Wednesday, August 15, 2012

Home » , , , » Balik raya mana tahun ni?

Balik raya mana tahun ni?

Bagi yang sudah berumahtangga, soalan biasa di dengar menjelangnya hari raya ialah "balik raya mana tahun ni?" Bagi yang suami isteri kampungnya seorang di Utara, seorang di Selatan mesti susah juga kan. Sistem bergilir-gilir balik kampung mana untuk beraya kenalah di paraktikkan.

Kepada yang baru mendirikan rumahtangga, kalau tahun pertama jadi isteri/suami dah kena beraya di rumah mertua mesti ada rasa kekok dan sedih sebab tak dapat beraya dengan keluarga sendiri.

Aku sendiri rasanya tahun pertama beraya sebagai seorang isteri memang beraya di rumah mertua. Tak ingat bagaimana perasaan ketika itu tapi rasa biasa-biasa saja sebab rumah mertua dengan rumah keluargaku jaraknya cuma lebih kurang sejam setengah. Melaka dengan Muar, bukan jauh mana kan. 

Namun, jangan ada perasaan ini bukan kampung aku bila kita beraya di rumah mertua. Kalau ada perasaan macam tu, memang kita akan rasa tak seronok. Mana-mana pun keluarga kita juga ya tak? Bila ada rasa kita nak balik kampung sendiri, perasaan seronok nak beraya tu pasti datang dengan sendirinya walaupun tahun ni beraya di rumah mertua.

Bagi aku keseronokkan beraya dengan keluarga sendiri dan keluarga mertua memang ada sedikit perbezaan. Kalau dengan keluarga sendiri, havoc dengan adik beradik sendiri yang semuanya ala-ala sengal. Tapi pagi raya tetap sayu bila dengar ayah berucap dan sessi bersalam-salaman dengan keluarga. Makan-makan tak begitu meriah sebab keluarga aku kecik. Dah lepas solat raya dan makan-makan pagi, dah mula bosan sikit sebab tak tahu nak jalan mana. Saudara mara agak jauh, semua di Johor lebih kurang. Jadi dekat-dekat situ takde pun. Jadi aku memang suka buat ala-ala sengal dan kecoh di rumah emak dan ayah, sebab kalau tidak macam sunyi je. Nasib baik anak-anak aku pun memang kecoh dan pakngah dan pak usu nya pun kecoh...hehe. Walau adik beradik tak ramai, tetap meriah dengan kekecohan kami. 

Tapi bila pagi raya di rumah keluarga mertua, lebih meriah. Adik-beradik SRD ramai, 9 orang, bayangkan. Makanan pun penuh, tak muat meja, mesti makan di bawah dengan bentang tikar. Kecoh satu rumah, anak buah pula ramai. Kecohnya lain macam. Malam raya dah sibuk main bunga api ramai-ramai, boleh berebut bilik kadang tu, sebab tak cukup bilik tidur, ramai yang tidur kat luar. Nak masuk bilik air pun tunggu giliran, tapi aku seronok! Lain keseronokkannya. Dapat juga merasa adik beradik ramai walau adik beradik sendiri cuma 3 orang.

Tahun ini malam dan pagi raya di rumah mertua. Khabarnya semua adik-beradik akan balik. Kakak ipar yang di Kedah yang dah 2 tahun tak balik pun dengarnya akan balik.Tentu lebih meriah dan seronok. Semua adik beradik SRD pun dah kahwin, anak buah tambah lagi 2 orang. Kalau semua cucu Hajah Hapipah ada  ada di pagi raya tahun ni, jawabnya 25 orang kesemuanya. Campur dengan ibu dan abah masing-masing....wah! Lagi seronok nampaknya. Biasa kalau malam dan pagi raya di rumah mertua, dua hari puasa terakhir mesti di rumah keluarga aku dan begitulah sebaliknya.

Tahun ini ada satu kekurangan. Nenek aku dah tiada, ayah kata mereka pun tak balik kampung di pagi raya macam selalu. Sedih pula di situ. Apa pun, seronok atau tidak, walau di mana kita beraya kita yang patut wujudkan suasana seronok tu kan. Kalau hati kita awal-awal dah sebut sedih dan tak seronok, begitulah yang akan terjadi, jadi set di kepala awal-awal, raya mana-mana pun seronok yang penting dapat berkumpul seisi keluarga.

Raya 2011 di rumah keluargaku

Tahun ni pasti rindu dengan kecoh dan sengal kami adik beradik di pagi raya, namun beraya di rumah mertua pun tak kurang meriahnya, malah lebih meriah sebab......
Raya 2010 bersama keluarga SRD. RIndu juga saat ini. Tahun ini rasanya pasti lebih meriah sebab khabarnya semua akan balik dan cucu emak Hapipah pun dah tambah lagi 2 orang kan. Tahun 2010 ni dua keluarga tiada dalam gambar, keluarga kak long dan keluarga kak uda. Tahun ni minta-minta semua ada, kita bergambar di luar rumah pula ya.....
Di kesempatan ini juga, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog ini, kawan maya, kawan realiti, keluarga semualah yang selalu masuk sini, kalau ada tersalah kata, tersilap bicara, harap di ampunkan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kesilapan saya sendiri.

Bagi yang nak pulang ke kampung tu, hati-hati di jalan raya ya. Pandu cermat, jiwa selamat, ingatlah orang-orang tersayang yang sedang menunggu untuk berhari raya bersama.

Selamat Bercuti buat semua, 
Selamat Hari Raya Aidilfitri, 
Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.

p/s: Esok tak sempat buat entri dah rasanya, nak buat kuih raya satu plannya sebelum pulang ke kampung Jumaat....hehe. Tapi kalau tak jadi kuih rayanya, bawa balik yang tunjuk jelah, dah siap beli pun....:)

~ يوس ~

29 comments:

  1. cheqna kat umah husband dulu...tghari balik umah ma...
    almaklumlah tak jauh kak =)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya buat Yus dan family,maaf zahir dan batin.Thn nie Nurul beraya lg kat kpg hubby di sini,huhuhu......

    ReplyDelete
  3. Meriahnyaa kalau keluarga ramai nie kan.. rumah jadi riuh rendah...seronok..

    Selamat hari raya utk Yus sekeluarga.. Balik kampung nanti berhati2 di jalanraya..

    ReplyDelete
  4. meriahnya...best bila dpt kumpul ramai2 cam tu kan

    ReplyDelete
  5. syoknyer raya!! suke tgk gambo last tu..

    kite pg raya kat umah kite dlu,
    pastu br gerak umah mertua kt kemaman.. heheheh

    ReplyDelete
  6. assalam yus..selamat hari rya dan maaf zahir batin.
    acik dah tak balik mana2..dua2 dah tak de orang tua..
    acik beraya dirumah sendiri dan pagi raya kerumah abang2 dan jiran2 dikampung.

    ReplyDelete
  7. seronoknya ada keluarga yang besar... kan..

    Selamat Hari Raya, Yus.. maaf ya jika ada keterlanjuran dalam berkomen2..

    ReplyDelete
  8. wani lak raya timur selatan ... hehe... timur dlu...pastu baru turun selatan...sbb tahun lepas dr selatan naik ke timur :)

    ReplyDelete
  9. yus..hubby kite pon adik beradik 9 org..sampai anak ke 5 sume dah kawin..cucu ada 13 org..mmg havoc..as usual saya balik kedah, rumah family hubby
    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya k.yus..
    moga raya tahun ni lebih meriah..tengok gambar pun nampak dah happy..:)
    semoga selamat perjalanan ya..

    ReplyDelete
  11. kalau family srd tu lebih kurang family sebelah abah dan mak saya, menyeronokkan.

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Raya Yus, maaf zahir dan batin.
    Seronok akak tengok keluarga Yus..meriah...
    Maafkan akak kalau ada terkasar bahasa ye..

    ReplyDelete
  13. selamat hari raya kak yus..maaf kalau ada salah silap..

    semoga ceria di hari raya..berhati hati masa travel ye..

    ReplyDelete
  14. yus,

    samalah macam akak...akak 4 beradik,hubby 9 beradik...cucu mertua je dah 32...bulan depan tambah lagi sorang cucu...cicit dah 6 org...klu semua balik mmg tak muat rumah MIL nak tido...kene le ada yg beransur ke rumah SIL berdekatan............

    Selamat Hari Raya ye yus...maafzahirbatin

    ReplyDelete
  15. akak lagi lah kalau beraya di kampung sendiri lagi tak meriah. Kami 2 beradik saja. tapi tumpang seronok di kmpung suami yang lebih ramai anak dan cucu2.

    ReplyDelete
  16. tengok dari gambar2 tu, mmg terserlah yang kedua2 kampung pun tetap seronok bagi yus.. Alhamdulillah.. bagusnya.. semoga tahun ini lebih meriah lagi.. Salam aidilfitri juga buat yus dan keluarga.. Maaf zahir dan batin dari saya..

    ReplyDelete
  17. bila tgk pic terasa kemeriahannye ..
    seronok bila adik beradik ramai
    bila sikit terasa lah jugak , nak2 kalau ada yg balik rumah mertua masing2
    macam ieda adik beradik cuma 4 org , kalau ada yg x balik , tinggallah ieda dan kak long ieda sahaja
    elah hubby ramai 12 org semua .. 11 lelaki dan 2 perempuan ..
    semua dah kawin .. tapi kami jarang berkumpul sbb hubby anak yatim piatu .. soo kebanyakan adik beradik
    dia beraya bersama mertua masing2 .. kami berjumpa punn dlm raya kedua ..
    balik ke rumah arwah MIL jumpe adik yg warisi rumah arwah MIL ..
    sayu bila tgk kemeriahan raya yus ..
    maaf dipinta juga dari ieda sekeluarga buat yus ..
    semoga selamat pergi dan balik ya ;)

    ReplyDelete
  18. selamat hr raya kak..maaf zahir batin gak =)

    ReplyDelete
  19. keluarga belah abg akak ramai...Salam aidilfitri buat akak,maaf zahir batin ikhlas dari yana :)

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum wbth....

    singgah buat pertamakalinya diblog bestnie.....

    ReplyDelete
  21. YUS, beraya di mana pun tetap seronok krn bergantung kpd kita utk menjadikan suasana seronok dan meriah itu.

    Selamat beraya di samping keluarga. Meriahnyaaaa...!

    Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dan juga selamat bercuti YUS... Semoga Syawal kali ini lebih menggembirakan.

    ReplyDelete
  22. saya dan suami pun dekat je kampung kami..batu pahat dan pontian. tapi tahun ni turn raya pertama kat kg saya. meriah sbb anak sedara 20 lebih, adik beradik pun 9 org. jangkaan raya pertama sume ada.

    slmt hari raya!

    ReplyDelete
  23. saya pun seronok beraya kedua2 belah family kak...belah family mertua pun best....meriah gitu...best kan main rebut2 bilik ngan bilik air....ekekek...

    ReplyDelete
  24. Kalau ikut jumlah ramai mestilah kampung kakak lagi ramai Yus. Bayangkan kakak adik-beradik 8, dah tu anak bibik (mak sedara yg dah jadi mak kakak) ada 5 anak semua dah kawin, bahkan anak saudara kakak pun ada yg dah ada anak beratus kalau kumpul Yus...

    Sebab itulah kakak tiap tahun balik dulu rumah abang yg tak ramai ahlinya. Kesian kalau kakak tak balik dah kurang sebab kakaklah yg ada anak ramai walaupun cuma 3. Lain tu anak satu. tak ada anak pun ada.

    ReplyDelete
  25. Eh... dah komen panjang lupa nak wish pulak hihi...

    SELAMAT HARI RAYA buat Yus dan keluarga. Maaf zahir dan batin dari kakak ye:)

    ReplyDelete
  26. Cma klu bab2 balik beraya ni mmg amalkan system bergilir.. lagi pun parents n Fil dekat2 cni je.. Cuma bila balik kampung uwan dan tok je jauh ckit..

    Meriah tgk pic2 akak tu..hihih..
    Alfatihah buat mereka yg sudah tiada..

    Selamat hari raya kak yus..
    Maaf juga ada komen2 yg buat akak tersa hati ngan cma..
    Semoga ceria berhari raya :)

    ReplyDelete
  27. Selamat hari raya kak yus, Aju dan hubby jiran, kami gilir jugaklah hihihi

    ReplyDelete

  28. selamat eidulfitri buat yus sekeluarga :)

    ReplyDelete
  29. Selamat hari raya kak! Maaf zahir batin! kery nampak masa baca ni, dia kata panjangnya entry rajin si penulis. kihkih.. dia tak tau kak yus punya, kita ckp baru dia tau. patut la.. katanya. haha..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...