Thursday, June 07, 2012

Home » , , » Fobia jumpa doktor gigi??

Fobia jumpa doktor gigi??

Salam kembali blogku yang di rindui.....

Aku dah balik dari bercuti di Terengganu, tapi kini bercuti di Melaka rumah emak pula. Penat belum hilang, baju banyaknya nak basuh. Hari ini saja 4 kali mesin rumah emakku ini berpusing. Ada lagi 1 beg baju kotor masih belum berbasuh. Yang tu, gilirannya terpaksa di tunda esok sebab tiada ampaian lagi boleh di gunakan. Penuh!!!!!

Sepanjang bercuti, yang tak seronoknya gigi aku sekali sekala berdenyut sakit. Nasib baik bukan setiap masa. Dari dulu memang takutnya nak jumpa doktor gigi. Fobia gila!!!

Kali akhir aku tampal gigi dan cuci gigi masa belajar di UiTM Shah Alam dulu. Punyalah lama....Tapi itu tidak bermakna takde jumpa doktor gigi langsung selepas itu. Ada jumpa masa mengandungkan Arif dulu, tapi periksa gitu2 jelah. Doktor pesan suruh jumpa selepas bersalin, hampeh...aku tak jumpa pun. ...haha.

Hari ini kuatkan hati jumpa doktor gigi. Tambahan pula SRD pun nak cabut gigi gerahamnya yang berlubang. Mula ingatkan doktor panggil SRD dulu, sekali nama aku dulu di panggil.

Pertama kali gigi aku di X-ray. Setelah x-ray di buat, doktor kata ada dua gigi perlu di cabut. Satu dah berlubang, satu lagi dah rosak juga. Tapi oleh kerana gigi itu sakit bila doktor ketuk, maka gigi tidak boleh di cabut pada hari ini. Doktor kata tunggu minggu hadapan. Alang-alang dah jumpa doktor gigi, aku minta dia cuci   sekalilah.

image ehsan google
Berapa tahun tak cuci gigi ni? Ngilu rasa, adeh! Berdesing-desing dengarnya. Keluar dari situ, rasa gigi bersih je seketika...haha. Oooopsss. Jangan silap, ni cuci gigi tau! Bukan berus gigi. Kalau berus gigi, hari-hari aku berus, kalau tunggu tahun baru nak berus sekali, mahu ompong semua gigi....hihihihihi.

Berapa ya biasanya kos jumpa doktor gigi ni. Aku kan takut sangat nak jumpa, sebab ingat mahalnya nak cabut gigi. Ada orang kata sampai RM500 nak cabut gigi, biar betul. Kos yang terpaksa aku bayar tadi di Klinik Pergigian Mawar Peringgit Melaka.

X-Ray gigi = RM35
Cuci gigi (Scaling) = RM65
Ubat-ubatan = RM35

Jumlah semua RM135...huhu. SRD cabut gigi, satu batang RM45, so dua yang kena cabut jadi RM90. Ini untuk gigi geraham, kalau gigi depan murah sikit. Campur x-ray RM30 dan ubat RM5. Apsal SRD punya ubat murah je...huhu. Aku punya antibiotik sampai dua kot, untuk hilangkan sakit sebelum boleh cabut minggu depan. Itu yang harga lebih tu. Mahal ke murah ya kos pemeriksaan gigi tu?

Takut juga masa dia bersihkan gigi tu....huhu. Aku rasa kuat aku pegang kerusi doktor tu, mahu nak terangkat bontot. Baru cuci gigi, belum cabut lagi...huhu.

Rasa kalau dah tak sakit minggu depan, mahu aku tak cabut gigi ni. Siapa yang ada penyakit takut macam aku nak cabut gigi?

Tapi kan, dulu kecik-kecik, aku pernah tau cabut gigi ikut cara yang emak ajar. Ikat gigi yang dah bergoyang dengan benang, lepas tu hujung benang yang satu lagi ikat pada tombol pintu. Tutup pintu kuat-kuat, tercabutlah gigi tu....hahahaha. Siapa pernah buat macam tu? Jangan di ikut ya, ajaran sesat tu...hahaha. Jumpa doktor gigi, itulah yang sebaiknya.

Ok Yus!!! Lepas ni jangan malas dan takut nak jumpa doktor gigi Baik apa doktor gigi tu, gigi sihat, makan pun senang kan.

Eh! Aku cuti-cuti Terengganu, terus hilang program diet aku. Makan aje...huwaaaa, habisssssslahhhhhh!

~ يوس ~

14 comments:

  1. salam yus..bukan yus sorang je..acik pun takut..tapi takut2 pun pergi jugak..selalu doktor pesan..relax..jangan tegnang..he he..kadang2 bila dah dok ats kerusi tu terus sejuk tangan..

    ReplyDelete
  2. Saya pun dah lama tak jumpa dentist. Ngilunya scaling.

    ReplyDelete
  3. sye cabut gigi bongsu kena RM50, takutr betul tumbuh gigi bongsu...

    ReplyDelete
  4. i pernah operate gigi lagi yg kos lagi RM1 nk RM800 kes gigi i terbenam kat dalam..nk cabut masa tu pgnent sarah..nak tak nk kena gak tggu pas bsalin. Kalau takat scaling dan tampal juga cabut tu dah biasa jek kat i hahahahahaha

    standard cuci gigi tu 45 ~~ 50 :)

    ReplyDelete
  5. sy dah biasa ngn dentist..huhu.. tiap2 bulan review sampailah bukak braces baru2 nih...

    mmg sentiasa ada 'perasaan ngilu' bila doc cek itu ini tuh.. huhuu

    ReplyDelete
  6. aduhh sakit gigilahh paling x tahan kan ..
    tapi bila tiba time dia nak buang karang gigi tuu .. huhuhu nyiluuu ..
    ieda punn jarang cuci gigi yus , bila nak cabut baru buat sekali huhuh

    ReplyDelete
  7. dulu masa anak dar, pernah dr inject kat gusi..sakit sgt rasa..pastu bole pulak dr tu ketawa...napa badan awak2 terangkat?die kata mcm tu...dahla dr laki....malunyer aiii...sejak tu make sure dr gigi adalah dr perempuan heee

    ReplyDelete
  8. akak dari dulu hngga skrang fobia ngan dr gigi..pernah pengsan masa sekolah dulu gara2 cabut gigi...takut punya pasal..hihihi

    ReplyDelete
  9. akak... izan pun dah lama tak pegi jumpa dentist. last pegi masa lepas bersalinkan si kembar thn 2008, terbang jugalah 200. cuci gigi ngan tampal sana sini... mmg kos jumpa dentist makin mahal skrg ni kan.

    ReplyDelete
  10. dah 3 tahun nadiah tak pergi dentist kak yus. mahal sangat kosnya di sini. kalau sakit je la akan pergi sebab insurans tak cover kalau tak sakit..huhu. balik malaysia nanti la baru cuci gigi

    p/s: ngeri la cabut gigi ikut cara mak akak tu..haha. nadiah ni dah la masa kecil punya penakut nak cabut gigi susu padahal dah bergoyang sangat dah. biar je gigi tu tanggal sendiri :p

    ReplyDelete
  11. kalau di sini akk suka pergi klinik gigi tew dental, sangat selesa dan hilang gemuruh takut sbb mereka membuat kerja dgn sangat mesra ;p

    ReplyDelete
  12. Kita time kerja ni adalah jugak pergi scaling gigi..seram lak rasanya..zarif nak cabut gigi pun suruh abahnya yang bawak tapi zara sakit gigi ni kena cekalkan diri gak la nak ke dentist, huhu

    ReplyDelete
  13. salam kak,

    selamat berkenalan. Ai pun baru cabut gigi semalam :D

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...