Tuesday, June 19, 2012

Home » , » Semua sudah kehilangan gigi.....

Semua sudah kehilangan gigi.....

Kesinambungan dari entri aku Fobia jumpa doktor gigi??, Sabtu lepas hampir semua kehilangan sebatang gigi pada hari yang sama. Plannya aku aje yang nak pergi cabut gigi, tapi aku fikir, dah terlanjur jumpa doktor gigi, minta doktor periksa gigi anak-anak sekali. Sudahnya, ke tiga-tiga mereka pun kehilangan gigi seorang sebatang....hihi.

Aqil paling kesianlah, gigi sebatang hilang, kemudian kena tampal gigi juga. Minggu depan Aqil di minta datang semula sebab ada sebatang lagi yang perlu di cabut. Doktor tak mahu cabut serentak. Aku pula kena datang untuk buka jahitan. 

Pelik bagi aku, siap ketawa depan doktor tu sebab rasa kelakar sangat, cabut gigi pun siap kena berjahit gusi bagai...huhu.

Gambar mereka-mereka yang baru kehilangan gigi, sedih je masing-masing. Gambar ibu dia je yang tiada....hehe.
Selepas ni jangan takut jumpa doktor gigi lagi ya anak-anak. Aku siap jadi pemerhati ketika doktor menjalankan rawatan untuk ketiga-tiga mereka. Beri kata-kata semangat supaya mereka tidak takut, tapi bila sampai giliran aku, sendiri takut....hahahah.

Kos untuk 4 orang RM240. Kos meliputi cabut gigi geraham 3 batang, cabut gigi hadapan 1 batang dan tampal gigi 1 batang serta ubat-ubatan.  Mahal sikit lah klinik gigi kat Parit Raja ni berbanding Melaka kot, sebab hari tu SRD cabut gigi geraham di Melaka sebatang RM45, kat PR, sebatang RM60 untuk dewasa....huhu. Akak ipar aku cakap kalau di Putrajaya sebatang RM90. Kos rawatan gigi ni boleh tahan juga kan. Nasib baik guna peruntukan yang majikan SRD dah beri. Jadi kena bayar RM10 je hari itu.

Nak gigi sihat,selain dari rajin berus gigi, kenalah jumpa doktor gigi. Huh! Nilah baru datang kesedaran, kalau tak bertahun tak pernah jumpa pun....hahahahahha.

p/s: Ramai yang kata besarnya laman rumah aku dalam entri sebelum ni. Ada yang ingat rumah banglo. Adeh! Tidak ya kawan-kawan, rumah semi-D saja sebenarnya, dan mungkin sudut aku ambil gambar tu menampakkan ianya besar dan luas.. Tapi pemaju rumah ni memang buat laman hadapan dia luas kot, boleh masuk 3 biji kereta dengan mudah. Ramai juga yang kata ok gabungan kaler tu ya....alhamdulillah.

~ يوس ~

26 comments:

  1. Ni klinik pt raja mana ni kak? Macam kenal je ni, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klinik gigi Parit Raja yg dala senarai panel Uni mana lagi Huda....Klinik Kristal tulah kan, ke ada yg lain ekk? Suka doktor gigi dia, lembut dan baik...hehe

      Delete
  2. charge dentist swasta memang lebih mahal.. kkdag gila2 ...wat survey dulu biasanya sebelum pergi!

    ReplyDelete
  3. Dekat tempat kakak pun RM60/- Yus. Agaknya rate di Johor samalah...
    masih boleh sengih lagi walau gigi dah kena cabut:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aqil sorang je yang sengih tu kak, dia punya paling sakit kot...hihi

      Delete
  4. saya pernah cabut gigi di kristal..memang best..tapi selalunya kos mahal la sebab gigi tak elok..kena cabut la tampal la..selalunya seorang punya servis gigi leh makan sampai 300..huhu.tapi nak buat camana gigi sendiri buruk..masa tu zaman student..nak pi kerajaan takut le plak..sanggup pi pku atau kristal..

    pasal panel tu semua staff dapat ke kak? suami tak pnah cakap pun..huhu..kalau semua dapat pasni pergi situ pun buleh le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua staf dapatlah kan, entah ekk, baru 2 tahun ni suami cakap ada peruntukan untuk gigi. Setahun dia beri RM250, SRD dah guna RM20 masa cek gigi di PKU hari tu, kami guna teus RM240, tu yg kena tambah RM10 tu. Sebab ada panel gigi nilah semangat pegi anak beranak Rulza. Cer tanya suami..hehe

      Delete
  5. huhu..ingtkan gigi kak yus dicabutnye semua....rupanya..ngan anak2 skali..
    hehehe..bagus..sama2 kita jaga kesihatan gigi.cma klu tampal yg x bape nak suka..klu cabut suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gigi akak di cabut semua, mau pengsan akak cma....hehehhe

      Delete
  6. hahaha comelll je semua berkapas kat molot~!

    ReplyDelete
  7. Nasib baik ade yg sponsor kan.. klu tak byk jugak nak membayarnya tu.

    ReplyDelete
  8. hehee...sgt comel!camna la danisha kalau bawak dr gigi..jgn larikk sudah! hehe

    ReplyDelete
  9. bagus anak anak akak..risau pulak macam mana gaya nak bawak anak2 pegi cabut gigi nanti..

    ReplyDelete
  10. Bagus laa anak2 yus berani ekk dia org bertiga tuh nak cabut gigi...hehehe.. Mmg skrg nie kos utk gigi mahal.. tuh ler nasib baik kalau gi doktor gigi leh claim. Kat kl nie lagi ler.. kalau cuci gigi.. dah nak dekat RM150.. mahal kan..

    ReplyDelete
  11. jumpa doktor gigi waktu mengandung je...kalau tak jangan haraplah nak g saja-saja...takut juga..

    ReplyDelete
  12. sy gi klinik kerajaan je kak.. x silap kena bayar rm3 utk tampalan.. lupa suadh.. last pegi awal tahun aritu.. alahai kesiannya hilang srg sebtg gigi yer.. tp x pe pas ni tumbuh gigi kekal.. kena jaga betul2 la.. :)

    ReplyDelete
  13. akak itu dah murah....
    jue baru cabut gerahan RM 90 tau....

    ReplyDelete
  14. sakit kene jahit. hihi.. kite dulu kiri kanan kene jahit, setahun sekali. menahan je masa menunggu turn, buat kat hospital gomen la katakan. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasal lah akak tak nak buat kat gomen, takut oooo, ni tak rasa sakit pun, ngilu sikit je.

      Delete
  15. hihi...4 beranak hilang sebatang gigi ye. kenapa gusi kena berjahit, kak yus? ngeri dengar jahit-jahit ni

    ReplyDelete
  16. looor ekekek sampai empat2 sekali yus .. adoiii
    kalau cabut di swasta memang mahal lerrr .. harus ratus2 bila dah ramai
    ieda cabut di klinik gigi kerajaan aje ..
    murah dan berkesan .. x sakit punnn
    seronok sgt2 .. sbb selama nie org selalu cakap x kuat bius dia .. sakit lah , dan macam2 lah kan
    soo ieda x sokonglah kenyataan tuu
    cabutlah di klinik gigi kerajaan ! ... murah dan x sakit ;)

    ReplyDelete
  17. Yang 2 tu muka sedih je, tapi si abang siap riang gembira. Hehehe... kak yus cabut sebatang ke sampai kena jahit gusi? Tapi bleh plak dia gelak ye. Heheh.

    ReplyDelete
  18. senang kan yus.. sekali pergi, buat treatment utk 4 orang sekali.. kos rawatan gigi mmg mahal kan.. bulan lepas en.asben saya sakit gigi.. tp sayang juga nak cabut.. buat rawatan aje dekat rm 500.. nasib company tanggung.. klu tak mmg terasa juga..

    ReplyDelete
  19. mak yg nak cabut gigi sekali dengan anak2 kene gak.. sweet jer... :)

    salam kenal...

    ReplyDelete
  20. haha..ble baca entri nie trigat zaman sye kcik dlu.takot bonar nak cbut gigi.mak siap kne blnje kfc dlu..kl x,sye xnak g cbut gg.haha

    ReplyDelete
  21. anak sy yg sorang tu mmg tak takut pasal nk cabut gigi..suka lagi la..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...