Thursday, August 04, 2011

Home » » Komunikasi yang betul tu penting!

Komunikasi yang betul tu penting!

Berkomunikasi pun perlu betul ya, sebab bila orang yang menerima mesej kita tu salah faham dengan maklumat yang di terima, boleh jadi kacau!

Apa itu komunikasi?
  • satu proses di mana manusia menghantar dan menerima mesej
  • satu proses di mana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan
  • Juga satu proses interaksi di mana kita bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol dengan tujuan untuk memberi dan berkongsi maklumat atau mengubah keadaan fizikal dan mental mereka
Definisi ini aku ambil dari sumber ini.

Kiranya berblog pun satu proses komunikasi juga kan.

Aku bukan nak sentuh pasal blog, tapi komunikasi antara kita dan pasangan kita.
Susah juga kan, bila kita cakap lain, dia faham lain.
Atau bila kita fikir lain, dia pula fikir lain dari apa yang kita kata.

Atau bila kita rasa lain dari apa yang dia kata, dia tak rasa apa2 pun dan anggap itu satu perkara biasa.

Perasaan suami dan isteri ni berbeza...
Perempuan lebih sensitif, lelaki pula kurang sensitif.
Benda yang isteri anggap berat, suami anggap remeh.

Dan en abang aku SRD selalu kata, aku ni suka fikir yang bukan-bukan.
Benda kecik di anggap besar.
Perkara mudah di anggap susah.

Tapi, bila sesuatu tu mengguris hati, tapi pasangan kita pula rasa tidak, 
Akan jadi masalah besar bila yang terguris tu mendiamkan diri saja.

Jadi dalam komunikasi antara pasangan suami isteri, haruslah berani berterus-terang.
Benda kecik-kecik pun, kalau tak puashati, cuba luahkan dan bincangkan antara pasangan.
Sebab kalau di simpan, makin lama akan makin susah nak di luahkan.
Makan hati nanti.
Makan hati boleh mati!
Nak buat apa pun tak tenang...
Kan....kan....kan......:)

p/s: hari ni belum fikir menu nak masak apa...huhu. Nak keluar sekejap lagi bayar bil dan cukai harta...

~ يوس ~

22 comments:

  1. Memang komunikasi 2 penting terutamanya dlm rumahtangga.....dulu awal2 kahwin Nurul selalu juga ada masalah komunikasi nie dgn husband yelah org S'wak kahwin org malaya....

    p/s:byk ke cukai harta nak byr?

    ReplyDelete
  2. semalam dh makan hati...org bukak posa makan nasi... :(

    ReplyDelete
  3. komunikasi memang penting
    selain itu komunikasi biar jelas dan terang ye =)

    ReplyDelete
  4. betul, kdg2 kte ckp lain, org paham lain...susahnye....

    ReplyDelete
  5. Hati goreng berlada pun sedap juga :)

    ReplyDelete
  6. Setuju..setuju..kita pun selalu mcam tu tau..pastu kan ppuan kan emo, tak settle lagi satu hari, bawak pulak ke esoknya..huhu

    ReplyDelete
  7. Betul kak, kdg2 hubby sy SMS kita baca nada lain, sbnrnya mksudnya lain, baik kol jek tak gaduh hehe

    ReplyDelete
  8. yg eB tau, eB nih sensitip gaks ;p

    ReplyDelete
  9. biasalah tuu yus kita nie perempuan nak2 ibu selalu memikirkan perkara yg remeh tuu dalam2 selagi x settlekan .. hermmm nikmatnya jadi ibu :))

    ReplyDelete
  10. betul2. kene cakap bagi jelas dan terang. hehe..

    ReplyDelete
  11. Yus..terasa hati dengan SRD ke..he he..jangan disimpan dalam hati ye..

    ReplyDelete
  12. Kakak pulak Yus kalau kecik hati tak boleh luah. Memanjang diam, tapi dia sendiri faham dan kenalah bagi kakak bersuara....tak bagus kan kakak nie....

    ReplyDelete
  13. izan pun sama kak...sensitip lebih.

    ReplyDelete
  14. wah....kak...kita ada sikit2 persamaan la....

    ReplyDelete
  15. betul sgt2 tu yus...dalam apa hal sekalipun perlu berterus trg..

    ReplyDelete
  16. betul sgt tu yus.. segalanya kena jelas dan terang.. agar tidak tersalah faham.. dulu selalu suka memendam.. bila dah lama2 ni mmg selalu cakap apa yg terbuku di dada.. sebab kita nak hidup lama dgn dia kan kan kan.. he..he..

    ReplyDelete
  17. berterus-terang tu pulak biarlah secara berdepan..bukan melalui fb atau twitter..huhu..

    ReplyDelete
  18. akak ngan hubby mmg berterus terang xkira apa hal..

    kalu nmpk cam tegang skit..akak akn mengalah jap..bg dia cool..then lps dia kenyang perut suka hati..kita bahas balik..kekekke..

    setakat ni ok je..xde yg tegang terlampau..biasa2 aje..

    ReplyDelete
  19. mmmm...btul tu kak yus..mmg penting,jgn pendam..seksa..

    ReplyDelete
  20. betul la kak kadang lain yang kita cakap lain pulak yang dia faham..adoi

    ReplyDelete
  21. Yus...dulu akak selalu memndam rasa...tapi kini dah pandai mengeluarkannya dengan cara yang betul...bukanlah dengan cara mcm nak gaduh...tapi kena cari masa yang sesuai... jgn main terjah je...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...