Monday, February 20, 2012

Home » » Nak mengajar, diri sendiri perlu berkorban.

Nak mengajar, diri sendiri perlu berkorban.

Aku dah kurang aktif seperti dulu kan.
Entri pun suam-suam kuku, bw pun dah kurang, tak laju seperti sebelum ini.
Kalau beri alasan bz, semua orang bz.
Pokok pangkal diri sendiri, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Apa yang pasti, aku risau tengok anak-anak yang tak boleh berenggang dengan komputer.
Terutama sekali Aqil anak sulung aku.
Dia kalau sehari tak dapat komputer, boleh jadi agresif.
Semua orang dia nak amuk.
Gian dengan game, dan apa kerja di suruh di buat dengan marah.
Risau kan tengok anak macam tu...

Tapi kebelakangan ini, aku memang sorokkan lappy aku ni.
Aku sendiri tak online kalau dia ada.
Sedaya upaya online masa dia tiada di rumah.
Waktu dia di sekolah atau malam masa dia dah tidur.
Tu pasal aku rajin tengok drama pulak sekarang kan.
Siap buat entri semua telemovie yang di tonton.

Itulah, selalu aku nasihat dia, kurangkan main game.
Selalu aku beri dia jadual untuk bermain game, sekarang ni sehari 1 jam je dia dapat main.
Tapi aku sendiri, boleh pula dua tiga jam mengadap lappy berblog.
Tak adil kan!
Macam ketam ajar anak berjalan pulak.

Makanya aku sendiri perlu limitkan masa depan lappy ni.
Demi untuk anak-anak.
Nak mengajar perlukan pengorbanan.

Bila beberapa hari dah macam tu, rasa nak buka lappy pun malas je.
Biasa pagi2 boleh je aku online tanpa di ganggu.
Tapi tulah oleh kerana nak hadkan masa, nak buat entri pun idea jadi suam.
Takut nak keluar.
Petang ini curi masa sekejap.

Takpe, esok akan cuba rajinkan diri.
Perlu ada azam baru untuk esok.
Esok kan birthday aku.....hehehe.

Sehingga esok kawan-kawan.
Terima kasih sebab blog aku ni tak pernah sunyi dari komen teman-teman semua.
Terharu!!

~ يوس ~

15 comments:

  1. pengorbanan utk mengajar anak2 tak pe kan :)
    mudah2 dipermudahkan oleh-Nya ..amin

    ReplyDelete
  2. betul ckp akk. budak2 skrg plak makin mahir pasal komputer, internet, game ni, kena bendung sbb nnt ketagih. ala, mcm kita dgn blog la..kan? hehe

    ReplyDelete
  3. assalam yus..anak acik tak berani nak minta untuk online kecuali hari cuti..tapi sekatrang dah dok asrama..bila balik dia pun tak minta kecuali ada kerja yang perlu dia cari diinternet.

    ReplyDelete
  4. betul la, nk ajar anak kita sendiri kena disiplin, perlu tunjuk contoh yg baik kan tak kira dalam apa perkara sekalipun dari sekecil2 perkara hingga ke perkara yg melibatkan ibadah

    ReplyDelete
  5. anak2 saya pun suka ngadap laptop.risau pula rasanya.tp gamemereka main tu bagus la pula ada matematik dan mcm2 yg uji minda.saya lak terikut2 nak join sama.

    ReplyDelete
  6. akak risaukan aqil main game, izan plak risaukan muhaimin main ps2. sama lah tu... kalau tak dpt main sehari... macam nak makan org je jadinya. syarat izan senang je, siapkan keje rumah dulu baru boleh main game.

    kakak yus ku sayang... happy birthday in advance to you!

    ReplyDelete
  7. Bagus Ada disiplin mcm ni kan kak, saya plak duk ngadap iPhone je, tp make sure dh ajar anak2 ngaji, makan Dan buat homework

    ReplyDelete
  8. akak pun sama Yus........hadkan masa utk dia orang..hari sekolah mmng dia orang tak boleh bukak langsung...mujur di orang faham...

    ReplyDelete
  9. Assalmualaikum Yus... akak pun kadang nak mengurangkan masa mengadap blog dan FB...tapi bila dikurangkan masa tu yang jadi malas nak update...hehehe

    ReplyDelete
  10. HAPPY BIRTHDAY TO YOU (3X)

    Semoga murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik...dan dimakbulkan segala hajat...

    yana pun sama,ada masa on9 dah tk tegar spt dulu...nabhan kalau boleh nk berkepit je,esyhad pulak suka guna laptop nk tgok CD...rasa2nya ada bagusnya bila kita dpt latih diri utk tk terlalu menghabiskan masa depan lappy..yelah masa ditumpukan pd anak2 yg nk membesar,kepuasan itu lebih bermakna

    kdg2 terbit rasa cemburu tgok blog org sentiasa berupdate tp takpelah semoga pengorbanan kita tu berbaloi demi mereka...

    ReplyDelete
  11. besday sis ker?
    happy besday in advance..hehe.

    ReplyDelete
  12. Betul tu kak, macam saya marah zarif bila dia suka nengok tv, saya tak bayar duit astro saya, biarlah kena potong dulu, kalau kita ajar anak, kita memang kena berkorban, jadik zarif ada lebih masa membaca dan buat kerja sekolah, saya ok jer takde tv..

    ReplyDelete
  13. @diana
    dulu masa Aqil baya Maisara, mcm tu juga saya buat, tp ah besar ni ada lain sikitlah. Kemaruk dia lebih, mcm ketagih yang amat, dia dah darjah 4, saya risau, suruh baca buku pun dalam tergesa-gesa, sbb katanya game yang dia main tu, takut kawan potong level. Aduhai!!!

    ReplyDelete
  14. huhu..xpe la kak yus..
    yg penting beri perhatian pada anak2 dulu..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...