Thursday, February 09, 2012

Home » , » Astro oh Astro! Pandai main tarik tali rupanya!

Astro oh Astro! Pandai main tarik tali rupanya!

Ramai kan tak puashati dengan bayaran bulanan astro tapi dok masih tengok astro juga...huhu.
Kami pun sama.
Dulu masa di rumah sewa, akaun astro atas nama suami.
Pindah rumah sewa pun, kami angkut je piring dan dekoder tu sendiri ke rumah sewa baru.
Godek-godek sendiri dapat siaran.
Kalau panggil orang dia buat pemindahan, dah tentu ada charge nya.

Bila pindah rumah sendiri, potong astro, tapi kemudian subsribe baru atas nama aku pula.
Sebab apa?
Sebab kalau buat akaun baru, pemasangan percuma
tapi kalau buat pemindahan piring lama ke rumah baru kena charge lain....
(tak habis-habis nak charge orang astro ni!)
Walau dah dapat yang baru, dekoder dan piring yang lama kami masih tetap simpan.
Subsribe baru dapat piring dan dekoder barulah kan.

Selepas 2 tahun dia buat perangai pulak.
Entah kenapa, semua yang media prima punya kami tak dapat tengok dengan jelas.
Channel apa tu ?
Ala...tv3, tv9,ntv7 dan tv1 pun ada masa siarannya hilang-hilang.
Kalau tak pun gambar tiba-tiba gelap, suara takde walaupun masa tu cuaca elok je.

Ini sudah lebih!
Mula-mula dulu kami ingat tv kami rosak.
Bila hampir 2 minggu macam tu, SRD geram dia beli tv baru.
Selepas tukar tv baru, masalah tetap sama.
Sah! Ini bukan masalah tv, tapi masalah dengan Astro.

Aku telefon customer service astro untuk buat pertanyaan.
Dia suruh kami buat beberapa step iaitu downloading semula siaran dan juga auto update.
Ok, masa nak buat auto update tu, mengambil masa lebih 15 minit kata dia.
So, dia suruh aku telefon semula kalau masih ada masalah selepas itu.

Bila dah selesai, tetap bermasalah.
Kami pun tukar guna dekoder lama yang masih tersimpan rapi.
Bila tukar tu, ikut step yang dia suruh tadi.
Guna dekoder lama, cuma satu channel saja yang keluar iaitu HBO.
Padahal kami tak pernah ambil HBO pun...huhu.
Bila buat auto update, keluar error 50 pula.
Ku fikir, mungkin dia tak terima dekoder lama kot.
Tukar balik dekoder yang biasa pakai.
Masih tetap sama.
Ada masalah pada beberapa siaran tadi, dan gambar ada bayang.

Telefon customer service astro semula.
Sedap aje dia kata,
"Kena panggil technician kamilah macam tu, 
dan kalau panggil technician datang kena bayar RM50 ya puan"

Huh! Dengar kena bayar, aku geram juga.
Kenapa pula harus bayar untuk kerosakan macam ni kan?
Tapi katanya sebab tempoh warranty dekoder tu dah tamat.
Pandai je dia kan.
Lepas tu dia sambung lagi,
"Kalau puan tak mahu, puan boleh tukar astro beyond." 
"Dapat dekoder baru dan piring baru. Pemasangan semua percuma."

Pandai kan astro ni.
Saja pancing kita nak tukar beyond sebenarnya.
Aku tolak dengan baik.
Tetap mahu technician tu datang.
Sebelum datang tu, ada satu lagi panggilan aku terima dari astro.
Katanya, charge RM50 yang di kenakan nanti, tidak termasuk bayaran lain
sekiranya penukaran barang atau dekoder baru di perlukan...huhu.

Tahu tak??
Bila technician tu datang dan buat pemeriksaan dia
dapati dekoder yang biasa guna tu memang rosak.
Bila dia keluarkan dekoder baru saja, SRD katalah kami ada dekoder lama dari akaun yang lama dulu.
Tak boleh ke guna dekoder tu?

Kata dia boleh kalau tak rosak lagi.
Makanya dia pun cubalah guna dekoder lama kami tu, dan buat downloading siaran baru.
Bila technician tu buat boleh pulak!!!!
Masa kami cuba sendiri tak boleh!!!...huhu.

Angin tau!
Saja je nak suruh kami bayar RM50 kan!
Nasib baik tak perlu tukar dekoder lain,
kalau tak dah tentu ada bayaran lain perlu di bayar.
Dan masa borak-borak sekejap dengan tehcnician tu,
dia sendiri kata, mungkin helah astro nak suruh kami tukar beyond kot.
Sebab katanya, astro memang tak keluar lagi dekoder lama ni.
Semua pelanggan baru astro wajib guna beyond ni...huhu.

Ha!! Dengar tu!! Technician tu sendiri yang pecah lubang tau!!
Dan selepas beberapa hari, hari ini aku dapat panggilan dari astro lagi.
Mula perbualan, kononlah dia kata hari tu aku ada buat laporan pasal kerosakan dekoderlah, apalah.
Lepas tu mula pancing suruh tukar beyond lagi.
Aku kata, baru je bayar RM50 betulkan dekoder, nak suruh tukar beyond buat apa kan?

Pandai betul astro ni main tarik tali kan!
Ni yang rasa nak pasang aerial tinggi je, tak perlu guna astro lagi bagus.
Tapi cik abang aku nak tengok channel Sport.
Channel kegemaran dia tu...huhu.

Dan masa google sikit-sikit pasal astro tadi, jumpa pernyataan ini dari blog ini.

"Setiap pelanggan astro yg baru. Mereka akan dapat set astro beyond (decoder+piring). Dah tak ada decoder warna kelabu tu. ‘Kelebihan’ decoder ni. Anda tak boleh lagi tukar-tukar kad macam guna decoder kelabu tu. Tak leh nak bawak kad balik kampung lah. Decoder baru ni pun tak membenarkan anda adjust piring tu sndri. Kena panggil orang astro tuk adjust atau tukar tempat."
Kelebihan ke tu?
Yang lama lagi banyak kelebihan.
Boleh masuk kad mana-mana pun, tetap dapat siaran.

Saja je kan!! Ni paksa tukar beyond secara halus tau!
Nasib aku tak termakan pujuk lagi.

Siapa dah guna astro beyond?
Best sangat ke?
Eiii...astro tu memang buat aku hangin je kadang tau!...huhu.
Dahlah bulanan mahal, nak suruh tambah RM20 lagi untuk beyond.
Pandai je kan.....

~ يوس ~

55 comments:

  1. same la kak.. saye pon mcm nk tinggikan aerial je x payah pakai astro.. makin lame makin mahal.. charge itu ini.. last bil saye dpt boleh sampai 650++.. sakit betul hati mase tgok bil tu.. call customer service marah2 lah sbb dah x boleh nak berlembut.. geram sgt!

    ReplyDelete
  2. mm.. nak wat caner kan.. tu lah tuh..

    ReplyDelete
  3. Qema dekat2 dah nak pasang astro tup2 channel media prima semua clear terus cancel amik astro..selamat duit byr bil astro yg macam2 tu hehe nak tgk cite tgu kuar kat youtube.

    ReplyDelete
  4. dah terminate dah astro..puas sangat hati..bayangkan siaran berbayar, tapi iklan berlambakkk....tak puas hati tul...kalau tengok tv3 ker tv1 ker ada iklan lojik la jugak..now pasang unifi, layan iptv, hati pun tak sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcmana nak terminate astro ni yer.bagi tau sikit caranya?

      Delete
  5. erm, setakat ni x guna astro, so x tahu lah kan... tp dgr kata memang astro dah byk charge pelanggan, dah bayar tapi ada iklan laks... huhu

    ReplyDelete
  6. balik nnti takmo psg asteruk. huhu.. tv lain pun dah cukup la ye.

    ReplyDelete
  7. Apa yg nyata business strategy dia Yus... kakak memang tak pasang astro hingga kini sebab keluarga kakak sekarang ni pun jarang menonton tv...

    ReplyDelete
  8. mmg pandai astro ni kan..saya tetap lagi guna piring kelabu tu...

    ReplyDelete
  9. kalau dipikir2 mmg geram dgn astro ni sis. tapi sebab kalau x pakai astro..tv susah dapat siaran, tu yg terpaksa jugak pakai astro. dah lah bayaran makin mahal..saje2 jer suruh tukar beyond lah. sy pernah gak complain services astro ni thru phone..senang jer suruh tukar beyond. ingat guna duit dia kot nak byr semua tu..issh..geram betul

    ReplyDelete
  10. Kalu tak pakai Astro selamat duit 70-80 . Kalau simpan lama-lama banyak juga.

    ReplyDelete
  11. takde pilihan dah.. walopon sokmo naik hangin, kena jugak bertahan...

    ReplyDelete
  12. @Ibu Dhia
    mak aii! Banyak tu! Kenapa boleh jadi macam tu? Ni mesti mereka tak hantar bil betul2 ni sampai tertunggak. Macam tu ke?

    ReplyDelete
  13. @ida
    kalau kat BP ni ada UNifi, lama dah saya guna Unifi juga rasanya..huhu

    ReplyDelete
  14. huhu..dulu ade pakai..tp xdedah..betul kate akak tu..charge nye mcm2..sakit hati oo..

    xde la nk tukar beyond tu dah...
    huhu

    ReplyDelete
  15. Eiii geramnya baca citer Akak ni, setakat ni asteruk Aju ni ok lg, klu meragam mcm ni mmg hangin la

    ReplyDelete
  16. tak puashati bayar mahal tp tak dapat tengok dengan jelas..tambah lagi time nak tengok cerita best..

    ReplyDelete
  17. cerita pasal astro ni mmg izan pun ada pengalaman juga kak... masa nak pindah umah skrg. tutup akaun lama, bukak akaun baru. mmg wajib pasang beyond. tapi tulah... berbulan nak tunggu dorg dtg pasang. dah tu ada plak 2-3 problem lain yg timbul. nasib baik dorg takde charge apa2 sbb katanya beyond ada warranty seumur hidup.

    beyond best ke? entahlah... pada izan sama je... lagipun kami tak amik pun dekoder yg boleh rakam2 tu...

    dan selalunya bil mmg sampai lambat. dah tu sms, call bertubi2 tanya bila nak bayar. last2 husband izan bayar je lebih. abis cerita...

    ReplyDelete
  18. yus mmg asro ni byk yg menyakitkan hati..suri ni sbb langkawi ni tak dapat chanel langsung..kalau tak mmg tak ingin nk langgan astro..

    ReplyDelete
  19. yg paling geram time cuaca tak elok la....dah la ulang tayang memanjang...

    ReplyDelete
  20. @~ yus ~ x pon kak.. die yg overcharge.. pastu customer service call ckp amount lain plak.. mmg geram sgt3.. patot la makin kaya astro tu..

    ReplyDelete
  21. dah agak dah!!! igtkan siaran media prima kat rumah saya tu asyik terganggu sbb jiran sebelah enjakkan piring astro dia ke depan sikit, rupanya mmg taktik astro buat gitu nak duruh org tukar beyond. mmg binawe!

    tapi at the moment terpaksa gak pakai astro sbb nnt mak bosan kat rumah. kalau pakai aerial biasa gambar asyik berabuk aje lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://cikazad.blogspot.com/p/clineccam.html

      Delete
  22. rumah akak mmng dah tukar pada beyond.....cuma yg akak rasa okey sikit time hujan..kalau yg lama punya,bila hujan mmng tak nmpak apa...tapi skrang ni boleh tengok mcm biasa...akak dah hmpir 8 tahun guna astro...

    ReplyDelete
  23. kak yus..

    saya punya astro dekoder dan remote dah rosak..call astro suh tukar oada beyond.so dia dtg tukar dekoder n remote baru.free le katanya.pdhal tambahan rm20 utk setiap bulan selama 1 tahun.belum campur minimum pakej tu lagi

    ReplyDelete
  24. astro ni da naik kepala. kat area rumah aida, if pakai aerial biasa, siaran sering terganggu. alih ke tingkat dua pun mcm tak elok. ada member kata, astro punyer piring tu mengganggu aliran arus aerial biasa.

    nota kaki : klik & ziarah ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~

    ReplyDelete
  25. sy x penah pasang astro.. sbb rasa x berapa perlu.. lg pu selalu dengar/ baca org duk komplen pasal astro nih..

    ReplyDelete
  26. \kakyong tak guna astro... tv ni hanya utk anak2 tgk kartun & cd belajar jer.. kdg2 jer dpt ruang mencelah utk kami layan tv..

    aerial tinggi pun tak pasang2 lagi... lama dah bising kat suami supaya pasang aerial tinggi tu...

    ReplyDelete
  27. papa mifz pun bbrp kali dorang call supayo upgrade ke beyond..malas nak layan...

    ReplyDelete
  28. nanti saya cite pasal hangin saya satu badan ttg astro jugak yer...pasal beyond la jugak.....

    mmg hangin betul

    ReplyDelete
  29. Salam,

    Ada kemusykilan (rasa mcm tertipu pun ada)...dekoder beyond ni ada berapa jenis? Ada ke jenis beyond HD dan beyond non-HD? Sedangkan dekoder beyond sah-sah ada hdmi port.

    Hamba aktifkan servis HD melalui channel 200. Katanya lepas 24 jam boleh guna...la ni dah 2 hari dah.sehingga hamba terpaksa telefon astro, depa siap kata akan hntar laporan ke unit pengaktifan keran dekoder hamba bukan jenis HD...sungguh tidak faham lagi ada beza ke dekoder beyond ni...bukan ke dah aktif thru 200, lepas 24 jam boleh tgk trus? Perlu bnyk stage of proses ke baru bley guna HD? Hamba ingat mudah astro update kat channel 200 tu utk tambah ayat (kat kotak pilihan servis HD) "sila pastikan dekoder beyond anda ada HD atau TIDAK" ..senang.. (Sekarang ni kan astro just upgrade thru system je kan?)

    Ke guane boh?

    Insan prihatin

    ReplyDelete
  30. saya dah 2 tahun stop langgan astro....cadang nak sambung semula.....astro ni memang sakit hati kan....charge mahal...servis tak bagus.....kadang2 tak dapat chanel....time tu tak plak dia potong bill kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://cikazad.blogspot.com/p/clineccam.html

      Delete
  31. saya leh selesaikan masalah anda http://salebelisale.blogspot.com/2012/07/dream-box-500.html

    ReplyDelete
  32. oooooo...dekoder jer problem..astro sy pun skrg tgh problem seperti di atas,,,.....

    ReplyDelete
  33. haha..sama la mcm saya kak.
    saya ni hidup pindah randah.saya jenis tak suka ngadap tv.tp suami suka sport..huhu
    pasang la juga.tak sampai setahun kena pindah. angkut, p tya astro nak upah pasang kena bayar..huhu
    last2 upah cina kedai letrik.murah sikit.
    tak sampai 2bulan pasang semula kena pindah lagi ke key el. trus terminate..

    mlas sudah.pendek kata astro mmg nak RAKYAT MALAYSIA guna beyond..
    siaran ntah pa pe..ulangan je manjang..iklan pon byk skrg..

    sib baik kt key el dapt channel..hihi

    ReplyDelete
  34. cuba guna skybox ni,,,,, sy pasang memang puas hati,,,, bayar bulan rm 21 je,,,, pastu dapat semua chanel astro,,,,, klu rajin agi n kretive boleh tgk siaran luar negara ,,,,, test tgk kat fb ni http://www.facebook.com/tvmurah?fref=ts

    ReplyDelete
  35. mcmana nak terminate astro?bai tau sikit cara dah potong astro ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://cikazad.blogspot.com/p/clineccam.html

      Delete
  36. la.. knaper nak guna Astro lagi
    skrang ni dah boleh tgok astro percuma
    yang pnting dekat rumah ada sambungan internet
    cuba cari tentang skybox
    untung...

    ReplyDelete
  37. Ni sume jnis xtgk teliti trus nk pangkah Astro haha

    ReplyDelete
  38. sy dah kena maz-naz.. siaran byk xdapat dah! mula2 dia kata kena bayar rm50 utk techinician... tpon kali kedua... xde pilihan dah, kena tukar beyond baru.. mlm ni dah tukar beyond,tpi x boleh on2 lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://cikazad.blogspot.com/p/clineccam.html

      Delete
  39. Disebabkan area rumah saya takde unify je tu yg saya terpaksa guna astro.. kalau tak.. bye bye en. asterooo..

    ReplyDelete
  40. Skybox,openbox,dreambox sume dh xleh guna...org astro jugak ni...sodih den

    ReplyDelete
  41. guna ja NJOI.. free je.. cuma bayar rm280 (2nd hand DMT box) kos utk DMT tu & pasang je utk rm280.. sy dh pakai.. boleh la.. dr tak de langsung kn.. hehe astro mmg truk, sama servis mcm maxis.. smua nya ada makna tersirat yg boleh kna jerat hehe

    ReplyDelete
  42. Gune je parabola....freeeeee....

    ReplyDelete
  43. Betul tu cik kak. Tukar beyond pun cite yang dihidang mcm tu jugak. ntah ape2 rasanya dalam 1 hari tak tgk siaran astro pun tak rugi. asal dapat tengok berita cukup la dari bayar mahal2

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://cikazad.blogspot.com/p/clineccam.html

      Delete
  44. Saya dulu memang ada guna astro beyond dan juga astro warna kelabu yang biasa. Sebab tak selalu tengok tv sbbkan kerja,aku pun membuat keputusan tukar ke njoi. Disebabkan aku baru membayar bil astro,njoi diaktifkan selepas tamat tarikh pembayaran. Siaran dihentikan selama 2 hari bekerja kerana hendak proses download njoi. Pemasangan diberikan pecuma sahaja. walaupun siaran nya cuma ada 22 saluran.itu dah cukup puas hati.saya tak menyesal tukar ke njoi..

    ReplyDelete
  45. mmg x dpt siaran ke 2 hari tu Am penk .... pmasangan percuma mknannya kn byr rm99 tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk penukaran astro ke njoi, X perlu bayar. Call customer service astro jer. Cakap nak terminate astro dan nak tukar pada njoi. So free. Jangan call njoi customer service. Depa ni pemalas, cakap kena melangan yang baru. Saya dah terminate n pakai kota terbuka. Hehe

      Delete
  46. Kawan sya baru kna kes yg sama pg td...

    ReplyDelete
  47. Abis ar aku....rumah kita plak baru je x de audio astrooooo....lepas gegrvaganza je trus nak cekik dara pelanggan astro....nak suru buat penamabahan wietttt....

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...