Salam semua....
Lamanya tak update blog kan. Alhamdulillah aku telah selamat melahirkan seorang puteri pada 14 Jun yang lalu. Allah makbulkan doa kami sekeluarga untuk dapat seorang lagi puteri setelah mempunyai 3 putera dan 1 puteri sebelum ini. Syukur Alhamdulillah.
Sebenarnya mood nak update blog belum begitu pulih, tapi kalau di tunggu lebih lama, pengalaman melahirkan Amani akan terus terkubur dari di abadikan di blog ini. Ibu cuba yang terbaik ya untuk cerita semula pengalaman melahirkan Amani ni.
Hari itu 14 Jun, 2013 SRD sudah pun ambil cuti. Pelik juga kenapa dia ambil cuti awal. Kata SRD " Adik nak tunggu abah cuti kot, nanti dia keluar cepat sikit". Hehe, EDD dari scan kata 13 Jun, dan pengalaman melahirkan Arif 12 hari awal dari due membuatkan kami tak sabar nak tunggu kelahiran anak ke 5 ini. Rasa lambatnya dia nak keluar.
Pagi itu dalam pukul 5.30 pagi, aku mula rasa light contraction. Mula terfikir, hari ni ke baby ni keluar. Tapi kemudian takde rasa apa-apa. Sehingga tengahari, baru ada mild contraction. Hati mula rasa, hari ni kot dia keluar.
Emak dah masak awal-awal dan suruh aku makan siap-siap. Dia tengok aku kejap-kejap menahan sakit, tu pasal dia takut. Aku biarkan saja. Dalam pukul 2.30, kontraksi bertambah kuat. Tapi aku rasa boleh tahan lagi. Malas nak ke hospital awal, takut lama menunggu. Sehingga pukul 5 petang, masa buang air kecil, ada keluar tanda segumpal ketulan berwarna coklat. Mula rasa cuak, terus cakap dengan SRD. Makanya bersiap sedia ke hospital. Sempat aku mandi dulu semua sebelum ke hospital tu.
Tiba di hospital dalam pukul 6.30 petang. Masuk dewan bersalin dalam pukul 6.45, staff nurse periksa bukaan katanya dah 5 cm. Terus dia beri baju untuk aku tukar semua dan bersedia di atas katil bilik bersalin tu.
Kemudian dalam pukul 7 datang seorang doktor muda perempua, periksa lagi bukaan serviks aku, katanya baru 4cm. Hah!! Sudah! Tadi misi kata 5cm, ni dia kata 4 cm. Kejap-kejap doktor tu tengok graf jantung baby, katanya, "kontraksi kuat, tapi kenapa 4cm je bukaan awak ni??"
Aku pun tak pasti berapa kali dia seluk aku nak periksa bukaan dah berapa? Dan setiap kali itu juga dia kata 4cm. Biar betul, dari pukul 6.45 petang tu sampai dh dekat pukul 8 malam, dia asyik kata 4cm lagi setiap kali dia seluk. Heiii!! Nak marah pun ada, betul ke tidak doktor ni. Kemudian dia bincang dengan doktor cina kata mungkin aku perlu di hantar ke dewan bedah sebab servik lambat sangat buka, tapi kontraksi kuat dan jantung baby macam lemah.
Nasib ada misi-misi comel yang lain kat situ tolong tenteramkan aku, dan kata mereka, "Akak sabar ya, doc yang ni memang ada kerek sikit kak. Tadi staff nurse kata dah 5 cm kan mula-mula, kalau akak rasa nak teran, cakap tau!"
Doktor cina yang seorang lagi tu pulak relax je, kata dia "Wait for another 20 minites! Nanti mesti baby keluar punya!" Dan bila doktor perempuan muda tu dah keluar dari bilik tu, aku dengar doktor cina lelaki tu cakap dengan misi-misi yang lain, "Biasa je saya rasa kontraksi kuat macam ni belum masa kan, kenapa dia takut sangat!"
Dalam 10 minit lepas tu, datang balik staff nurse yang periksa bukaan serviks aku mula-mula tadi. Dia seluk sekali lagi bukaan aku, katanya baru dalam 6cm. Tapi kontraksi macam kuat, "Awak dah rasa macam nak teran ke?"
Masa tu aku rasa memang macam dah nak terberak dah, tak berapa lama nampak muka SRD masuk, terus pegang tangan dia, dan misi pun kata dan nampak kepala baby, "Awak cuba teran sekarang!"
Aku cuba teran sekuat mungkin tapi macam tak nak keluar, dan misi suruh cuba sekali lagi, akhirnya pukul 8.33 baby comel Amani pun selamat di lahirkan.
Kemudian proses nak keluarkan uri pula, macam lambat dari anak-anak yang lain. Misi tanya, "Awak ada sejarah pernah terlekat uri ke?" Masa tu rasa takutnya, aku jawab takde. Beberapa minit kemudian, baru uri berjaya di keluarkan, alhamdulillah. Masa misi sibuk keluarkan uri, masa tu jugalah SRD sempat Azan dan Qamatkan Amani. Selesai je, SRD dah di suruh keluar dari labour room, menunggulah dia di luar sampai semua selesai.
Kemudian misi tanya lagi, " Awak nak kena jahit tak ni?" Aduhhh!! Misi sempat bergurau lagi tau! Kuat aku jawab, "TAKNAK!!! Saya dari anak no 2 sampai 4 tak jahit misi, anak pertama je jahit!"
Misi siap senyum kemudian baru dia kata, "kalau koyak macam mana pun kena jahit ya puan, tapi alhamdulillah, puan memang pandai dah, kali ni pun tak perlu jahit. Tahniah!" Masa tu memang rasa gembira sangat, syukur, Allah makbulkan sekali lagi doa agar kali ni pun tak perlu di jahit selepas bersalin.
Menunggu nak masuk ke wad lagi lama rasanya, huhu. 8.33 dah bersalin, 10.30 baru di sorong masuk wad. Penat rasa menunggu. Apa pun semuanya selamat alhamdulillah. Sempat lagi bersalam dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada akak staff nurse yang sambut Amani tu. Kalau tidak kerana dia, mungkin aku di hantar ke dewan bedah. Sangat-sangat bersyukur. Baby Amani jelas rupa kakaknya Alia, nampak bulat, tapi bila pejam mata macam Arif pun ada.
Gambar-gambar untuk tatapan semua pembaca blog ini. Gambar ulangtayang dari fb aku dan instagram, serta video di keek. Siapa kawan fb aku pasti dah tengok kan, takpe, kira lihat semulalah di sini ya.
Amani beberapa jam selepas di lahirkan |
Lagi gambar Amani ketika di hospital |
Amani hari pertama di rumah |
Ini pula 2 video yang aku kongsikan di keek.
Berat Amani ketika di lahirkan ialah 2.94kg. Anak yang paling besar lahir dari rahim aku...hehe. Sebelum-sebelum ni, Aqil - 2.65kg, Alia - 2.82kg, Abid, 2.92kg dan Arif - 2.61kg. Semua tak sampai 3kg, tapi masa mengandungkan Amanilah berat aku naik paling banyak, 18kg lebih kurang dari sebelum mengandung. Dan hari ini hari ke 6, baru berjaya turunkan 7.7kg. Harap berjaya dapat berat seperti sebelum ni, doakan ya.
Amani juga seperti baby lain yang zaman sekarang, terkena jaundice. Bacaan AOB nya semalam 11.8, agak tinggi juga, esok kena pegi check lagi, harap-harap turunlah hendaknya. Doakan ya kawan-kawan.
Oklah, sekian saja cerita perihal kelahiran Amani. Nama Nur Amani Zuhrah adalah pilihan dari Alia sebenarnya. Aku memang lama suka dengan nama Amani tu yang membawa maksud cita-citaku/ketenanganku dan Zuhrah pula pilihan dari Alia membawa maksud keindahan. Jadi gabung tu kira Cahaya keindahan cita-citaku lah kot kan. Semoga Amani membesar sihat dan menjadi anak yang solehah....aminn.
Salam.....
~ يوس ~
Tahniah Yus dan SRD serta keluarga.
ReplyDeleteComeynya dia ....
assalam yus..macam ibu dia la yus..putih..comel
ReplyDeleteSubhanallah...comelnya baby awak..tahniah dapat baby :)
ReplyDeletecomelnya amani... tahniah yus..!!
ReplyDeleteTahniah yus... Comelnya amani.
ReplyDeletePeliknya xkan lps 6 cm blh cpt sgt nk bersalin? Ke dorang salah kira ms seluk?
Jgn risau yus.. Kuning tak teruk tu, syafiq aritu 21 bacaan dia, berhari2 duk spital. 11.5 je blh blk pastu.
Itulah LM, yus pun pelik, misi kata macam baru 6 cm, dp dia nampak kontraksi saya memang kuat, dan rasa macam saya nak teran dah, tu yg ia kata, kalau memang rasa nak teran dah, teran je. Biasa 10cm baru teran kan, entahlah, yang penting Amani dah keluar dengan selamat, alhamdulillah.
DeleteHari ini check kuning alhamdulillah turun sikit kepada 10.2, harap terus turun nanti.
wah, alhamdulillah! Tahniah Yus dan family. Comelnya Nur Amani Zuhrah... putih gebu hu hu... semoga menjadi anak yang solehah. Kalau dekat nak juga pi melawat... Johor sdg jerebu kuat, take care Yus!
ReplyDeletealhamdulillahhhhhhhhh dan tahniah yus !
ReplyDeleteselamat amni dilahirkan .. seronok baca kisah amni lahir nie .. rasa macam ieda lak yg melahirkan .. ieda dulu x sempat nak rasa sakit meneran sbb semua operate , sedar2 sakit dan lenaaa terus .. bila sedar dgr suara bb nangis dan dr tunjuk bb .. it aja ..
well apa2 punnn semua ketentuan allah , bukan d pinta ..
yus pun syukur x di jahit , kalau tidak nyilu ieda baca ekke .. tahniah sekali lagi dari ieda
bb amni putih melepak .. macam chinese look lah yus !
subhanallah..comelnya amani.. cerah..tahniah kak.. semoga jaundice amani clear cepat..
ReplyDeleteSalam K.yus..
ReplyDeleteHehe.. terasa mcm cma plak yg berada kat labour room baca entri akak ni..
Nasib baik dpt staff nurse yg pandai tenteramkan hati kita...
Apepun,syukur Alhamdulillah..semuanya selamat..
Bby Nur Amani Zuhrah pun dah keluar..comellllll :)
Mase die pjm mata mmg ikut muka ariff ckit..hehe.
Tahniah buat akak & SRD..Selamat berpantang tau
Tahniahhh..Yuss cantiknyaa Amani.. comel sangat..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah dan tahniah ye kak..
ReplyDeleteAmani sangatlah comel.. :)
Kagum dengan akak xjahit lepas bersalin..
Ada petua ke? hehee
geramnya tgk...gebu mcm kuih apam tgh naik...
ReplyDeleteAlhamdulilah... syukur nikmat yg tak terhingga, keindahan yg dinantikan akhirnya menjelma juga. Alia dah ada teman dalam keluarga. Baju Alia dulu-dulu dah ada yg menanti utk memakainya. Tahniah Yus/SRD?seisi keluarga.
ReplyDeleteAbang Cik Arif macam mana dapat adik? Jgn cuai Yus kakak takut dilosyennya muka adik dia ke. Powder/losyen/minyak semua letak tinggi sikit. Takut adik dijadikan experimen bang cik Arif yg tak tahu apa-apa lagi.
Tulah amani ni putih cam kak Yus laa.. Kita rasa Dr pun salah kira masa seluk tu.. Kan?? Tak sakit ke kak kena seluk Byk kali??? Takpe yg penting amani dah selamat dilahirkan. Ikutkan kita nak buat akikah lewat sikit tapi adik nak buat cepat so takkan nak buat asing2 so gabungkan terus jelah dan terbuat lah awal... :-) buat raya pun ok kak.
ReplyDeleteTahniah Yus...alhamdulillah , dapat puteri sorang lagi...comel macam mama dan kakaknya..
ReplyDeletep/s..Akak pun macam Yus, anak pertama saja kena jahit, dua dan ketiga, dah tak kena dah...
walla comey sungguh, tahniah.. & jg diri yer
ReplyDeletetahniah......comel sungguh dia
ReplyDeleteAlhamdulillah Allah permudahkan urusan kelahiran amani.. sy x pernah merasa bersalin normal.. baca citer akak nih seram sejuk jugak..
ReplyDeletecomel amani.. makin meriah la rumah akak.. sonokkan ader anak ramai nih.. :)