Ulangtahun ke 10 anak sulungku Aqil hari ini. Happy Birthday Aqil. Ibu dan abah sayang Aqil dan mendoakan Aqil membesar sihat, riang, hidup di berkati dan berjaya di dunia dan akhirat.
Selama ini kami memang tak pernah buat majlis sambutan hari jadi untuk mereka. Majlis di sini, ialah majlis menjemput rakan-rakan, saudara-mara atau rakan taulan untuk menyambut hari jadi anak-anak. Namun, pasti kami belikan kek kecil untuk di makan bersama adik beradik dan keluarga. Atau kalau aku terajin macam tahun lepas, aku buat kek permintaanya sendiri.
Tahun lepas juga, pertama kali aku buatkan goodies bag untuk Aqil sedekahkan pada kawan-kawan sebaya di taman. Dia memang cukup teruja. Seboleh-boleh, permintaanya itu memang ingin aku tunaikan.
Tahun ini dia punya permintaan yang lain. Kali ini dia kata nak bawa kek untuk di makan bersama-sama rakan sekelasnya di sekolah. Aku takut juga guru sekolahnya marah, tapi katanya ada kawannya dah buat sebelum ni. Tak sampai hati rasanya untuk menolak permintaanya itu.
Ada 37 orang murid di kelasnya, Aqil dah niat nak sedekah kek untuk kawan-kawannya sempena hari jadinya. Sebagai ibu, mana boleh aku menolak kan. Nak buat sendiri tak berapa nak pandai, makanya aku tempah kek gambar angry bird ini untuknya.
Kek 2kg untuk Aqil dan kawan-kawan kelasnya. |
Kek besar itu untuk dia kongsi bersama-sama rakan sekelasnya.Pagi tadi masa bawa ke kelas, abahnya kata semua kawan-kawannya yang nampak kata, "Besarnya kek dia!". Huhu.....besar ke? Aku tak tahu nak order besar mana sebenarnya. 37 orang kalau termasuk guru kelasnya kan ramai tu. Kalau kecik je, takut sorang dapat secoit aje. Kesian pula. Lagi pun bukan ada bawa makanan lain, nak jamu dengan kek saja kan. Oklah tu nak...
Adik-adik nya yang lain bising. Abih diorang tak dapat merasa kek kan! Aku dah pesan kalau ada lebih bawa balik. Dah sediakan tupperware pun untuk dia isi. Lagipun hari ini masa subjek guru kelasnya ada sessi belajar buat sandwich. Kena bawa telur hancur, roti, salad, timun, mayonis semua. Cikgu nak ajar buat sandwich ya?
Makanya, memang sessi makan2 lah tu masa subjek BI guru kelasnya itu. Oleh kerana takut tak ada baki kek, kami anak beranak telan coklat yang tertulis A Q I L dan no 1 0 tu jelah dulu....haha. Jadi pagi tadi masa bawa ke sekolah, coklat bulat-bulat tu dah hilang dulu masuk mulut kami...hehe.
Tapi untuk adik-adiknya merasa juga, aku order satu kek angry bird 3D pula untuk mereka. Yang ni kecik aje, tapi belum pergi ambik lagi. Surprise untuk mereka. Nanti petang kita makan pula ya. Tak tahulah sedap ke tidak. Baru pertama kali aku order dari akak Haida ni. Cantik-cantik kek dia buat.
Untuk yang aku order tu, dia buat, choc moist cake berlapis blueberry. Harapnya sedap lah. Nanti kita update lagi lepas makan, sedap ke tidak. Keknya pun belum nampak lagi...hihi.
Doa ibu sentiasa bersama anak-anak ibu semua. Aqil! Moga menjadi lebih matang, jadi abang yang baik untuk adik-adik, jadi anak yang soleh, dan jadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan di akhirat ya sayang....aminn.
Selamat Hari Ulangtahun Aqil!!!
~ يوس ~
assalam yus..happy birthday buat putera sulong yus..semoga menjadi anak yang soleh.
ReplyDeleteHappy Birthday Aqil, memang besar kek itu yea..mesti seronok kawan-kawan kalau dapat makan kek tu.
ReplyDeletesalam dan happy besday buat aqil...pandai request dah ya,request nak jamu kawan2 makan tak pa
ReplyDeleteHepi besday Aqil,semoga jadi anak yg soleh....
ReplyDeleteselamat ulang tahun aqil..sama nama dengan anak saudara saya:)
ReplyDeletesemoga menjadi anak soleh..menjadi harapan ibu & ayah yer
happy birthday aqil..=)
ReplyDeletemoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh
insyaallah =)
happy birhtday aqil!
ReplyDeleteHappy birthday aqil..moga jadi anak yang baik & soleh..mesti kawan2 suka makan kek tu ramai2 kan..
ReplyDeletehappy birthday aqil..
ReplyDeletesekarang ni budak2 suka tul ngan angry birds kan... anak masz pon ritu sibuk nak kek angry birds, actually mak pak nyer pon suka.. hehe
happy besday aqil...semoga jadi ank yg soleh ye...
ReplyDeletekalau farah tngk kek angry bird tu...musti dia geram punya...skg dah pandai ber angry bird la dia tu...
Memang dah jadi trend sekarang Yus anak-anak potong kek birthday dalam kelas. Sehari sebelum cikgu kelas siap beritahu bawa cawan masing-masing. Biasa cikgu bagi air free... Cikgu sekarang supporting Yus...
ReplyDeleteSelamat ulangtahun Aqil sayang. Dah 10 tahun dah....jadi wali keluarga masa abah outstation...
cantik kek aqil.. hepi besday aqil.. semoga membesar menjadi anak yg berjaya dunia & akhirat.. amin..
ReplyDeletehappy besday aqil sayang, moga jadi anak yang soleh ye, berjaya dunia akhirat insya allah
ReplyDeleteAlhamdulillah... Sanah Helwah ye Akil..
ReplyDeleteDekat2 besday mak ngan anak..Semoga aqil membesar dan menjadi anak yg soleh..
Cantik kek tu kak.. :)
selamat hari lahir aqil! dah besar dah anak bujang kak yus ni.
ReplyDeletecantik keknya tu. sure kawan2 sekolah dia pun happy kan dpt makan kek besday arini...
happy bday AQIL !! .. semoga menjadi anak yg soleh yaaaaaaaaa ..
ReplyDeleteaunty doakan ;)
happy birthday Aqil.... cantiknya kek dia...
ReplyDeletehappy birthday Aqil....semoga menjadi anak yg soleh......
ReplyDeleteCantik kek angry bird tu...