Salam....
Ok, baru 11 hari aku menyepi dari blog dah rasa rindu. Tapi serius, tak tahu nak update apa. Kenapa blog ini sepi?
- Puan blog tak berapa sihat, kali ini rasanya mabuk teruk juga.
- Takde idea nak update apa.
- Aik!! Tak kan takde cerita raya korban kan?
Ok. Raya haji kali ini tak nampak pun orang sembelih lembu. Tak pergi sembahyang raya pun. Tak sibuk masak juadah raya pun. Sebabnya, pagi raya aku di hospital....huhu.
|
Dapat ambil gambar tangan sendiri je yang dah kena cucuk sebab kena masuk air, |
Bukanlah serius sangat. Tapi satu pengalaman juga, mengandung kali ni awal-awal dah kena tidur dekat wad. Pagi Khamis tu, bangun dari tidur dah rasa sakit menyucuk di bawah perut dekat ari-ari tu. Tapi aku diamkan aje. Masa tu memang dah ada di rumah emak. Sarapan, makan macam biasa. Tapi setiap masa tak selesa. Rasa sakit je. Cuba google di internet, apa penyakit kalau sakit tang situ.
Jumpalah istilah kencing kotor. Ok! Noted, agak mesti aku kena kencing kotor kot. Pergi Poliklinik Wahidah di Ayer Keroh. Doc buat scan dan check perut. Nampak kandungan dalam rahim, dia tekan-tekan dekat perut bahagian bawah tu. Aku kata lagi dia tekan lagi sakit. Tetiba dia kata appendix kot?
Ha!! Sudah! Terus dia buat surat refer ke GH. Ke hospital Melaka aku petang tu. Bila doc buat pemeriksaan, dia dapat kesan betul ada jangkitan pada air kencing. Kira betul lah kena kencing kotor tu, tapi sebab ada surat dari klinik luar kata aku mungkin kena appendix jadi prosedur hospital, kena stay di wad untuk pemeriksaan lanjut dari yang lebih pakar.
Adeh!!! Kalau tak mahu duduk wad, kena tandatangan surat akuan mengatakan kita tak mahu tinggal di wad atas pilihan sendiri dan kalau berlaku apa-apa, hospital tak akan tanggung segala apa yang berlaku selepas itu. Makanya atas nasihat SRD aku bermalam di wad malam itu.
Bila malam, sakit aku bertambah kuat. Terutama ketika nak baring di katil. Kena masuk air dua tiub melui tangan. Aku di suruh berpuasa malam itu. Kali terakir makan pukul 3.30 petang. Aku dah lapar!!! Tapi tak boleh makan.....huwaaa. Darah di ambil satu tiub kecik, air kencing di ambil 2 botol. Entah apa ujian dia nak buat.
Malam itu, doc buat scan lagi. Semuanya normal alhamdulillah. Doc buat scan dalam kawasan labour room. Berpeluanglah lihat ramai yang keluar masuk bilik nak bersalin. Terdengar suara-suara kesakitan bakal-bakal ibu yang sedang bertarung nyawa melahirkan bayi mereka. Terdengar juga jeritan suara bayi-bayi yang baru lahir. Tetiba terus rasa seram.....Aduh! Aku akan mengalami pengalaman itu sekali lagi nanti. Takut juga walau dah mengalaminya 4 kali....huhu.
Malam itu tidur tak berapa lena, kesejukkan dan lapar....huhu. Tapi pukul 5 pagi air dari tiub kedua dah habis dan misi kata aku dah boleh makan dan minum. Syukur. Tapi yang ada di sisi hanya biskut tiger dan roti buterscotch tu, Makan itu ajelah.
Pagi dapat sarapan bee hoon goreng singapore yang rasa tawar je. Pagi itu bila doc besar (isitilah dari misi-misi di situ) datang buat pemeriksaan, dia kata aku dah boleh balik. Syukur lagi. Kira betullah hanya masalah kencing kotor.
SRD sampai lebih kurang pukul 11.30 pagi. Barulah dapat makan best sikit. Emak bekalkan soto dengan sup tulang. Ada begedil lagi. Tengahari dah berada di rumah emak. Makan di hospital tadi tak puas. Sekali lagi melantak soto...hihi.
Petangnya ke rumah akak ipar aku. Makan nasi beriani yang dia buat. Malam itu pergi kenduri kawan ayah. Dia buat korban satu keluarga dan terus masak lembu dan kambing korban tu di rumahnya. Jemput seluruh kampung makan kenduri. Alhamdulillah.
Apa lagi yang berlaku malam itu? Ha!! Abid nyaris terhempap motor. Tulah dok sibuk main panjat-panjat motor yang ada kat rumah orang tu, nyaris terhempap motor. Nasib baik dia berjaya elak, kena sipi juga di bahagian kaki.
Walau lauk kenduri nampak sedap, tapi aku tak makan banyak pun. Kurang selera, rasa loya aje. Sepanjang minggu ini memang rasa loya tak sudah. Pagi-pagi je muntah. Kali ni punya
morning sickness agak terlebih kot. Tak macam biasa. Nak masak pun ada rasa lain dari yang sebelum ni. Nampak darah ikan nak muntah, nampak ayam pun nak muntah. Susahnya aku rasa....Dugaan orang mengandung.
Sabtu tu, ayah sibuk dengan majlis korban di masjid, konon nak tengok pun tak terdaya. Rasa kalau nampak darah lembu banyak2 mau pengsan, baru tengok darah ayam dengan ikan pun dah pening dan nak pitam.
Oklah, mengadap lappy lama2 pun pening. Rindu nak baca blog kawan-kawan semua, tapi kesihatan tak berapa mengizinkan. Nanti-nanti ya. Terima kasih sudi baca.
~ يوس ~