Wednesday, August 15, 2012

Home » , , » Sekitar majlis Iftar, Tadarus dan Khatam Al-Quran bersama pelajar-pelajar SMAPR

Sekitar majlis Iftar, Tadarus dan Khatam Al-Quran bersama pelajar-pelajar SMAPR

Majlis ini berlangsung Jumaat lepas pada tarikh 21 Ramadhan. Baru hari ini berkesempatan nak kongsi di blog. Aku malas nak celoteh panjang sebenarnya, kongsi gambar-gambar je kot.

Apa pun, kami dapat jemputan ke sana sebab pihak sekolah ada jemput sama staf-staf Uni. Oleh kerana SRD orang kuat juga dalam fakulti, maka anak bini pun dapat tumpang sekaki....hehe.

Kami sampai dah lambat, majlis mereka dengarnya bermula seawal 3 petang, tapi kami sampai dah hampir 630 petang. Kiranya kami cuma dapat turut serta dalam majlis berbuka jelah, yang lain tu ketinggalan keretapi...huhu.Yalah, nak tunggu SRD balik kerja semua dulu kan.

Apa pun seronok juga sebab bila di sana aku dapat mengimbau kenangan waktu belajar di asrama dulu. Tengok adik-adik ni semua, teringat lak masa dulu. Ok, kita lihat gambar macam biasa.

Pelajar lelaki di bahagian hadapan

Pelajar perempuan di bahagian belakang. Masing-masing masa ni dah dapat plastik berisi kuih karipap, kaswi dan talam berlauk serta buah kurma dan air kosong untuk berbuka.

Adik-adik yang kurang bernasib baik, terdiri daripada mereka yang anak yatim ataupun keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan. Dekan FKMP sedang memberi bungkusan berisi apalah agaknya tu.

Yang pasti, SRD tukang beri sampul berisi duit raya.

Ini gelagat anak-anak aku. Aqil tak kelihatan, dia lebih tertib duduk.... Tapi dia tersenyum je masa pulang, sebab kata dia " Ibu kakak-kakak kat sana semua kata Aqil handsome!"....hihi, kembang hidung ya Aqil. Arif pun menjadi tumpuan pelajar2 perempuan SMAPR sebab dia memang tak reti dudk diam. Alhamdulillah masa semua solat, pandai pula dia ke tepi main air dalam sinki, sampai basah baju dia...huhu

Selepas solat maghrib, barulah juadah berat di sediakan. Berbuka dengan nasi ambeng kami hari itu.
Nasi ambeng sedulang kongsi 3 orang makan je, aku Alia dan seorang cikgu mereka. Mana nak habis, dahlah aku memang tak banyak makan nasi sekarang. Tapi sedap betul lauk-pauknya semua. Bila tak habis tu, hulur pada sekumpulan pelajar di sebelah yang nampak macam tak cukup makan je. Licin mereka makan....hihi.

Kalau duduk asrama macam tulah kan, makan sedulang ramai-ramai macam ni, semua licin. Walau dah habis sedulang, dapat dulang ke dua pun masih licin...hehe.

Eh! Semua orang dah wish raya nampaknya. Aku next entri lah ya!

~ يوس ~

13 comments:

  1. teringat kenangan dulu2 masa bersekolah !

    ReplyDelete
  2. wah.. bagus nye buat majlis buka puasa ngn pelajar sekolah :-)

    ReplyDelete
  3. dulu kat kg masa akak kecik2 pun mcm ni gak suasananye.Nasi ambeng tu yg tak tahan..terus rasa tak sabar nak blk kg.selamat sambut lebaran dan maaf zahir batin dari akak ye.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..ada kesempatan memang baik kita join aktiviti macam ni kan kak..bagus betul aqil.. pandai maiin kat tepi..aqil saya tu kena pesan jugak..kalau takde kawan main takpe sikit..tapi kalau ada jenuh nak kepung..

    terliur sungguh la tengok nasi ambeng tu kak..duk selangor ni nasinya tak sesedap nasi ambeng kenduri kat johor..gaya gaya macam nak kena buat sendiri je ni T_T

    ReplyDelete
  5. ala sedapnya kak, saya tak dapat nak join waktu ni sebab dah otw ke KL time ni...eh takde gambar TDPP eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah ya! Akak tak perasan dia pun, cer tanya SRD, dia ada datang tak masa tu?

      Delete
  6. assalam yus..nasi ambeng yang buat best tu

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, selesai sudah... menanti lebaran pulak.. salam aidilfitri... maaf silap dan salah

    ReplyDelete
  8. lambat2 pun masih sempat join juga majlis mereka.. bestnya makan nasi ambeng.. wah.. seronok aqil kena puji yer.. auntie pun ikut tersenyum sama mendengarnya..

    ReplyDelete
  9. teringat masa dok asrama kat 'U' dulu buka reramai, solat reramai, makan reramai, meriah..... sekarang?, xder dah...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...