Kalau semalam hari jadi aku, esok pula hari jadi anak sulung aku Aqil.
10 tahun yang lalu, hampir saja, Aqil lahir sama tarikh dengan aku.
Kalau ikut due patutnya 21hb, tapi dia keluar lewat 2 hari pula.
Apa pun dia tetap hadiah hari jadi yang paling bermakna bagi aku ketika itu.
Tapi kan ada satu ayat tak boleh belahh dari SRD buat aku tersenyum sampai hari ini.
Pada sijil lahir Aqil, tercatit umur ibu 26 dan umur bapa 25.
Adeh! Boleh dia berlagak pasal umur dengan aku...huhuhu.
Oh! Bukan ini ceritanya.
Pengalaman mendapat anak sulung, pasti satu pengalaman yang paling manis dalam hidup kan.
Tak tergambar rasanya dengan kata-kata.
Kini dia dah semakin besar.
Walau ada masa dia antara yang paling selalu buat aku hangin, tapi dia jugalah yang seakan mengerti aku.
Aku diam je, dia yang akan bertanya, nampak muka aku sugul aje, dia kata
"Ibu tu macam nangis je"!
Hmmm...selalu perasan perubahan aku.
Aqil....ibu sayang Aqil tau!
Belum lagi masuk pada cerita tajuk kan...haha.
Ada satu cerita terjadi masa zaman kecil adik beradik SRD abah Aqil.
Cerita mengenai Pak Anjang Aqil @ adik beradik ke 7 dalam keluarga SRD.
SRD cerita, satu hari selepas balik sekolah agama, adiknya ni seronok main ikan puyu kot.
Eh ya ke? Tak pasti ikan apa, tapi dia dok ralit tangkap dan main ikan dalam parit rasanya.
Sampai nak maghrib tak sampai-sampai rumah.
Kiranya sampai arwah abah mertua ku risau.
Kemudian ada kawan arwah abah nampak kot, dan hantar adiknya ni pulang ke rumah.
Sampai rumah, apa lagi, kena marahlah kan dengan arwah abah mertuaku.
Semua rasanya memang takut dengan arwah abah yang garang.
Melalui cerita yang aku dengar,
arwah abah suruh Pak Anjang Aqil ni makan ikan yang dia bawa balik tu hidup-hidup.
Kerana takut, dia betul-betul menelan ikan puyu tu hidup-hidup.
Aku tak dapat bayangkan bagaimana rasanya ya?
Tapi tulah, siapa suruh ralit main ikan sampai lupa maghrib kan.
Aqil anak aku pula ada satu hobi yang aku tak gemar.
Dia suka main dengan semut.
Pantang nampak semut dalam rumah atau luar rumah, mulalah dia tepuk-tepuk semut tu.
Dia peganglah, dan yang paling aku tak suka dia saja sakat adiknya Alia dengan semut.
Si Alia ni pula, penakut semut...aduh!
Kalau dah di takut-takutkan abangnya dengan semut tu, memang bergegar satu rumah.
Terjerit-pekik, lari sana sini, lari dari semut yang mengejar.
Hahaha...
Yalah dah abangnya pegang semut lepas tu nak beri pada dia, kira semut tu mengejar dia lah kan.
Aku pernah dengar SRD beri amaran pada Aqil,
"Kalau abah nampak Aqil main semut lagi, abah suruh Aqil makan semut tu hidup-hidup ya!
Macam Pak Anjang dulu kena makan ikan!"
Kisah ini kiranya anak-anak aku semua tahu, sebab abahnya bercerita.
Tapi, SRD tak pernah pun betul-betul suruh anaknya makan semut tu.
Entah macam mana aku pula yang suruh dia makan semut..huhu.
Ceritanya, satu hari dia balik lambat ke rumah dari main-main di luar rumah
Dah hampir maghrib kiranya.
AKu dah hangin.
Lepas tu, suruh mandi pun berdolak dalik.
Mandi punyalah lama, sampai adik-adiknya yang mandi kemudian dah siap,
dia dalam bilik air belakang tu tak keluar-keluar.
Bila lama sangat, aku pun menjengah.
Rupanya dia dah keluar, masih bertuala, tapi dok ralit main dengan semut yang ada berdekatan bakul sampah.
Aduh!!! Memang hangin aku keluar lah kan.
Aku suruh dia makan semut yang dia pegang dan-dan tu juga.
Sampai nangis-nangis dia, tapi dia takut sebab aku pegang rotan.
Aku sebat pada pintu, lagi kecut perut dia.
Aku suruh dia telan gak semut tu!
Surprisingly, memang dia masukkan semut tu dalam mulut.
Aku suruh dia kunyah.
Nampak macam mulut dia kumat-kamit.
Aku terus suruh dia pakai baju.
Tak tahulah betul ke dia telan semut tu.
Aku denganr selepas habis mengaji, abahnya tanya.
"Aqil telan semut tu atau Aqil buang."
Dia jawab,
"Aqil telanlah abah.!"
Dalam hati rasa kejamnya aku...huhu.
Oh! Anak ibu, maafkan ibu ya.
Sejak hari itu, aku tak nampak lagi dia main semut.
Tak tahulah kalau di belakang aku.
Itulah dah berapa kali ibu pesan jangan main dengan semut tu.
Tapi tak dengar kata kan, tak pasal-pasal kena makan semut...huhu.
Garangnya aku!!
Tapi kalau tanya anak-anak siapa lagi garang?
Semua jawab abah!
Klah...nak keluar jap, ambik kek angry bird yang aku tempah untuk birthday Aqil esok.
Happy Birthday Aqil.....
~ يوس ~