Friday, June 29, 2012

Masak dan makan sempena birthday SRD...

Amboi! Hari ni terlebih rajin. Entri ke 3 hari ini. Belum sempat nak bw lagi nampaknya. Tapi terover rajin nak mengupdate cerita. Tengah teruja, baik update sekarang kan. Nanti dah basi, tak best dah...hehe.

Pagi tadi dah wish birthday SRD di entri ini. Tahun ni takde hadiah istimewa untuk hubby kitalah. Main masak-masak dan makan-makan ajelah seisi keluarga. Yang penting ingat birthday dia kan...

Semua yang simple-simple aje.....

Apa yang aku masak dan makan tu ya?

Percubaan membuat aiskrim goreng sendiri. Ingat lagi entri aku mencari aiskrim goreng di Kuala Terengganu? Esoknya tu blogger fieda kongsi resepi aiskrim goreng ni pula di blognya. Haruslah aku cuba buat sendir kan. Sedap lah weh! Senang pula buatnya tu. Siapa-siapa yang belum pernah rasa aiskrim goreng tu dan teringin nak rasa boleh lah buat sendiri juga ya. Klik link blogger fieda ni.

Bila dah buat aiskrim goreng tu, banyak pula lebihan roti tak terpakai. Nak buang sayang, nak makan gitu aje, tak sedap pula. Makanya terhasil lah puding roti bersos kastard ni pula. Resepi seperti biasa aku ambil dari My Resipi lah. Resepi yang ni memang paling sedap aku rasa berbanding yang lain. Sebab sebelum ni pernah cuba resepi yang lain sikit, kureng sedap lah. Yang ni, anak2 suka sangat!

Makan tengahari hari ini pula soto daging bersama begedil kentang. Resipi begedil kentang aku pernah kongsi di sini kan. Cumanya gambar ni bukan gambar soto hari ini, tapi gambar lama dalam simpanan aku. Selalu juga buat soto ni, jadi gambar dah pernah ambil, lagipun hari ni lupalak nak ambil gambar soto tadi...ekekek.

Semuanya sempat untuk hidangan tengahari tadi termasuklah kek birthday ini. SRD memang biasa balik makan tengahari di rumah kalau hari Jumaat. Sebab dia akan bersolat di masjid berdekatan rumah dengan Aqil dan Abid. Tapi kek ni bukan hasil tangan aku ya. Yang ni aku tempah, takut tak sempat nak buat sendiri, sibuk dengan yang lain. Kek coklat ni tempah jelah. Sedap lah kek ni!! Kek coklat kukus yang superbb, siap dengan hiasan yang cantik. Anak-anak pun puji sedap. Pandai akak ni buat. Nanti boleh tempah lagi ya kak....
Sekali lagi untuk suami tersayang.....Selamat Hari Ulangtahun ya bang! Luv u always! Eh! Malam ni giliran abang belanja kitorang pulak kan?...hihihi.

~ يوس ~

Aqil jatuh dalam loji kumbahan?????

"Cik Yus!!! Aqil kan tadi dia jatuh dalam loji kumbahan!!!"

Itulah ayat dari anak jiran aku sebaik dia nampak aku parking kereta di kawasan berhampiran sekolah. Dia dan adiknya sedang menunggu kenderaan yang mengambilnya pulang di situ. Anak-anak aku pula belum nampak batang hidup mereka.

"Haaaa!!! "

Manalah aku tak terkejut. Hati terus berdegup kencang.

"Dia jatuh macam mana? Ok tak dia? Mana dia sekarang? Loji kumbahan apa ni? Termasuk terus ke dalam  tu ke?"

Bertubi-tubi soalan aku ajukan padanya. Sambil mata melilau mencari kelibat Aqil. Masih belum nampak di mana dia.

" Baju dia kotor. Cikgu Rogayah tolong angkat dia. Dia ok cik yus tak cedera pun."

Barulah hati lega sedikit. Tapi masih risau selagi tak nampak Aqil. Aduh Aqil. Ada-ada saja kamu ni. Loji apalah yang di maksudkan kawan kamu ni. Cuak ibu tau!

Bila saja Aqil muncul, muka tersenyum-senyum sambil bawa beg plastik berisi baju dan kasut. Dia hanya berkaki ayam. Di badan nya dah tersarung t-shirt merah yang tak pernah aku nampak sebelum ni. Mesti cikgu dia yang beri ni. 

"Ibu!! Aqil ni busuk ibu. Dia jatuh dalam lubang taik!!!", jerit Alia.

Alahai anak ibu. Macam manalah boleh masuk dalam lubang taik ni. Sadis betul....huhu.

Mulalah mulut Aqil bercerita. Kakinya terpelosok masuk ke dalam lubang tu sebab penutupnya terbuka sedikit. Ada kawan dia tolak. Dalam hati aku geram juga. Bagaimana cikgu sekolah boleh tak perasan kalau penutup lubang najis tu tak bertutup. Rupanya terbuka sedikit. Ada orang cuba buka ke?

Sampai rumah telefon berdering. Cikgu Rogayah yang bantu Aqil tadi menelefon. Dia menceritakan perihal Aqil terjatuh ke dalam lubang antiseptik tadi. Aku bebel manja juga, agar pihak sekolah pastikan lubang tu tidak terbuka di lain masa. Takut juga kalau ada murid yang terjatuh dalam tu tapi tiada siapa yang perasan kan. Nasib baik kaki tergelincir sedikit saja. Kalau semua termasuk dan tiada siapa yang lain sedar bagaimana? Minta di jauhkan lah. Tapi bila dah tergelincir sedikit tu, ada kesan air busuk yang tepercik ke baju dia. Tu yang baju, seluar, kasut semua bau serupa air longkang....huhu.

Apa pun alhamdulillah anak ibu selamat. Moga berhati-hati di lain kali ya Aqil. Tolong jangan bermain di kawasan itu lagi tau!Bahaya!!!

~ يوس ~

Happy Birthday Abang!

Hari ini entri ringkas sempena birthday suami tersayang Dr SRD yang sentiasa sweet dan comel di hati aku!

Selamat Hari Ulangtahun abang! 
Semoga abang sentiasa sihat sejahtera!
Semoga abang sentiasa di bawah lindunganNya!
Semoga abang dapat membimbing kami hingga ke syurga!
Semoga abang sentiasa di bawah rahmatNya!
Semoga abang murah rezeki sentiasa!
Semoga abang terus menjadi suami dan abah terbaik buat kami!
Ibu sayang abang!
Kami sayang abah!

Sweet dari anak-anak....
Masing-masing bertungkus lumus buat kad birthday untuk abahnya.

Ibu??
Plan nak masak-masak sekejap lagi. 
Nanti kita makan-makan sama-sama ya!

SRD yang baik hati! Selalu bila aku sebut pada dia, abang dah makin semangat tau! Jawabnya yang simple mengikut promo yang selalu keluar dalam sinar fm tu. "Eh! Isteri sayalah yang buat saya macam ni! Dari 60kg, jadi 80kg!".....hahaha. (p/s: nak letak gambar ni siap minta izin dulu. takut dia marah, tapi dia senyum aje sentiasa)" Eh! Betullah, banyak perubahan ya!"


Ibu take that as a compliment ya bang! Kira alhamdulillah, dapat jaga makan minum abang dengan baik jugalah kan.....hihi. Cuma makin umur meningkat, kenalah jaga pemakanan seharian juga. Tugas ibu jugalah nampaknya ya!Harap dapat bersama abang di sisi sehingga ke hujung nyawa!
p/s: Kalau lihat wajah Aqil sekarang, dah banyak nak mengikut rupa abahnya di gambar pertama tu kan. Selalu risau dia tak besar-besar, dan SRD selalu kata, "jangan risau, esok dah dewasa BESARlah dia....,hehe"
~ يوس ~

Thursday, June 28, 2012

Di sebalik title nikah : Aku terima nikahnya....

Renungan untuk para suami dan juga bakal-bakal suami....
image dari: FB page Assalamualaikum

Bukan senang nak jadi suami merangkap ketua keluarga ni. Dan juga bukan mudah untuk menjadi seorang isteri yang sentiasa membahagiakan suaminya. Isteri juga perlu memainkan peranan dalam rumahtangga. Pendek kata, dua-dua memang kena tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing kan. Kalau ada yang leka atau terlupa, masing-masing harus mengingatkan antara satu sama lain. Yang menerima teguran pula janganlah ego sangat sampai tidak dapat mengakui kesilapan. Kira suami PM keluarga dan isteri pula timbalannya. Anak-anak pula adalah menteri-menteri @ rakyat jelata di bawahnya. Masing-masing ada peranan masing-masing. 

Ketua tidak selalunya betul, anak-anak tidak selalunya salah. Kadangkala kita perlu cuba bayangkan diri kita di tempat orang lain, contoh kalau kita di tempat isteri kita, atau kita di tempat anak kita. Cuba selami perasaan mereka juga.

Sama juga dengan seorang ketua dalam satu organisasi. Cubalah jangan penting diri sendiri, berlagak bossy, masa dia saja yang betul, masa dia saja yang perlu di jaga, masa orang bawahan langsung tak ambil kira. Dia saja yang sibuk, dia saja yang betul. Semua benda cuba di laksana, konon nak dapat nama, tapi dia sendiri tak tahu buat kerja, yang laksanakan orang bawahan. Apa yang di kejar sebenarnya, kalau yang di kendong pun berciciran. Eiiiii.....emo tetiba!

Macam dah lari tajuk je ni? Ahaks...

Apa kata kita renungkan kata-kata dari Imam Ghazali ini pula,

image dari  FB 
Sama-sama kita perbaiki diri....

Ikhlas...

~ يوس ~

Wednesday, June 27, 2012

Misi mencari aiskrim goreng di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu

Selepas bersolat dan berehat sebentar di Masjid Terapung KT, kami meneruskan perjalanan ke hotel. Di KT, kami menginap di Grand Continental Hotel. Mengambil peluang berehat seketika sambil tunggu waktu Asar, anak-anak biasalah melompat sana sini kat bilik hotel tu...huhu. Selepas solat Asar, kami meneruskan misi untuk mencari aiskrim goreng.

Aku pernah rasa sekali je dulu masa zaman belajar di Terengganu, SRD dan anak-anak tak pernah rasa, jadi mereka semua jakun bila di sebut aiskrim goreng...hihi. Tak pasti mana nak tuju sebenarnya, sempat juga google internet dulu mencari mana lokasi yang ada menjual aiskrim goreng ni. Rupanya dekat je, di Pantai Batu Buruk.

Makanya kami ke sana dengan satu niat  di hati, masing-masing teringin sangat nak rasa aiskrim goreng. Sampai sana, banyak juga gerai yang ada jual aiskrim goreng ni. Tak tahu nak tuju gerai yang mana paling sedap. Maka kami pun ke gerai no 5 ni.

Pelanggannya tak berapa ramai. Anak-anak tengok gambar dekat papan tanda ni dah teruja. Mereka membayangkan aiskrim goreng tu macam dalam gambar di papan tanda tulah.

Sekali yang datang macam ni. Hahahah, anak-anak semua pelik, "kenapa tak sama macam dalam gambar ibu?" Namun aku puashati rasa dia, sedap aiskrim goreng yang ni. Dah macam makan donut berinti aiskrim je. 

Perut dah lapar, tak kan lantak aiskrim goreng je kan. Orderlah kuey teow goreng ni sekali.
Selepas itu, kami pun jalan-jalan sekitar Pantai Batu Buruk tu. Gambar-gambar rekreasi di Pantai Batu Buruk entri lain lah ya.

Anak-anak tak puas makan aiskrim goreng ni sebenarnya. Esoknya mereka minta lagi nak makan aiskrim goreng. Kali ini kami decide nak pilih gerai yang lain pula. Kami pilih satu gerai yang kami lihat penuh pelanggannya. Mesti aiskirm goreng dia lebih sedap dari semalam ni. Itu yang ada dalam fikiran kami.
Bila sampai, tengok rupa macam lebih menarik. Ada hiasan oren lagi di tepi, sure sedap ni. Aiskrim goreng special katanya

Yang di goreng ni besar sungguh rupanya kan. Tapi sayang, aiskrim goreng yang semalam di gerai no 5 tu lebih sedap rupanya. Yang ni macam over goreng ke apa, keras sangat, dan tak rasa macam donut pun. Liat pulak tu, anak-anak pun kurang suka. Mereka lebih suka aiskirm goreng di gerai no 5 semalam juga.
Kesimpulannya, rupa saja tak menunjukkan ianya sedap, yang selekeh je cara hiasan dan hidangan tu,lebih memikat selera.  Apa pun puashati, misi mencari aiskrim goreng di Terengganu berjaya! Siapa-siapa yang ke KT, bolehlah cari aiskrim goreng di Pantai Batu Buruk ya! Satu menu lain sikit, bagi kami orang Selatan yang  baru nak merasa makan aiskrim goreng ni. Nice!

Orang-orang Terengganu, di mana sebenarnya nak dapat aiskrim goreng yang sedap ya? Kongsilah di sini.

Sekian.....

~ يوس ~

Tuesday, June 26, 2012

Masjid Tengku Tengah Zaharah @ Masjid Terapung Kuala Terengganu

Petang-petang baru ada mood nak edit gambar. Kita sambung lagi perjalanan cuti-cuti sekolah Jun 2012 kami ke Terengganu.

Dari Rantau Abang, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Cerita berdasarkan gambar seperti biasa lebih mudah bagi aku...hehe.

Ada 60km lagi nak tiba Kuala Terengganu. Teruja nak solat Zohor di masjid terapung masa ni.

Dalam perjalanan nampak sotong dan udang replika yang besar ni. Terengganu memang terkenal dengan hasil perikanan dan lautnya kan, selain daripada batik dan songket.

Tiba di Masjid Tengku Tengah Zaharah dalam pukul 2.30 petang. Aku cakap dengan SRD, kata nak pergi masjid terapung, ni Masjid Tengku Tengah Zaharah bang?

Sila jangan lawan cakap suami, masjid terapung tu nama lain bagi Masjid Tengku Tengah Zaharah rupanya. Haha...sangat cantik masjid ni dari jauh kan. Serba putih dan memang nampak seakan terapung.

Sungguh kami teruja dan seronok dapat bersolat Zohor di masjid ini. Pemandangan sekitarnya juga cantik. Pertama kali jejak kaki di sini kan, haruslah singgah lama sikit

Selesai solat, mengambil peluang bergambar lagi untuk kali terakhir di kawasan luar masjid yang cantik.

Ada budak tu boleh pula saja menyelitkan diri di celah batu penghias jambatan menuju ke masjid ni. Comel pula dia duduk di situ, siapa lagi kalau bukan Abid.

Sempat juga berehat sambil makan aiskrim. Cuaca sangat panas, berpeluang makan aiskrim budak2 tu, memang sukalah. 
Ada cerita masa singgah di masjid terapung ni. Arif nyaris saja berendam dalam tasik tu...huhu. Sebenarnya dia dah masuk pun dalam air tasik tu. Kat kawasan tepi-tepi tu, nasib dia tak teruskan berjalan ke tengah, kalau tidak tak tahulah bagaimana kan. Berderau darah aku masa tu. Khayal tengok souvenier di gerai berhampiran, aku suruh abang dan kakaknya jaga, tapi mereka pun khayal sama. 


Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa masa tu. Alhamdulillah aku terperasan awal, kalau dah sampai ke tengah, kelam kabut jadinnya. Habis basak kuyup Arif masa tu, terpaksalah mandi dan tukar baju lain sebelum meneruskan perjalanan ke hotel. Arif! Arif! Selalu buat perkara yang boleh buat jantung ibu berdegup kencang. Sila jangan buat macam tu lagi ya nak!

Sebelum bertolak ke hotel pula, ambil gambar masjid terapung ni lagi dari sisi berlainan. Cantik! SubhanaAllah.
Oklah, cerita cuti-cuti kami bersambung lagi nanti ya....

to be continued.....

~ يوس ~

Chocolate De' Amore vs Taman Coklat Nirwana dalam Masterchef Selebriti

Bila ada masterchef selebriti je di kaca tv, aku dok berebut tv dengan anak-anak. Mereka semua nak tengok Dragon Ball Z Kai di saluran 616. Abahnya pun sama. Nasib baik aku menang....haha! Mana boleh lawan ibu, walau terkadang ibu kalah juga.

Seronoklah tengok mereka buat coklat dalam cabaran sajian luar malam tadi.

Bila ketua bertukar apron, itu tambah lagi seronok. Dan aku suka team merah menang! Yea!!! Pinggan sajian mereka memang lagi kemas. Kredit untuk Dato' Dr Fazley. Macam rasa dia je yang menang masterchef selebriti ni. Tak sangka pandai masak rupanya

Chocolate De' Amore dari kumpulan merah
VS
Taman Coklat Nirwana dari kumpulan Biru
Kalau ada perempuan ni memang lagi nampak serabut kot ya, orang lelaki buat hiasan di pinggan lagi kemas je... Tu pasal Kumpulan Merah menang! Ada lagi coklat tambahan coklat putih berperisa pisang caramel tu. Terbaiklah kumpulan Merah!

Paling suka, Tomok tak perlu hadapi ujian penyingkiran lagi...hehe. Sokong Tomok ni!

p/s: Saja nak letak gambar coklat ni di sini, sebab teruja tengok coklat-coklat yang mereka buat. Aku bilalah nak pandai buat coklat ni. My sil kata senang je, aku yang malas nak cuba....huhu.


Sumber: FB Page MasterChef Malaysia

~ يوس ~

Monday, June 25, 2012

Cuti-cuti Terengganu : Rantau Abang

Petang ni datang mood nak sambung cerita cuti-cuti Terengganu kami. Dari Awana Kijal, kami bertolak ke Kuala Terengganu pula.

Dalam perjalanan ke KT tu, bila nampak je papan tanda Rantau Abang Tanjung Jara ni, hati berbunga riang, konon nak sangat tengok penyu di Rantau Abang.

Tapi, manalah ada orang tengok penyu tengah-tengahari buta kan. Biasa malam jelah kan. Kami tak dapat tengok penyu pun. Sedih!

Sampai Rantau Abang, bergambar kenangan di sini. Nampaklah penyu dekat batu tu je...huhu.
Sambil-sambil tu menghirup udara nyaman di tepi pantai di Rantau Abang ni.

Ni apa motif bergambar dekat sungai kering ni pun tak tahulah. Tengah-tengah panas,anak-anak ikut je...hahaha. 

Singgah sebentar di Rantau Abang Batik Craft. Alia sibuk nak beli wau bulan tu, aku tengok-tengok baju batik untuk SRD. Tapi dua-dua tu kami tak beli pun, yang di beli di sini adalah FM dan t-shirt ada gambar penyu untuk anak-anak.
Kemudian kami makan tengahari di RA ni dulu. Pekena nasi kerabu di gerai berhampiran dengan Batik Craft tu. Biasa-biasa aje nasi kerabu dia. Setelah itu baru kami meneruskan perjalanan ke KT.
Dalam perjalanan tu nampak pula Galeri Biodiversiti Akuatik ni. Terus singgah. Anak-anak teruja nampak tulang ikan paus yang besar.

Nak masuk dalam, tapi waktu itu baru pukul 1.30 petang. Mereka tutup sebentar, makanya kami bergambar di luar sajalah. Abid kiri atas tu pegang replika penyu bersama tulang ikan paus yang besar.

Ini tulang ikan paus betul rasanya, ke replika aje ya? Tapi aku rasa betul, sebab di situ di tulis ikan paus ni terdampar di  Nenasi Pahang pada 14/10/2008. Tulang dia je dah besar macam tu, kalau hidup rasa muat kami semua masuk perut dia agaknya ya?...huhu

Akhir sekali, bergerak terus menuju ke KT. Masih tak dapat jumpa penyu hidup walau dah ke Rantau Abang, Nampak 2 ekor penyu batu ni aje kat tepi jalan ....hehe.
Apa pun tetap enjoy perjalanan kami. Ok. Nanti bersambung lagi. Cerita singgah solat di Masjid Terapung pula.
~ يوس ~

Aku langgar pagar itu lagi....huhu

Dulu dengan BKB, hari ni dengan JLB....ya ampun bang!!!

Tak tahulah fikiran ibu ke mana, tapi memang dua hari ni hati gundah gulana, sedikit sedih.

Nak keluar rumah ambil Abid, hidupkan enjin kereta, nak buka pintu pagar, buka sebelah pintu, tersangkut sekejap di tong surat. Ada dua surat. Terus masuk kereta, sempat buka surat bil tu dulu. Dah puashati, terus je undur kereta ke belakang. Dengan muka yakin melihat cermin sisi kiri saja. Tentunya kereta aku di parking sebelah kiri, sebelah kanan dah cukup luas, tak perlu risau, fikirnya di dalam hati.

Tiba-tiba....."gedegang!"

Aduh mak!!!! Pintu pagar sebelah lagi belum terbuka rupanya.Apasal cuai sangat ni???

Turun dari kereta, perkara pertama di lihat, belakang kereta. Ok, semua nampak biasa saja. Kedua baru lihat pagar. Dah tambah bengkok nampaknya bahagian bawah besi tempat penyangkut ke dalam lubang supaya pagar tak bergerak itu.

Terus bergerak ambil Abid di sekolah. Balik baru beroperasi mengetuk balik besi pagar yang sedikit bengkok.

Ketang-ketung, kuat di ketuk menggunakan tukul besi yang ada. Hai!!! Hasilnya tak sama, tak cukup lurus, tapi bolehlah masuk dalam lubang tu, berbanding awalnya tadi, langsung tak boleh di gerakkan.

Hati ingin menjerit, tapi ada kala lebih baik diam dari bersuara. Kadang kala bersuara tak kena tempatnya mengundang amarah orang lain aje.

Doa untuk ketenangan hati:-

"Allohumma inni a’udzubika minal hammi wal huzni, wal ajzi, wal kasali, wal bukhli, wal jubni, wa dholaid daini, wa gholabatir rijali"

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih dan duka cita/kecemasan, dari rasa lemah dan kemalasan, dari kebakhilan dan sifat pengecut, dan beban hutang dan tekanan orang-orang (jahat)”.
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu". (Surah Asy-Syura: Ayat 30)

~ يوس ~

Friday, June 22, 2012

Report Card Day June 2012

Dah banyak kali melaluinya, perasaan berdebar tu tetap ada setiap kali nak ambil keputusan peperiksaan anak. Belum ambil peperiksaan besar lagi, kalau yang besar-besar bagaimana agaknya.

Apa pun ibu gembira dengan pencapaian anak-anak ibu. Walau ada kelemahan sana sini, harap masih boleh di perbaiki.

Sedikit risau dengan pencapaian Aqil. Dah darjah 4, 2 tahun lagi darjah 6. Bagaimana nak pastikan perkembangannya agar bertambah baik, terutama subjek BM. Kawan-kawan yang ada pengalaman? Nak kena hantar tusyen ni kot. Tapi susah juga nak cari guru tusyen di kawasan ni.....

Belajar dengan aku sendiri, dia main-main lah, lagipun BM ni macam kurang pandai nak ajar...huhu.


Abid
Pencapaian Abid. Ni memang tak sangka, full mark untuk semua subjek. Ujian lisan pun A semua, cayalah Abid. Tadika 6 tahun je pun...Tahniah sayang!
Alia
Ini pun agak terkejut tadi. Meningkat dari akhir tahun lepas. No 2 dalam kelas pertengahan tahun ni. Keputusan Alia untuk tahun 2. Sekolah agama pun Alia dapat no 2 dengan 84.6%. Komen guru kelas paginya, Alia pendiam di kelas, muka macam orang tak faham je, tapi sebenarnya bila di tanya, tahu rupanya dia. Cikgu ingat dia tak tahu.....susah nak tunjuk bakat diri, kena cikgu panggil baru nak buat. Tapi cikgu boleh dengar suara dia suka menyanyi sambil buat kerja. Walau perlahan dan nyanyi sendiri saja semasa meyiapkan kerja, cikgu masih boleh dengar. Adeh! Awat suka benor menyanyi anak dara aku ni....huhu.  Tapi untuk sekolah agama, ustazahnya kata lain pula. Sangat bising di kelas, suara dia paling kuat. Tukar perangai pula di sebelah petang ya!Apa pun Congrats Alia!
Aqil
Keputusan peperiksaan Aqil. Sedikit merosot, mungkin sekarang dah tahun 4, subjek makin susah. Apa pun ada peningkatan dari ujian bulan Mac, muncul 1A, kalau tidak dapat 5B je masa ujian Mac tu. No dalam kelas pun semakin baik. tapi aku tetap risau dengan dia ni. Sekolah agama pun no 8 dari 37 orang murid dengan peratus hanya 66.4%. Aduh! Aqil, banyak main dia ni sekarang. Komen dari cikgu, dah kurang berkhayal berbanding dulu, tapi tulisannya tersangatlah buruk. Susah nak baca. Ini aku akui, memang tulisan dia macam cakar ayam, dah banyak kali aku tegur, sama juga. Cikgu dia sendiri kata, suka nak siapkan kerja dengan cepat, itu pasal tulisan semakin buruk. Laju sangat menulis. Moga boleh di perbaiki lagi ya Aqil! Apa pun ibu tetap bangga dengan Aqil.

Catatan untuk rekod di sini. Sebagai melihat prestasi anak-anak ibu. Juga untuk tindakan ibu selanjutnya, mana yang perlu di ambil lebih perhatian. Aqil terutamanya. Budak lelaki ni makin besar banyak main kot.....hmmmm.

Sekian....

~ يوس ~


Wednesday, June 20, 2012

Mee siput masak sambal tumis cili padi

Menu feveret aku. Resepi dari bonda tercinta. Kalau balik rumah emak, dan dia masak lauk ni, mee siput tu 5-6 ketul pun boleh habis licin. Nasi satu periuk pun boleh habis. Aku, ayah, adik-adik semua suka. Lama sungguh tak makan menu ini. Bulan lepas aku teringin sangat, dan mulalah telefon emak tanya resepi semula. Untuk kepastian.

Sekali cuba, SRD pun suka. Setakat ini dah 3 kali buat di rumah ni, masih menjadi feveret. Pergghhh.....makan dengan nasi panas tak perlu lauk lain dah, tak pandang kiri kanan punya. Walau berpeluh-peluh makan menahan kepedasan, masih rasa nak cedok lagi ke pinggan. Adeh! Memang hancus diet bila buat lauk ni. Terus tak boleh tolak nasi. Makan gitu saja pun sedap. Yang penting sesuai untuk mereka yang memang kuat pedas macam aku.

Korang semua pernah makan tak menu ni?

rupa mee siput yang telah di buat sambal tumis cili padi.
Mesti korang biasa makan mee siput goreng makan dengan sambal tumis ikan bilis je kan. Tapi mee siput yang di rebus dan di buat sambal kemudiannya ni tak ramai kot yang biasa makan.

Resepi dari bonda aku senang saja.

Untuk semangkuk mee siput masak sambal tumis cili padi di atas ini yang di perlukan.

3 ketul mee siput ( di rebus sampai kembang dan di toskan)

bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 genggam ikan bilis
21 biji cili padi
sedikit belacan

sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
air asam jawa

Cara membuat:
Tumis bahan tumbuk sehingga naik baunya.
Masukkan air asam jawa garam dan gula secukup rasa.
Masukkan mee siput yang telah di rebus tadi.
Kacau rata sehingga masak.
Siap untuk di hidang

Serius ini memang antara lauk kegemaran aku di rumah. Lagi kalau masa makan ada adik bongsu aku bersama, boleh berebut2 macam tak cukup aje....huhu.

Dik!! Tetiba rindu nak berebut makan sambal mee siput ni dengan nko....hahahaha!Kat rumah ni ada geng berebut juga, cuma geng berebut aku ni tak berapa kuat pedas. SRD lah tu, so kalau aku buat terpedas sikit, dia kureng le berebut. Tapi kalau dengan adik aku tu, dia lagi hantu pedas dari aku, mau terangkat bontot makan pedas sangat....hehehe.


~ يوس ~

Awana Kijal : Fun & Adventure

Sambung lagi entri cuti-cuti di Awana Kijal, Kerteh Terengganu.

Ini bahagian akhir mengenai Awana Kijal Resort ni ya. Selepas ni nak tunjuk tempat lain pulak. Ada yang tertinggal keretapi ke? Cerita awal mengenai Awana Kijal boleh klik :

Saat manis ibu dan Arif di kolam renang Awana Kijal

Lain-lain secara ringkas, semua aku sumbat dalam entri ni. Tak mahu lagi sebut Awana Kijal selepas ni, takut korang boring pulak....hehe. 

Pantai yang cantik. Seronok main air laut masin ni. Ada orang mula-mula enjoy, lepas tu takut sebab dia di lambung ombak sampai tergolek2 kat pantai. Arif lah tu....hehe

Kolam renang yang luas. Ada kolam sesuai untuk anak-anak, ada juga kolam yang dalam untuk dewasa. Tambah best, ada kolam air panas juga, tapi kami tak masuk pun sebab kat situ ada tertulis tak sesuai untuk 10 tahun ke bawah. Kang ibu dan abah masuk, anak sibuk nak masuk cam mana kan....hehe

Lagi ragam kami di kolam renang awana kijal ni. 

Bermain giant chess dengan anak-anak. Mereka ni bukan pandai main sangat pun, tapi punyalah seronok sebab tapak chess dan buahnya tu besar kan...hehe

Arif lebih seronok bermain di taman permainan di sini.

Satu lagi yang fun, main congkak gergasi ni. Sampai berapa kali ulang pun tak tahulah. Akibat kemaruk bermain congkak, dapat satu congkak kecik kat rumah ni sekarang...hehe.

Main teng-teng kapal pula. Aku pun join sekali. Seronok!!!

Bermain dam ular gergasi. Aqil asyik leading, tetapi kemudiannya dia kena makan dengan ular je...kesian...hehe. Pemenang hari itu ialah Alia.

Foot massage, jalan-jalan atas batu ni pula.

Fun room untuk anak-anak.

Aktiviti menarik lain yang boleh pengunjung sertai. Semua kena bayaran lain ya! Ada aktiviti jalan-jalan kampung, tangkap sotong, aktiviti di laut (seasports activities) ada peta besar juga menunjukkan tempat2 menarik lain yang boleh di lawati.
Ada juga bilik kecik menceritakan perihal penyu. Sebenarnya hari akhir kami di sana tu, malam tu hendak di adakan acara melepaskan anak-anak penyu di sana. Siapa yang nak turut serta melihat boleh bayar RM10. Tapi tulah, kami tak tahu awal kan, dah tak menginap di sana malam tu. Malam sebelumnya takde pulak. Siapa nak ke sini, dan nak tengok penyu di lepaskan, boleh tanya pihak pengurusan dulu bila tarikh2 mereka nak lepaskan penyu bertelur di sana. Setiap tahun dalam bulan Jun biasanya memang mereka akan buat selama beberapa hari. Hari akhir kami di sana, baru nak mula malam pertama penyu di lepaskan, melepas kami nak tengok....huhu.
Malam sebelum kami bertolak ke KT pula, sempat juga kami singgah sini. Teruja nak tengok Kelip-kelip Sungai Yak Yah ni. Dekat saja dari Awana Kijal tu. Gambar dari hasil carian google. Aku lupa nak ambil gambar kat signboard ni semasa di sana. Tu pasal terpaksa pinjam dari en google.

Anak-anak paling teruja melihat kelip-kelip ni Seumur hidup mereka baru pertama kali ke mereka lihat...haha. Gambar dari hasil carian google juga. Sebenarnya aku ada ambil gambar, tapi gambar semua nampak gelap je, sebab cahaya kelip-kelip tu tak mampu nak beri image yang bagus dalam kamera aku ni...huhu. Sayang sangat. Kenalah pinjam dari en google lagi

Akhir sekali, saat yang seronok juga semasa di sana, dapat bertemu dengan blogger Kak Mulan yang manis. Seronok berborak dengan kak Mulan di tepi kolam sambil melihat anak-anak mandi manda masa ni. Terima kasih kak Mulan sudi jumpa Yus, borak-borak, dapat oleh-ole, FM dari Bali pun ada. Sayang akak tau!

Siapa yang biasa masuk blog Kak Mulan mesti tahu kan, dia pemalu, tak biasa tunjuk muka sebenar di blog, jadi atas permintaan dia, di blog ini pun, muka kena cover sikitlah ya...hehe. Lupa pula. Hari ni birthday Kak Mulan lah.... Happy Birthday akak, Semoga sentiasa dalam lindungan Allah, dan semoga segala impian akak terlaksana.

Sekian.......

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...