Wednesday, February 22, 2012

Home » , » Apalah tengok cerita takde masa depan ni!!

Apalah tengok cerita takde masa depan ni!!

Itulah ayat yang selalu keluar dari mulut SRD kalau aku tengok drama melayu.
Tapi tak semualah, ada yang dia kata ok.
Tapi kalau drama melayu cintan cintun muda mudi sekarang,
memang dia akan cop sebagai cerita takde masa depan...huhu.

Aku selalu tidak bersetuju dengan dia.
Suka memperlekehkan drama melayu kita sendiri.
Kalau bukan kita yang sokong siapa lagi kan!,

Tapi semalam aku tertengoklah drama Vanilla Coklat ni.
Tak pernah ikuti sebelum ni, adalah mungkin terjebak sekejap lepas tu tukar channel, atau baik layan Arif.
Cuma semalam, SRD belanja makan di satu restoran ni.
Masa tengah makan, adalah pula drama Vanilla Coklat di tv.
Aku pun layan lah kan.
Bila tengok episod tu semalam, aku seperti mengiyakan apa yang SRD kata dengan aku selama ini.
Inilah cerita takde masa depan!!!...huhu.

Aku tahu drama Vanilla Coklat ni menjadi feveret ramai anak-anak muda.
Yang baru darjah 4 pun ada yang suka.
Bukan anak akulah, tapi anak kawan.
Mana taknya emaknya kata, kalau malam lain dia tidur awal, tapi tidak Selasa malam.
Mesti tunggu juga drama Vanilla Coklat ni.

Scene masa siapa yang jadi suami si Izara tu kena perangkap kawan sendiri.
Kira fitnah lah kan.
Bapa si Zara boleh percaya je, lepas tu suka2 menggalakkan anak sendiri derhaka pada suami.
Dia yang beriya-iya suruh anak dia kahwin mulanya kan,
lepas tu bila jadi sesuatu macam ni,
dia pula yang macam tak cukup akal terus percaya.
Langsung tiada musyawarah, anak sendiri dah percaya itu fitnah,
si bapa pula yang akal pendek!
Kalau ya pun anak menantu nak buat dajal, tak kan dalam rumah sendiri.
Fikirlah kan.

Oh! Aku tahu, mereka hanya mengikut skrip.
Tapi nilah skrip yang langsung takde masa depan, setuju sangat dengan SRD selama ni...huhu.
Drama yang di tonton oleh muda-mudi, tapi di sogokkan dengan perkara-perkara yang negatif.
Apa semua orang kaya-kaya macam ni ya?
Suka suki paksa anak kahwin, suka suki percaya apa yang mereka nampak.
Lepas tu suka suki ajar anak derhaka dengan suami.

Patutnya sebagai bapa  nasihatkanlah anak tu, buat siasatan terperinci.
Semua yang berlaku pasti ada sesuatu di sebaliknya.
Apa-apa pun, dalam hubungan suami isteri perlu ada perbincangan.
Sebagai ibu dan bapa, tak sepatutnya campur tangan dalam isu rumahtangga anak,
kecuali kalau tiada jalan penyelesaian yang baik.
Didiklah anak tu berdikari dan cuba atasi masalah rumahtangga sendiri.
Ini anak nak telefon suami pun tak beri, sampai nak suruh berhenti kolej semata-mata kerana satu fitnah.
Eiii.....lepas tu cerita ni jadi feveret muda-mudai pulak tu!

Lepas tu, tak tahu apa jadi.
Aku tak tengok habis pun.
Memang rasa tak rugi pun tak ikuti cerita ini.

Aku cakap dengan SRD, "bang ni ke cerita takde masa depan yang macam abang cakap selalu tu?"
Apa pun tak semua macam tu kan.
Kalau drama atau cerita mengarut-ngarut, seram yang entah apa-apa tu.
Tahyul sana sini, yang macam tu pun aku sokong sebagai cerita takde masa depan!
Memang malas nak layan cerita macam tu kan.

~ يوس ~

27 comments:

  1. Yus... akak pun sesekali tgk jugak cerita yang takde masa depan tu...heheeh...

    Tapi kan..memang kalau kira logik susah nak percaya ada bapak yang mcm tu...tapi kalau di dalam realiti memang ada... bapak yang sendiri klu dpt tau anak dia bergaduh ngan suami terus angkut bawak balik.... siap benarkan anak yang masih jadi isteri orang tu pi dating ngan laki lain...

    ReplyDelete
  2. kak, saya tak nengok pun vanilla cokelat ni kak..agaknya suami saya pun cam SRD kot, suka kutuk tapi tak semua, kalau drama melayu yang berkualiti tu dia bolehlaa layan walaupun on off, setakat ni saya rasa dia layan NUR KASIH kot tapi tu pun on off..:)

    ReplyDelete
  3. Itulah sebab kakak jarang menonton Yus. Bukan tak suka sebenarnya tapi bimbang anak tak belajar kalau asyik terbuai dek alunan drama kita yg entah apa-apa tu....

    ReplyDelete
  4. betul gak.. ada yg banyak tak logik dlm cite.. lg2 cite melayu.. hahaha

    cuma tgk cite nih psl nak tgk izara dan aiman yg cumil tuh.. ahaks..

    ReplyDelete
  5. mungkin bukan semua cerita melayu yang tak ada masa epan, ada jugak yang masih ada mesej dan terkesan ceritanya apa pun akk jarang melayan tv, sbb bila dah malam je badan dah penat mata dah mengantuk, layan mata lagi bak kan?
    tidur kan untuk rehat dak gitu?

    ReplyDelete
  6. Kakcik ikuti Ariana Mikhail di TV9, juga Atas Nama Cinta di TV3. :)

    ReplyDelete
  7. tau xpe kak...start smalam da mule sgt annoying...si anak tu dah kwin..boleh la bapa die larang jumpe suami sendiri..kalau bab agama mmg dah ke laut...

    uma sy mmg akn bukak cite tu stiap slase...so, better dduk diam2 dlm blik je...hehhehe

    ReplyDelete
  8. hehehe..kebanyakkan cite melayu skrg semua cam tu sis.nak buat cam ne..agaknya sebab masih ramai yg suka tgk genre cam tu kot. tp sy x layan pon vanilla coklat tu..pesen cam sy ni, tgk cite kena tgk pelakonnya dulu..hehe.

    ReplyDelete
  9. alahaiiiiiii


    anak kak pB , si Nurin tu , tak pernah miss cerita nie.

    Nanti bila sikakak-kakak tanya , siap boleh cerita ceritun lagi ...

    ReplyDelete
  10. betul lah k.yus..org laki mmg ramai cakap macam tu..tak layan sgt citer2 melayu ni..itulah pasalnya..cerita dah best tapi banyak yang tak logik..

    ReplyDelete
  11. Sama pulak ayat suami akak ngan suami qema, dia selalu tukar siaran kalau cerita vanilla coklat ni walhal bini di anak tgk tapi diamkan je la hehe..katanya nyampah cerita xlogik akal, ada ke mak bapak paksa anak kawin pastu cerai emmmm macam2 la kan..

    ReplyDelete
  12. salam kak yus..
    hehe.. cerita xde mase depan.. sentap sekali penulis skrip tu.. :p

    tp betul jugak..x semua..

    mula2 tgk citer ni mcm best..tapi bila sampai bab dorang umumkan dah kawen tu mcm ntah ape2..
    langsung x exited dah nk tgk..

    ReplyDelete
  13. kalau jd matkery satu citer melayu hapa pun tak tau kecuali hantu kak limah. muahahaha.. tak tengok lg citer ni, tp mmg betul agak kebosanan drama2 melayu ni semata2 nak pnjngkan cerita meleret2 la jadinya. tukang buat skrip malas betul nak buat research tu yg jd camtu kot.

    ReplyDelete
  14. tu la yus..saya pun tak tgk cite ni sbnarnya..dek sebab msg2 kata cite ni best sgt barulah saya try layan minggu lepas..alih2 minggu ni tgk mcm hampehh jer..adohai..ntah hape2..mcm cerita kanak2 plk..

    ReplyDelete
  15. my hubby pun slalu kutuk kata citer takder masa depan, tiap kali nak layan citer melayu..dia kata baik tengok kartun huhuhuh...so, tak layan laaa..sesekali kalau tertengok tu n rasa cam ok, baru layan , kalau tahap nak ngadap tunggu2 episod tu memang tak laaa....
    vanilla coklat??huhuhuh...sah tak tau..cam eskrem jer bunyi dia...

    ReplyDelete
  16. hm, x ske cite tu....setuju yang nie

    "Scene masa siapa yang jadi suami si Izara tu kena perangkap kawan sendiri.
    Kira fitnah lah kan.
    Bapa si Zara boleh percaya je, lepas tu suka2 menggalakkan anak sendiri derhaka pada suami.
    Dia yang beriya-iya suruh anak dia kahwin mulanya kan,
    lepas tu bila jadi sesuatu macam ni,
    dia pula yang macam tak cukup akal terus percaya.
    Langsung tiada musyawarah, anak sendiri dah percaya itu fitnah,
    si bapa pula yang akal pendek!
    Kalau ya pun anak menantu nak buat dajal, tak kan dalam rumah sendiri.
    Fikirlah kan."

    sye tertgk cite nie smlm ms mkn kt kedai, ntah aper2 ayh si izara tu....

    ReplyDelete
  17. kak stuju sgt2..cte skrg mmg bnyk yg ntah pape..pengarah ke penulis skrip ke salah tatau la,tp nmpak sgt krng research n pgetahuan esp psal agama..dari drama tentang dhia, n skrg ni tgh hot bicara hati tu, sal kwin kntrak..ms nk kwin siap jnji takleh pegang tgn tp masa sign kontrak siap bersalam lak..apa kes?pastu suami sndiri sntuh tak kasi, tapi dia (bertudung) p peluk kwn laki len leh lak..diorg ni wat cte lnsg tak pk kot kesan dia pd ank rmaja

    ReplyDelete
  18. dah lama tak tengok cerita melayu..last dok menghadap adamaya..sebab husband memang tak suka tengok cerita melayu..dia kata boleh emo sebab banyak konflik...huhu

    cerita melayu ni kdg2 boleh melambangkan bangsakita..saya pernah jawab survey dr korea pasal filem depa..depa nak tau adakah filem yang diorang buat memaparkan tradisi dan cara hidup disana..siap tanya lagi positif atau negatif...

    ReplyDelete
  19. jarang sgt ieda dpt layan citer2 macam nie yus .. bila malam banyak masa kemas , lipat dan tgk anak2 .. kalau tidak layan blog ..
    huhuhu dah lama x tgk tv .. skrg curi2 masa tgk tv alhijrah aje sbb ustaz don ;)

    ReplyDelete
  20. Samalah ngan hubby Nurul dr mula lg x suka cite nie sbb mula2kan diorg kahwin macam kahwin kontrak(ade ke kahwin2 kontrak?)tu yg macam xde masa dpn....

    ReplyDelete
  21. akak pun jarang tengok cerita2 kat tv sb tak sempat..tapi ada juga cerita2 mlyu yg menarik...

    ReplyDelete
  22. kalau suami saya dia kata 'cerita sampah'.
    mcm vanilacoklat tu..dia kata, mcm ni pun boleh buat drama pnjng2.

    ReplyDelete
  23. saya memang tak tengok citer2 tu kak, eiii semakin byk citer tak bermoral ni, yang baru ni APA CELOP???? allahhhhhh sakit hati bila anak2 duk sebut2 perkataan tu, mmg tak tengok citer tu tapi iklannya banyak kan

    ReplyDelete
  24. saya layan drama korea je skrg ni.
    tapi citer vanilla coklat tu anak dara sy layan..siap dia sms 'umie.skrg dah mula citer VC'saya jawab 'umie tak minta citer tu'
    keh keh keh..jalan citer sama cam yg pelakon farid kamil dulu

    ReplyDelete
  25. izan pun dah jarang layan drama melayu kak... kadang2 je kalau rajin dok depan tv. skrg ni rasa cepat letih plak mata kalau tgk tv lama2..

    ReplyDelete
  26. izan pun dah jarang layan drama melayu kak... kadang2 je kalau rajin dok depan tv. skrg ni rasa cepat letih plak mata kalau tgk tv lama2..

    ReplyDelete
  27. mmg betul dari melayan drama melayu yg byk mengenengahkn isu2 x brmoral baik tgok drama korea tu.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...