Thursday, November 15, 2012

Home » , » Aqil dan Berkhatan

Aqil dan Berkhatan

Semalam tarikh 14hb November 2011 bermulalah episod baru buat anak bujangku Aqil. Beralih ke satu fasa baru, selamat sudah dia berkhatan dengan kaedah Alisklamp di Putra Specialist Hospital Batu Pahat, alhamdulillah.

Benar juga kata orang, bila dia dah sebut sendiri nak berkhatan tu baik segerakan, jadi perasaan takut pada diri anak tu kurang sikit. Aqil nampak selamba dan steady saja sepanjang di khatankan. Good boy Aqil.

Ini ketika mula-mula sampai di hospital dan baru selesai buat pendaftaran. Tempahan untuk berkhatan sebenarnya dah di buat sebelum cuti sekolah lagi, semalam ada 5 peserta kesemuanya yang berkhatan di PSHBP. Setiap orang yang mengikuti program berkhatan di sini di beri satu goodies bag yang di dalamnya berisi 1 tin biskut Munchy, 1 helai kain pelikat, 2 bekas kacang (jajan), satu pamplet panduan & maklumat selepas berkhatan dan paling best kata Aqil sebab dapat angpow berisi duit RM10. Tu pasal tersenyum lebar sampai keluar dimple tu.....hehe.

Proses berkhatan sedang berjalan. Aqil orang kedua di khatankan semalam. Sepanjang berada atas katil tu doktor suruh dia baca Al-Fatihah. Dok ulang-ulang baca dari mula naik katil sampai semua selesai. Sampai tersasul-sasul pun ada....hihi. Tapi dia memang nampak bersedia, sekali sekala mukanya berkerut menahan sakit kot, tapi semuanya berjalan lancar dan berjaya, alhamdulillah.
Aku memang tak mahu lepas peluang untuk turut berada dalam bilik OT tu. Anak sulung berkhatan, satu pengalaman yang tak dapat di lihat lagi lain kali. Haruslah tak lepas peluang kan walau sebenarnya aku yang lebih kecut perut kat dalam tu. Duduk paling hujung kat tepi pintu, bila nampak muka anak berkerut, mulalah aku paling muka ke pintu. Takut nak tengok.....hahahha. Ni kira takut dalam berani. Masuk dalam bilik tu dalam pukul 9.10 pagi, selesai semua lebih kurang pukul 9.30, alhamdulillah.

Keseluruhannya aku puashati. Yuran berkhatan di sini RM230 dan doktor juga mengajar kami cara membuka klamp selepas 5 hari. Di jangka klamp Aqil boleh di buka hari Selasa nanti. 

Setelah semuanya selesai bergambar di luar bilik OT bersama person in-charge En Eizzwan. Aku buat tempahan berkhatan di PSHBP ni dengan dialah. Wajah Aqil nampak ceria lepas sunat kan. Gambar kanan tu, masa tunggu ambil ubat di farmasi, sengaja di kerutkan muka dia, padahal sebenarnya biasa je.

Dapat hadiah kerusi malas dari abahnya. Senang nak berehat dan duduk tengok tv. Arif pun enter frame sekali. Maklum tadi tak dapat ikut ke hospital. Dia kena tinggal bersama atok ayah dan maktoknya di rumah.
Kali pertama nak buang air kecil selepas berkhatan, muka Aqil berkerut seribu menahan sakit, tapi alhamdulillah takdelah sampai mengalir air mata sakit. Aqil memang berani bagi ibu. Tahniah Aqil. Lepas dari tu dah khusyuk main PS2 dia. Hari pertama aku beri dia makan nasi dengan kuah sup ayam dan sayur buncis aje. Ayamnya aku tak berani bagi. Dan pertama kali dia makan sayur buncis tu, selama ni tak mahu makan sayur. Itu pun sebab di hospital tadi doktor pesan jangan lupa makan sayur kalau nak cepat baik. Banyak juga dia makan, boleh pulak telan sayur ya??? Kalau tidak, tak mau dia makan....huhu.

Ada orang jeles sebab Mak Toknya beri duit RM10 pada Aqil sedang dia cuma dapat RM2. Abidlah tu. Kata maktoknya, "Aqil dan sunat! Abid belum kan!".

Terpaksa akur....hehe.

Ada yang jeles juga sebab aku suap Aqil dan Arif makan, siapa lagi kalau bukan Abid dan Alia. Nak juga bersuap bagai, tunggu nanti Abid sunat ya!!! Arif tu memang harus di suap, kalau tidak dia makan sikit sangat. Bila bersuap, banyak sikit dia makan. Alia pun nak bersuap juga? Adeh! Semua masih nak manja dengan ibu ya, dah nak tambah adik pun tau!

Selamat berhijrah ke alam lebih dewasa buat anak ibu Aqil. Moga jadi lebih matang dan jadi abang yang baik buat adik-adik ya sayang. Tak sangka dah bujang anak sulung aku ni.......hihi.

Dan buat semua pembaca blog ini, Salam Maal Hijrah 1434 H.

~ يوس ~

32 comments:

  1. Aqil berapa tahun kak? 10 tahun eh? Selesai dah satu part..Salam Maal Hijrah kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah 10 tahun, dah nak masuk 11 tahun pun Feb nanti. Semalam tu dari 5 peserta yang berkhatan, 3 daripadanya 10 tahun, sama baya dengan Aqil....:)

      Delete
  2. aqil dah besar..!!! tahniah selamat dah...

    ReplyDelete
  3. Tahniah!

    Errr..takot jugak yer! Heee~ Tapi rileks je dia. Sekarang ni musim cuti ramai yang amik peluang untuk berkhatan..macam anak saudara saya yang bakal berkhatan next week

    Blog Qashmere
    Style Me Gorgeous By Qashmere For Plus Size Fashion

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah selamat berkhatan dah aqil. My eldest son pun dah khatan 101112, tapi guna kaedah biasa je... semoga masing-masing cepat sembuh dan berhijrah ke alam dewasa hu hu

    ReplyDelete
  5. Assalam yus..tahniah Aqil..yus pun berani..acik tiga2 anak2 tak masuk..yang duandok rumah je tunggu.yang sulung acik ikut ke klinik..tapi..asek keluar masuk bilik air..lepas tu tak mau ikut dah..

    ReplyDelete
  6. bagusnya...

    anak kazen saya memekak je kak... meraung sampai habes sunat

    hahaha

    ReplyDelete
  7. Si bujang lega ibunya lagiiiilah lega tak terkata. Tinggal jaga makan dia aje Yus. Sebaiknya masak buat semua sama supaya tak ada hal curi-curi makan macam anak kakak akak. Arif tu kena jaga juga takut loncat-loncat kat abang dia. Budak ligat katakan, ada kerusi baru lagilah dia pun nak rasa juga.

    psst: teringin nak jumpa Arif walau yg khatan si abang:)

    ReplyDelete
  8. tahniah aqil.. memang nampak muka dia yg berani tuh.. masa2 camnih la leh manja lebih2 ngan ibukan.. :)

    ReplyDelete
  9. hehe alhamdullilah dah selamat semuanyer ye

    ReplyDelete
  10. cOOL JE TENGOK aQIL DAH BERSUNAT HA, SIAP Boleh senyum lagi :)
    Ada jugak jeles ek abang dapat duit ;)

    ReplyDelete
  11. kak yus..
    akak dah selesai..saya jugak yg belum
    sebenarnya dia belum sedia so saya takut nak paksa
    boleh ke saya tunggu dia sedia dulu..emm

    wah layanan terbaek tu ;)
    patut ramai yg jeles

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi dia masa lagi Irfa, mungkin paling lewat sampai cuti akhir tahun darjah 5. Rasanya by that time, dia sendiri dah sibuk nak sunat kot, sbb semua kawan dah sunat. Jangan paksa kot, tapi perlahan2 cakap le kepentingan dan mengapa perlu berkhatan tu.

      Delete
  12. Tahniah Aqil...nmpak cool jer Aqil ya....anak akak yg bngsu 9 thun tak mahu lagi berkhatan..takut katanya...tnggu tahun depanlah kot...

    ReplyDelete
  13. selamat semuanyakan.. klamp mudahkan..
    person in charge tu dah rupa artis lak...
    ada yang jeles yerk nak bermanja....

    ReplyDelete
  14. senyum je cik abang tu hehe

    ReplyDelete
  15. waah kak yuss.. dah berkhatan si aqil ya.. dah jadi anak bujang sensasi la ni hehe..

    ReplyDelete
  16. dah bersunat ....dah nak jadi anak bujang. lepas ni sure badan naik sikit.mcm anak 2 akak.

    ReplyDelete
  17. alhamdulillahhh
    dah bersunatt punn ... ;)
    dah jadi anak bujang ;))

    ReplyDelete
  18. salam yus
    Selamat berkhatan buat anak bujang yus.

    Salam kenal dari tirana aduka

    ReplyDelete
  19. gud boy! tringat adik wani dlu...keliling spital dia lari...haha

    ReplyDelete
  20. Dh lepas sorg..lega sket ye kak.. Perasaan seorg ibu tgk ank2 membesar...

    ReplyDelete
  21. salam maal hijrah kak, baru sempat jengguk rumah akak ni..

    tahniah aqil, dah fasa baru tu kak:)

    ReplyDelete
  22. salam kak yus,sehat :d
    alhamdulillah dah selesai ;D

    selamat berpantang pulak yer..jgn nakal2 ;D

    ReplyDelete
  23. wah, tahniah aqil..brave boy!

    akak, kos tu mmg standard erk..maksud saya kalau kat hosp. BP pun harga mcm tu jugak ke? .. sbb cadang2x nya nak sunatkan anak saya gak next year bila dah blk mesia nnt..

    ReplyDelete
  24. tahniah aqil... selamat melangkah ke alam yang lebih dewasa pasni.

    hehe... gelagat anak2 camnilah kan kak yus. kalau sorang dah disuap... semua pun nak bersuap sama.

    ReplyDelete
  25. wah aqil...sgt berani...rilex je dia ye kak...

    Alhamdulillah, selamat semuanya...

    Abid kalau nak duit lebih kena sunat jugaklah sayang...hehe...

    ReplyDelete
  26. Alhamdullillah.. Moga Aqil cepat sembuh..

    ReplyDelete
  27. Wah, beraninya anak kak yus. kak yus pun berani teman. tabik lah ! lama x nak sembuh tu? :D

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...