Saturday, August 20, 2011

Home » » Otak vs Otak-otak

Otak vs Otak-otak

Satu hari di waktu berbuka sambil mengunyah otak-otak yang di beli oleh abahnya, Abid bertanya,
"Ibu!! Allah masukkan otak-otak ni dalam kepala kita lepas tu dia jahit ya ibu!"
"Itulah dalam kepala kita ada otak-otak kan ibu?"

#-o#-o#-o
Pening juga nak menjawab soalan anak macam Abid ni kan...
Orang Melayu kita ni pun, kenapalah makanan itu di panggil otak-otak...hihi.

Aku jawab, "Mana sama otak dan otak-otak. Sebutan pun dah lain, satu sebut sekali saja, satu lagi dua kali."
" Lagipun, kalau otak Abid kena makan, Abid boleh hidup ke?"

Abid diam.
Abid tersengih....
Senyum kambing...

Rupa pun berbeza tau Abid...
Ini otak! [image: carian google]
Ini pula otak-otak [image:carian google]
Harap Abid tak keliru....;).

Dan kalau menurut kamus Wikepidea ensiklopedia bebas Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi. [baca lanjut....]

Sementara otak-otak pula adalah isi ikan berempah. Ia dihasilkan dari isi ikan (biasanya ikan tenggiri) yang digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan. Campuran ini dibungkus dalam daun kelapa dan dibakar atau dikukus.[baca lanjut....]

p/s: Selamat Berhujung Minggu!! Kemana kita hari ini? ;)


~ يوس ~

17 comments:

  1. Hehe tersenyum baca entri ni, otak2 mmg sdp di mkn, satu tu 50sen kan kak?

    ReplyDelete
  2. budak yg cerdik memang berfikiran begitu..tiap kemusykilan pasti dicari jwapannya..smpi kita ssh nk jwb..

    ReplyDelete
  3. comel je soklan abid.
    sy blum pnh mrs otak2 yg ori. Slalu tbeli otak2 isinya rs sosej :(

    ReplyDelete
  4. Abid auntie dak bagi satu perkatan yg berbeza bila digandakan: -

    langit - langit-langit
    kuda - kuda-kuda
    layang - layang-layang

    abid tambahlah lagi dah tu tanya ibu cuba ibu boleh jawab tak...:)

    ReplyDelete
  5. assalam yus..insyaallah abid faham..siap dengan gambar tu

    ReplyDelete
  6. auni punya fav otak2 ni dari umur 6 bulan lg bg dia rasa...hihiii

    ReplyDelete
  7. bijaknya abid..suka budak tanya soalan cam gitu, comel je kan..

    ReplyDelete
  8. cheqna tak makan otak2
    abid abid...memang bijak la cara dia berfikir dan mengutarakan soalan..sib baik umi dia pandai memberikan penjelasan =)

    ReplyDelete
  9. Anak cerdik, soalan pun boleh buat kita lak suspens nak jawab. hehehehe

    Otak-otak ni makan panas-panas memang sedap.

    ReplyDelete
  10. tu la ank2 kan kak...sekali keluar soklan poning juga memikirkan jwpan yg nak dikasi...hehehehe...

    ReplyDelete
  11. ekekek x terfikir anak2 boleh tanye soklan mcm tuu kan :)

    kalau otak2 memang sedap di makan .. tetiba ieda teringin nak makan otak2 johor uhuhuhu

    ReplyDelete
  12. As'salammualaikum kak,

    Amy yakin lepas nie confirm adip akan faham , ibunya siap sertakan gambar tue...

    ReplyDelete
  13. teringat otak2 kempas kat bazaar ramadhan bangi..qema yang tak suka sgt otak2 pun bantai makan banyak sebab sedap.

    mesti abid duk bayang otak tu cam otak-otak kan hihi

    ReplyDelete
  14. budak2 skrg... lain betul cara mereka berfikir..
    ibu bapa plak kena gak panda jawab soklan mencabar ni hah

    ReplyDelete
  15. suker bli otak2 dari kilang member, balik bakar sendiri

    ReplyDelete
  16. wiwiwiw..
    petahnye die bertanye..
    cma kurang ckit mkn otak2..
    tp cma dulu ingatkan otak2 ni otak ikan..rupenye isi ikan..
    hehehe...

    ReplyDelete
  17. eheheh pandai abid tanya soalan....


    nak makan otak2 sedap kat kuala kemaman kak...kalo dtg sini, roger je sy

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...