Wednesday, October 17, 2012

Home » » Kenangan di tadika bersama Abid.

Kenangan di tadika bersama Abid.

Tadi nak buat tajuk lain, tapi teringat pula semasa Alia dapat gambar yang sama dulu, aku buat entri dengan tajuk Kenangan di tadika bersama Alia. Makanya, Abid pun samalah...hihi.

Sudah habis peperiksaan untuk Abid di tadika. Keputusan belum di ketahui. Majlis konvokesyen di jangka pada 4 November ini, namun gambar bersama rakan-rakan dan gambar berjubah pegang scroll sudah di perolehi.

Segak bergaya Abid ibu tengok. Gambar ni ibu ambil semula guna kamera hp je, tu pasal tak cantik. Takpelah yang ori cantik kan, kita mana ada scanner....hehe. Anak ibu yang sentisa manis bila tersenyum Muhammad Abid Zulfan
Bila lihat Abid bersama kawan-kawannya, memang semua tak sangka dia sudah 6 tahun. Kalau ikut bulan belum lagi ya Abid, bulan depan baru cukup 6 tahun, tapi lebih ramai yang menyangka Abid ni 4 tahun....huhu. 

Perkembangan Abid sebagai persediaan untuk masuk darjah 1 tahun depan.

  • Sudah boleh membaca dengan baik juga untuk Bahasa Melayu tetapi kerap membuat kesilapan bacaan terbalik suku kata. Dia ni dari dulu memang ada masalah ni, 'b' dia kata'd' dan begitulah sebaliknya. Bila dah boleh membaca pun, selalu terbalik suku kata, suku kata belakang dia sebut dulu, pelik pun ya juga. Untuk English, masih belum begitu baik, tapi oklah. Malah Abid bakal buat persembahan membaca cerita dalam Bahasa Inggeris masa konvokesyennya nanti. Sekarang tengah gigih berlatih. Cikgu suruh Abid buat persembahan di pentas, sebab masa pertandingan membaca dalam aktiviti ko-kurikulum yang lepas, Abid dapat tempat pertama.

  • Menulis juga baik, cuma tulisannya agak besar-besar bagi ibu. Menulis nama sendiri, tang bahagian Muhammad tu selalu salah, tapi Abid Zulfan tu laju je.

  • Kemahiran mengira ok bagi ibu, cuma bila bab tolak tu masih perlu latihan lebih.

  • Kemahiran mewarna pun baik dah bagi ibu. Kalau nak bandingkan dengan kakaknya Alia, Abid lebih cantik mewarna.

Salah satu hasil mewarna Abid, tengoklah kepak burung pun dah sama warna dengan sarangnya...huhu.
  • Pemahaman membaca baik. Abid suka bertanya dari apa yang dia baca, dia memang selalu banyak soal. Membaca bersama Abid perlu kesabaran sebab satu ayat dia baca, banyak benar soalannya....adeh!

  • Himpunan doa-doa, Abidlah yang paling pandai antara semua. Abang, kakak dan ibu pun banyak belajar doa baru dari Abid. Well Done Abid!

  • Bacaan solat juga sudah lancar walau ada yang pelat sedikit. Sebenarnya sebutan kurang betul sebab dia nak laju je. Cuma ibu geram, Abid selalu nak cepat, ekpress bebenor sampai tersasul-sasul...huhu.

Serba ringkas perkembangan Abid dari pemerhatian ibu. Satu yang ibu risau, Abid ada sifat "mesti Abid dulu" saja. Di sekolah cikgunya selalu kata, kalau cikgu bertanya dan cikgu panggil nama orang lain dulu, dia akan merajuk dan terus tak mahu jawab walau soalan lain. Adeh!!! Kat tadika bolehlah cikgu beri perhatian pada Abid lebih, di sekolah biasa mana boleh begitu Abid!!!

Kuat merajuk!! Kalau kena marah dengan ibu di rumah, mesti hari itu cikgu dia mengadu, "Abid hari ni monyok je, semua kerja nak tak nak je buat. Kat rumah kena marah ya!"

Sampai cikgu pun tahu dah....sensitif terlebih. Pandai tapi over sensitif, macam mana tu Abid?

Apa pun ibu doakan Abid berjaya di sekolah, dan menjadi murid yang pintar, bijak dan cergas ya. 

Ini pula Abid bersama guru dan rakan-rakan sekelasnya. Nampak ta Abid di mana? Murid lelaki paling rendah tu dialah...huhu
P/s: Korang, Blog Yus - Our Life sekarang ada page sendiri di fb. Like kalau sudi ya....:) Klik image di bawah ni....terima kasih.


~ يوس ~

20 comments:

  1. InsyaAllah, Abid akan membesar sebagai anak yang cerdik dan soleh. :)

    ReplyDelete
  2. msti akak alway ssenyum sendirian ingatkan telatah abid kan???

    ReplyDelete
  3. wah abid...kecik2 cili api ye...bijak dan pintar...
    Alhamdulillah, Abid melalui proses pembelajaran yg sgt baik kak...
    tinggal lagi tang kuat merajuk yg tak tahan tu...ekekek...

    comel budak2 kat dlm gambar tu kak...

    ReplyDelete
  4. mmg kena simpan ni wat kenangan hehehe

    ReplyDelete
  5. Abid jenis comel Yus. Tunggulah lepas khatan cepat aje dia besar. Budak lelaki kadang macam tu. Bab terbalik b/d itu biasalah masuk tahun 1 semua ok.. kalau tak tak mana cikgu nak pilih dia buat persembahan..

    ReplyDelete
  6. Comelnya abid..
    Hihih..seronok baca perkembangan dia dari semasa kesemasa tu..
    Alhamdulillah… semoga abid menjadi matang,,,seiring dgn usia..
    Xmau kuat merajuk la abid… x ensem nnti ! :)

    ReplyDelete
  7. naper saya baca adib bukan abid

    haishhhhh

    ReplyDelete
  8. kecik comel sangat kot abid..anak2 saya pun orang ingat lagi muda dari umur diorang..

    ReplyDelete
  9. comelnya abid.. serook baca cerita tentangnya.. semoga abid terus membesar menjadi anak soleh yang bijak lagi membahagiakan hati keluarga..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, moga Abid terus sukses ye :D

    ReplyDelete
  11. bila abid beso baca blog ibunya nih sure dia senyum sorangkan.. :)
    gud luck utk abid.. kecik2 cili api nih.. pandai.. :)

    ReplyDelete
  12. Abid dah nak tahun 1 ya tahun depan? Semoga Abid terus maju jaya dunia dan akhirat. Maryam ada setahun lg untuk belajar ditadika, tahun 2014 baru tahun 1. Baca cerita ni teringat abang Yusuf masa nak habis tadika dulu. Tapi dia bukan paling kecik, dia antara paling tinggi dlm kelas. Cuma umur je kecik sbb anak hujung tahun.. :D

    ReplyDelete
  13. kak yus... izan pun baru je berhasrat nak buat entry pasal naufal. dah dpt juga gambarnya. mmg cantik! tapi bila snap ngan kamera kureng sikitlah...

    alhamdulillah... byk dah pencapaian abid sblm melangkah darjah 1 thn depan kak. izan pun masih risaukan naufal ni... baca masih merangkak utk perkataan yg panjang2. kuat merajuk tu mmg sama juga ngan naufal ni sbb kalau ummi yg ajar mg kurang sabar ngan dia... huhu.

    ReplyDelete
  14. aminnn
    alhamdulillah yuss
    sejuk perut bila anak2 dah betul2 bersedia ke sekolah
    dah x risau sgt kan
    semoga adib terus berjaya
    insyallahh

    ieda frust dulu masa sabriena , dia lemah sbb cikgu tadika dia banyak ajar menghafal .. tapi bukan mengenal .. sampai skrg dia x berapa lancar membaca .. boleh2 .. tapi x berapa laju lah ..
    tapi tulah back to back usaha dari ieda juga sbgai ibu ..

    ReplyDelete
  15. Aamiin segala doa ibu.
    Saiz badan bukan jaminan bijak pandai. Kecik kecik pun cerdik, kan?
    Lukisan mewarna tu cute sangat, tapi macam dia terlebih guna kaler coklat! hehehe

    ReplyDelete
  16. Cerdiknya Abid,gembira ibu klu anak2 mcam abid nie.

    ReplyDelete
  17. aah la yus....anak akak si alysha pun selalu tertukar huruf B dengan D huhu

    ReplyDelete
  18. Tahniah Abid.. moga terus cemerlang..

    ReplyDelete
  19. Gembira kan kak bila anak2 dah pandai baca, menulis & paling utama dah pandai baca & ingat doa2 semua...alhamdulillah.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...