Tuesday, August 14, 2012

Home » , » Beberapa Kesalahan Berhari Raya dan tarikh 14 Ogos

Beberapa Kesalahan Berhari Raya dan tarikh 14 Ogos

Mood nak balik kampung dah datang. Lebih-lebih lagi bila semalam anak-anak kata, "Khamis dah mula cuti ibu!!!" 

Anak cuti awal pun, abah dia masih kerja. Nak buat kad raya dan tepek kad raya macam selalu, tapi lappy aku ni takde photoshop....huhu. Terus terbantut nak buat. Jalan-jalan fb jumpa pula gambar ni. Suka aku tengok. Peringatan untuk kita semua dalam kita berhari raya. Biar bersederhana, jangan lupa ziarah-menziarahi sesama kita, dan jangan makan berlebihan ya. 
Sumber FB.
Hari ini juga 14 Ogos merupakan tarikh kelahiran dan juga tarikh pulangnya kerahmatullah bapa mertuaku yang tercinta Haji Mahzan Bin Sulaiman. Sudah 8 tahun berlalu, namun aku masih ingat saat itu.

Setiap kali buat entri pada tarikh ini mesti ada linangan air mata. Entri tahun lepas pun sama. Tahun ni tak mahu kenangkan kesedihan sangat, dariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Semoga roh arwah bapa mertuaku tenang dan aman di sana.... aminnn. Al-Fatihah.

~ يوس ~

18 comments:

  1. perkongsian peringatan yg sgt baik.. terima kasih yus.. kdg2 seronok sgt dgn kemeriahan raya smpkan kita terlupa akan byk perkara yg tak betul.. mengenang insan tersayang yg telah pergi mmg selalu buat kita rasa sedih kan.. semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama org2 yg beriman..

    ReplyDelete
  2. Kakak senyum tengok katun yg minta maaf bermusim sampai berjuraian airmata macam air hujan:)

    Moga roh FIL tenang insya-allah dia punya anak-anak-cucu-cucu yg soleh-solehah..

    ReplyDelete
  3. alfatihah...

    beraya berpada2 sepatutnya..

    ReplyDelete
  4. salam hari raya kak, yang pergi tetap pergi kan kan, kita di sini mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmatNya

    ReplyDelete
  5. betul kak..dalam salam salam ni..salam salam sepupu dgn abang ipar pun tak boleh. tapi ada jugak yang salam sbb kurang jelas tentang mahram dengan bukan mahram ni..

    ReplyDelete
  6. thanks for this reminder Yus...semoga arwah tenang dan dicucuri rahmat selalu..bertuahnya beliau masih mempunyai anak2 yg masih mengingati dan berdoa utknya

    ReplyDelete
  7. salam..
    nk share kt fb tau..halalkan yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila, saya pun ambil dari fb sebenarnya...

      Delete
  8. Peringatan yang bagus utk semua, iallah. Moga roh FIL akak tenang di alam sana..

    ReplyDelete
  9. Hihi..suka baca pic yg kak yus tepek tu.. sbb tu klu balik kampung cma mmg suka dok diam je.. klu tetamu dtg salam pun hulur tgn kat makcik2 je.. pakcik2 yg diragui xkan hulur..
    Alfatihah utk arwah abah mertua kak yus.

    ReplyDelete
  10. Al-fatihah....
    Memang betul tu Yus,beringatlah agar x terjadi pada kita semua.

    ReplyDelete
  11. Alfatihah...


    Selamat Hari Raya kak.

    ReplyDelete
  12. Alfatihah buat arwah ..semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yg. beriman..

    Akak ucapkan Selamat Hari Raya Aifil Fitri buat Yus sekeluarga...Maaf andai ada komen-komen akak yg. menyentuh hati Yus..:)

    ReplyDelete
  13. alfatihah buat arwah ye, KA nak wish selamat hari raya , maaf zahir & batin buat yus sekeluarga

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...