Kalau aku bertanya kepada Abid apa cita-cita dia bila besar nanti,
dia selalu kata, "Abid nak jadi Ultraman!"
Tak pernah bertukar cita-cita dia dari dulu aku bertanya sampailah sekarang.
Sekarang ada pembaharuan sikit.
Katanya, " Abid nak belajar sampai Jepun, nanti boleh jumpa Ultraman, bolehlah Abid pun jadi Ultraman."
Hahaha....nak belajar sampai Jepun tu ibu setujulah sangat.
Bolehlah ibu tumpang pergi melawat sana nanti.
Nak jadi Ultraman tu, cukup-cukuplah Abid.
Ibu tak rela......
Ok, itu kisah Abid.
Ni siapa pula yang nak jadi Spiderman ni kan?
Cer uolls tengok gambar di bawah ni....
Siapa lagi kalau bukan Arif Zakwan yang comel.
Tak padan dengan kecik, umur baru setahun sebulan.
Dah laju panjat pintu gril dapur tu sampai tingkat yang paling atas.
Aku tengah sibuk di dapur memasak untuk juadah berbuka masa ni.
Kakaknya bermain di luar, tapi pintu gril tu bertutup sebab tak mahu adiknya mengacau.
Apa lagi, tak boleh keluar, di panjatnya pintu tu.
Alia menjerit memanggil aku.
Terkejut juga tengok dia dah sampai atas tu, tapi terlihat pula hp aku di atas meja.
Ambil kesempatan snap gambar dulu...huhu
Bila ku panggil namanya boleh dia tersenyum simpul.
Geram sungguh melihat senyumannya itu.
Selesai gambar di ambil, cepat-cepat aku turunkan dia.
Terus aku berpusing ke belakang, baru nak letak hp di tangan ke atas meja.
Bila aku menoleh sekali lagi,
Tahu apa si kecik tu dah buat????
Adeh!! Anak aku yang kecik ni, memang ligat.
Aku rasa dia lah yang paling ligat dan cepat berbanding semua.
Boleh sempuuuuuuut di buatnya.
Terus aku tutup pintu tu, dan bawa dia ke bilik komputer.
Minta abangnya Aqil yang berada di situ jaga.
Ada hati nak jadi Spiderman agaknya??
Asyik nak memanjat saja...huhu.
Agak-agak kalau aku tanya dia esok, besar nanti nak jadi apa?
Ada tak dia menjawab seperti abangnya Abid tu...huhu.
Barulah dapat seorang Ultraman, seorang lagi Spiderman...
Haruuuuu!!!
dia selalu kata, "Abid nak jadi Ultraman!"
Tak pernah bertukar cita-cita dia dari dulu aku bertanya sampailah sekarang.
Sekarang ada pembaharuan sikit.
Katanya, " Abid nak belajar sampai Jepun, nanti boleh jumpa Ultraman, bolehlah Abid pun jadi Ultraman."
Hahaha....nak belajar sampai Jepun tu ibu setujulah sangat.
Bolehlah ibu tumpang pergi melawat sana nanti.
Nak jadi Ultraman tu, cukup-cukuplah Abid.
Ibu tak rela......
Ok, itu kisah Abid.
Ni siapa pula yang nak jadi Spiderman ni kan?
Cer uolls tengok gambar di bawah ni....
Tu dia!!!! Kalau boleh naik atas lagi memang dia nak sampai yang paling atas. Muka selamba tiada rasa takut apa, aku yang tengok seriau...huhu |
Tak padan dengan kecik, umur baru setahun sebulan.
Dah laju panjat pintu gril dapur tu sampai tingkat yang paling atas.
Aku tengah sibuk di dapur memasak untuk juadah berbuka masa ni.
Kakaknya bermain di luar, tapi pintu gril tu bertutup sebab tak mahu adiknya mengacau.
Apa lagi, tak boleh keluar, di panjatnya pintu tu.
Alia menjerit memanggil aku.
Terkejut juga tengok dia dah sampai atas tu, tapi terlihat pula hp aku di atas meja.
Ambil kesempatan snap gambar dulu...huhu
Bila ku panggil namanya boleh dia tersenyum simpul.
Geram sungguh melihat senyumannya itu.
Selesai gambar di ambil, cepat-cepat aku turunkan dia.
Terus aku berpusing ke belakang, baru nak letak hp di tangan ke atas meja.
Bila aku menoleh sekali lagi,
Tahu apa si kecik tu dah buat????
Nampak tu, sekali aku menoleh semula dah memanjat lagi pintu gril tu. Hampir separuh pula tu!!! |
Aku rasa dia lah yang paling ligat dan cepat berbanding semua.
Boleh sempuuuuuuut di buatnya.
Terus aku tutup pintu tu, dan bawa dia ke bilik komputer.
Minta abangnya Aqil yang berada di situ jaga.
Ada hati nak jadi Spiderman agaknya??
Asyik nak memanjat saja...huhu.
Agak-agak kalau aku tanya dia esok, besar nanti nak jadi apa?
Ada tak dia menjawab seperti abangnya Abid tu...huhu.
Barulah dapat seorang Ultraman, seorang lagi Spiderman...
Haruuuuu!!!
p/s: Terima kasih kepada semua yang meninggalkan komen di entri aku sebelum ni. Aku sangat-sangat menghargai keperihatinan anda semua. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kan. Ada masa rasa tak kuat juga, tapi aku beruntung punya suami yang sangat memahami dan banyak membantu....Alhamdulillah!
~ يوس ~
ya allah...beraninya aliff ni...
ReplyDeleteabid nak g jepun acik na setuju..nak jadi otomen tu...hurm....hahahaha
sabo jela kak oi
ligat!
ReplyDeleteAniq panjat takut2 lagi...baru lepas 1-2 level grill tu..hehe
hehe..memang merisaukan dengan anak lelaki kan yus..tapi pandai pulak siabid tu..nak belajar sampai ke jepun nak jumpa altromen..huhu,,anak2 makin hari makin pintar..
ReplyDeleteSeriau juga nengoknya..suka la tu rasa tinggi je dapat panjat naik tu ye, ariff..kalau sorang jadi ultraman, sorang jadi superman, jap lagi ibu lak tukar jadi hulk hijau hihi
ReplyDeleteAlahai Arif!!!!..tngginya pnjat....mmng betul2 spdrman tu...
ReplyDeleteYus... kakak senyum sendiri. Betul kata org budak lelaki memang aktif dia lain macam. Mesti ada aktiviti selagi tak tidur. Main pun cepat jemu kan Yus...
ReplyDeleteLincah sungguh dia nie...:)
hikhikhik..gelagat anak mewarnai hidup ye kak.. :)
ReplyDeleteTingginya arif memanjat kak, klu boboi mmg melasak ye, tu yg bdn nmpk susut, mana taknya melompat sana sini hihi
ReplyDeletelelaki ok lagi nak jadi superman ker otomen ker.. ni anak akaktu kalau tanya mesti nak jadi superman @ spiderman janji der man kat belakang sekarang nak jadi boboi boi lak.. letih nak mengabonya yang tu lelaki dik ya pompuan..
ReplyDeletememanjat tu memang gituler rupanya dah tak larat nak marah...
sungguh berani betul si Arif nie panjat sampai atas pulak tu......yelah dia nak ikut main kat luar si Kakaknya plk tutupkan grill.....anak Nurul yg kecik tu pun sama suka memanjat grill x sepadan dgn dirinya pompuan.....
ReplyDeletememang ada bakat jadi spiderman~keh keh~~
ReplyDeleteya allah berani betul si kecik nie....nanti jatuh kan takut betullah tengoknya
ReplyDeleteoklah tu..anak sis semuanya superhero..hahaha..
ReplyDeletehmm akak..memang ligat betul la ariff ni kan..mencabar jugak rasanya..huhu
ReplyDeletetak bertukar cita2 dia yer.. he..he.. ligat betul si kecik tu.. mmg time ni tak boleh terlepas pandang kan.. ada aje xtvt dia.. he..he.. klu kita cepat, dia lagi ligat..
ReplyDeleteAssalam yus..aduhai..sicomel ariff ni..nak kena jaga tu yus..takut jugak kan..tinggi dia memanjat ut..
ReplyDeletekalau dah namanya lelaki memang terer sesangat memanjat ;p
ReplyDeleteTU DIAAAAA.....
ReplyDeletebetuahnye dia memanjat cam tu...
aktif2..
nggeeee.... ngeri wey spiderman ko tu.. tak madan yg kenitnya..
ReplyDeleteseramnya tengok. kusss semangat. berani betul ariff nih
ReplyDeleteanak2 yus pakat nak jadi pewira.. oklah tu senang la nt...
ReplyDeleteabid tu cute la bila baca cerita dia... umur berapa?
@Sofya
ReplyDeletehujung bulan 11 ni, Abid baru 5 tahun Sofya..:)
sakan juga dia ye...sama mcm ank saudara D la mcm ni...si haziq tu...
ReplyDeleteKus semangat, tingginya Arif panjat.
ReplyDelete