bungkusdan biskut oat krunch 5 bungkus yang aku bekalkan semuanya habis. Ada kerepok lekor siap goreng yang aku bekalkan, juga tak habis makan. Ish!Ish!. Apa yang kamu makan nak!!
Tapi aku tahu, cikgunya dah siapkan makanan untuk murid yang ikut rombongan. Pagi ada sarapan, tenghari pun ada makan, malam pun sama. Semua dah termasuk dalam yuran rombongan yang di bayar sebelum puasa hari tu RM80.
Bila aku tanya makan malam tadi apa? Jawabnya.....
"Cikgu beri nasi ayam ibu. Tapi kalau nak beli makanan sendiri pun boleh. Ramai kawan-kawan yang beli KFC. Semua tak nak makan nasi ayam cikgu! Tapi Aqil makan."
"Kenapa Aqil tak nak beli KFC juga. Aqil kan selalu suka?"
"Mahal lah ibu. Habis duit Aqil nanti."
Alahai anak ibu. Pandai dah berjimat. Tahu harga duit ya! Sejuk hati ibu mendengarnya. Kemudian tu dia keluarkan pula cenderahati yang dia bawa pulang untuk kami. Terkejut juga sebab aku tak suruh dia beli pun. Ingatkan dia tak tahu nak beli cenderahati.
Fridge magnet untuk ibu katanya. Pen untuk abah, dan mainan dinasour comel je untuk adik-adiknya, yang katanya bila di rendam dalam air selama 3 hari boleh membesar 60% dari saiz asal.
Senyum aku! Ingat dia pada semua.
"Mana Aqil punya! Kan banyak lagi duit Aqil yang lebih tu. Kenapa tak beli satu kenangan untuk Aqil sendiri?"
"Takpe ibu. Aqil kan dah dapat pergi. Lagipun semua mahal-mahal je Aqil tengok. Keychain pun dah 10 ringgit. Aqil beli air coke je singgit."
Tak tahu apa perasaan bila dengar jawapan dia tu. Senyum dalam hati je. SRD pun sama. Penjimat sungguh rupanya anak aku Aqil ni. Tapi bila pergi mana-mana dengan kami takde pula macam tu. Bila bawa duit sendiri, dan belanja sendiri berjimat-cermat sungguh.
Oleh kerana sedikit terharu, SRD kata, " takpelah pen tu Aqil ambil ajelah. Abah dah banyak pen. Abah beri pada Aqil ya!"
"Betul ke ni abah! Terima kasih abah!"
Dia memang suka menyimpan dari dulu. Dari darjah 1 aku beri 50 sen pun kadang-kadang dia bawa balik semula duit tu dan simpan. Aku biasa bawakan dia bekal. Dalam dompet dia selalu penuh duit. Duit poket yang kami beri, jarang-jarang dia belanjakan. Tak macam Alia adiknya. Dapat banyak mana pun kalau boleh semua nak habiskan. Boros pula yang perempuan sorang tu...huhu. Tapi kalau masa tu dia teringin beli sesuatu, berhabis duit pun dia ok je. Itulah Aqil.
Macam-macam cerita juga dari dia. Bas pancitlah, nampak ikan jerung besar lah. Apa lagi ya! Tak sempat tanya semua lagi. Kesian dah pukul 2 pagi masa tu. Nampak benar kami pun excited nak tahu cerita. Dia pun ok je bercerita. Gembira sebab dia seronok ikut rombongan tu.
Ok, lain kali boleh pergi lagi ya nak!!
Fridge magnet yang dia belikan untuk aku dan dinasour comel kepunyaan Abid. Yang 2 lagi untuk Alia dan Arif dah kena simpan. Alia lah, nampak je pagi-pagi terus sorokkan. |
Sekian....
~ يوس ~