Friday, June 29, 2012

Home » , » Happy Birthday Abang!

Happy Birthday Abang!

Hari ini entri ringkas sempena birthday suami tersayang Dr SRD yang sentiasa sweet dan comel di hati aku!

Selamat Hari Ulangtahun abang! 
Semoga abang sentiasa sihat sejahtera!
Semoga abang sentiasa di bawah lindunganNya!
Semoga abang dapat membimbing kami hingga ke syurga!
Semoga abang sentiasa di bawah rahmatNya!
Semoga abang murah rezeki sentiasa!
Semoga abang terus menjadi suami dan abah terbaik buat kami!
Ibu sayang abang!
Kami sayang abah!

Sweet dari anak-anak....
Masing-masing bertungkus lumus buat kad birthday untuk abahnya.

Ibu??
Plan nak masak-masak sekejap lagi. 
Nanti kita makan-makan sama-sama ya!

SRD yang baik hati! Selalu bila aku sebut pada dia, abang dah makin semangat tau! Jawabnya yang simple mengikut promo yang selalu keluar dalam sinar fm tu. "Eh! Isteri sayalah yang buat saya macam ni! Dari 60kg, jadi 80kg!".....hahaha. (p/s: nak letak gambar ni siap minta izin dulu. takut dia marah, tapi dia senyum aje sentiasa)" Eh! Betullah, banyak perubahan ya!"


Ibu take that as a compliment ya bang! Kira alhamdulillah, dapat jaga makan minum abang dengan baik jugalah kan.....hihi. Cuma makin umur meningkat, kenalah jaga pemakanan seharian juga. Tugas ibu jugalah nampaknya ya!Harap dapat bersama abang di sisi sehingga ke hujung nyawa!
p/s: Kalau lihat wajah Aqil sekarang, dah banyak nak mengikut rupa abahnya di gambar pertama tu kan. Selalu risau dia tak besar-besar, dan SRD selalu kata, "jangan risau, esok dah dewasa BESARlah dia....,hehe"
~ يوس ~

14 comments:

  1. Selamat hari ulangtahun kelahiran Dr.

    Semoga sentiasa dalam kasih dan rahmat Ilahi.

    ReplyDelete
  2. pakngah pun nak tumpang ucap selamat ulang tahun kelahiran kat SRD .. kata kat dia "awak bertuah dapat isteri yang cantik dan baik"

    ReplyDelete
  3. Selamat Harijadi BUat abang akak, smeoga diberikan kesihatan yg baik selalu,dipanjangkan umur lagi & dimurahkan rezeki yg banyak lagi, amin~

    ReplyDelete
  4. Salam kak yus..

    Besday en abg ke?

    Sanah helwah buat en abg kak yus…
    Sweetnye akak… :)

    ReplyDelete
  5. eh, nadiah baru je buat entri hari lahir suami. berkongsi bulan yang sama rupanya suami akak dengan suami nadiah. selamat hari lahir buat suami akak

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari lahir buat suami YUs,semoga sentiasa diberkati Allah SWT.amin....

    ReplyDelete
  7. semoga hubby yus sentiasa bahagia dan panjang umur
    suami bahagia bersama isteri yg sentiasa memberi semangat

    ReplyDelete
  8. Kakak dapat tahu dari blog huda tadi pun ada wish sebab boss Huda kan...
    Selamat ulangtahun buat suami Yus. Kakak rasa Arif pun ada muka ayah dia juga cuma masih kecik lagi.

    ReplyDelete
  9. selamat mnymbut ulngtahun kelahiran utk suami Yus..semoga sntiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg baik...

    ReplyDelete
  10. Happy bday bos!! Waa, dpt nengok gambar ekslusif eb bos ler...:)

    ReplyDelete
  11. Selamat Ulang Tahun Kelahiran utk hubby Yus.
    Moga dipjgkan umur dan dimurahkan rezeki.. Amin

    ReplyDelete
  12. Selamat hari lahir buat suami Yus.. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kekal bahagia bersama isteri tercinta dan keluarga, berjaya didunia dan akhirat. Amin

    ReplyDelete
  13. selamat hari ulang tahun buat suami yus...semoga bahagia selamnya disamping keluarga

    ReplyDelete
  14. selamat hari lahir buat suami yus..moga bahagia sentiasa di samping keluarga tersayang..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...