بسم الله الرحمن الرحيم
Salam hari Khamis dan salam 18 Ramadhan buat semua....
Kesinambungan dari
entri semalam...
Melihat akan tajuk di atas, rasanya semua dah dapat meneka apa keputusan pemeriksaan mata aku semalam kan.
Ya! Aku masih belum boleh buat spek baru.
Tambah pula satu lagi masalah untuk mata kanan.
Kalau sebelum ni, mata kiri aku sudah menjalani
scleral buckel surgery.
Semalam mata kanan aku pula mendapat
eye laser treatment.
Apa yang boleh aku kata?
Sakit juga ya
laser treatment tu!!!
Nyut-nyut rasa mata ni.
Tapi tidaklah sekuat sakitnya seperti selepas buat
scleral buckel surgery tempohari.
Apa cerita semalam sebenarnya?
Aku sampai hospital pukul 9.50 pagi lebih kurang.
Kata temujanji pukul 10 pagi kan.
Tahu tak pukul berapa baru no giliran aku di panggil????
PUKUL 1.50 PETANG!!!!
Sabar menunggu sajalah dalam tu.
Nasib baik puasa.
Jumpa saja doktor, dia periksa mata kiri dulu.
Sebelum tu, 3 jam sebelumnya, kedua-dua mata aku sudah dititiskan ubat.
Ok. Keputusan untuk mata kiri....
Retina cantik melekat.
Tiada tanda-tanda koyak atau lubang lagi.
Tapi mata kiri, masih kabur!!!
Aku masih tidak boleh membaca kalau mata kanan di tutup.
Eye Vision untuk mata kiri : 3 jari.....huhu
Maksudnya, aku hanya boleh nampak 3 jari yang dia tunjuk pada jarak lebih kurang sedepa.
Sedih.....
.
Doc kata, tak boleh nak buat apa lagi dah.
Saraf mata aku sudah rosak katanya.
Tambahan pula, masa retina mata koyak dulu, ianya sudah menghampiri titik hitam tengah mata tu.
Mungkin inilah kesannya.
Ok, beralih ke mata kanan
Aku beritahu doc, seperti ada sarang labah2 berterbangan di mata kanan.
Apa lagi, mata kanan ni memang habis dia tenyeh.
Berapa kali entah dia letak ubat titik tu.
Letak lagi gel dalam mata.
Siap masuk kanta lagi dalam mata tu.
Keputusannya, seperti ada lubang pada retina mata kanan.
Suspicious kata dia.
Dan dia perlu
confirmation dari yang lebih pakar.
Makanya, kena tunggu doc yang lebih pakar ni habis buat
operation pula.
Dia suruh aku pergi solat dulu, pukul 3 petang datang semula.
Keluar dari bilik dia pukul 2.20 lebih kurang, ke surau di hospital tu.
Solat zohor, pukul 3 datang semula klinik pakar 3.
Menunggu lagi sehingga jam 3.20 baru namaku di panggil.
Doc yang lebih pakar pula melihat.
Kali ni tak guna alat yang biasa tu untuk periksa mata.
Alat kali ni di letak di kepala dia,
Ala-ala macam citer sains kat tv, macam helmet di kepala pun ada...haha.
Dalam gelap, di periksa lagi mata aku.
Sakit juga asyik di tenyeh2 mata kanan tu.
Dan keputusannya,
CONFIRM! ada 3 lubang pada retina.
Perlu di buat
laser treatment.
Aku diam saja masa tu.
Dalam hati ingatkan, minggu depan ke, lepas raya ke baru kena buat
laser treatment tu.
Sekali dia kata,
" akak pergi ke bilik untuk buat laser ya."
" Keluar dari bilik saya ni, belok kiri terus saja. Tunggu sampai saya datang ok."
Ha!!!!! Terus kena buat!!!
Dalam hati dup dap dup dap.
Makin kuat debaran jantung tu.
Penakut juga aku ni....hehe
Tunggu depan bilik
laser treatment tu, doc yang comel tadi pun sampai.
Serius, memang comel dan cantik sangat doc ni.
Masuk situ, gelap rasa dunia.
Duduk di tempat pancaran
laser tu.
Kedudukan kepala di betulkan.
Kemudian, kepala aku di gam dengan tali dari belakang.
Ini untuk mengelakkan kepala aku tak bergerak dari tempat letak kepala di alat
laser tu.
(Macam mana aku nak terangkan pun tak tahu ni. Bantai sajalah labu)
Ok, sekali lagi, mata di letak gel dengan banyak.
Proses mencari kawasan yang berlubang tadi agak lama juga.
Sakit mata aku di godek-godek dia.
Kemudian baru dia kata,
"Ok, kak. Saya nak mula ni. Saya letak power laser yang agak tinggi, jadi akak kena tahan ya."
" Kalau sakit pun jangan bergerak tau!. Sebut hmmm saja, nanti saya cuba kurangkan powernya."
Itulah ayat dari doc comel tadi.
Degupan jantung makin kencang.
Tangan aku memegang dengan kuat di tempat pemegang yang di sediakan.
Lalu terlihatlah pancaran
laser warna hijau.
Blink, blink beberapa kali.
Mula-mula tak sakit, lama-lama makin sakit.
Nyut-nyut rasa.
Aku hmmmmmmmm panjang nko!
"Tahan ya kak!"
Kata doc tu.
"Lubang belum tertutup ni, tahan sakit tu. Sikit saja kan sakitnya."
Iyolah sikit...huhuhu.
Ok, habis lubang yang pertama.
"Ok, kita rehat sekejap, lepas ni lubang kedua pula ya".Kepala aku di keluarkan dari situ.
Dia suruh aku pusing-pusing kan kepala sebentar, betulkan mana-mana otot yang tegang tu.
Proses berulang lagi untuk lubang kedua.
Habis saja, dia mencari pula lubang ketiga.
Tapi tak jumpa-jumpa.
"Eh! Mana lubang ni tadi? Dah tertutup sekali ke dari pancaran laser tadi?"
Oleh kerana dia tak dapat jumpa lubang ketiga tu selepas sakit seluruh mata aku di honggehnya (
ada ke bahasa ni?)
Maka dia kata, kita lihat pula 2 minggu lagi.
Dia suruh aku kembali ke bilik tadi, dah basuh gel dalam mata aku tu.
Sampai sana, dia tulis apa yang patut.
Sekali dia kata, minggu depanlah jumpa.
Dia takut lubang ke tiga tu tak tertutup lagi, cuma dia yang tak dapat cari.
Dan aku pun rasa lubang ke tiga tu masih ada kot.
Sebab kelihatan seperti satu nyamuk kecil berterbangan di mata kanan ni....huhu.
Apa pula akan berlaku minggu depan??
Laser treatment lagi rasanya......huwaaa.
Dan
uolls tahu tak pukul berapa aku beredar dari hospital tu.
Pukul 5 petang!!!
Mata tak berapa nampak,
Nak masak buka pun dah takde
mood.
SRD kata, kita singgah PARAM sajalah.
Beli lauk, balik rumah masak nasi.
Dan sempat juga SRD buat jemput-jemput ikan bilis.
TQ bang!
Apa pun, aku redha!
Pasrah!
Life must goes on!
Hari ini, aku akan kembali memandu.
Jadi
driver untuk anak-anak aku seperti biasa.
Hmmmmm.......
p/s: panjangnya celoteh aku kan....
.
Ada komen dari
ieda ajak aku pakai lens di entri sebelum ni. Huhu, aku tak berani. Doc kata, mereka yang pakai lens selalunya berisiko tinggi dapat retina koyak. Aku yang tak pakai pun dapat, kalau pakai, macam mana ya???? TAKUT!!
~ يوس ~