Friday, October 07, 2011

Home » , » "Ibu! Rumah dia macam hotelllll!

"Ibu! Rumah dia macam hotelllll!

Pengalaman raya tahun ini tak banyak yang mencuit hati.
Tapi ada satu yang masih terngiang-ngiang di telinga aku sehingga kini.

Ketika majlis marhaban tempohari, bila masuk ke rumah salah satu jiran kami,
tiba-tiba perkataan ini yang keluar dari mulut Abid;
" Ibu!! Rumah dia macam hotellah!"

Agak uolls lah kenapa dia boleh berkata begitu??

Anak-anak aku memang bertuah.
Kecik-kecik dah boleh menginap di hotel.
Bukan kerana kami orang kaya, atau kami selalu pergi melancong.
Tapi sebab kami selalu ikut SRD yang ada bengkel atau kerja di hotel.
Maka kiranya, penginapan kami di hotel itu banyak yang di tanggung oleh majikan SRD.

Jadi, gambaran hotel yang cantik, ada penghawa dingin,
lampu menarik, bilik yang kemas, semua dah meresap dalam kepala otak anak-anak aku.

image dari grandbluewavejb.com
Apa yang lebih menarik bagi mereka, bila ke hotel ada swimming pool!
Horeyy! Boleh mandi!

image dari grandbluewavejb.com
Dan bila mereka masuk ke rumah orang,
yang dari luarnya nampak serupa je dengan rumah kami,
tapi hiasan dalamannya sangat berbeza dari rumah sendiri,
maka tercetuslah penyataan tadi,
"Ibu! Rumah dia macam hotelllll!"

Apa kelainannya??


  1. Ada aircond (kami memang guna kipas saja)
  2. Lantai dah bertukar kayu, macam dalam Deco bersama Eric tu.
  3. Wallpaper sangat menarik.
  4. Ada LCD TV (Rumah kami masih tv 21 in lama tu, takde lcd tv ni)
  5. Cahaya lampu sangat menarik, ala-ala bilik hotel dalam gambar di atas lah.
  6. Ada lampu seperti dalam gambar di bawah.

image ehsan google
Dan sejak hari itu,
mulut Abid tak henti-henti menyuruh aku mengubah rumah kami jadi ala-ala hotel.

Aduhhh!!! Siapa yang mengajar pun aku tak tahu.
Ada taste rupanya anak aku Abid ni. (Dia sorang je yang sibuk, yang lain takde pun)

Mungkin itulah gambaran menarik Abid mengenai hotel.
Dan kerana itu juga, dia dan anak-anak yang lain sangat teruja bila abahnya kata,
" Hari ini kita tidur hotel nak?"

Menarik! Memang menarik!
Tapi mereka tak tahu, ada sesuatu yang buat ibu dia semput bila di hotel.

Bayangkan ya, dalam bilik kecik hotel tu.
Bukan besar mana pun kan!
(Lebih-lebih lagi hotel budget, kata di tanggung, bukan holiday kan)
Hampir 24 jam terkurung dalam bilik itu!

Abahnya dah tentu sibuk dengan bengkel dan kerja kan.
Aku, dengan anak-anak dalam bilik kecik itu!!!!
Apa yang menariknya???

Untuk tempoh 1 jam pun dah macam-macam kerenah.
Tapi biasanya kalau urusan kerja hampir 20 jam kami terperuk dalam di bilik tu.
Contoh dalam tempoh sejam saja ini biasanya berlaku:
"Ibu lapar?"
"Ibu, nak main boleh?"
"Ibu, Aqil ni kacau!!"
"Ibu, takde citer kartun ke?"
"Ibu, bila boleh ke swimming pool ni?

Lain-lain....


  • Melompat atas katil macam katil tu tempat melompat.
  • Bermain dengan volume suara yang agak kuat.
  • Menangis sebab di usik.
  • Baling-baling remote tv.
  • Bermain dengan sabun di bilik air.
  • Makan sepah-sepah atas katil dan karpet bilik tu.
  • Bermain dengan telefon hotel (tak habis-habis nak mendail)
  • Nampak pensel dalam bilik hotel, sibuk nak menyonteng.


Ok, yang tersenarai tu adalah antara yang berlaku lah eh.
Agak-agak uolls, best tak??

Kalau di rumah rasa lebih luas kan.
Walaupun mereka masih buat benda yang hampir serupa.
Aku pula banyak benda lain boleh buat juga.
Membasuh, memasak, berinternet.
Nak tidur atau rehat pun dalam bilik aku sendiri.

Ini di bilik hotel???
Semua sekali disitu, hiruk-pikuk rasanya.
Nak keluar jalan-jalan pun tak boleh.
Bawa 4 orang kanak-kanak tanpa abahnya dan di tempat yang kita tak biasa???
Satu cabaran kan??

Jadi, kesimpulannya bila ikut abahnya yang ada kerja di hotel,
anak-anak sangat happy.
Tapi ibu, suam-suam kuku saja.

Namun, bila mengenangkan anak-anak gembira.
Aku gembira juga sebenarnya.
Alhamdulillah, tak semua orang dapat jejak kaki ke hotel kecik-kecik lagi kan.
Aku sendiri dah besar panjang, baru dapat jejak kaki ke sana.
Jadi, aku perlu tenangkan fikiran, dan enjoy dengan anak-anak juga.

Uolls pernah tak hadapi situasi serupa??

p/s: Sebenarnya entri ini keluar kerana petang ini kami akan bertolak ke hotel dalam gambar di atas sehingga Ahad. Makanya aku bakal menghadapi situasi itu kembali....uhuk uhuk.

~ يوس ~

22 comments:

  1. emm mcm Esyhad jugak la abid ni..nmpak rumah lawa je terus sebut"macam hotel je rumah dia"

    ubah umah jd hotel tu tkde la pulak dia ckp cuma kdg2 angin ajak tidur hotel je...lebih kurang ajelah...

    emm yana skrg ni pun lebih suka homestay @ apartment luas dan murah serta jimat..

    ReplyDelete
  2. sebijik dengan apa yang kak pB rasa ...

    sekarang nie , bila dah besar besar , kuranglah sikit tension nya

    ReplyDelete
  3. untung budak2 tu ye, sy dah tua2 ni baru nak merasa ke hotel,

    tak sangka ya citarasa budak zmn skrg, sungguh tinggi :-)

    ReplyDelete
  4. betol, kat otel nk rehat & tidor ok la kan? len2 mmg kiter nk jalan pn... :)

    ReplyDelete
  5. kak yus..

    sama lah tu.budak2 skarang kemain mulutnya.raya tu ari gi umah kawan.
    mmg lawa dekorasi rumahnya.masuk je umah kami terus si hero caka '
    abang berharap rumah kita macam rumah kawan ayah tadi'boleh gitu?
    saya cakap balik 'umie harap sgt bila abang dah besar..keje bagus gaji banyak..abang akan belikan umie rumah mcm tu'..baru dia tahu.

    bab hotel tu mmg lah..budak2 seronok.maknya seronok kejap je..lemas yg lebih

    ReplyDelete
  6. anak2 kakyong x pernah tidur hotel.. tp fikri selalu terngin nak tidur hotel.. sbb tgk dlm tv , mcm best jer pada dia... hehehhe...

    ReplyDelete
  7. anak-anak sy pun suka sangat kalo kata tido hotel....siap check kat intenet lai apa yang ada kat hotel tue....

    ReplyDelete
  8. betullah yus, anak-anak mmg teruja kalau cakap nak pergi bercuti sbb suka ddk hotel.. wp rumah pasang aircond tp suasananya tetap lain bagi dia org.. ingat masa is kecik2 dulu.. waktu tu pagar rumah takde yg pakai wrought iron lagi.. jadinya mana2 rumah jiran yang ada gabungan cat gold di pagarnya mesti dia cakap itu rumah orang kaya.. he..he.. rumah kami pagar cat putih aje.. sampai skrg pun..

    ReplyDelete
  9. biase nyer bagi yang dah ade anak2 ni... tgk anak2 hepy, ayah & maknyer pun leh rase hepy kan kak... :D

    ReplyDelete
  10. saya gi hotel manapun tetap akan merindu bilik sendiri~keh keh~

    ReplyDelete
  11. hihi...apalagi yus, jadikanla rmh ala2 hotel tu..mesti abid suka ..kita pun suka tp belum mampu.

    ReplyDelete
  12. amboi demand btul abid tp klau rmh kt mcm dlm gmbar tu mmng best lah kan

    akak pulak hari2 ckp kt ank, kita ni org susah, miskin hihihi smpai anak2 pun kliru tnya, ye ke bu kita ni org miskin? t. nmpak miskin pun!!

    ReplyDelete
  13. betoiler anak2 memang suka ngat duk hotel.. masa nak balik kampung haritu budak2tu cakap kalau ayah tak ingat jalan balik kampung kita tidur hoteljerlah... amboi-amboikan... selalunya hati ibu2ni senang dihiburkan janji anak2 ibu happy, kita bersusahpun takper..

    ReplyDelete
  14. sekali skala dok hotel mmg teringin nak dpt umah yg cool mcm gitu kan kan? hehe



    slm kenal,
    cik ana.

    ReplyDelete
  15. Samalah Yus....anak2 Nurul pun suka bila tido htl nie.....mcm yg Yus tulis tu....lompat2,mandi dlm tab,main tel.,tulis2,hai samalah....
    budak2lah katakan!

    ReplyDelete
  16. boleh thn jugak taste abid ye. nnti suruh ayah jadikan umah cam hotel ye.

    takpe kak...yg penting anak2 happy selalu biarpun ibunya suam2 kuku aje moodnya.

    ReplyDelete
  17. kalau pergi hotel mmg seronok sgtla diorg tu, dpt mandi pool dan bath tub, berjam2 duduk dlm tu pon takpe ehhehe

    ReplyDelete
  18. budak2 mmg suka dok hotel kan??

    jom deco rumah ala2 hotel..
    heheheh
    selamat bercuti..
    jangan lama2 nanti rindu

    ReplyDelete
  19. Exactly the same... kalau dah jadi ibu-ibu memanglah ini yang akan kita rasa kan yus... my sons kalau tak turun swimming pool kat bawah, bath tub tu pun jadi kolam renang dia orang jugak... budak-budak... mak budak yang rasa hendak pengsan...

    ReplyDelete
  20. situasi sya pulak,
    rumah kami di ejek ibarat hotel...hahahah

    siap sya kena pnggil datin oleh jiran2...
    geram je, padahal tak seberapa pun...huhu

    ReplyDelete
  21. Bunyi macam rela dalam paksa jer, kan? Berkorban demi anak-anak. Takpa, suatu hari nanti mesti dapat hotel yang besar dan selesa.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...