Tak berpeluang nak masuk taekwondo masa sekolah dulu, bila tengok anak-anak berlatih dan pergi grading rasa teruja. Baru tahun ini aku masukkan mereka ke kelab taekwondo ni. Sebenarnya baru tahun ini mereka sibuk nak masuk. Kalau tak ya-ya, dan mereka tak minat, malas juga nak keluarkan modal untuk aktiviti seumpama ini. Tapi bila mereka sendiri yang bersuara dan tunjuk minat, sedaya upaya perlulah berikan sokongan.
Tarikh 28 April yang lalu acara grading buat mereka Aqil dan Alia. Kira exam untuk menentukan mereka layak atau tidak bertukar tali pinggang dari putih ke kuning 1. Aku tak tahu bagaimana perasaan mereka masa exam tu, tapi aku sebagai ibu yang lihat dari jauh sangat berdebar-debar. Rasa gugup terlebih macam aku yang nak ambik periksa...hahaha.
Sebagai kenang-kenangan, aku ingin abadikan di blog ini untuk tatapan di kemudian hari. Moga cepat-cepat bertukar warna tali pinggang lagi ya....hehe.
Kelihatan Alia peserta ke 3 dari belakang masa acara memanaskan badan |
Sir mereka sedang bersiap sedia, para pelajar pula sedang menunggu giliran |
Masa untuk Aqil dan Alia ke hadapan, untuk menunjukkan skill masing-masing. |
Bersemangat aku tengok mereka. Sangat teruja dan seronok tengok. |
p/s: bila mood blog merudum, mulalah aku menukar susun atur blog sendiri untuk menampakkan sedikit kelainan. Bagi mood tu datang sikit. Ok tak?
~ يوس ~
say dulu cuma smepat smpi tali pinggang hijau je...huhuuu
ReplyDeletesempatlah juga belajar, saya tak berpeluang...huhu
Deletetahniah dah bertukar belt!
ReplyDeletecma dulu aktif silat.seronok bila dpt bertukar bengkung dan selempang..hehe..
ermm...mcm suram je cat baru ni...
entah ekk cma, mmg sengaja nak suram kot...hihi
Deletewah wajah baru la blog yus ni.dah tak yah klik2..read more.akak suka u.gambar pun nampak besar2.Hero akak 2 org tu masuk taekwondo adalah dlm 3bulan je kot..pastu malas2..habis duit akak beli baju tu..hangat2 taik ayam je.
ReplyDeleteAqil dulu masa darjah 1 pun dah pernah masuk kak ina. 2 bulan je, huhu, ni ada kawan adik dia baru nampak bersemangat tu yg sambung semula...hehe
DeleteTahniah Aqil & Alia..
ReplyDeleteJangan bergasak berdua sudahlah ye..
*teringat Arif bila suruh dia buat aksi, siap terangkat2 kaki dia..hehe*
Arif mmg terlebih ana, sampai skrg, tgk gambar -gambar ni semua dia yang terlebih tunjuk aksi...hehe
Deletesuka versi baru ni
ReplyDeletelebih ringkas dan kemas kan kak pB
Deletetahniah ya..seronok tengok anak2 tu..
ReplyDeletecantik...pandai akak buat
ReplyDeleteakak boleh tak akak kasi tutorial nak buat kat bawah tue yang warna biru tue....
ReplyDeleteYang tu akak ikut dari tutorial yang adik ni buat. Cuba Cik Jue terjah sana..
Deletehttp://www.lyssasecret.com/2011/10/tutorial-hover-blockquote-cute-icon.html
Tahniah buat anak2 Akak, dapat upgrade ke yellow belt ye, seronok tgk anak2 mcapai tahap yang lebih baik kan kak
ReplyDeletesalam yus..tahniah..tentu anak2 seronok..ariff pun boleh dah tu yus..
ReplyDeleteanak2 acik dulu sampai talipinggang hijau tak sambung lagi dah..dah pindah..
tahniah! :)
ReplyDeletedah grading dah? zarif bulan 7 nanti..harap lah dia ok..
ReplyDeletelambat pulak Zarif ya. Budak2 ni ada juga grading lagi bulan 7 nanti. Kalau mereka ok, mungkin boleh grading lagi untuk ke kuning 2 pula. Cikgu dia kata setahun biasa mereka buat 4 kali grading.
DeleteSi Sepet kakcik terus berhenti berlatih sebaik dapat talipinggang kuning. :(
ReplyDeleteKenapa dia berhenti kakcik, sayang.....anak2 saya dpt tali pinggang kuning tu nampak lebih bersemangat nak belajar. Nak cepat dapat tali pinggang hijau kata mereka.
Deletenanti nak srh twin msk jgk la
ReplyDeleteselain belajar mempertahankan diri, juga aktiviti riadah yg sihat ni kan .Elok juga untuk anak2.
DeleteWah bagus qema dulu masuk silat gayung baru dapat selendang hijau berhenti sebab malu kena praktis kat padang ramai yang tgk hihi..kena guling2 tu yang malu tuh hihi
ReplyDelete