Monday, October 31, 2011

Home » , , » Foto: Pengangkutan di Melbourne

Foto: Pengangkutan di Melbourne

Salam Isnin....

Minggu ini rasanya entri aku akan banyak menunjukkan gambar.
Sebelum SRD berangkat ke Melbourne minggu lepas,
antara benda yang aku pesan ialah ;
"Ambil gambar banyak-banyak ya bang!!"
Kalau tak di pesan, en. SRD kita ni memang susah nak ambil gambar.

Banyak juga foto menarik dari lensa kamera SRD.
Aku akan cuba kelaskan kepada beberapa bahagian.
Pagi ini aku nak kongsi foto-foto yang aku kategori kan sebagai pengangkutan di Melbourne.

Bas di Melbourne

Tram...SRD banyak menggunakan ini di sana. Comel pulak tram dia ni kan?

Kapal layar?? Aku tak tahu mereka guna kapal ni untuk apa. Pelancongan mungkin, tak sempat tanya SRD..huhu

Pandangan dari sisi....

Teksi di Melbourne. Warna kuning besar-besar pulak tu. Menurut SRD teksi di sana kebanyakkannya menggunakan kereta 3000cc...huhu. Besar tu!!! Tapi SRD dan kawannya tak naik teksi pun, tram lagi murah...hehe

Basikal di Melbourne. Yang ini memang menarik kan. Siap ada tempat letak basikal lagi. Kalau di lihat macam nak guna basikal tu kena masukkan duit kot kat situ ya. Oh! aku tak sempat tanya lebih2 lagi dengan SRD.

Menarik kan!
Nanti kalau ada peluag aku tanya en abang aku tu pasal basikal ni.

Tunggu lagi foto menarik dari sana dalam entri berikutnya...:)

Nota kaki: Pengunjung blog ini di jemput untuk join GA FM dari Australia yang aku anjurkan. Sila terjah link ini ya.

~ يوس ~

22 comments:

  1. dtg cuci mata sambil nak join GA :)

    ReplyDelete
  2. nak parking basikal pon kena byr ker..hiks.

    ReplyDelete
  3. Yus... kakak rasa basikal itu boleh di sewa kalau mahu. Boleh cycling keliling bandar.

    ReplyDelete
  4. tgk basikal semua sama je,mungkin utk disewakan kot.....

    ReplyDelete
  5. kenapa dekat malaysia x nak buat basikal macam tue erk...

    ReplyDelete
  6. bila la ada peluang nak g sana =)

    ReplyDelete
  7. wah bestnyer pengangkutan kat sini mmg terbaikkan cam selesa jer tgk...

    ReplyDelete
  8. bersih jer bandar Melbourne ni kan..*_*..teringin nak pergi

    ReplyDelete
  9. menariknya yang part basikal tu kan..kalau gitulah gayanya, sanggup kita g kerja naik basikal..

    ReplyDelete
  10. nak naik beskal, mesti kurus nanti hahahaha

    ReplyDelete
  11. waa seronok nye ..
    hurmmm kena kumpul duit banyak2 kalau nak kesini kan yus :)

    ReplyDelete
  12. bestnya kalo ada byk stesen beskal kt KL ni...

    ReplyDelete
  13. i suka cycling n rasanya klu kat msia still guna basikal kurang le sikit sesak jalan raya n dpt gak selamatkan udara dari pencemaran hahahah :p

    ReplyDelete
  14. kak yus..yg beskal tu..mmg byk negara maju dah pakai..masukkn syiling n letak ic pastu pulangkn balik..sama mcm kat london masa saya pegi dulu..

    ReplyDelete
  15. Cantik2 pengangkutan awam kat sana, bila la nak merasa nih..

    kak, qema nak join hehe

    ReplyDelete
  16. bestnye dpt ke obesea..
    huhu..
    dpt tgk pic pun jadila..

    itu mmg dipanggil tram ye kak?

    ReplyDelete
  17. Salam Perkenalan,

    Nanti nak join GA :-)
    Singgah-singgah ke blog saya

    ReplyDelete
  18. tengok basikal tu terus tentingat yg dah lama betul tak naik basikal..

    ReplyDelete
  19. teringin nak ke Australia nih...tapi agak mahal la...kono kumpul duit dari skrg nih...

    ReplyDelete
  20. Ala, baru gedik-gedik nk join GA akak..hehe.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...