Monday, June 25, 2012

Home » , » Cuti-cuti Terengganu : Rantau Abang

Cuti-cuti Terengganu : Rantau Abang

Petang ni datang mood nak sambung cerita cuti-cuti Terengganu kami. Dari Awana Kijal, kami bertolak ke Kuala Terengganu pula.

Dalam perjalanan ke KT tu, bila nampak je papan tanda Rantau Abang Tanjung Jara ni, hati berbunga riang, konon nak sangat tengok penyu di Rantau Abang.

Tapi, manalah ada orang tengok penyu tengah-tengahari buta kan. Biasa malam jelah kan. Kami tak dapat tengok penyu pun. Sedih!

Sampai Rantau Abang, bergambar kenangan di sini. Nampaklah penyu dekat batu tu je...huhu.
Sambil-sambil tu menghirup udara nyaman di tepi pantai di Rantau Abang ni.

Ni apa motif bergambar dekat sungai kering ni pun tak tahulah. Tengah-tengah panas,anak-anak ikut je...hahaha. 

Singgah sebentar di Rantau Abang Batik Craft. Alia sibuk nak beli wau bulan tu, aku tengok-tengok baju batik untuk SRD. Tapi dua-dua tu kami tak beli pun, yang di beli di sini adalah FM dan t-shirt ada gambar penyu untuk anak-anak.
Kemudian kami makan tengahari di RA ni dulu. Pekena nasi kerabu di gerai berhampiran dengan Batik Craft tu. Biasa-biasa aje nasi kerabu dia. Setelah itu baru kami meneruskan perjalanan ke KT.
Dalam perjalanan tu nampak pula Galeri Biodiversiti Akuatik ni. Terus singgah. Anak-anak teruja nampak tulang ikan paus yang besar.

Nak masuk dalam, tapi waktu itu baru pukul 1.30 petang. Mereka tutup sebentar, makanya kami bergambar di luar sajalah. Abid kiri atas tu pegang replika penyu bersama tulang ikan paus yang besar.

Ini tulang ikan paus betul rasanya, ke replika aje ya? Tapi aku rasa betul, sebab di situ di tulis ikan paus ni terdampar di  Nenasi Pahang pada 14/10/2008. Tulang dia je dah besar macam tu, kalau hidup rasa muat kami semua masuk perut dia agaknya ya?...huhu

Akhir sekali, bergerak terus menuju ke KT. Masih tak dapat jumpa penyu hidup walau dah ke Rantau Abang, Nampak 2 ekor penyu batu ni aje kat tepi jalan ....hehe.
Apa pun tetap enjoy perjalanan kami. Ok. Nanti bersambung lagi. Cerita singgah solat di Masjid Terapung pula.
~ يوس ~

10 comments:

  1. salam..

    penyu dah pupus sekarang kak ;(

    ReplyDelete
  2. ehehe..tersengeh bace cption yg perut ikan paus blh muat semua tu. :p

    bestnye jln2 kt..

    ReplyDelete
  3. salam yus..penyu pun dah tak mau bertelur di situ kot..

    ReplyDelete
  4. seronok nya Yus.. teringin juga jelajah Pantai Timur satu hari nanti...

    ReplyDelete
  5. eh eh same lah kita yus ..
    cuma ieda x singgah rantau abang nie
    kami terus ke KT , berjalan2 di pasar payang dan sekitarnya sahaja ;)

    ReplyDelete
  6. owhh..yu dh smpai trg yer.. lya duk kat kemaman ni j..

    eyh..xtau lak rantau abg cun g2

    ReplyDelete
  7. tengok gambar penyu jerlah ya... oklah tu, hehe

    ReplyDelete
  8. Seonok ye Yus. Tapi kan Yus banyak-banyak gambar yg kakak suka itulah yg Yus kata sungai kering. Cantik backgrround yg Yus pilih. Sama juga yg di gerbang penyu batu. Sayangnya SRD tak ada sama. Kalau tak boleh framekan - Cantik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SRD yang tukang ambil gambar, tu yang takde dia dalam gambar akak. Yus rasa cantik pemandangan di sungai macam nak kering je tu, tu yang pakat ramai2 duduk situ....Cantik kan kak?

      hehe

      Delete
  9. setuju ngan k.zakie.. cantik gambar kt sungai kering tuh.. :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...