Friday, October 14, 2011

Home » » Menangis kerana air sarsi

Menangis kerana air sarsi

Masa makan malam semalam dia dah sebut;
"Ibu!! Esok Abid nak bawa air sarsi tau!"
Aku dah pening.
"Mana ada air sarsi di rumah! Dah malam ni, mana nak cari?"
"Ibu ambil air masak, tuanglah sarsi dalam dia. Jadilah air sarsi!!!"

Adoii!!! Ingat ibu nko ni tak tahu ya cara nak buat air sarsi??
Masalahnya takde sarsi di rumah sayang!!

Perbincangan mengenai air sarsi berhenti setelah selesai makan.
Pagi ini, sekali lagi dia menyebut;
"Ibu!! Abid nak bawa air sarsi ke sekolah!"
"Mana ada air sarsi. Air oren, sirap, ribena, laici adalah."
"Tapi Abid nak air sarsi!"

Susah betul nak fahamkan Abid yang tak faham-faham ni.
Seboleh-boleh dia kata buat air sarsi tu senang, guna air masak saja kata dia...huhu.

Mata dia dah mula berkaca.
Aku mula hangin bila semua pintu kabinet dapur di bukanya.
Konon-konon nak cari air sarsi.

Aduh!!! Susah betul anak aku yang ketiga ni.
Kalau dia kata dia hendak tu, dan dan tu juga dia nak.
Pening!!!:headache

Dan hari ini dia pergi sekolah dengan berairmata sebab tak dapat air sarsi.
Aku bagi dia air laici, pilihan kedua dia setelah nampak muka aku menyinga!

Nanti ya, hari ni kita cari air sarsi....huhu

Kita beli yang macam ini ya!! (image ehsan google)
Ada anak baru 4 orang.
Macam-macam peel, macam-macam ragam.
Semua tak sama, semua tak serupa.
Kita sebagai ibu memang kena faham!
Kena sabar Yus!!!

Ibu-ibu di luar sana, mesti pernah hadapi masalah hampir serupa kan?
~ يوس ~

21 comments:

  1. baru 2 pun dah meroyan kalo 4 ntah la mcm mane kak!haahaahaa...

    ReplyDelete
  2. sabar je lah kak, pagi ni lagi saya kurung zara dalam bilik gelap sebab dia asik merengek dan menangis jer tanpa henti..

    ReplyDelete
  3. susie hari2 meroyan..anak baru 3 tp semua boy...nak melayan karenah sorang2 ni cam nak pecah pale....sabo2..

    ReplyDelete
  4. Abid..abid!

    Kne spare 1 botol kordial sarsi utk dia mcm ni

    ReplyDelete
  5. auni kecik lg...makan dipujuk

    dah besar sok lusa tah cemana lah ragamnya

    ReplyDelete
  6. papa mifz yakin bukan hanya ibu2 diluar sano jer hadapi masalah nih...bapak2 pun hadapi gak...hehe

    ReplyDelete
  7. comel jerk cara dier ajar ibu yer? :)

    ReplyDelete
  8. selalu stress syahmi bekal makanan jek..klu air mmg dia tahu ibu dia ni strict sikit..sesekali jek air manis heheheheh

    ReplyDelete
  9. alahai cian dia gi sekolah dgn mood yg sedih.. x pe la kak nti dh jupe kawan2 sure dia ok tu..

    setuju ngan akak.. setiap anak x sama karenahnya.. kdg mmg hilang sabar gak layan karenah diorg.. huhu..

    ReplyDelete
  10. samalah kak yus, tapi ni kes suruh ummi buat air cam kat kedai pulak. sorang nak milo, sorang nak teh o...sorang nak teh tarik... mmg pening. tp kena sabar byk2 kan!

    ReplyDelete
  11. lepas ni kena spare kordial sarsi utk Abid lah nmpaknya...kalau sirap tu blh juga nk buat sendiri letak daun pndan sedap juga...

    pisang setandan masaknya lain2...

    macam yana ni baru dua...dh nampak la juga beza dan citarasa msg2...

    ReplyDelete
  12. Anak2 dan permintaan tak dapat nak dipisahkan.. Yusuf ada juga minta nak bawa air apa, tapi ibu dia tak pernah layan. Hari2 bawa bekal air kosong saje.. :D

    ReplyDelete
  13. Lain anak lain ragam.

    Sebagai ibu kena bersedia sepanjang masa. Wpun tension.... hehehehe

    Dulu masa kecik, YUS mengada apa dgn mak? hehehehe

    ReplyDelete
  14. tulah anak2 ni kan..kalau nak time2 tu jugak..xleh nak tunggu siang..huhu..

    ReplyDelete
  15. mmg sama la tu kak..
    penah hero sy dah nak kuar umah baru dia cakap nak bawak bekal
    nasi goreng//mana nak cari?adoi//
    dgn air mata la gi tadika sbb tak bawak nasi goreng..yg umienya pulak ralat sehari suntuk kat opis pikirkan anak ..takut la jd apa2.

    dah pesan lain kali nak bawak apa2
    bekal bgtau sehari sebelum

    kdg2 dia tgk kawan kat skolah yg bawak tu psl dia mintak..

    sarsi tu dr pokok kan?sbb masa kecik2 dulu ayah penah bawak balik kulit pokok sarsi..kalau rebus mmg bau mcm air sarsi..cuma xde gas je

    ReplyDelete
  16. huhu..canelah nnti klu anak2 cma dah pandai nk request air camtu ..
    maunye nangis x henti sampai dpt air tu...
    fuhh...

    sabar kak yus~

    ReplyDelete
  17. betul yus..sabar..nasib baik acik selalu simpan kordial sarsi..beli di mardi..acik tak suka beli dikedai..
    kalau kita berjiran..masa dia nak tu..boleh le ketuk pintu minta air sarsi..he he..

    ReplyDelete
  18. anak akak 4 orang tu pun memacam karenahnya

    kalau tiba masa iorng nak tu, tak menunggu
    masa tu akak pun mengajar jugak
    ha..macam tu lah kalau ibu minta tolong ke apa, bila ayong ke kak ngah ke buat lambat lambat macam tu jugak yg ibu rasa.

    hehehehe..sekali pekena diorang, beringgat jugak anak dara tu.

    ReplyDelete
  19. sama je peel anak kite yus...

    rumah sya sampai berderet jus air sbb nak ikut tekak dia...

    sya suka jus sarsi Tesco,,
    sedap dan murah...

    p/s: mekasih ye psl kes D tu, i really appreciate it..tak sangka komen sya disalahertikan..berjurai2 air mata tadi pagi...

    ReplyDelete
  20. Salam, apa sebabnya dia nak sangat air sarsi tu.. gefren dia pun bawak air sarsi gak kut..

    ReplyDelete
  21. kelakarlah! nanti yus kena beli semua flavor simpan kat umah, senang anak-anak boleh pick je yg mana satu hu hu...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...