Wednesday, June 20, 2012

Home » , , , » Awana Kijal : Fun & Adventure

Awana Kijal : Fun & Adventure

Sambung lagi entri cuti-cuti di Awana Kijal, Kerteh Terengganu.

Ini bahagian akhir mengenai Awana Kijal Resort ni ya. Selepas ni nak tunjuk tempat lain pulak. Ada yang tertinggal keretapi ke? Cerita awal mengenai Awana Kijal boleh klik :

Saat manis ibu dan Arif di kolam renang Awana Kijal

Lain-lain secara ringkas, semua aku sumbat dalam entri ni. Tak mahu lagi sebut Awana Kijal selepas ni, takut korang boring pulak....hehe. 

Pantai yang cantik. Seronok main air laut masin ni. Ada orang mula-mula enjoy, lepas tu takut sebab dia di lambung ombak sampai tergolek2 kat pantai. Arif lah tu....hehe

Kolam renang yang luas. Ada kolam sesuai untuk anak-anak, ada juga kolam yang dalam untuk dewasa. Tambah best, ada kolam air panas juga, tapi kami tak masuk pun sebab kat situ ada tertulis tak sesuai untuk 10 tahun ke bawah. Kang ibu dan abah masuk, anak sibuk nak masuk cam mana kan....hehe

Lagi ragam kami di kolam renang awana kijal ni. 

Bermain giant chess dengan anak-anak. Mereka ni bukan pandai main sangat pun, tapi punyalah seronok sebab tapak chess dan buahnya tu besar kan...hehe

Arif lebih seronok bermain di taman permainan di sini.

Satu lagi yang fun, main congkak gergasi ni. Sampai berapa kali ulang pun tak tahulah. Akibat kemaruk bermain congkak, dapat satu congkak kecik kat rumah ni sekarang...hehe.

Main teng-teng kapal pula. Aku pun join sekali. Seronok!!!

Bermain dam ular gergasi. Aqil asyik leading, tetapi kemudiannya dia kena makan dengan ular je...kesian...hehe. Pemenang hari itu ialah Alia.

Foot massage, jalan-jalan atas batu ni pula.

Fun room untuk anak-anak.

Aktiviti menarik lain yang boleh pengunjung sertai. Semua kena bayaran lain ya! Ada aktiviti jalan-jalan kampung, tangkap sotong, aktiviti di laut (seasports activities) ada peta besar juga menunjukkan tempat2 menarik lain yang boleh di lawati.
Ada juga bilik kecik menceritakan perihal penyu. Sebenarnya hari akhir kami di sana tu, malam tu hendak di adakan acara melepaskan anak-anak penyu di sana. Siapa yang nak turut serta melihat boleh bayar RM10. Tapi tulah, kami tak tahu awal kan, dah tak menginap di sana malam tu. Malam sebelumnya takde pulak. Siapa nak ke sini, dan nak tengok penyu di lepaskan, boleh tanya pihak pengurusan dulu bila tarikh2 mereka nak lepaskan penyu bertelur di sana. Setiap tahun dalam bulan Jun biasanya memang mereka akan buat selama beberapa hari. Hari akhir kami di sana, baru nak mula malam pertama penyu di lepaskan, melepas kami nak tengok....huhu.
Malam sebelum kami bertolak ke KT pula, sempat juga kami singgah sini. Teruja nak tengok Kelip-kelip Sungai Yak Yah ni. Dekat saja dari Awana Kijal tu. Gambar dari hasil carian google. Aku lupa nak ambil gambar kat signboard ni semasa di sana. Tu pasal terpaksa pinjam dari en google.

Anak-anak paling teruja melihat kelip-kelip ni Seumur hidup mereka baru pertama kali ke mereka lihat...haha. Gambar dari hasil carian google juga. Sebenarnya aku ada ambil gambar, tapi gambar semua nampak gelap je, sebab cahaya kelip-kelip tu tak mampu nak beri image yang bagus dalam kamera aku ni...huhu. Sayang sangat. Kenalah pinjam dari en google lagi

Akhir sekali, saat yang seronok juga semasa di sana, dapat bertemu dengan blogger Kak Mulan yang manis. Seronok berborak dengan kak Mulan di tepi kolam sambil melihat anak-anak mandi manda masa ni. Terima kasih kak Mulan sudi jumpa Yus, borak-borak, dapat oleh-ole, FM dari Bali pun ada. Sayang akak tau!

Siapa yang biasa masuk blog Kak Mulan mesti tahu kan, dia pemalu, tak biasa tunjuk muka sebenar di blog, jadi atas permintaan dia, di blog ini pun, muka kena cover sikitlah ya...hehe. Lupa pula. Hari ni birthday Kak Mulan lah.... Happy Birthday akak, Semoga sentiasa dalam lindungan Allah, dan semoga segala impian akak terlaksana.

Sekian.......

~ يوس ~

20 comments:

  1. banyak sungguh xtvt yg boleh dilakukan di sana ye yus.. itu yg best tu.. dpt jumpa teman blogger lagi.. syoknya..

    ReplyDelete
  2. nampak awana kijal sgt sesuai utk kids..byk aktiviti kann
    x penah lak terfikir nak dok awana sbb ratenya mahai sket :)

    ReplyDelete
  3. macam2 aktiviti yg boleh dibuat kat sana ye kak yus. entah bila lah agaknya kami nak sampai awana kijal plak.

    ReplyDelete
  4. olohhh..kalu dok boleh kite juperrr...

    ReplyDelete
  5. mak aih..meriah aktiviti..memang sehari dua tak cukup ni..

    ReplyDelete
  6. wah!! tgk gambar pun dah syok apa lagi pergi dan beraktiviti hehehe

    ReplyDelete
  7. seronok! seronok!!! ni yang berkobar nak pergi terengganu dan awana kijal ni..

    ReplyDelete
  8. bila baca cuti2 ke Tgganu awana kijal ni buat akak terasa nak cuti kesana ujung thn ni.

    ReplyDelete
  9. Happening sangat Yus kak tengok semuanya. Lagi-lagi si comel ligat tu. Geram tak reti penat. Org main chest entah apa di aangkut agaknya. Kakak memang setiap gambar yg Yus tunjuk mata kakak cuma nak cari muka dia aje. Sukalah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, dia angkut pelampung dia kak, tak sabar nak masuk air agaknya, orang nak main chess, dia usung pelampung sana sini.....hahahaha.

      orang main congkak pun dia sibuk kak, sibuk kutip guli....huhuhu

      Delete
  10. Salam kenal..

    Best tengok gambar2 ni.. mesti happy anak2 Yus kan..
    jalan2 dengan anak2 memang best.. terutamanya masa anak2 kecik..

    ReplyDelete
  11. rugi x dpt tengok penyu. hehe.. ada ke jual telur penyu situ kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nampak pun orang jual telur penyu As...

      tulah rugi tak dapat tgk, tp kat tempat lain pun mmg kena booking dulu kalau nak tengok penyu...huhu

      Delete
  12. banyak xtvt menarik kan disini
    ieda je x sempat nak xplore sbb dah plan nak ke KB ..
    tapi x kesampaian juga
    nanti story dlm blog kita ..;)
    loor x dpt juga tgk wajah kak mulan ...

    ps : waktu balik x ingat dah nak singgah kat tmpt klip2 nie huhuh

    ReplyDelete
  13. assalam yus..cantik2 gambar ni dan acik paling seronok bila tengok ada macam2 permainan yang besar tu..
    happy birthday buat mulan

    ReplyDelete
  14. memang tgk gambar pun dah tahu
    seronoknya kat sana

    masa 2 tahun lepas kak ati pi ke kemaman
    pun dah seronok sgt kenangan itu :)

    insyaAllah harap2 dapat stay kat sini pula

    ReplyDelete
  15. bestnyer p sana... tapi satu je.. Jauhnyerr nak travel !!

    ReplyDelete
  16. cANTIK aWANA kIJAL NI YE :)

    P/S:1st time kenal dengan kak Mulan ni, heran gak nape di blur kan muka, rupanya atas permintaan ;)

    ReplyDelete
  17. best nyaaaaaaaaa kelip kelip tu, Azi pun akan teruja dpt tgk kelip2 banyak mcm tu!!

    ReplyDelete
  18. Menariknya Awana Kijal.. sblm ni duk hotel lain.. kene cuba lah duk awana lepas ni..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...