Tahun ini tahun yang baik buat anak ibu Alia Zafirah. Muka ceria, dan gembira sebab menerima banyak hadiah. Namun Aqil monyok sedikit sebab tahun ni tak bernasib baik untuk naik ke pentas. Prestasi Aqil sedikit merosot, walau peratus keseluruhannya meningkat dari peperiksaan pertengahan tahun. Entah mana silapnya, tapi pelajar tahun 4 semua merosot ku kira sebab dalam senarai penerima hadiah semalam tiada seorang pun pelajar tahun 4 yang mendapat 5A....huhu. Cikgu tahun 4 harus kena soal ni....hehe, atau mungkin semua pelajar tahun 4 enjoy main aje ya!!!
Apapun, Tahniah buat anak ibu Alia, dan buat Aqil jangan putus asa. Perbaiki lagi untuk tahun hadapan ya sayang...
Gambar-gambar sekitar majlis yang berlangsung semalam.
Bersama kawan-kawan sebayanya yang turut menerima hadiah. |
Petangnya di sekolah agama pun berlangsung majlis anugerah kecemerlangan juga. Tapi aku tak pergi tengok pun. Pening tak habis hadir untuk majlis sekolah pagi kan. Sebenarnya pening dengan badan yang tak berapa sihat asyik loya di tambah lagi dengan terpaksa melayan kerenah Arif yang terlalu ligat. 3 kali kakaknya naik pentas pagi itu, 3 kali juga dia pun berlari atas pentas. Sudah tu tak mahu turun-turun dok berlari-lari atas tu. Kita sibuk nak ambil gambar kakaknya, dia pun buat perangai lah kan....huhu.
Berlari atas pentas lain, minta beg plastik dari orang lain, dok sibuk susun kerusi lain. Kalau tak kerana ibu nak tengok kakak kamu, ada yang ibu pulang awal tau Arif! Bila di suruh duduk diam, kita pegang, mulalah mulut dia bising, terjerit-jerit. Adeh!!! Anak siapalah tu.
Ini pula hadiah dari sekolah agama yang Alia terima untuk tempat kedua dalam kelas. |
Buat anak ibu Nur Alia Zafirah, tahniah ya! Moga terus sukses, mendapat keputusan yang lebih baik di tahun-tahun akan datang, dan berjaya di dunia dan di akhirat....Aminnn.
~ يوس ~
Tahniah Alia kerana cemerlang lg thn nie.
ReplyDeletetahniah
ReplyDeleteteruskan kejayaan ye...
seronok nyer muka diaaaa :)
ReplyDeleteTahniah Alia. Moga terus sukses. Untuk Aqil, jangan putus asa. Teruskan usaha.
ReplyDelete(Dah mcm ulasan guru dalam report card pula..hehe)
Tahniah Alia... teruskan gigih utk berjaya
ReplyDeleteYus.. kenapa tak ambil gambar Arif atas pentas tu. Ini baru nak ambil semangat. Tunggulah 3 tahun lagi mesti dia akan dapat macam kakak Alia juga.
Aduh kak, tak sempat pun, dia berlari-lari je. Ada orang lain nak naik pentas, yus takut dia mengacau je, jadi kerja yus dok kejar dia suruh turun je. Tak sempat nak ambil gambar...huhu.
DeleteItu budak memang over ligat kak, penat yus!!!!
tahniah alia..moga terus maju,,,..
ReplyDeletesy pun klu pegi function anak2 tak bawak yg kecik..x reti dok diam.....ligat jugak..mcm arif la tu agaknya...
hujung tahun camni ibu bapa pakat seronok nak tengok hari anugerah cemerlang..tahniah alia..
ReplyDeletewah..tahniah kakak..moga terus sukses ye..sejuk perut k yus mengandungkan dia dulu kan :)
ReplyDeletetahniah buat alia .. dan yus juga
ReplyDeletesejukkk perut yus mengandungkan mereka kan
ieda pun turut bangga
anak2 ieda x pernah naik pentas , dpt kedudukan dlm kelas pun belas2 ..
tapi tetap syukur walau mereka sederhana
setiap anak x sama akalnya kan
harap2 setiap kali periksa ada peningkatannya ..insyallahh
x ada ibu yg x nak anak2 nye berjaya
kadang2 tuu cemburu bila tgk kawan2 yg anak2 berjaya buat entry di blog , naik pentas terima hadiah ..
ieda selalu motivate diri , jgn putus asa dgn anak2 .. selalu redha dgn setakat mana yg allah berikan
ieda percaya setiap anak ada kelebihan dan kelemahannya .. skrg ieda akur ..
ieda....
Deletemacam ieda kata anak2 ni tak sama akal pemikirannya. Kadang tu, anak2 yang selalu score A ni, hidupnya sederhana je, anak2 yang masa sekolah biasa2 ni hidupnya kadang lebih cemerlang. Ketentuan Allah kita tak tahu, kita doakan saja mereka berjaya nanti. Dalam pada tu sama2 berusaha kan ieda....
Anak2 yus pun tidaklah secemerlang mana, apa pun syukur bila mereka berjaya.
salam kak...
ReplyDeletewahh..tahniah Nur Alia Zafirah, :)
kemain ceria tgk pic die ni.. hihi..
tahniah jg bt aqil..kene berusaha lebih lg ni.. :)
alahai ariff.. kesian kat ibu tau...
hihih..
tahniah buat Alia...... semoga terus cemerlang selalu....
ReplyDeleteWah, like mother like daughter ni... tahniah Alia, tahniah juga untuk Aqil!
ReplyDeletetahniah ye buat anak2
ReplyDeletesalam saya baru folow blog aka :)
ReplyDeletewahwah.. tahniah alia.. moga jd insan berjaya di masa akn dtang.. thniah ye k.yus :)
ReplyDeletecongrats alia..!!
ReplyDeleteala bestnyer... tahniah kakak..
ReplyDeletetakper tak dapat hadiah bukan makna tak baik tapi suruh usaha kuat lagi...
teringat zaman kecik2tu naik pentas amek hadiah..
tahniah utk alia dan cuba lagi ya aqil. mungkin peralihan tahap 1 ke tahap 2. lama2 dia akan faham.
ReplyDeletetahniah alia..
ReplyDeleteTahniah alia.. seronok alia dapat byk hadiah. Semoga cemerlang didunia dan akhirat.. Tahniah Yus.. :D
ReplyDeleteseronoknya..
ReplyDeleteSinggah pg sis
tahniah..tahniah..
ReplyDeletetahniah alia.. semoga terus cemerlang..
ReplyDeletetahniah aliah! moga terus cemerlang pada masa akan dtg ye~
ReplyDeleteTahniah alia juga buat akak...semoga kecemerlangan berterusan:)
ReplyDeletetahniah buat alia;D
ReplyDeletesemoga cemerlang ni berkekalan..usaha tangga kejayaan ;D