Tuesday, October 30, 2012

Home » , » Raya korban aku bermalam di hospital

Raya korban aku bermalam di hospital

Salam....

Ok, baru 11 hari aku menyepi dari blog dah rasa rindu. Tapi serius, tak tahu nak update apa. Kenapa blog ini sepi?


  1. Puan blog tak berapa sihat, kali ini rasanya mabuk teruk juga.
  2. Takde idea nak update apa.
  3. Aik!! Tak kan takde cerita raya korban kan?
Ok. Raya haji kali ini tak nampak pun orang sembelih lembu. Tak pergi sembahyang raya pun. Tak sibuk masak juadah raya pun. Sebabnya, pagi raya aku di hospital....huhu. 
Dapat ambil gambar tangan sendiri je yang dah kena cucuk sebab kena masuk air,
Bukanlah serius sangat. Tapi satu pengalaman juga, mengandung kali ni awal-awal dah kena tidur dekat wad. Pagi Khamis tu, bangun dari tidur dah rasa sakit menyucuk di bawah perut dekat ari-ari tu. Tapi aku diamkan aje. Masa tu memang dah ada di rumah emak. Sarapan, makan macam biasa. Tapi setiap masa tak selesa. Rasa sakit je. Cuba google di internet, apa penyakit kalau sakit tang situ.

Jumpalah istilah kencing kotor. Ok! Noted, agak mesti aku kena kencing kotor kot. Pergi Poliklinik Wahidah di Ayer Keroh. Doc buat scan dan check perut. Nampak kandungan dalam rahim, dia tekan-tekan dekat perut bahagian bawah tu. Aku kata lagi dia tekan lagi sakit. Tetiba dia kata appendix kot?

Ha!! Sudah! Terus dia buat surat refer ke GH. Ke hospital Melaka aku petang tu. Bila doc buat pemeriksaan, dia dapat kesan betul ada jangkitan pada air kencing. Kira betul lah kena kencing kotor tu, tapi sebab ada surat dari klinik luar kata aku mungkin kena appendix jadi prosedur hospital, kena stay di wad untuk pemeriksaan lanjut dari yang lebih pakar.

Adeh!!! Kalau tak mahu duduk wad, kena tandatangan surat akuan mengatakan kita tak mahu tinggal di wad atas pilihan sendiri dan kalau berlaku apa-apa, hospital tak akan tanggung segala apa yang berlaku selepas itu. Makanya atas nasihat SRD aku bermalam di wad malam itu.

Bila malam, sakit aku bertambah kuat. Terutama ketika nak baring di katil. Kena masuk air dua tiub melui tangan. Aku di suruh berpuasa malam itu. Kali terakir makan pukul 3.30 petang. Aku dah lapar!!! Tapi tak boleh makan.....huwaaa. Darah di ambil satu tiub kecik, air kencing di ambil 2 botol. Entah apa ujian dia nak buat.

Malam itu, doc buat scan lagi. Semuanya normal alhamdulillah. Doc buat scan dalam kawasan labour room. Berpeluanglah lihat ramai yang keluar masuk bilik nak bersalin. Terdengar suara-suara kesakitan bakal-bakal ibu yang sedang bertarung nyawa melahirkan bayi mereka. Terdengar juga jeritan suara bayi-bayi yang baru lahir. Tetiba terus rasa seram.....Aduh! Aku akan mengalami pengalaman itu sekali lagi nanti. Takut juga walau dah mengalaminya 4 kali....huhu.

Malam itu tidur tak berapa lena, kesejukkan dan lapar....huhu. Tapi pukul 5 pagi air dari tiub kedua dah habis dan misi kata aku dah boleh makan dan minum. Syukur. Tapi yang ada di sisi hanya biskut tiger dan roti buterscotch tu, Makan itu ajelah.

Pagi dapat sarapan bee hoon goreng singapore yang rasa tawar je. Pagi itu bila doc besar (isitilah dari misi-misi di situ) datang buat pemeriksaan, dia kata aku dah boleh balik. Syukur lagi. Kira betullah hanya masalah kencing kotor.

SRD sampai lebih kurang pukul 11.30 pagi. Barulah dapat makan best sikit. Emak bekalkan soto dengan sup tulang. Ada begedil lagi. Tengahari dah berada di rumah emak. Makan di hospital tadi tak puas. Sekali lagi melantak soto...hihi.

Petangnya ke rumah akak ipar aku. Makan nasi beriani yang dia buat. Malam itu pergi kenduri kawan ayah. Dia buat korban satu keluarga dan terus masak lembu dan kambing korban tu di rumahnya. Jemput seluruh kampung makan kenduri. Alhamdulillah.

Apa lagi yang berlaku malam itu? Ha!! Abid nyaris terhempap motor. Tulah dok sibuk main panjat-panjat motor yang ada kat rumah orang tu, nyaris terhempap motor. Nasib baik dia berjaya elak, kena sipi juga di bahagian kaki.

Walau lauk kenduri nampak sedap, tapi aku tak makan banyak pun. Kurang selera, rasa loya aje. Sepanjang minggu ini memang rasa loya tak sudah. Pagi-pagi je muntah. Kali ni punya morning sickness agak terlebih kot. Tak macam biasa. Nak masak pun ada rasa lain dari yang sebelum ni. Nampak darah ikan nak muntah, nampak ayam pun nak muntah. Susahnya aku rasa....Dugaan orang mengandung.

Sabtu tu, ayah sibuk dengan majlis korban di masjid, konon nak tengok pun tak terdaya. Rasa kalau nampak darah lembu banyak2 mau pengsan, baru tengok darah ayam dengan ikan pun dah pening dan nak pitam.

Oklah, mengadap lappy lama2 pun pening. Rindu nak baca blog kawan-kawan semua, tapi kesihatan tak berapa mengizinkan. Nanti-nanti ya. Terima kasih sudi baca.


~ يوس ~

27 comments:

  1. Aduh..siannya...mcm2 masalah yg dtng time ngandung kan....nak buat cmne..redha je la kan....

    tp masih dpt beraya lagi tu....hehehe...

    ReplyDelete
  2. la patutlah sunyi sepi je.. moga capat sembuh & take care ye

    ReplyDelete
  3. Berehatlah dulu. Banyak juga cerita Yus.

    Semoga semuanya akan baik2 je. :)

    ReplyDelete
  4. Semoga cepatlah morning sickness tu berlalu,lps nie bertambahlah selera mkn plk....

    ReplyDelete
  5. kesian kat akak, saya ni kadang kena lawan dan kuatkan je..Nak hilangkan mabuk memang kena makan buah, itu yang paling sedap saya rasa, :) Nak masak daging ke ayam ke memang kena kuatkan semangat laa..Saya tak muntah tapi rasa mual dan loya tu memang ada.

    ReplyDelete
  6. Salam kak yus..
    huhu..patut le lama menyepi..
    alhamdulillah xde ape2 sakit yg teruk..jaga kesihatan tau kak..
    salam aidiladha :)

    ReplyDelete
  7. ooo.. kesiannya Kak Yus. Take care ye kak.

    ReplyDelete
  8. jg diri ye, itulah masalah yg buat saya masuk spital masa peknen syafiq dulu

    ReplyDelete
  9. Salam yus..

    Tahniah ya.. baru tahu yg yus mengandung.. Alhamdulillah.. semoga tak lama mabuk2 tu.. kalau saya tiap kali mengandung mmg masuk wad sbb mabuk teruk sgt.. itu yg sampai skrg rasa takut sgt nak mengandung lagi.. yus take care yer..

    ReplyDelete
  10. siannya kak..dee doakan agar kak yus cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  11. take care kak..akak kat melaka ke?kalau tau leh jenguk akak..apa2 pun jaga diri ye

    ReplyDelete
  12. akak semoga selamat semuanya, teringin jugak nak mengandung lagi hihihi, harap2 mabuk akak segera pergi

    ReplyDelete
  13. aduhh yusss
    macam2 hal pula yg berlaku nie .. x sangka lak kali nie preggy sampai masuk wad ..
    ape sebab erkk ari2 sakit tuu .. risau juga ieda .. kalau ieda mgkin cakap angin ..
    alhamdulillah x apa2 .. syukurrr

    adohaiii adib di hempap motor!.. huhuhu fenin ieda dgr nie ..
    apa2 punnn yus rehatkan diri .. makan ubat dan jaga kandungan baik2
    jgn buat kerja berat2 .. rest cukup2 wokeh :)

    ReplyDelete
  14. sy pun kene msa peknen dlu tp x truk... mkn ubt je pastu ok.. sebaik akk kjp je msuk wad..

    ReplyDelete
  15. kesian akak..semoga cepat hilang morning sickness tu kak..take care ya..

    ReplyDelete
  16. Kesiannya akak baca ini Yus...
    Ujian betul sebab niat nak beraya dirumah mak nak happy-happy
    Cuba amalkan minum air barli Yus. Rebus berasbarli masuk sikit je garam dan daun pandan 1-2 helai. Amalkan setiap kali minum. Tak payah bubuh gula sebab bau daun pandan pun dah sedap..

    ReplyDelete
  17. banyak2 minum air masak kak, pastu minum air barli..dulu sy pon kena kencing kotor.tapi x de lah masuk hospital..hehe

    ReplyDelete
  18. abid sebaya dgn aniq.... kak yus dah preggy lg... wani otw...hahaha...tungguuuuu.....nk saing! :)

    ReplyDelete
  19. semoga cepat sihat kak..:)
    qema selalu kena kencing kotor masa ngandungkan ammar dulu, amalkan minum air barli & air kelapa bila kandungan masuk 5 atau 6 bulan keatas.

    ReplyDelete
  20. Salam Yus..
    Akak doakan Yus sihat, tabah dan kuat semangat mengandung kali ni....banyakkan rehat ...mengandung bila umur kita makin meningkat memang teruk sikit....cepat letih.

    p/s..anak akak, Ainaa masa umur 9 tahun memang jadi macam Yus.Bila sakit kat bawah perut ,meraung-raung dia,Doktor memang ingatkan appendix, siap buat surat kena bedah segera takut pecah, bila scan dan buat rawatan , rupanya kencing kotor..tidur 2 malam jugaklah akak kat hospital.

    ReplyDelete
  21. Alhamdullillah Yus dah kuar hospital yer.. Moga sihat lepas nie.. yer..

    ReplyDelete
  22. as salam

    harap2 pasni turn saya plak preggy..insya Allah..take care ey :)

    ReplyDelete
  23. as salam

    take care ey..seronoknya nak dapat baby..doakan saya pula :)

    ReplyDelete
  24. Biasanya kalu loya mengandung, memang buat apa pun rasa malas dan tak selesa. Asyik nak baring jer, kan? Semoga anak dan ibu sihat.

    ReplyDelete
  25. lain orang lain keadaanya ketika mengandung.. bila tak sihat, nak makan apa pun tak lalu, tapi bila sihat.. rasa tak kenyang-kenyang pulak..

    psstt: ai pun di awal mengandungkan dak Nuha kena jugak kencing kotor cuma takdelah sampai kena tahan wad.. fuh! Selamat.. (sebab ai tak suka dok kat hospital..)

    ReplyDelete
  26. alahai cian akak.. dugaan time mengandungkan kak.. tc yer kak.. :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...