Friday, June 22, 2012

Home » » Report Card Day June 2012

Report Card Day June 2012

Dah banyak kali melaluinya, perasaan berdebar tu tetap ada setiap kali nak ambil keputusan peperiksaan anak. Belum ambil peperiksaan besar lagi, kalau yang besar-besar bagaimana agaknya.

Apa pun ibu gembira dengan pencapaian anak-anak ibu. Walau ada kelemahan sana sini, harap masih boleh di perbaiki.

Sedikit risau dengan pencapaian Aqil. Dah darjah 4, 2 tahun lagi darjah 6. Bagaimana nak pastikan perkembangannya agar bertambah baik, terutama subjek BM. Kawan-kawan yang ada pengalaman? Nak kena hantar tusyen ni kot. Tapi susah juga nak cari guru tusyen di kawasan ni.....

Belajar dengan aku sendiri, dia main-main lah, lagipun BM ni macam kurang pandai nak ajar...huhu.


Abid
Pencapaian Abid. Ni memang tak sangka, full mark untuk semua subjek. Ujian lisan pun A semua, cayalah Abid. Tadika 6 tahun je pun...Tahniah sayang!
Alia
Ini pun agak terkejut tadi. Meningkat dari akhir tahun lepas. No 2 dalam kelas pertengahan tahun ni. Keputusan Alia untuk tahun 2. Sekolah agama pun Alia dapat no 2 dengan 84.6%. Komen guru kelas paginya, Alia pendiam di kelas, muka macam orang tak faham je, tapi sebenarnya bila di tanya, tahu rupanya dia. Cikgu ingat dia tak tahu.....susah nak tunjuk bakat diri, kena cikgu panggil baru nak buat. Tapi cikgu boleh dengar suara dia suka menyanyi sambil buat kerja. Walau perlahan dan nyanyi sendiri saja semasa meyiapkan kerja, cikgu masih boleh dengar. Adeh! Awat suka benor menyanyi anak dara aku ni....huhu.  Tapi untuk sekolah agama, ustazahnya kata lain pula. Sangat bising di kelas, suara dia paling kuat. Tukar perangai pula di sebelah petang ya!Apa pun Congrats Alia!
Aqil
Keputusan peperiksaan Aqil. Sedikit merosot, mungkin sekarang dah tahun 4, subjek makin susah. Apa pun ada peningkatan dari ujian bulan Mac, muncul 1A, kalau tidak dapat 5B je masa ujian Mac tu. No dalam kelas pun semakin baik. tapi aku tetap risau dengan dia ni. Sekolah agama pun no 8 dari 37 orang murid dengan peratus hanya 66.4%. Aduh! Aqil, banyak main dia ni sekarang. Komen dari cikgu, dah kurang berkhayal berbanding dulu, tapi tulisannya tersangatlah buruk. Susah nak baca. Ini aku akui, memang tulisan dia macam cakar ayam, dah banyak kali aku tegur, sama juga. Cikgu dia sendiri kata, suka nak siapkan kerja dengan cepat, itu pasal tulisan semakin buruk. Laju sangat menulis. Moga boleh di perbaiki lagi ya Aqil! Apa pun ibu tetap bangga dengan Aqil.

Catatan untuk rekod di sini. Sebagai melihat prestasi anak-anak ibu. Juga untuk tindakan ibu selanjutnya, mana yang perlu di ambil lebih perhatian. Aqil terutamanya. Budak lelaki ni makin besar banyak main kot.....hmmmm.

Sekian....

~ يوس ~


22 comments:

  1. tengok buku rekod ni teringat pulak cerita Aku tak bodoh..huhu

    insyaallah mudah mudahan anak anak akak bertambah cemerlang dan menggembirakan hati ayah dan ibu..:)

    ReplyDelete
  2. wahhh dapat no 2...tanhiah kak...biasala kak,budh laki byk main sikit dr gurl..tp ok gak tu...dapat nu 10...usaha lebih sket leh buang 0 kat belakang tu heee....

    tadika danisha x de exam..so x tau la huuu

    ReplyDelete
  3. Caayalah abid.. seronok tgk 100% tu. Tahniah juga biat alia dan aqil.. :D

    ps: mood berdebar juga. Belum tgk report card Yusuf sekolah pagi dan petang. Baru lepas Maryam punya je..

    ReplyDelete
  4. apapun tahniah dulu.. x semua anak sama kecemerlangannya. Ini dari pengalaman saya sendiri. yg pntg terus sokong anak2 kita !

    ReplyDelete
  5. salam..

    anak2 mmg x nk kalau mak dia ajar, mcm anak2 sedara sylah, tp kalau saya ajar boleh je ikut sbb tkt, mak sedara dia ni garang ;)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillahh
    sejuk perut kan
    tulah .. harap2 budak2 nie makin besar makin meningkat prestasi pelajaran mereka ..
    macam amanina dan sabriena .. so & so aje .. boleh lahh
    segan nak cerita ekekek ..
    x perlah semua nie utk kenangan dan imbauan kita bila dah tua2 kan ;)

    ReplyDelete
  7. Masih kecik lagi Yus... lagi-lagi budak lelaki (tak masuk Alia) biasa suka main-main tapi dia tangkap terus apa yg cikgu ajar di kelas. Anak kakak yg kecik pun merosot periksa sek kebangsaan kali ini. Peratus tak sampai 90%. Sekolah bandar biasalah Yus kalau tak ada 90 peratus pasti nombor jadi 10 kebawah. Sek. agama ok lagi...

    ReplyDelete
  8. tahniah untuk anak2 akak, najwa takde no. pulak kak, mungkin dah ikut sistem linus ni kot, yang ada hanyalah gred sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekolah Alia ni ada dua2, untuk yg KSSR tu. Sistem Linus yang letak band tu ada, no pun ada. Kata cikgu dia, untuk mak bapak nak tahu gak biasa kedudukan dalam kelas, so mereka buat juga dua2..

      Tp untuk Aqil ikut sistem lama, mmg takdelah Linus dan band tu....

      Delete
  9. ssalam yus..sekolh nak acik hari jumat depan..sorang je lagi yang sekolah..

    ReplyDelete
  10. tahniah utk diorang kak.. pandai2 anak akak.. keep it up.. :)
    tadika aidil x der plak system nombor nih kak..
    sy benonya nak jugak tau kedudukan aidil dlm kelas.. hehe..

    ReplyDelete
  11. hehe seronok plak baca pasal alia..time sekol agama dia jadi bising, saya rasa sebab kawan2 n persekitaran kut..maybe kat sekol agama tu dia rasa lebih seronok kot kan :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. seronoknya tgk keputusan anak2 yus yg membanggakan.. insyaAllah, keputusa Aqil akan meningkat nnt.. saya pun waktu han darjah 6 terpaksa juga hantar tuisyen sbb nak tingkatkan mana2 markah yg rendah tu..

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah seronok tgk keputusan dorang..

    ReplyDelete
  14. keputusan yg cemerlang...tahniah buat kak yus dan anak2.. :)

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah... bijak pandai semuanya... moga2 jadi anak terbaik didunia dan akhirat... :-)

    ReplyDelete
  16. tahniah buat semua anak2 kak yus! tahniah juga pada kak yus sebagai ibu mereka ye. moga terus cemerlang pada masa depan ye.

    betullah kak yus... muhaimin pun sama. rasanya makin besar ni..makin banyak mainnya. kadang2 tu kerja rumah pagi nak pegi skolah baru buat... risau kita yg jadi ibu ni dibuatnya...

    ReplyDelete
  17. takutnya nak balik hantar sekolah nnti. awal2 sekolah mesti result teruk. mmg kene bertabahlah jawapnya. huhu..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...