Monday, June 11, 2012

Home » , » Warna tema perkahwinan ungu + merah jambu

Warna tema perkahwinan ungu + merah jambu

Pukul 10 pagi dah sampai ke jemputan majlis perkahwinan. Punyalah semangat kan...haha. Sampai lauk pauk untuk tetamu semua pun belum siap di hidang. Nasib baik majlis sepupu sendiri kalau kawan-kawan je, tak berani kot datang pagi sangat, hihihi. Semangat nak bertolak ke Terengganu sebenarnya, tapi tak mahu menghampakan orang yang dah menjemput kita ke majlisnya. Lebih baik datang dari tak datang kan.

Apa pun aku suka dengan warna tema majlis perkahwinan Ashraf & Zakiah ni. Ungu + merah jambu, sangat menarik. Aku jarang nampak gabungan tema seperti ini, itu yang membuatkan aku tertarik.

Walau ketika sampai hidangan belum tersedia, namun kami beredar selepas makan juga. Bila saja semua lauk mula di letak di tempatnya, kami pun terus mencedok untuk mendapatkan makanan. Kira antara tetamu terawal yang dapat makan. Nasi dan lauk pauk semua masih panas-panas, menambahkan selera untuk makan kalau perut belum berisi, sayang kami masih kenyang sebab sebelum datang baru juga bersarapan, makanya jamah juga sedikit sebagai menghormati tuan rumah.

Mari kita lihat gambar-gambar ini pula ya..

Selamat pengantin baru Ashraf dan Zakiah. Suka tengok tema warna majlis mereka ni ungu + merah jambu. Kosong lagi masa kami sampai, sebab masih pagi kan.

Dari jauh... Besar betul halaman rumah Pak Usu Bibit aku ni. Rumah dia ni juga merupakan Homestay Kampung Parit Bugis di BP. Siapa pernah lalu nak ke Parit Yusof mesti nampak papan tanda menunjuk arah ke Homestay ini kan.

Cantik pelamin ni walaupun simple saja.

Arif yang tak mahu makan nasi, sekadar menjamah kuih-muih saja.Suka tengok susun atur meja-mejanya. Berselang seli warna alas meja antara ungu dan merah jambu, sangat menarik bagi aku.
Selepas menjamu selera, kami terus bertolak ke Kerteh pagi itu. Tak sempat pun bergambar dengan pengantin sebab waktu itu, pengantin masih sibuk dengan majlis khatam Quran. Pukul 11 pagi bertolak, sampai Kerteh pukul 5.30 petang. Kami menginap di sini.....

Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort Kerteh Terengganu.
to be continued.....

~ يوس ~

23 comments:

  1. sis sepupu dgn zakiah ke? saye pon pegi wedding dia, kawan 1 skola sejak skola rendah lg.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah kira sepupu jugalah sbb emak dia dengan ayah akak adik beradik susuan.

      Delete
  2. menariknya gabungan warna ni..nasib baik saya dah kawin..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat untuk majlis anak lambat lagi ya Rai...hihihi

      Delete
    2. rai..
      ko buat la utk majlis anniversary ngan shujin..hehe
      *larik*

      Delete
  3. Mmg sweet kaler pepel pink tuh.. :)

    Wahh bestnya jalan2 ke trg.. :)

    ReplyDelete
  4. cantik betol kombinasi kaler tu.. sweet je kan...

    nanti datang kerteh lagi tau...

    ReplyDelete
  5. Sangat cantik gabungan purple & pink :-)

    ReplyDelete
  6. Teringat kakcik sampai ke majlis perkahwinan jam 11.00 pagi dan 'apa pun takde lagi' walaupun dalam kad jemputan dinyatakan majlis bemula jam 11.00. Akhirnya kami tidak menunggu kerana tuan rumah sendiri tak pasti jam berapa hidangan akan sampai. :)

    ReplyDelete
  7. macam trend pulak tema ungu pink ni. hari tu pun ada jugak customer kakak request nak kemah tema pink ungu.

    ReplyDelete
  8. orang BP kalau bt majlis mmg meriah.... ayu suka bau tanah dan parit dihadapan rumah...

    mmg rasa kampung..

    selamat pengantin baru u mempelai

    ReplyDelete
  9. Mmg seronok dapat berjalan jauh kan kak, nak plak mhadiri kenduri yang pasti sesampainya ke destinasi hidangan pasti menanti walaupun terawal Dari
    Jadual ;)

    ReplyDelete
  10. wahhh, adunan warna yang sungguh menarik.. memang cantik laa.. nice (",)

    ReplyDelete
  11. kombinasi yg sgt 'masyyuukk'... sweet btol purple & pink..

    ReplyDelete
  12. Cantik... suka sgt ngan pelamin tu.

    ReplyDelete
  13. cantik la pelamin tu! gabungan warna yang menarik

    ReplyDelete
  14. aah cantik tema tuu yus ..
    ieda pun 1st time tgk nie ..
    di terengganu aritu simpang masuk awana ada org buat majlis kawin tau
    tema dia kuning hitam .. menarik jugak ;)

    ReplyDelete
  15. memang cantik kan kak..
    menyerlah kedua2 warna g dipilih tuh..
    pelamin pun cantik..

    * akak sy bkn org bp la kak..
    orang ganu kiter benonya.. hehe..
    en hubby org benut..
    sesekali balik kg jalan2 jugak ke bp..
    sy dh add akak kt facebook..
    nanti aku approved yer.. :)
    nti2 ader masa leh je nk jupekan kak..

    ReplyDelete
  16. ahad lepas pun kak ati pi kenduri
    warna ungu juga..ramai yg suka :)

    ReplyDelete
  17. ni mmg warna feveret fieda ni..sgt2 menarik..

    ReplyDelete
  18. yg penting dpt raikan majlis dulu sebelum bercuti kan yus.. skrg ni byk gabungan warna2 yg menarik macam warna tema tu.. kdg2 warna yg kita tak terfikir pun mereka gabungkan dan hasilnya mmg cantik..

    ReplyDelete
  19. mmg cantik!!
    terujanya tgk pelamin dan dekorasi tu..

    ReplyDelete
  20. Yus..
    Cantiknya tema majlis tu..akak tak pernah tengok lagi kat kedah ni org. buat warna tu...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...