Apa korang buat kalau jumpa kelongsong ular dalam rumah korang?
Bawah rak dapur tempat korang selalu masak pula tu?
Aku pun tak tahulah entah berapa kali ular dah masuk dalam rumah emak ayah aku ni.
Ni bukan di jumpai di rumah aku, tapi di rumah emak dan ayah di Melaka.
Pagi ini telefon emak dan ayah.
Kemudian ayah cerita emak jumpa kelongsong ular bawah rak dapur masa dia tengah menyapu semalam.
Aduhai!!! Aku yang kecut perut.
Bila tanya emak apa dia buat dengan kelongsong ular tu,
kata dia dia ambil dan buang je dalam tong sampah.
Adik aku balik kerja petang itu, dia tunjuk pada adik aku.
Kata adik bongsu aku,
"Ini bukan kelongsong ular sawa atau hitam emak, ni kelongsor ular tedung ni!!"
Tiba-tiba teringat cerita akak ni yang matanya kena sembur dengan ular senduk.
Seram kan bila ular dah mula masuk dalam rumah.
Adik bongsu aku ni memang ada cerita tersendiri dengan ular.
Dialah yang pernah kena patuk dengan ular tedung masa kecik dulu.
Aku pernah tulis kisahnya di sini. [klik untuk baca]
Dan dia jugalah yang paling berani dengan ular.
Jangan tak tahu, dia pernah bela ular sawa masa sekolah dulu.
Emak aku pun tak tahu, sehinggalah emak jumpa ular sawa tu di dalam laci bilik dia.
Rupanya dia dah bela ular tu dari sebesar jari kelingking
sampai masa emak jumpa tu dah besar 3 jari dah...huhu.
Emak takutlah jumpa ular kan dalam bilik,
beritahu ayah dan ayah bunuh/ halau ular tu aku pun tak pasti.
Yang pasti, adik sedih sangat sebab ular kesayangannya dah tiada.
Katanya dia kasi ular kesayanganya tu makan katak dan tikus,
dan dia sendiri cari makanan ular tu untuk ular tersebut.
Pelik kan adik bongsu aku ni.
Kemudian pernah ular sawa besar masuk dalam mesin basuh emak aku.
Entah macam mana ular tu melilit dalam mesin tu.
Bahagian dalam mesin tapi bukan tempat kita letak baju tu.
Dia melilit di ruang antara tempat kita biasa letak baju tu dengan dinding mesin basuh tu.
Semua takut nak keluarkan ular tu, tapi tidak dia.
Dia bersama ayah kerjakan ular tu.
Dia pegang dan tarik ular tu, ayah pula pukul.
Emak kata besar juga ular tu, sebesar lengan orang dewasa.
Dan tahulah ular sawa kan, kalau kita pegang lagi dia belit tangan kita kan.
Dari cerita emak, kuat adik aku ni lawan dengan ular tu.
Dia picit dan pegang ular tu dengan kuat sampai berdarah kena isi ular tu lah.
Bila dia dapat keluarkan ular tu, di balingnya ular tu ke ruang dapur yang lebih luas.
Dia jerit pada adik aku yang no 2 suruh tolong pukul ular tersebut.
Tapi adik aku yang ke dua ni penakut!
Dia tepuk-tepuk manja je ular tu dengan kayu dari jauh.
Aku dengar pun ketawa....hihi.
Pernah juga ular hitam masuk rumah dan berada di dalam bilik air.
Ayah yang nampak, tapi lepas tu hilang.
Dan hari ini aku dengar pula cerita emak jumpa kelongsong ular.
Aduh! Tak habis-habis.
Bila sebut ular, aku sendiri jadi kecut perut.
Takut je masuk dalam rumah sendiri juga kan.
Bukan ada adik aku yang berani dengan ular dalam rumah ni!
Dik! Akak mmg kagum sebab nko berani dengan ular tau!
Hampir saja nyawa adik melayang satu ketika dulu sebab di patuk ular.
Kalau tidak kerana batu geliga kepunyaan orang tu yang menyedut bisa ular tu dulu,
apalah yang terjadi kan.
Mungkin sebab itu jugalah, nko berani sangat dengan ular ni ya dik!
4 tahun usia adikku masa dia kena patuk ular tu....
Lama dah berlalu, tapi dia memang berani dan kuat.
Dah kena patuk pun masih boleh berlari laju tawaf satu rumah...huhu.
Eh! Apa korang buat kalau jumpa kelongsong ular macam emak aku ni ekk?
Kalau aku confirm tak senang duduk atau tidur.
Takut!!!!

~ يوس ~
eh sis, sy pon pernah jumpa kulit ular ni kat dapur sinki rumah sy. masa tu tgh pregnantkan si waiz.
ReplyDeletemula2 tu ingat plastik smpah..wida ni kan rabun..hehe.tp bila wida sape dgn penyapu...sarung ular! terkejut jugak..dah lah tengah preggy ms tu.
pas tu my sil datang buang..dia kata insyaallah tak apa2..murah rezeki. tak taulah betul ke tak. tp time tu sy takut je baby jadi 'kenan'.mujur x apa2:)
Membacanya sahaja dah buat bulu tengkuk kakcik meremang!
ReplyDeletekompem takut..huihss mintak jauh
ReplyDeletehm, mesti ular tu ader kt sekitar situ....
ReplyDeleteTakut..seriau baca cerita ni kak yus, confirm xlena tido dibuatnya..biasa ular suka tempat sejuk, mungkin tempat dia bersalin kulit tu sejuk..minta dijauhkan.
ReplyDeletehuwaaaaa...takut!!!!!umh izwa penah masuk ular 3 kali
ReplyDelete!izwa yg jumpa!huwaa..fobia masih lagi tak hilang niiiiiiii....!!
Baca entry ni pun dah naik2 bulu roma yus.. beraninya adik yus tu.. kalau saya yg jumpa kelonsong tu mmg mengigil dua tiga hati agaknya kot..
ReplyDeleterisau membacanya, risau kang tak pasal2 terjumpa kelongsong ular kat dapur sendiri nk buat camna la gamaknya ya...hmmmmm
ReplyDeletesebutnye perkataan tu..meremang segala bulu di tekuk ni..
ReplyDeletesy mmg takut n geli tgk ular...
mak sy pernah kena patuk ular kak...ular tu balas dendam, sbb masa dia preknen kan sy..dia terkejut nampak ular masuk rumah..dia amik penyapu terus dia ketuk..sbb terkejut..padahal dia tu org yg berhati2 ketika preknen supaya tidak terkenan apa2....
alhamdulillah nasib baik sy tak terkenan apa2..kecuali suka 'mengular' bila bos takde...ehehe
kak, serius giler saya seram kak, saya memang takut ngan ular, dahlah semalam nampak ular tapi dah mati kat taman u, huhu..serius ular kat situ tak sempat nak merayap jauh confirm kena lenyek ngan bus or kereta, tapi tetap seraammmmm..
ReplyDeleteSalam kak yus..
ReplyDeleteJumpa kelongsong ular..?? eeee..
X pernah lagi berada di situasi mcm akak..
Jadinya kena lebih berhati2..
rumah saye pernah d masuki ular sbb lubang bawah pintu agak besar, ular boleh masuk.. mase tu baru bersalinkan anak saye.. ular tedung yang agak besar, mujur suami perasan kelibat ular tu sebelah tong gas.. cepat2 panggil abah, abang ipar tolong halaukan. masa nak halau, mmg ular tu sembur2kan bisa dia.. alhamdulillah akhirnya ular tu keluar jugak.. skrg ni semua pintu saye sendalkan gune penyapu atau kain.. takut..
ReplyDeletetakutnya.... meremang2 bulu roma bila baca... huhuhu
ReplyDeleteKC penah jumpa kelongsong ular bersaiz kecik kat luar rumah dulu. Asben KC cakap ular salin kulit. Eeee .. 2, 3 hari seriau pastu. Huhu.
ReplyDeleteKlu Nurul pun geli sgt ngan u nie...
ReplyDeleteMIL kat Melaka pun paling takut dgn u nie dan Nurul tgk rumahnya kat stor dia taburkan balerang....baca kisah adik Yus kena patuk u tu,memang byk ulah kat tpt tukan....
baca citer akak ni izan jadi seram naik bulu roma. dulu2 umah mak izan biasa je ada ular sawa singgah. biasanya dok dalam reban ayam sbb ular aim nak makan ayam. tp mak mmg berani. 3-4 pagi sanggup pegi bunuh ular tu sbb nak harapkan jiran sebelah rumah susah pulak nak panggil pagi2 kan.
ReplyDeletehmmm... tak pernah masuk rumah ular2 ni semua sbb umah mak izan jenis umah tinggi. tu sbb sampai skrg mak tak nak buat rumah bawah. takut binatang2 berbisa ni masuk umah lah kiranya...
Klu Aju jumpe kelongsong ular ni sure tak bleh tidur kak, geledah satu Umah cari sarang dia, mintak jauhkanlah kak eiii takut
ReplyDeletehai kak...D baca ni pun naik geli geleman dah...takut la dgn ular ni...huhuhu..
ReplyDeleteawww.... takutnya... ngerinya..
ReplyDeleteyus..
ReplyDeleteayu kan.. baca kisah cerita kamu dan mak kamu dh rasa takut
binatang yang paling ayu takuti adalah ULARRRRRRRRRRRRRRRR
WAWAWAWAW... nak menangis rasanya. harus pindah rumah
aduiiii.. hati2 kak.. ular itu berbisa.. sentiasa bersihkan kawasan perumahan..
ReplyDeletep/s: saya lak selalu terjumpa lipan bara atas katill... huhuhu.. takuttt kalau kena sengat2
Baca kat sini pun dah buat amy sera,..belum berdepan lagi mau pitamm...
ReplyDeletekalau munna dah takut ..tak berani dah nak pergi dapur rumah... selalu ular masuk rumah mak kak yus ke?
ReplyDelete@diana
ReplyDeletetakde pun walau tahu...
susah juga nak cari belerang ni diana. Rumah mak yus ni tepi parit dekat dgn tanah terbiar orang...
kita baru saje jumpa ular
ReplyDeletemasa balik dari klinik pg tadi
yus..elok je melintang tengah jalan
nak lalu dgn keta pun kita jadi suspens...huhu
@♥cmª shIemª♥
ReplyDeletebukan akak yang jumpa Cma. Tapi emak akak, ni semua berlaku di rumah emak akak. Kalau di rumah akak, akak mesti tak senang duduk punya.
Sama mcm cma, akak pun tak pernah alaminya....huhu seram
adeh..baca nie pun dah lain mcm rasa apa lagi nmpk uwaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletetht day mak saya pun ckp ada ular masuk umah..bila mak saya baca subhanallah byk2 kali ular tu keluar dari celah pintu...adehhhh ngeri mmg!! :((
mmg tak blh tido la jwabnya kalau jumpe kelonsong tu...
ReplyDeletemmg tak blh tido la jwabnya kalau jumpe kelonsong tu...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletedulu dekat rumah pernah jugak masuk ular..
tapi tiada apa yang jdi..
sempat tangkap rasanya..
*kisah dulu, tak berapa nak ingat..huhu*
jdi cuak kalau ada tanda2 kehadiran ular dalam rumah..
hish, saya paling takut dengan benda panjang ni... tak mohlah...
ReplyDeleteBahayanye Yus, kecut perut sy baca... kata org letak belerang sekeliling rumah, ular takut masuk... Klau dah masuk umah, halau die dulu sb takut yg masuk tu adalah jelmaan jin... klau dah bg amaran baru boleh pukul & bunuh dia...rsnye ni pun sume org dah tahu... sekadar berkongsi :)
ReplyDeleteTerror betul adik kamu... penah pegang ular kat zoo....erk.. geli...pegang ckit je...kesat2 licin kulitnya...eeeiii...
wow,dah berdiri bulu roma saya sis..berani sungguh adik akak ni yer...
ReplyDeletetakut la kalau ular slalu masuk rumah ni.
Artikel menarik nih..
ReplyDeletesaya juga ngeri kalau lihat ular, bawaanya pingin kabur aja hehe
salam kenal
www.kolongpikir.info