Monday, May 27, 2013

Home » , , , , » Kejohanan Taekwondo Remaja Koryo Daerah Kluang kali ke 3: Gambar dan video aksi Aqil dan Alia.

Kejohanan Taekwondo Remaja Koryo Daerah Kluang kali ke 3: Gambar dan video aksi Aqil dan Alia.

Cuti sekolah dah bermula. Tiada aktiviti menarik nampaknya untuk anak-anak. Ibu tengah menunggu hari, tiada kemana kesian juga mereka.

Namun permulaan cuti, Sabtu yang lalu, 25hb Mei, bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan MPK Kluang, Aqil dan Alia buat pertama kalinya menyertai Kejohanan Taekwondo Remaja Koryo (Sparring). Ini adalah kejohanan kali ke 3. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Koryo daerah Kluang, Johor Bahru dan Batu Pahat.

Pagi-pagi dah bertolak dari rumah, keluar rumah pukul 6.30 pagi. Kami hantar sendiri mereka sebab kalau nak naik bas yang di sediakan, perlu bersedia dari SK Convent pukul 5.30. Huhu, lagi awal, malas nak hantar awal sangat konon.

Sampai stadium lebih kurang pukul 7.15, cari sarapan dulu, makan dululah kiranya, lapar rasa. Masuk stadium pukul 7.40 pagi lebih kurang, pelajar Koryo dari Batu Pahat dah mula buat warming up.Teruja sebab ini pertama kali Aqil dan Alia sertai kejohanan seumpama ini.

Hai!! Malas pula nak berceloteh, kita tengok gambar dan video perlawan mereka sudah ya.

Suasana di stadium bersama Aqil dan Alia
Video 1: perlawanan Alia untuk pusingan pertama. Ini pusingan kalah mati, kalau menang dapat mara pusingan seterusnya, kalah, makanya hampa.


Alia pelajar Koryo BP, (vest biru), lawan pelajar Koryo Kluang (vest merah). Lawannya tu dahlah punya tali pinggang merah, lebih tinggi pula tu. Kesian Alia, tapi ibu bangga sebab dia cuba melawan dengan baik, walau banyak sepakannya tak mengena pada sasaran. Walau kalah, dia ok je, tak nampak kecewa sangat sebab katanya dia dah cuba yang terbaik.

Video 2 : Perlawanan Aqil di pusingan 1


Aqil (vest biru) berjaya mengatasi lawannya (vest merah) kawan sama tempat Koryo BP, tapi dari sekolah lain. Lawannya tu pemegang tali pinggang hijau 2, Aqil baru je grading untuk tali pinggang hijau 1 hari tu, makanya untuk kejohanan ini dia masih bertali pinggang kuning. Dia sangat teruja sebab menang pusingan ini dan berkobar-kobar meneruskan perjuangan untuk pusingan seterusnya.

Yang asyik jerit "Lawan bang! Lawan bang!" tu, emak budak yang lawan Aqil (vest merah). Suara ibu cuma dengar perlahan je kan, "Lagi Qil, lagi Qil"....hihi.

Video 3: Perlawanan Aqil di pusingan ke 2


Mara ke pusingan ke 2, Aqil memang bersemangat untuk menang. Namun dia kecewa. Lawannya dari Koryo Kluang (vest merah) nampak lebih berpengalaman. Lebih tinggi pun ya, namun ibu nampak Aqil melawan dengan baik. Walau ada ketika di serang hampir keluar gelanggang, Aqil tak mengalah. Aqil tewas tipis pusingan ini.

Selepas perlawanan, Aqil nampak sangat kecewa. Marah dengan diri sendiri pun ya juga. Ibu pulak yang sedih tengok muka dia. Tapi setelah di nasihat oleh abahnya SRD, dia nampak bersemangat semula. Semangat untuk mencuba lagi di lain kali.

Untuk video ke 3, ada pulak budak Arif Zakwan sibuk enterframe....hihi. Memang tak reti duduk diam itu budak. Dia ada tersepak sorang budak sebab mengikut aksi orang berlawan tau! Huhu....haru!!!

Apa pun ini pengalaman pertama buat mereka. Persediaan menghadapi sparring pun cuma 2 hari je berlatih iaitu Selasa malam dan Rabu malam. Mana taknya kan. Ibu dan Abah suka tengok semangat anak-anak ibu macam ni. Kalah menang adat pertandinganlah kan, nanti lain kali kita cuba lagi ya.

Ayat Aqil, nak sedapkan hati sendiri " Takpelah ibu, tak dapat pingat pun, cikgu kata dapat sijil siapa yang menyertai sparring ni!"

Yalah nak.....hehe.

p/s: ibu sekarang ni dah tak sabar rasa nak suruh baby ni keluar cepat. Kalau dapat bersalin waktu anak cuti sekolah ni senang sikit kan, tapi due ibu 10 Jun pula, betul2 masa anak2 dah naik sekolah semula...huhu. Harap di permudahkan.

~ يوس ~

9 comments:

  1. nak juga anta anak belajar ni...tapi tak kesemptan lagi...sekurang2nya dia ada belajar seni pertahan diri kan

    ReplyDelete
  2. Sedih juga sebab kalau kakak lihat Alia banyak juga menyerang kenapa pulak jadi kalah ye... Tak apa anakada Alia dan Aqil tahun depan cuba lagi. Auntie macam tak puas hati pulak hihi...

    pst: kakak dengar suara En SRD panggil Arif hihi... dia nak jumpa abang dialah tu Yus:)

    ReplyDelete
  3. Salam K.Yus..
    cma dah tgh video diorg sparring ni.. teringat time mula2 cma masuk perlwanan silat olahraga dulu..
    masa kalah punyalah kecewa..
    hihi..meremang tgk sbb teruja..tahniah alia & aqil..walaupun tak dpt mara ke pringkat akhir,dah cuba yg terbaikkan... :)

    tak sabar nk bby keluar ye kak? hihi.. semoga dipermudahkan segalanya.. :)

    ReplyDelete
  4. assalam yus..cakap je ngana anak2 tak pe..cuba lagi nanti..
    jangan risau yus..sebelum 10hb..baby tentu keluar dengan selamat..insyaallah

    ReplyDelete
  5. salam yus
    aduhh x leh buka pula
    sure best tgk alia dan abang nyee ..

    ps : yus meh add whatsapp ieda 018 2121619 atau pm ieda di zarida abu bakar , ieda pun ada rambut gugur sblm nie , pakai shampoo nie , alhamdulillah gugur dan kelemumur x der dah yus .. meh ieda sharing , serasi sangat tau yus ...

    ReplyDelete
  6. Salam Yus..
    rasa macam sekejap aja Yus mengandung..dah nak bersalin. Semoga Allah memudahkan segalanya. Akak doakan Yus selamat bersalin ye dan dpt Baby Girl...:)

    ReplyDelete
  7. wahh seronoknya mereka.. kat tempat kite ni tak de lagi lah lawan2 ni. johor memang aktif kan, anak2 belajar TKW pun dengan jurulatih dari mersing johor, kalau tak memang tak de kelab lah budak2 ni..

    ReplyDelete
  8. Asslamaualaikum wbt,

    Pekaba Yus? Budak2 ni dah boleh patah2kan kayu ke? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, alhamdulillah. Belum boleh lagi patah2 kayu tu, kena sampai ke tali pinggang merah, mereka baru sampai hijau 1...huhu.

      Izhal dan family apa khabar?

      Delete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...