Monday, June 18, 2012

Home » » Projek Mengecat Pagar Rumah

Projek Mengecat Pagar Rumah

Hari ni letihnya badan!!!! Kedua-dua belah tapak tangan pula sakit, melecet teruk juga sebab semalam jatuh tersungkur semasa seronok bermain untuk acara ibu-ibu di hari keluarga staf FKMP. Petangnya pula menyambung projek mengecat pagar rumah yang belum selesai.

Makanya, banyaknya cerita konon nak update di blog, tapi satu pun tak jadi kenyataan ni. Aduh! Satu-satu jelah.

Tahun ini bersemangat nak mengecat pagar rumah yang dah berlumut. Aku ni tak pernah mengecat pagar ke, dinding ke, atau apa-apalah yang berkaitan rumah. Sabtu dan Ahad, projek berdua dengan suami. Penat juga mengecat ya walau sikit je pun rasa...huhu.

Sabtu, cat warna pagar berbatu dulu. Ahad sambung cat lining tepi batu tu pula.Projek bermula selepas 5.30 petang. Tu yang tak siap-siap juga ni. Ada seorang jiran ni (lelaki ya!) memang perihatin sungguh kalau kami buat sesuatu yang baru. Bila dia tengok pagar batu sudah bertukar kuning, "Wah! Cat baru nak rayalah orang tu! Ni tepi yang coklat ni, tukar warna apa pulak ni?"

Aku jawab sambil tersengih-sengih, "Rahsia!"

"Main rahsia-rahsia pulak dia!"

Ahad, bila lining sudah bercat sedikit, dari jauh dia dah bersuara. " Pinklah! Ni mesti si Yus yang pilih ni!"

Hahahah........nasib baik suami aku SRD menyampuk, "Dare to be different!"

Projek masih belum selesai. Baru separuh pagar batu yang bercat baru. Pagar besi belum berusik. Bila nak sambung ni?....huhu

Siapa cakap tak lawa, aku nangis nanti! Hihihihi...Ok,ok korang boleh komen ikhlas. Tak lawa pun cakap je tak lawa ya...kehkehkeh. Belum siap sepenuhnya, tu hujung tu lining tepi batu masih warna yang lama, pagar pun masih belum tukar warna.

Pandangan dari sudut lain pula. Pagar besi tu plannya nak cat warna merah hati, merah gelap tu. Lawa tak lawa, kata suami aku SRD, Dare to be different kan! Hihi, ya, ya mengaku warna adalah pilihan aku.

SRD memang ikut je, dia dah kata dah, lawa ke pink campur kuning cair ni. Mata aku kata lawa, oklah tu, sebab niatnya memang nak lain dari yang lain, tak mahu sama dengan warna pagar orang lain kat taman ni kan. Aku pun pernah nampak orang guna gabungan warna ni. Kita hentam sajalah...hehe.

Sila beri komen ikhlas anda ya....ekekek.

p/s: kawan2 semua, minta maaf aku belum dapat balas kunjungan semua, pelan-pelan aku kayuh nanti ya!

~ يوس ~

26 comments:

  1. Sebab tak full cat lagi so tak boleh komen la kan, tapi kaler ni memang agak ceria yea..Pada saya setiap orang ada citarasa dan pandangan masing-masing, kalau cantik pada mata kita, tapi tak cantik pada mata orang, tak cantik pada mata kita tapi cantik pada mata orang..So komen saya - setiap orang ada pandangan sendiri, lagipun SRD kata dare to be different kan..Bagus gak cat kaler gini senang saya nak datang rumah akak raya nanti, hehe..

    ReplyDelete
  2. kira okeylah warna pilihan yus tu.. mmg dare to be different.. he..he.. lgpun rumah sendiri yus.. mmg kena ikut taste sendiri.. apa pandangan orang lain kita senggih aje.. rajinnyalah.. saya yg tgk pun rasa penat.. besar dan byk tu nak mengecat.. klu saya dah surrender awal2.. he..he.. so mmg nak puji sgt2 kerajinan yus & hubby.. cayalah..

    ReplyDelete
  3. Akak nampak SELANGOR !!! hehe ... dah namanya dare to be different kan, kiranya dari jauh dah nampak rumah awak. Luasnya laman, cantik klu dapat buat lanskap. Awak buat lanskap dulu, nanti akak boleh tiru lanskap awak :-)

    ReplyDelete
  4. comel..warna nampak ceria..rajin betul kak yus nie

    ReplyDelete
  5. Cerah senang nak cari rumah kalau tak sama dgn jiran-jiran. Kakak pernah cat porch kakak warna ini.

    ReplyDelete
  6. Amboi!!rajinnya Yus mengecat pagar...
    Citarasa kita sama le...akak pun cat tembok pagar warna kuning...pintunya akak cat coklat...

    ReplyDelete
  7. cantik aper... saya suka merah kuning hehe

    ReplyDelete
  8. tu kaler pink ke or merah...coz akak nampak cam merah kunin bendera selangor.mmg kaler betul2 ceria ni.akak pun baru angan2 nak cat pagar b4 posa ni..baru angan2 dulu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pink kak, kod kaler tu dia tulis pink rose, nampak merah ya? Tp nyata, nampak lebih pink rasanya...hehe.

      Takpe, nnti dah siap sepenuhnya, yus upload gambar lagi....:)

      Delete
  9. kalau kami lalu senggarang tengok pagar ala selangor ni, tau le rumah akak tu..hihi
    tahun ni pun kena cat pagar jugak..sebab cat dah tanggal2..tapi tak tau bila nak cat..aduh malasnyieerrr....(ape ni malas2..babab nannti)..

    ReplyDelete
  10. 1st time tgk gabungan kaler camni..pelik..tp menarik..senang nk cam klu sape2 yg x penah sampai umah kakyus..

    cantik.. :)

    ReplyDelete
  11. cantiknya pagar rumah akak, rajin sungguh ngecat dalam pada sakit tangan tu ye, baguih2 mood raya sudah maiii hehehhee

    ReplyDelete
  12. hurmmm cantik ..
    kalau ieda so & so ekekke
    kalau biru laut dan tone kelabu cantik lagi koot ahahah
    masing2 lah yus .. janji kemas kan
    rajin tul yus melayan cat pagar ..
    kalau ieda haruss main tgk je ekeke

    ReplyDelete
  13. ha, kalu nak bertandang umah kak yus nanti mesti senang kan, terang jerk dari jauh dah nampak.. hehe

    ReplyDelete
  14. cantiknye pagar umah dia.. nanti nak raya tak yah cat dah kan...

    ReplyDelete
  15. nampak unik cikit...sesuai la kak... kan nak lain dr yg lain... :)

    ReplyDelete
  16. pandai nye akak cat hehee..sy harap kat huby je hehe...warna yg ceria =)

    ReplyDelete
  17. Salam Yus...kena tengok betul2 baru boleh komen dlm gambar ni nampak mcm kuning terang & merah... jadi mcm pelik...tapi kalau nak jadi different okay je tu

    ReplyDelete
  18. Cantik2.. luas betul halaman umah.. :)

    ReplyDelete
  19. yus...luas betul kawasan umah yus...

    ReplyDelete
  20. cantik..dare to be different..menepati slogan kata tulah...kalau sy cari umah akak..senang nak cam..

    ReplyDelete
  21. penyokong kuat selangor nih..kuning n merah..hhahaa...rumah banglo ke luas kan main lagi..

    ReplyDelete
  22. cantik kak.. menyerlah betul.. nak cari umah akak klu nak gi raya nanti pun senang.. haha..

    kak, jom join contest kat blog sy.. :)

    ReplyDelete
  23. wahh... besarnya rumah awak...

    ReplyDelete
  24. yus mmg orG senang nk cam ur house..sgt menyerlah!! hihi..saya kalu cat asek2 ceklat, krim kaler

    ReplyDelete
  25. laaa pink ker? saya nampak oren. boleh?

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...