Wednesday, December 04, 2013

Sekitar hari grading 5th grade taekwondo mereka

1 Disember yang lalu, ialah hari grading taekwondo Aqil dan Alia. 5th grade, lepas ni lulus dapat blue belt pulak.

Gambar dan video, sebagai kenangan di kemudian hari. Semoga terus cekal untuk sampai ke black belt. Takut Aqil yang tak kesampaian nak dapat tali pinggang hitam, sebab tahun depan dia dah darjah 6. Harap2 bolehlah hendaknya.



Aqil dan Alia berada di barisan hadapan tepi sekali.


Susah juga step untuk tali pinggang hijau 2 ni. Tapi bila lihat step untuk red belt lagi susah. Ada seorang budak tu kecik dari Aqil dah merah, tapi kesian dia tak dapat pecahkan papan dengan penumbuknya yang comel lote tu.Menangis dia. Tapi tetap gigih nak mencuba berulang kali. Semoga anak-anak ibu dapat jadikan keazaman dia sebagai pemangkin semangat untuk terus berlatih dengan gigih lepas ni ya. Aqil dan Alia boleh!!!


Tuesday, December 03, 2013

Rezeki akhir tahun

Cek ke 3 dari nuffnang. Setahun sekali dapat cek, rezeki akhir tahun, alhamdulillah.Tahun depan boleh dapat lagi ke macam ni? Nak update dan bw pun dah malas ni....huhu

Wednesday, November 06, 2013

WW: Amani Zuhrah

Sunday, November 03, 2013

Arif dan Amani : Biar gambar berbicara

Monday, September 30, 2013

Perkembangan Amani Zuhrah

Hari ini Amani dah berusia 3 bulan 16 hari. Cepat je dah berlalu 3 bulan. Aku tahu, sekarang ni dah malas nak update apa perkembangan anak di blog selalu macam dulu. Jadinya ni kira update ringkas je perkembangan terbaru dia.

Dah pandai senyum, dah mula kenal orang. Pantang nampak ibu dia, mula mata mengekor aje. Terbaru dah pandai meniarap, letak je terus terlangkup kadang tu. Tapi terlentang balik tak pandai. Namun begitu, leher dia kuat, mata tetap melilau sana sini, kepala pun ikut pusing sama...hehe.

Letak gambar je lah. Gambar ulangtayang dari ig kebanyakkannya...:)

Dah suka nak senyum saja

Amani berkhatan 26 September yang lalu. Tak nangis pun, bunyi ekk sikit aje.

Amani bersama kakak Alia

Amani dalam botol...hihi.

Ni masa mula2 pandai meniarap.

Gambar ni nak tunjuk muka Amani yang penuh dengan habuk roti. Kiri kanan nampak roti bersepah, penangan abang Arif nak suap Amani makan roti masa ibu tinggal sekejap mereka berdua ke dapur. Nasiblah adik dia tak mahu buka mulut....huhu.
Ini pula sebenarnya ialah Arif dan Amani. Iras sangat mereka kan. Dua2 masa ni di usia 3 bulan.Sekali pandang macam orang yang sama. Adik beradik lah katakan. Sebelah kiri gambar Arif, sebelah kanan Amani. Senang kata, berbaju biru Arif, berbaju putih pink Amani...hehe. Betul-betul adik abang kan.


Ini pula video Amani mula2 pandai meniarap. Untuk simpanan ibu di masa depan. Sayang Amani....:)

Lain-lain, masa check-up 3 bulan hari tu, berat dia baru 4.6kg, kecil berbanding Arif dulu 5.2kg di usia 3 bulan. Menyusu kuat, tapi comel je badan, huhu. Ibu punya susu kurang zat ke Amani? Dan sebab itu juga, ibu sekarang mula ambil Shaklee. Nampak ada perubahan susu pun makin meriah. Semoga Amani boleh bam bam sikit dari sekarang...

Dan satu lagi yang terbaru, walau Amani baru 3 bulan, dia dah jadi makcik! Aku dah dapat cucu, anak buah dapat baby girl Jumaat lepas, makanya Amani dah jadi makcik di usia muda...hihi.Tahniah buat Sarah, anak kaklong Pizah. Kami tumpang gembira. Bilalah nak tengok cucu kita ni ekk?

Sekian....
~ يوس ~

Tuesday, September 24, 2013

Video : Putih-putih melati versi Abid dan Arif

Layan dua orang budak ni syok sendiri menyanyikan lagu putih-putih melati. Abid terutamanya. penuh gaya....hahaha. Asal kamu happylah ya nak, senyum je ibu sambil rakam tu. Bila tengok balik pun ibu tetap senyum...:)            
~ يوس ~

Monday, September 23, 2013

Nuffnang: Lepas juga ke angka 200....

Akhirnya lepas juga angka 200 walau lebihnya cuma 1.93, hahahaha. Serius lama gila tunggu nak capai tu. Dah boleh nak cash-out kali ke tiga nampaknya. Nak cash-out sekarang ke ya? Setahun sekali tekan butang cash-out tau! Kali ni lebih dari biasa, selalu seratus lebih je..:)

Kita tunggu sampai semua CPUV tu di kreditkan lah ya kan. Lagipun bukan aktif berblog pun sekarang.

~ يوس ~

Wednesday, September 11, 2013

Tak Sempat

Rindunya nak berblog macam dulu tapi serius tak sempat. Tak sempat nak mengadap lappy macam dulu. Inipun guna hp, tapi setakat update tu boleh, nak bw tak best guna hp kecik ni kan.Pegang hp mmg sempat selalu, yalah sambil bf Amani, tangan sebelah menekan keyboard hp ni, hehe.

Bila tak rajin bw, tak rajin jugalah nak update blog. Macam tak adil bila kawan2 baca blog kita tapi kita tak sempat buat kunjungan balas ke blog kengkawan, hmmm...

Blog dah suam2 kuku ni mmg dah tak ramai yg rajin bertandang. Faham sangat. Rasa macam nak stop dan tutup je blog ni pun ada,  tapi sayanglah pulak.

Sekadar luahan rasa dari pemilik blog ini. Rindu kawan2 blog semua terutama yang bukan kawan fb kita. Yang mana kawan blog + kawan fb tu selalu juga dapat tahu cerita mereka. Yang tidak tu yg rasa hilang je kan.

Sebelum blog ni bersawang lagi, nak kongsi gambar terbaru diri sendiri, hehe.

Aku bersama si kecik bongsu Amani Zuhrah
Lagi 3 hari genap usia Amani 3 bulan

Wednesday, August 21, 2013

WW: Amani Zuhrah

Pelbagai gaya Amani yang kini berusia 67 hari.


Wednesday, July 31, 2013

Abid & Amani

Abid yang berbalut di kepala akibat terjatuh ketika pulang dari sekolah Isnin lepas.
 Alhamdulillah luka tak dalam sangat, tak perlu jahit seperti 4 kali sebelum ni. Doktor yang merawat Abid sempat bergurau hari itu, "Abid kena mandi bunga ni!! Asyik jatuh dan dapat luka di kepala aja!"

Apa pun dah ke sekolah seperti biasa keesokkannya. Ligat seperti selalu, tak pernah serik walau selalu jatuh dan luka, huhu.
Amani yang baru lepas menyusu. Awat buat wajah pelik gitu Amani?? Hihi. Saya 47 hari today!. :-)

Saturday, July 27, 2013

MY DEAR ARIF....

27 Julai 2013, hari ulangtahun anak manja ibu Arif Zakwan. Selamat hari lahir yang ke 3 Arif. Doa ibu sentiasa bersama Arif ya sayang! Semoga membesar menjadi anak yang soleh!Ceria selalu hendaknya ya nak!
Kami semua sayang Arif !!

Friday, July 26, 2013

Tanda-tanda bayi anda hendak menyusu

 ** Sumber: FB
Comel dan cute baby dalam gambar tu kan. Dan bila di perhatikan, memang betul setiap kali bayi kita hendak menyusu, memang akan keluar tanda-tanda seperti yang di tunjukkan dalam gambar.

Saja nak simpan ni sebagai rujukan...hehe.

Contoh macam gambar Amani ni...

Saya nak susulah ibu!!! Kenapa sibuk nak ambil gambar lagi????...hehe
~ يوس ~

Bangun Amani!!! Bangun!!

Amani - day 42
Ada ketikanya suka je nak kacau dia supaya dia terjaga. Tapi bila dia dah jaga, ha!!! Baru tahu susahnya nak siapkan kerja, hehe

Thursday, July 25, 2013

Amani : Ngoceh dan berbarut

Hari ke 41 hari ini. Lagi 3 hari cukup 44 hari berpantang. Namun aku rasa aku dah tak macam orang berpantang pun. Makan je masih pantang dan jaga, tapi bab lain semua dah main redah je. Bab jalan, bab buat kerja, anak dah ramai ni tak bolehlah manja-manjakan diri sangat kan.

Hari ni nak kongsi gambar-gambar terbaru Amani lagi.

Amani dah mula pandai di ajak berbual 'ngoceh'. Pagi-pagi je mulalah nak berborak dengan kita. Masa nilah yang paling seronok kita melayan kan. Rasa macam dia pun faham je apa yang kita cakap...hehe.

Amani berbarut. Masa ni dia baru lepas mandi. Bila dah pakaikan barut tu, teringat rasa sebelum ni tak pernah ambil gambar anak2 dengan berbarut saja. Kenangan ni, bila dah besar sikit nanti, takdenya kita pakaikan dia barut kan.


 
 ~ يوس ~

Wednesday, July 24, 2013

WW : Testing baju raya bersama Arif

Gambar dari ig. Pagi ni mood suram sikit. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas. Ok, lega!! Alhamdulillah. Dan jangan lupa mulakan semua tugas kita dengan Bismillah....

Kata Arif " Dah boleh pegi raya ke ibu?"

Syawal jauh lagi ya nak, nikmati Ramadhan ini dulu dengan sebaiknya ya sayang!

Tuesday, July 23, 2013

Anak 5??

Ada masa aku sendiri seperti tak percaya yang aku sekarang dah punya anak 5. Macam baru semalam je kahwin...huhu.

Setiap kali anak bertambah, aku selalu risau bagaimana aku nak jaga sorang lagi. Boleh ke? Paling tak bersedia masa nak dapat Abid. Masa tu rasa macam ter'accident' je. Menangis masa dapat tahu mengandung. Alia belum pun dua tahun masa tu dah ada adik. Rasa penat jaga anak dua, nak jaga tiga pula. Tapi Allah lebih mengetahui. Semuanya di permudahkan.

Kemudian Arif pula lahir. Masa tu aku memang bersedia, memang nak sangat tambah sorang lagi, tapi perasaan bimbang tu tetap ada. Mula-mula serba tak kena juga. Tapi semuanya di permudahkan juga.

Namun nak dapat Amani, aku kurang bimbang. Walau dalam hati dup dap dup dap juga, tapi aku rasa biasa saja. Lebih relax, tahu bagaimana nak bagi masa dah. Tak rasa stress dengan waktu untuk selesaikan kerja rumah, cuma aku stress bila semua anak-anak berkumpul. Bisingnya!!! Kecohnya!!!

Masing-masing ada identiti tersendiri, kadang tu rasa pening bila bercakap dengan sorang, sorang lagi pun nak bercakap. Suruh cakap sorang-sorang semua nak serentak. Maka dengan itu, semua kerja lain harus beres sebelum mereka berlima berkumpul. Kalau tidak, aku memang boleh jadi tarzan perempuan....huhu.

Anak bertambah, tanggungjawab pun bertambah. Aku rasa memang banyak kelemahan aku, cuba nak jadi ibu yang terbaik cuma tahap kesabaran aku kadang kurang. Ada ketikanya ketika mereka bermain bersama, mesti berlaku pergaduhan kecil. Semua pun nak mengadu dan kata mereka yang betul. Sebagai ibu, kena adil, tak boleh lebihkan yang sorang, nanti sorang lagi merajuk hati. 

Dua yang atas, kalau bergaduh, mereka bergaduh mulut. Dua yang tengah pula, bila bergaduh siap bertepuk tampar. Lain pesen....hihi. Tapi bila mereka seronok bermain, semua pun boleh ketawa bersama, gelak bersama, macam takde apa pun. Itulah namanya adik beradik kan. Cuma aku kena biasakan, yang keluarga aku dah makin besar, rumah memang tak boleh sentiasa kemas dan senyap. Bersepah, bising tu biasalah untuk keluarga ramai ni kan. Kenalah lebih sabar!!

Walau yang besar dah boleh di harap untuk menolong serba sedikit, tapi mereka pun masih suka nak bermain juga. Cabaran nak menjadi ibu yang lebih matang tu yang aku perlu perbaiki. Apa pun aku memang sayang mereka semua, permata hati ibu dan abah yang tak ternilai dan tak akan dapat di tukar ganti. Terima kasih Allah atas pemberianMu ini. Bantulah aku dalam menjaga dan mendidik mereka dengan baik, semoga mereka dapat menjadi insan soleh dan solehah yang berjaya hidupnya di dunia dan di akhirat, Aminn.

My precious


~ يوس ~

Friday, July 19, 2013

Reaksi Arif bila dah ada adik

Ada yang bertanya bagaimana Arif bila dah ada adik ni. Jeles ke dia, kacau adiknya tak? Kalau nak di ikutkan, Arif lebih cool menerima adik baru berbanding masa Abid dulu. Abid memang nampak sangat jeles bila dapat Arif, tapi Arif menerima adiknya dengan baik. Cuma dia terlebih nak membantu dalam semua hal berkenaan adiknya, sampai aku jadi hangin kadang tu.

Macam mana tu ya? Masa nak mandikan Amani, dia sibuk nak letak baby wash semua, bila nak pakaikan baju Amani pun dia sibuk. Ada hati nak dukung adik dia, tapi aduhai!!! Faham-fahamlah kan. Suka cium adiknya berulang kali, pantang dengar adiknya menangis, mula sibuk nak tolong diamkan. Tapi cara dia diamkan adik tu menakutkan, di tutup mulut adiknya, konon nak suruh diam, huhu. Kalau terlambat sikit, dia ada hati nak angkat adiknya, tapi sebab tak kuat, terlangkup adiknya tu jadinya. Dah dua kali terjadi begitu, satu di atas katil, satu lagi dalam buai. Berderau darah rasa kan!

Ni dah cakap elok-elok nampak dia faham. Dah tak buat lagi macam tu. Masa mula-mula dapat adik hari tu, bila kita tanya siapa nama adik Arif? Dia jawab, " Mak Nani!!!!"

Hahaha, nak sebut Amani laju-laju tak pandai, dia sebut, Mak Nani, Mak Nani, comel je dengar....ekekek. Sekarang dah pandai dah sebut Amani.

Ibu denga abah dia pula, selalu tersasul panggil Amani sebagai Arif. Hihi, Arif masih melekat di bibir kami sebagai yang paling kecil sebelum ni walau dah ada baru. Selalu benar tersasul.

Dan Arif nampak matang dan macam cepat besar je bila dah ada adik ni padahal dulu kami rasa dialah budak kecik comel yang tak besar-besar...hehe. Namun seperti kanak-kanak lain, dia memang sentiasa mencari perhatian kami. Kalau abahnya ada di rumah lega sikit, dia lebih kepada abahnya kalau nak sesuatu, jadi perhatian aku akan lebih pada Amani. Masalah berlaku bila abahnya kerja, seboleh-boleh nak dengan aku jugalah walau apa-apa. Minta kakaknya buatkan pun tak mahu, nak ibu juga. Pastu suka gaduh manja dengan ibu dia.

Kalau aku suruh apa-apa, malas sekarang, kalau dulu rajin je, pastu bila kita cuba terangkan sesuatu jawapan standard dia, "Apsal?". Tension je dengar kadang tu. Hihi, Arif, Arif, masih anak manja kami seperti abang2 dan kakaknya juga.

Dua video Arif yang aku upload di keek .




Arif yang sibuk nak posing di stroller baru adiknya.
Arif dan Amani. Masa ni Amani baru 16 hari.
Dua beradik. Cer teka mana satu Arif, mana satu Amani....hehe.

Moga Arif dan Amani akan jadi kawan baik bila besar nanti, sama seperti adik beradik yang lain. Ibu dan abah sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu berlima.
~ يوس ~

Wednesday, July 17, 2013

Amani Zuhrah dah sebulan

Pejam celik, pejam celik dah sebulan pun Amani pada 14 Julai lalu. Rasa baru je update mengenai kelahiran dia kan.

Kira hari ini aku dah berpantang 33 hari. Cepat masa berlalu. Memang malas betul nak jengah blog sekarang ni. Kuranglah cerita Amani. Mesti Amani jeles sebab dulu masa Arif banyak betul ibu update cerita di blog. Tapi ibu dia ni rajin update di instagram dan fb. Rasa penuh muka Amani di insta setiap hari....hihi.

Ni pun gambar ambil dari insta.

Amani berwajah baru pada 6 Julai yang lalu ketika usianya 22 hari. Cukur sendiri saja, abah cukur, ibu pegang. Anak-anak kami memang semua di cukur sendiri.
Dua wajah Amani. Satu sehari sebelum rambutnya di cukur, kedua selepas di cukur rambutnya.
Dan akhir sekali wajah terbaru cik puan blog bersama ke lima-lima anaknya.

Lima orang permata hati ibu dan abah. Sayang korang semua.
Ok. Terupdate juga blog ini akhirnya....hehe. Sekejap je nak update blog sebenarnya. Rajin tak rajin je kan....

~ يوس ~

Nuffnang Julai 2013

Hampir sebulan tak update blog langsung. Sekali buka akaun nuff ada 5 CPUV (BE) baru untuk bulan Julai. Kenapa ya nuff ni suka bagi CPUV masa orang malas update blog?....huhu.

Apa pun alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan walau pun ciput je....:) 

~ يوس ~

Thursday, June 20, 2013

Memperkenalkan Puteri Kedua Yus dan SRD : Nur Amani Zuhrah (Lahir 14 Jun 2013)

Salam semua....

Lamanya tak update blog kan. Alhamdulillah aku telah selamat melahirkan seorang puteri pada 14 Jun yang lalu. Allah makbulkan doa kami sekeluarga untuk dapat seorang lagi puteri setelah mempunyai 3 putera dan 1 puteri sebelum ini. Syukur Alhamdulillah.

Sebenarnya mood nak update blog belum begitu pulih, tapi kalau di tunggu lebih lama, pengalaman melahirkan Amani akan terus terkubur dari di abadikan di blog ini. Ibu cuba yang terbaik ya untuk cerita semula pengalaman melahirkan Amani ni.

Hari itu 14 Jun, 2013 SRD sudah pun ambil cuti. Pelik juga kenapa dia ambil cuti awal. Kata SRD " Adik nak tunggu abah cuti kot, nanti dia keluar cepat sikit". Hehe, EDD dari scan kata 13 Jun, dan pengalaman melahirkan Arif 12 hari awal dari due membuatkan kami tak sabar nak tunggu kelahiran anak ke 5 ini. Rasa lambatnya dia nak keluar.

Pagi itu dalam pukul 5.30 pagi, aku mula rasa light contraction. Mula terfikir, hari ni ke baby ni keluar. Tapi kemudian takde rasa apa-apa. Sehingga tengahari, baru ada mild contraction. Hati mula rasa, hari ni kot dia keluar.

Emak dah masak awal-awal dan suruh aku makan siap-siap. Dia tengok aku kejap-kejap menahan sakit, tu pasal dia takut. Aku biarkan saja. Dalam pukul 2.30, kontraksi bertambah kuat. Tapi aku rasa boleh tahan lagi. Malas nak ke hospital awal, takut lama menunggu. Sehingga pukul 5 petang, masa buang air kecil, ada keluar tanda segumpal ketulan berwarna coklat. Mula rasa cuak, terus cakap dengan SRD. Makanya bersiap sedia ke hospital. Sempat aku mandi dulu semua sebelum ke hospital tu.

Tiba di hospital dalam pukul 6.30 petang. Masuk dewan bersalin dalam pukul 6.45, staff nurse periksa bukaan katanya dah 5 cm. Terus dia beri baju untuk aku tukar semua dan bersedia di atas katil bilik bersalin tu.

Kemudian dalam pukul 7 datang seorang doktor muda perempua, periksa lagi bukaan serviks aku, katanya baru 4cm. Hah!! Sudah! Tadi misi kata 5cm, ni dia kata 4 cm. Kejap-kejap doktor tu tengok graf jantung baby, katanya, "kontraksi kuat, tapi kenapa 4cm je bukaan awak ni??"

Aku pun tak pasti berapa kali dia seluk aku nak periksa bukaan dah berapa? Dan setiap kali itu juga dia kata 4cm. Biar betul, dari pukul 6.45 petang tu sampai dh dekat pukul 8 malam, dia asyik kata 4cm lagi setiap kali dia seluk. Heiii!! Nak marah pun ada, betul ke tidak doktor ni. Kemudian dia bincang dengan doktor cina kata mungkin aku perlu di hantar ke dewan bedah sebab servik lambat sangat buka, tapi kontraksi kuat dan jantung baby macam lemah.

Nasib ada misi-misi comel yang lain kat situ tolong tenteramkan aku, dan kata mereka, "Akak sabar ya, doc yang ni memang ada kerek sikit kak. Tadi staff nurse kata dah 5 cm kan mula-mula, kalau akak rasa nak teran, cakap tau!"

Doktor cina yang seorang lagi tu pulak relax je, kata dia "Wait for another 20 minites! Nanti mesti baby keluar punya!" Dan bila doktor perempuan muda tu dah keluar dari bilik tu, aku dengar doktor cina lelaki tu cakap dengan misi-misi yang lain, "Biasa je saya rasa kontraksi kuat macam ni belum masa kan, kenapa dia takut sangat!"

Dalam 10 minit lepas tu, datang balik staff nurse yang periksa bukaan serviks aku mula-mula tadi. Dia seluk sekali lagi bukaan aku, katanya baru dalam 6cm. Tapi kontraksi macam kuat, "Awak dah rasa macam nak teran ke?"

Masa tu aku rasa memang macam dah nak terberak dah, tak berapa lama nampak muka SRD masuk, terus pegang tangan dia, dan misi pun kata dan nampak kepala baby, "Awak cuba teran sekarang!"

Aku cuba teran sekuat mungkin tapi macam tak nak keluar, dan misi suruh cuba sekali lagi, akhirnya pukul 8.33 baby comel Amani pun selamat di lahirkan.

Kemudian proses nak keluarkan uri pula, macam lambat dari anak-anak yang lain. Misi tanya, "Awak ada sejarah pernah terlekat uri ke?" Masa tu rasa takutnya, aku jawab takde. Beberapa minit kemudian, baru uri berjaya di keluarkan, alhamdulillah. Masa misi sibuk keluarkan uri, masa tu jugalah SRD sempat Azan dan Qamatkan Amani. Selesai je, SRD dah di suruh keluar dari labour room, menunggulah dia di luar sampai semua selesai.

Kemudian misi tanya lagi, " Awak nak kena jahit tak ni?" Aduhhh!! Misi sempat bergurau lagi tau! Kuat aku jawab, "TAKNAK!!! Saya dari anak no 2 sampai 4 tak jahit misi, anak pertama je jahit!"

Misi siap senyum kemudian baru dia kata, "kalau koyak macam mana pun kena jahit ya puan, tapi alhamdulillah, puan memang pandai dah, kali ni pun tak perlu jahit. Tahniah!" Masa tu memang rasa gembira sangat, syukur, Allah makbulkan sekali lagi doa agar kali ni pun tak perlu di jahit selepas bersalin.

Menunggu nak masuk ke wad lagi lama rasanya, huhu. 8.33 dah bersalin, 10.30 baru di sorong masuk wad. Penat rasa menunggu. Apa pun semuanya selamat alhamdulillah. Sempat lagi bersalam dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada akak staff nurse yang sambut Amani tu. Kalau tidak kerana dia, mungkin aku di hantar ke dewan bedah. Sangat-sangat bersyukur. Baby Amani jelas rupa kakaknya Alia, nampak bulat, tapi bila pejam mata macam Arif pun ada.

Gambar-gambar untuk tatapan semua pembaca blog ini. Gambar ulangtayang dari fb aku dan instagram, serta video di keek. Siapa kawan fb aku pasti dah tengok kan, takpe, kira lihat semulalah di sini ya.


Amani beberapa jam selepas di lahirkan

Lagi gambar Amani ketika di hospital

Amani hari pertama di rumah

Ini pula 2 video yang aku kongsikan di keek.





Berat Amani ketika di lahirkan ialah 2.94kg. Anak yang paling besar lahir dari rahim aku...hehe. Sebelum-sebelum ni, Aqil - 2.65kg, Alia - 2.82kg, Abid, 2.92kg dan Arif - 2.61kg. Semua tak sampai 3kg, tapi masa mengandungkan Amanilah berat aku naik paling banyak, 18kg lebih kurang dari sebelum mengandung. Dan hari ini hari ke 6, baru berjaya turunkan 7.7kg. Harap berjaya dapat berat seperti sebelum ni, doakan ya.

Amani juga seperti baby lain yang zaman sekarang, terkena jaundice. Bacaan AOB nya semalam 11.8, agak tinggi juga, esok kena pegi check lagi, harap-harap turunlah hendaknya. Doakan ya kawan-kawan.

Oklah, sekian saja cerita perihal kelahiran Amani. Nama Nur Amani Zuhrah adalah pilihan dari Alia sebenarnya. Aku memang lama suka dengan nama Amani tu yang membawa maksud cita-citaku/ketenanganku dan Zuhrah pula pilihan dari Alia membawa maksud keindahan. Jadi gabung tu kira Cahaya keindahan cita-citaku lah kot kan. Semoga Amani membesar sihat dan menjadi anak yang solehah....aminn.

Salam.....

~ يوس ~

Monday, May 27, 2013

Kejohanan Taekwondo Remaja Koryo Daerah Kluang kali ke 3: Gambar dan video aksi Aqil dan Alia.

Cuti sekolah dah bermula. Tiada aktiviti menarik nampaknya untuk anak-anak. Ibu tengah menunggu hari, tiada kemana kesian juga mereka.

Namun permulaan cuti, Sabtu yang lalu, 25hb Mei, bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan MPK Kluang, Aqil dan Alia buat pertama kalinya menyertai Kejohanan Taekwondo Remaja Koryo (Sparring). Ini adalah kejohanan kali ke 3. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Koryo daerah Kluang, Johor Bahru dan Batu Pahat.

Pagi-pagi dah bertolak dari rumah, keluar rumah pukul 6.30 pagi. Kami hantar sendiri mereka sebab kalau nak naik bas yang di sediakan, perlu bersedia dari SK Convent pukul 5.30. Huhu, lagi awal, malas nak hantar awal sangat konon.

Sampai stadium lebih kurang pukul 7.15, cari sarapan dulu, makan dululah kiranya, lapar rasa. Masuk stadium pukul 7.40 pagi lebih kurang, pelajar Koryo dari Batu Pahat dah mula buat warming up.Teruja sebab ini pertama kali Aqil dan Alia sertai kejohanan seumpama ini.

Hai!! Malas pula nak berceloteh, kita tengok gambar dan video perlawan mereka sudah ya.

Suasana di stadium bersama Aqil dan Alia
Video 1: perlawanan Alia untuk pusingan pertama. Ini pusingan kalah mati, kalau menang dapat mara pusingan seterusnya, kalah, makanya hampa.


Alia pelajar Koryo BP, (vest biru), lawan pelajar Koryo Kluang (vest merah). Lawannya tu dahlah punya tali pinggang merah, lebih tinggi pula tu. Kesian Alia, tapi ibu bangga sebab dia cuba melawan dengan baik, walau banyak sepakannya tak mengena pada sasaran. Walau kalah, dia ok je, tak nampak kecewa sangat sebab katanya dia dah cuba yang terbaik.

Video 2 : Perlawanan Aqil di pusingan 1


Aqil (vest biru) berjaya mengatasi lawannya (vest merah) kawan sama tempat Koryo BP, tapi dari sekolah lain. Lawannya tu pemegang tali pinggang hijau 2, Aqil baru je grading untuk tali pinggang hijau 1 hari tu, makanya untuk kejohanan ini dia masih bertali pinggang kuning. Dia sangat teruja sebab menang pusingan ini dan berkobar-kobar meneruskan perjuangan untuk pusingan seterusnya.

Yang asyik jerit "Lawan bang! Lawan bang!" tu, emak budak yang lawan Aqil (vest merah). Suara ibu cuma dengar perlahan je kan, "Lagi Qil, lagi Qil"....hihi.

Video 3: Perlawanan Aqil di pusingan ke 2


Mara ke pusingan ke 2, Aqil memang bersemangat untuk menang. Namun dia kecewa. Lawannya dari Koryo Kluang (vest merah) nampak lebih berpengalaman. Lebih tinggi pun ya, namun ibu nampak Aqil melawan dengan baik. Walau ada ketika di serang hampir keluar gelanggang, Aqil tak mengalah. Aqil tewas tipis pusingan ini.

Selepas perlawanan, Aqil nampak sangat kecewa. Marah dengan diri sendiri pun ya juga. Ibu pulak yang sedih tengok muka dia. Tapi setelah di nasihat oleh abahnya SRD, dia nampak bersemangat semula. Semangat untuk mencuba lagi di lain kali.

Untuk video ke 3, ada pulak budak Arif Zakwan sibuk enterframe....hihi. Memang tak reti duduk diam itu budak. Dia ada tersepak sorang budak sebab mengikut aksi orang berlawan tau! Huhu....haru!!!

Apa pun ini pengalaman pertama buat mereka. Persediaan menghadapi sparring pun cuma 2 hari je berlatih iaitu Selasa malam dan Rabu malam. Mana taknya kan. Ibu dan Abah suka tengok semangat anak-anak ibu macam ni. Kalah menang adat pertandinganlah kan, nanti lain kali kita cuba lagi ya.

Ayat Aqil, nak sedapkan hati sendiri " Takpelah ibu, tak dapat pingat pun, cikgu kata dapat sijil siapa yang menyertai sparring ni!"

Yalah nak.....hehe.

p/s: ibu sekarang ni dah tak sabar rasa nak suruh baby ni keluar cepat. Kalau dapat bersalin waktu anak cuti sekolah ni senang sikit kan, tapi due ibu 10 Jun pula, betul2 masa anak2 dah naik sekolah semula...huhu. Harap di permudahkan.

~ يوس ~

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013 | Abah pun cikgu juga ke?

Bertuahnya guru-guru zaman sekarang. Setiap kali sambutan hari guru pelbagai hadiah pasti di terima. Seingat aku zaman aku dulu, paling bagus bagi cikgu bunga je, itu pun dok kutip atau buat sendiri, tak pun beri kad hari guru untuk guru-guru yang di sayangi. Nak minta hadiah hari guru dari ibu dan ayah, susahnya nak dapat, bukan orang senang, kita pun faham.

Tapi aku percaya, semua guru-guru bukan meminta hadiah dari anak-anak murid mereka, cukuplah jika melihat kejayaan anak didik dalam pelajaran dan berjaya pula dalam hidup mereka, itulah hadiah yang paling bermakna buat guru-guru semua.

Kepada semua guru-guru yang pernah mendidik aku, tak kira walau di mana mereka berada, juga pada rakan-rakan pendidik sekelian, Selamat Hari Guru ya!

Dan tahun ini, anak-anak sibuk juga nak beri hadiah pada guru-guru pilihan hati mereka. Dari dulu mereka tak pernah minta nak beri hadiah kepada semua guru, biasa kalau nak beri semua pun beri kad saja. Tahun ini abahnya beri kuota seorang pilih 3 guru paling di sukai di sekolah. Semua gembira dan suka hati sebab dapat pilih sendiri hadiah apa untuk di beri pada cikgu yang mereka suka.

Makanya semalam dah terlanjur ke bandar sebab Aqil ada latihan intensif taekwando untuk grading Sabtu ini, dapatlah mereka pilih sendiri hadiah yang mereka suka di kedai cenderahati.

Siap di balut, masing-masing teruja nak tulis sendiri pada kad untuk di letak di hadiah masing-masing. Warna biru pilihan Abid, warna warni pilihan Aqil dan merah + pink + kuning pilihan Alia.
Aku sempat snap satu kad saja untuk setiap yang anak-anak tulis. Kiri sekali tulisan Abid, tengah Aqil dan kanan Alia. Setiap dari mereka memilih guru bahasa inggeris masing-masing sebagai antara guru yang paling mereka suka. Cikgu English memikat hati ya!

Dan pagi ini, semasa hendak masuk kereta menuju ke sekolah ada dialog menarik keluar dari anak-anak.

Abid: (Sambil pakai kasut dia bertanya pada abahnya) Abah tak beri hadiah kat cikgu abah ke?

Aqil: Abah kan cikgu juga Abid, abahlah dapat hadiah, bukan abah beri hadiah. Cikgu abah mana ada kat tempat kerja abah!

Abid: Ehhh!!! Abah pun cikgu juga ke?

Alia: Yalah! Abah pun cikgulah!

Aqil: Abah cikgu, tapi abah cikgu untuk murid besar, kan abah! Pensyarah tu cikgulah Abid!!

Abid: Oo! Pensyarah tu cikgu ya? Abah pun ada ajar kat kelas ya?

Ibu: Yalah, abah cikgu di universiti.

Abid: Nanti mesti abah dapat banyak hadiah juga kan!

Ibu: Takde pun, tak pernah pun abah dapat hadiah. Cikgu murid besar ni jarang dapat hadiah di hari guru. ( Sambil jawab sambil tengok muka abahnya...hihi. Abahnya sengeh aje.Hari akhir pelajar tu di uni adalah kot dapat hadiah biasanya kan abah!)

Kepada abahnya, Selamat Hari Guru juga ya! Kerja kena ikhlas, bukan sebab untuk hadiah tak gitu!  Takpe, nanti kita cari hadiah untuk abah ya anak-anak!


~ يوس ~

Monday, May 13, 2013

Souvenier dari Jepun

Cerita hampir basi, hubby selamat sampai dari Osaka Sabtu pagi 4hb Mei yang lalu selepas seminggu berada di sana.

Apa yang dia bawa pulang?

Yang pasti, pesanan dari anak-anak dia yang kemaruk Ultraman....huhu.

Ada satu lagi, raksasa telur, mana entah Abid simpan, aku tak jumpa nak ambil gambar. Ini koleksi untuk Arif dan Abid, untuk Aqil keychain GoKu...huhu.

Untuk Alia, ada keychain comel dan juga pen. Untuk aku...

Fridge magnet, keychain Osaka dan Power Bank. Terima kasih kepada PA dia Puan Huda, yang gurau-gurau minta power bank bila di tanya nak souvenier apa dari sana. Kalau tidak, dia tak teringat pun benda ni murah kat sana tau! Dapat juga aku seketul....hehe.Masa dia tanya aku nak apa, aku tak tahu pun nak minta apa, minta dia selamat pergi dan selamat kembali saja....:)
Ini pula lagi souvenier dari suami tersayang SRD sempena hari ibu.

2 pokok Bonsai comel! Dapat di letak di kiri dan kanan tiang rumah halaman depan ni...hehe. Aku kira ini hadiah sempena hari ibu semalam. Ini bukan dari Jepun, ini from BP with love saja....:)
Lama mengidam, tak sangka dapat 2 set terus. Terima kasih abang!

~ يوس ~

Monday, April 29, 2013

Ulangtahun Perkahwinan : 12 tahun dan 38 tahun

29 April 2001 - 29 April 2013. 

Alhamdulillah hari ini genap 12 tahun usia perkahwinan kami. Syukur pada Allah.... Terima kasih abang untuk semuanya selama 12 tahun ini dan juga tahun-tahun yang bakal mendatang. Semoga bahagia ini berkekalan hingga ke akhir hayat. 

Dulu berdua, sekarang berenam dan 1 bakal menyusul. Bertujuh pulak lepas ni....Doakan kami gembira dan bahagia selalu....aminnn.
Buat pertama kalinya di hari ulangtahun perkahwinan kami, SRD tiada di sisi. Moga dia baik-baik saja di Osaka sana dan segala urusannya berjalan lancar. ..aminnn.

26 April 1975 - 26 April 2013

Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 38 buat pasangan sejoli, Paiman dan Yunasteri, ayah dan emak ku yang sangat aku sayangi. Moga mereka sihat-sihat selalu. Berharap kami juga akan sampai ke tahap ini satu hari nanti...aminn.

My beloved father and mother.


~ يوس ~

Monday, April 22, 2013

32 minggu

Lama tak tunjuk muka sendiri dalam blog. Dan seingat aku memang jarang-jarang sekali tunjuk muka waktu pregnant. Ini kali nak kongsi sebab kengkonon ini mungkin pregnancy yang terakhir. Tapi kalau ada lagi lepas ni, rezeki tu....hihi.

Aku dan suami @ SRD di pantai Minyak Beku. Muka dah makin kembang....huhu, berat dah capai 71kg, huwaaaa, paling berat pernah di capai waktu mengandung, sebelum-sebelum ni paling tinggi pun 69.5kg saja, ini kali terlebih makan kot, ke anak paling besar bakal lahir ni? Semua anak-anak yang lain tak pernah capai 3kg pun waktu lahir, paling berat Abid 2.92kg saja...hehe.
Apa pun doakan semoga aku sentiasa sihat dan anak dalam kandungan juga sihat, dan dapat lahir dengan mudah dan selamat. ...aminn.

Gambar ulangtayang ambil dari instagram. Anak-anak dan abahnya di pantai Minyak Beku. Makan angin waktu petang hari Sabtu yang lalu,
Tinggal 8 minggu lagi, makin berdebar rasa. Mulai bulan Mei, anak-anak bakal naik van ke sekolah. Rutin aku jadi supir mereka akan berhenti seketika. Kena mula awal sebab takut anak-anak tak biasa dan terkejut nanti. Semoga segala urusan berjalan lancar.

Alia dan Abid teruja nak naik van, Aqil tak berapa suka, mungkin sebab dia dah ada pengalaman naik van sekolah, tak suka berhimpit ramai-ramai kot. Aku sendiri berdebar juga, hahah, tulah selama ini hantar dan ambil anak sendiri, tiba-tiba nak guna khidmat van sekolah, terus jadi gabra...ekekek.

~ يوس ~

Friday, April 19, 2013

Semak Keputusan Periksa anak Online

Tak pernah pun cuba semak keputusan periksa anak online guna sistem SAPS ni. Dengarnya dari 2011 lagi dah di mulakan, tapi selalu cikgu Aqil memang akan beri laporan setiap kali ujian dan peperiksaan. Tapi kali ini selepas ujian 1, langsung senyap je, markah periksa pun bila di tanya, dia sebut je, tak dapat lihat dengan mata sendiri....huhu.

2 hari lepas dia pulang dari sekolah punyalah happy kata dia dapat no 4 dalam kelas. Walau baru ujian 1, itu cukup buat dia teruja sebab dah lama dia tak dapat bawah top 10. Kalau tahun lepas dari ujian 1 sampai periksa akhir no 14 je...hihi, sudah lah begitu mula-mula 5B, dan akhir sekali cuma 1A 4B.

Kita ni naklah tengok sendiri kan slip keputusan ujian dia tu, anak dah gembira, kita pun tumpang gembira. Bila di tanya, dia kata cikgu bagi murid tengok je, lepas tu cikgu ambil balik. Mana aci!!! Ibu bapa nak tengok juga.

Baru teringat pernah terbaca pasal SAPS ni. Barulah mengoogle cari, dan jumpa....Yeaaa!! Betullah boleh semak keputusan periksa anak online. Teruja terus...hahaha. Jakun, baru tahu ya kawan-kawan, tolong jangan gelak kan saya...ekekek.

Dan paparan ini akan keluar.

Isi apa yang patut nanti ada paparan kedua untuk pilih jenis peperiksaan dan pilihan sama ada nak paparkan slip keputusan atau papar markah peperiksaan.
Ini yang keluar bila aku buat pilihan untuk paparkan slip keputusan.

Boleh tengok juga keputusan dan markah periksa anak untuk 2 tahun lepas iaitu tahun 2011 dan 2012. Semua lengkap. Bagus kan sistem ni!! 

Tapi ianya hanya untuk anak-anak di bawah sistem KBSR, anak-anak yang lain di bawah sistem baru KSSR yang guna band semua tu, takde pula. Kalau di wujudkan sistem online macam ni juga kan bagus!!

Apa pun ok Aqil. Ibu dah tengok keputusan kamu baru puashati, Tahniah! Banyak peningkatan untuk subjek BM, kalau tak manjang B saja kamu, perlu di tingkatkan lagi. Tapi ada subjek lain yang lemah tu, walau tak di kira dalam 5 subjek utama, tapi penting juga tu.Semoga akan lebih baik untuk peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun nanti ya sayang!

Korang mesti dah tahu lama kan, aku je baru cuba guna semak guna SAPS ni, tu pasal teruja lebih...hehe.

~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...