Saturday, December 31, 2011

Selamat tinggal 2011 | Selamat datang 2012

Tiba-tiba teringat lawak dari anakku Aqil tengahari tadi.
Perbualah akhir tahun satu keluarga di dalam kereta. En SRD abahnya berkata,
"Mulai tahun depan, duduk belakang pun kena pakai tali pinggang keledar tau!"
"Kalau tak pakai nanti polis tangkap"

Aqil menjawab;
"Tahun depan tu 2013 ya abah?"

Aku menyampuk;
"Apa pulak 2013, 2012 lah" 

Dengan selamba keluar jawapan ini dari mulut Aqil;
"Kalau 2012 tu bukannya setahun lagi bah, itu kan sehari je. Esok dah 2012 dah!"

Sungguh loyar buruk betul dia....huhu.
Apa pun itu tentunya antara satu kenangan manis sepanjang tahun ini.
Banyak yang manis berlaku dalam tahun ini.
Terutamanya dalam minat aku berblog.
Sepanjang aku mula mengenali blog dan menulis blog dari tahun 2006,
2011 merupakan tahun yang paling manis rasanya.

Manakan tidak, 2011 adalah tahun pertama aku dapat cash-out kan duit nuffnang,
walaupun dah letak iklan tu dari tahun 2009.
Dulu tak kisah dan tak tahu macam mana nak dapatkan earning,
sekarang dah pandailah sikit-sikit.

Dulu rasanya aku menulis lebih syok sendiri,
sekarang pun mungkin sama tapi adalah sedikit perubahan.
Aku dah kenal apa itu entri SEO.
Sedikit sebanyak, terbuat juga entri yang ada SEO.
Memang ada peningkatan dari segi trafik.

Dari dulu follower tak pernah jejak 100 pun.
Tapi tahun ini dia capai angka 100 dah dah melebihi 300 pun.
Tak sangka!
4 tahun pertama takde apa pun, tahun 2011 baru blog ni bernyawa...hehe.

Tahun ini juga mengeratkan lagi hubungan aku sesama blogger.
Aku dapat jumpa 5 orang sahabat blogger tahun ini.
Pertamanya Kak Anie di majlis perkahwinan anaknya.
Entri kenangan aku coretkan di sini.

Kedua aku dapat berjumpa dengan pakngah pemilik blog KomenSen.
Juga kerana majlis perkahwinan anaknya.
Entri kenangan aku coretkan  di sini.

Ketiganya aku dapat bertemu dengan mama sarah-najwan iaitu Kak Zia.
Perjalanan aku ke Kuantan mengikut SRD yang ada urusan di sana,
membuka ruang untuk aku bertemu dengan dia.
Dulu juga seorang blogger yang aktif, dan aku belajar menulis pendek-pendek,
ala-ala perenggan tak betul ni, dari blog dia.
Suka pula aku baca bila dia tulis begitu, walau panjang nampak macam pendek...hehe.
Sekarang tak aktif sebab berbadan dua, mabuk tak sudah ke Kak Zia..hehe.
Kenangan bertemu dengannya ku coretkan di sini.

Dan akhir sekali pada 14 December yang lalu,
bertemu dengan Kak Mulan , dan Kak Rina pula.
Sudah lama kenal di blog dari tahun 2006, akhirnya kami bersua muka di Kerteh.
Memang tak sangka.
Entri kenangan bersamanya ku coretkan di sini.
Kak Mulan masih aktif tapi Kak Rina dah lama sepi dari dunia blog, namun masih aktif di fb.

Sungguh, semua kenangan itu tak akan aku lupakan.
Kenangan paling manis 2011 sepanjang aku kenal dunia blog.

Banyak sebenarnya yang aku belajar dari blog.
Walaupun aku ni kira banyak juga celoteh di sini,
tapi kalau bersua muka aku belum tentu banyak cakap.
Entah ya! Kalau mula-mula jumpa macam malu-malu kucing pun ada.
Tapi kalau dah kenal, barulah mula hangat....ya kot.
Kena tanya blogger yang dah jumpa akulah ya...hehe.

Tahun ini juga menemukan aku dengan lebih ramai blogger di alam maya.
Makin tak sempat nak terjah dan bw semua.
Dan aku pun dah makin banyak idea menulis.
Satu hari 4 entri pun dah boleh.
Dulu??? Seminggu satu entri pun ada...hehe.

2011 juga mencatatkan satu ujian buat aku.
Tatkala aku tahu aku punya masalah retinal detachement,
pada mata kiriku di hari jadiku yang ke 35.
Dan sebulan kemudian,
pengalaman pertama kali mata di bedah di hospital Sultanah Aminah, JB.
Sempat jadi Pirate of the Carribean di entri ini...hehe

Aku pasti merindukan 2011.
Dan semoga kedatangan tahun baru 2012 membuka satu lebaran baru yang lebih bermakna.

Apa azam tahun ini??
Untuk diri dan keluarga, biarlah rahsia.

Untuk blog aku ini, aku ingin ianya lebih berkembang dengan baik.
Punya trafik yang boleh capai 500 ke atas sehari.
Pasti mengujakan, dan aku pasti berusaha untuk itu.
Moga aku tidak patah semangat.

Terima kasih pada semua rakan-rakan blogger yang menyokong.
Semoga persahabatan yang terbina akan terus erat dan lebih bermakna.

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat maya yus ya.
Yus sangat-sangat menghargainya.
Kalau pun mungkin kekerapan yus ke blog anda semua kurang,
itu tak bermakna yus lupa, cuma masa tak mengizinkan.

Kepada semua sahabat-sahabat blogku sekelian,
Selamat Tahun Baru 2012.
Semoga tahun ini akan menjadikan kita lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Teruskan berblog untuk semua ya!

~ يوس ~

Video Maharaja Lawak Mega Akhir : Osbon Juara, Boboi Naib Juara dan Jozan persembahan

Aku tak langgan warna,
Jadi selalunya kalau nak tengok pun memang dari youtube.
Dari awal berharap Boboi menang,
tapi selepas tengok persembahan mereka malam tadi,
SOKONG Osbon menang!
Memang terbaekkkk dari Osbon.

Osbon Maharaja Lawak Mega Akhir (Pusingan 1)




Osbon Maharaja Lawak Mega Akhir (Pusingan 2)




Boboi Maharaja Lawak Mega Akhir (Pusingan 1)




Boboi Maharaja Lawak Mega (Pusingan 2)




Video Persembahan Khas Jozan dalam Maharaja Lawak Mega Akhir




Bila dah tengok Osbon buat persembahan, rasa macam persembahan Boboi hambar.
Tahniah Osbon kerana menjadi Juara untuk Maharaja Lawak Mega.
RM350,000 milik mereka.
Memang patut mereka menang.
Os bolehlah bersara dari bawa teksi macam ni...
Apa pun Abon adalah nyawa kumpulan Osbon.
Setuju dengan Siti, Abon konfiden cantik bila jadi perempuan....haha.

Jozan pun best untuk persembahan.
Semua juri kena perli.
Terbaik untuk Chef Wan lah....hehe.
Memang terkena sungguh Chef Wan.....hihi.
Jangan ada yang kena saman sudah....

~ يوس ~

MyKad Struktur Baru Mulai 3 Januari 2012

Baru sebentar tadi dengar buletin pagi di tv3.
Serius baru tahu pasal ni, tapi bila check online, dah lama dah berita ini tersebar.

image dari tv3.com.my

Bermula 3 Januari ini, MyKad struktur baru akan dikeluarkan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya dan Shah Alam, Selangor.

Pelaksanaan di 13 cawangan utama JPN lain akan bermula selepas 10 Januari sebelum diperluaskan ke cawangan seluruh negara, 7 Februari depan.

MyKad struktur baru ini akan dikeluarkan kepada pemohon baru manakala pemegang Mykad lama digalakkan menukar kepada MyKad baru.

Hanya satu hari diperlukan bagi pengeluaran di 15 cawangan utama manakala di cawangan lain, tempohnya antara 10 hingga 30 hari bekerja.

Kadar bayaran kekal tanpa sebarang caj tambahan.

Struktur baru ini memiliki tiga belas ciri keselamatan berbanding enam pada MyKad lama.
Selain menangani masalah kualiti MyKad, ia bertujuan mengekang aktiviti pemalsuan.

DATUK JARIAH MOHD SAID/KETUA PENGARAH JPN 

"Dulu satu gambar sekarang ada dua, satu besar dan satu kecil ghost image, bawah ada ic no yang tak nampak mata kasar, jadi tak boleh dipalsukan."

Perbezaan utama reka bentuk kad yang diperbuat daripada bahan polikarbonat dan cip baru lebih tahan lama.

Ciri lain, teknologi turisan laser pada permukaan kad.
MyKad baru mengekalkan ciri aplikasi sedia ada dan pelbagai gunanya.
Sumber: tv3.com.my/beritatv3

Aku lama juga plan nak tukar MyKad ni tapi asyik tertangguh aje.
Saja nak tukar guna alamat rumah sendiri.
MyKad sekarang masih guna alamat rumah ayah.
Sekarang dah jadi orang sini, patut tukar alamat sinilah kan.
Penukaran struktur baru ni buat aku tambah semangat nak tukar.
Menarik!

Cer tengok image ini, sebab ianya lebih jelas tentang apa yang akan berrubah dari yang sekarang.

image dari sini
Melangkah ke tahun baru, semua pun nak buat baru.
MyKad pun baru....hehe.

~ يوس ~

Friday, December 30, 2011

TV3: Sila tukar waktu siaran Slot Akasia pleaseeeeee!

Semalam, sana sini sibuk bercerita tentang slot Akasia Tentang Dhia.
Semalam episod akhir, dan aku sempat tengok cerita tu 5 minit terakhir aje.
Sebelum ni tak pernah tengok pun...huhu
Memang jarang sekali mengikuti Slot Akasia ni
sebab waktu siarannya  macam tak berapa sesuai!

Kenapalah nak siarkan drama best-best waktu maghrib?
Boleh buat ramai yang leka tau!

Terbaru, yang bakal keudara di Slot Akasia ialah drama Gemersik Kalbu.
Lama tak tengok Ayu Raudhah berlakon.
Rasa rindu nak tengok lakonan dia.

Sinopsis Gemersik Kalbu baca sini.

Pasti ramai yang sependapat dengan aku kan.
Aku print screen komen dari laman gua.com yang rata-rata berharap slot ini di tukar waktunya.




















Agak-agak pihak tv3 baca tak?
Rasa ramai je orang melayu kat situ.
Tak kan sorang pun tak boleh suarakan benda ni?
Pleaseeee, pleasee, pleaseeeeee....
Tukarlah waktu siaran tu!!!....huhu.

~ يوس ~

Terkena batang hidung sendiri...huhu

Dia memang rajin mandikan adiknya.
Aku dah tak perlu sibuk nak mandikan si Arif sekarang.
Kakaknya Alia dah boleh mandikan dia.

Hari ini dia mandikan adiknya lagi.
Selesai mandi, sewaktu aku sibuk memakaikan baju adiknya,
mulut dia tak berhenti bercerita.
Itu ini, begitu, begini.
Semua cerita perihal apa yang berlaku di dalam bilik air sewaktu mereka mandi.
Macam bertih jagung nko!!
Macam mak nenek pun ya.

" Dah! Cepat pakai baju tu, membebel aje!"

"Alah! Orang membebel sikit pun tak boleh. Ibu tu membebel banyak boleh aje!"

Kan dah kena batang hidung sendiri!
Ketawa aku berdekah dengar jawapan dia,
tapi dalam masa yang sama mula terfikir.
Aku ni banyak sangat bebel dengan anak ke???
Huhuhu......

Takutnya kalau muka aku membebel macam ni...errkk.[kredit pic to syarq.blogspot.com


~ يوس ~

Ibu! Buat cendawan goreng tepung ya!!

Jarang sekali nak dengar anak-anak aku request makanan untuk aku masak.
Biasa bila aku tanya,
"Apa-apa pun boleh ibu!"

Atau paling lebih mereka nak telur goreng.
Tapi sejak pertama kali aku buat cendawan goreng tepung hari tu,
semalam ada yang minta nak cendawan goreng tepung lagi.
Siapa????
Anak aku yang paling banyak mulut Abid Zulfan ..:x
Siapa lagi??? hehe.

Dan bila anak dah minta tu, tambah seronok nak buat selalu kan.
Kalau tak balik-balik lauk hampir serupa aje.

Aku tak ingat nampak di blog siapa.
Serius aku tak tahu pun sebelum ni cendawan sedap kalau di goreng tepung begitu saja.
Kalau tak tahu itu cendawan, dah rasa macam sotong goreng tepung pun ya juga.
Sungguh aku ketinggalan rupanya.

image hasil carian google
Aku tak tahu macam mana resepi dari orang lain untuk cendawan goreng tepung ni.
Tapi aku bantai sama aje macam aku buat sotong goreng tepung.

Kalau ikut cara aku;

  • Cendawan di siat kecil sedikit, basuh dan di lomor dengan sedikit garam, kunyit, dan serbuk lada hitam
  • Pukul telur dan kemudian masukkan cendawan tadi ke dalam telur.
  • Letakkan tepung jagung dalam satu bekas, ambil cendawan dari adunan telur tadi satu-satu dan gaulkan dengan tepung jagung tadi.
  • Siap untuk di goreng...angkat dan hidang.

Cendawan goreng tepung semalam, sekali buat terus licin.
Tak sempat ambil gambar, letak gambar dari mr google jelah...hehe.
Dan yang pasti gambar tu tak serupa macam yang aku buat,
sebab aku siat kecil2 cendawan tu, tapi dia besar-besar.

Korang mesti dah biasa buat dan makan kan.
Aku baru dua kali, tu yang jakun tu....hihi :p.

~ يوس ~

Ombak Rindu di 'cetak rompak' di Youtube!

Dari semalam, bila buka fb,
ramai yang berkongsi link untuk menonton Ombak Rindu di Youtube.
Full movie tu!!
Mula-mula aku macam tak percaya, tapi bila klik linknya, eh! betul lah!

Dalam hati dah terfikir dah, boleh ke di upload di youtube secara langsung begitu.
Memang dah kira cetak rompak terang-terangan ni.
Biasa yang aku dengar orang download movie pun, takdelah terang-terang di youtube.
Ada je cara lain kan.

Sekali keluar dalam BH Online hari ini, berita bertajuk;

Ombak Rindu 'cetak rompak' di YouTube

Aku percaya lepas ni, mesti filem ni akan di remove dari youtube.
Tapi buat masa ini, siapa yang belum tengok tu, bolehlah terjah sana...:D


Untuk aku, sebab dah tengok di panggung, takde rasa nak tengok lagi di sini.
Lebih kepada nak tengok 3 idiots berulang-ulang kali.
All is Well!

~ يوس ~

Thursday, December 29, 2011

Hitamnya mee goreng itu!!!

Teringat aku bila berbual-bual dengan ibu mertuaku.
Dia selalu kata, dia suka bee hoon goreng berbanding mee goreng.
Kalau dia nak makan mee goreng pun, dia pastikan mee goreng itu tidak hitam.
Ibu mertuaku sedikit alergic dengan mee kuning sebab katanya ada angin.
Bila makan mee, badan jadi sakit-sakit.

Aku kalau buat mee goreng suka nak letak kicap.
Tapi teringat pula ibu mertuaku yang tak suka mee dengan kicap berlebihan.
Kalau ada peluang buat dan kebetulan ibu mertua akan merasa sikit,
akan ku cuba kurang-kurangkan amaun kicap tu.
Bagi aku pula kalau tiada kicap langsung, tak sedap pula.

Tapi pengalaman makan mee goreng
semasa menginap di Intekma Resort Shah Alam yang lalu,
memang tak boleh lupa.
Bukan aku makan mee di resort itu, tapi SRD beli dari luar untuk sarapan aku.

Aduhai!!! Hitam legamnya.
Takut aku tengok!!
Sekali rasa je dah rasa masin kicap sampai naik ke kepala.
Patutlah ibu mertua ku tak suka mee goreng hitam.
Kalau dah gini rupanya, korang rasa berselera nak makan tak??

Mee goreng hitam yang SRD beli untuk aku bersama nescafe susu yang aku buat.
Hitam kan!
Wahai peniaga di luar sana, janganlah masak hitam sangat ya!
Takut pelanggan tengok,
lebih-lebih lagi dapat pelanggan macam ibu mertua aku....;)

p/s: untuk aku, walau dia hitam legam aku telan juga dengan muka yang kelat sebab lapar ...huhu

~ يوس ~

3 Idiots buat blog aku popular sekejap (^_^)

Entri hangin aku dengan TV3 malam tadi pasal 3 idiots buat blog aku popular sekejap.
Dan hati aku jadi sejuk bila tengok UV naik cepat kerana 3 idiots.

Baru pukul 9.15am, dah ada 111 UV. Tak pernah sebelum ni tau!

Keywords yang terpapar pada akaun nuffnang semua yang masuk blog ini cari 3 idiots.

Dari atas ke bawah, hampir semua 3 idiots.
Bila aku sendiri cuba google 3 idiots di tv3, blog aku duduk ranking 1 dalam senarai...

Yang pertama dan yang ke dua muncul menuju ke blog yus-our life
Apa maksudnya??
Memang ramai yang geram dengan tv3 malam tadi.
Dan memang ramai yang suka cerita 3 idiots ni.
Aku sendiri bukan pertama kali tengok cerita ni semalam.
Tapi tak tahulah, cerita ini memang best.
Ada daya tarikan yang tinggi.
Patutlah super duper box office kan.
Banyak pengajaran baik di sebalik cerita ini.

Satunya, kita patut belajar bukan kerana ijazah,
tapi kerana ingin menuntut ilmu.
Macam Ranchos, dia seorang pelajar pintar.
Belajar kerana dia sangat dahagakan ilmu.
Melihat skop berjaya tu bukan untuk segulung ijazah atau nama.
Dia sendiri belajar pun menggunakan nama orang lain.
Sehingga kawan baik sendiri pun tak tahu nama sebenar dia.
Tapi akhirnya dialah yang paling berjaya.

Filem ini memang aku bagi 5 bintang + + + + + + + +.
Jalan cerita langsung tak boring.
Asyik gelak aje, tapi banyak yang kita belajar darinya kan!

Nota kaki: Oleh kerana 3 idiots telah memberi impak baik pada blog ini, aku dah kembali ceria. Sejuk dah hati aku yang panas malam tadi...;) :).

~ يوس ~

3 Idiots : TV3 buat aku hangin! Tapi rupa-rupanya....

image ehsan google
Siapa tengok 3 idiots di tv3 tadi?
Aku tengok dari mula sampailah dia berhenti untuk tv3 nightline.
Punyalah aku sabar menunggu berita habis.
Nak sangat tengok kesudahan cerita tu tadi.
Bila saja tiba pukul 12.30 malam, tercongoklah depan tv ni.
Best citer ni!
Serius! Banyak pengajaran daripadanya.
Bukan seperti cerita hindi biasa.

Tiba-tiba, tak juga muncul sambungan 3 idiots yang aku nanti.
Mana ni weh!!!
Aku sabar menanti ni!
Kenapa tiada??????
Geram dah ni!!!
Apahal lak rancangan nyanyi-nyanyi dari penyampai hotfm dan artis-artis lain.
Aduh!!

Siap aku ambil gambar ni sebagai bukti!

Cer tengok! Dia tulis situ sambungan 3 idiots dari 12.30am sampai 1.30am kan.
So, dari ikut logik akal aku, sambungan dia hari inilah kan.
Selepas berita nightline tu.
Harus komplen ni!!!
Mana boleh macam ni???
Suka-suka je nak tayang filem, sekali tak habis.

Bukalah fbpage TV3.
Konon nak komplen kat sana.
Sekali nampak di wall fb page TV3 Malaysia tu.
Tertulis status ini....

Lorrr. Apa kes??
Baru ku tahu sambungannya esok.
Adeh!! Terus tak jadi nak komplen.
Tapi hati aku tetap panas.
Sebab tak tahu tadi kan.
Kalau dah begitu, janganlah ada kat screen tv bahagian info tu tertulis seperti ada sambungan.

Bukan aku aje hangin.
Bila buka twitter, hampir semua yang tengok 3 idiots hangin.

Aku print screen sikit aje...


Oklah. Ingatkan malam ni habis terus.
Rupanya esok baru habis.

Barulah nampak image ni di fb wall TV3.
Ada part 1 dan part 2 ke??
3 idiots yang tak idiots sebenarnya.
Mereka semua bijak, especially Ranchos @ Chote @ Phunsukh Wangdu @ Amir Khan...hehe.
Dan yang paling idiots sebenarnya.....(rasa korang tahu jawapannya kan!)
Ok, ok, aku tunggu esok jelah ya....huhuhu

Nota kaki: Mood geram tak jadi nak komplen...grrrrrX-(.

~ يوس ~

Wednesday, December 28, 2011

Boboi MLM akan ke layar filem

Siapa tengok Maharaja Lawak Mega??
Minggu ini minggu akhir kan.
Macam dah dapat agak siapa pemenangnya ya tak?
Aku memang suka kumpulan Boboi.
Dalam semua episod,
Boboi yang menggabungkan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik memang sentiasa konsisten persembahannya.

Dan kini dengarnya Boboi akan di filemkan pula.
Boboi bakal memulakan penggambaran filem
Boboi, Best Friend Forever (Boboi, BFF) pada penghujung Januari nanti.
Mesti gempak ni kan.

Jenama Boboi ke layar filem
BELUM pun sempat pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) berakhir, tuah nampaknya sudah menyebelahi kumpulan Boboi yang sudah mula mengorak langkah lebih jauh ke depan.
Sama ada mampu bergelar juara atau sebaliknya, Boboi akan terus abadi di fikiran peminat selepas ini.
Tidak mahu nama Boboi terus dilupakan selepas MLM melabuhkan tirai Jumaat ini, kini dua penggerak utama Boboi, Afdlin Shauki dan juga Harun Salim Bachik, optimis jenama tersebut mampu melangkah lebih jauh.
Baca Lanjut>>
Sumber: Utusan Malaysia Online

Antara persembahan Boboi yang aku paling suka ialah masa separuh akhir yang lalu.
Pada tajuk Puteri Gunung Ledang tu.
Aku gelak tak hingat punya...huhu :)) :))




Moga kumpulan Boboi akan menang Jumaat ini.
Hadiah utama RM350,000 tu!
Kalau dapat kayooo omak...hehe :p.
~ يوس ~

Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam Aduh Sayang

Untuk Slot Cerekarama Sabtu ini,
31 Disember, 2011 jam 9 malam.
TV3 akan menyiarkan cerita bertajuk Aduh Sayang
yang menampilkan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sebagai pelakon utama.

Aku minat tengok mereka berdua ni.
Tak sabar nak tunggu Sabtu ini.
Jom tengok sikit gambar-gambar mereka dalam cerita ni nanti.

Lalok sungguh si Remy...hihi

Cantik Tiz Zaqyah di sini kan.

Amboi! Kata 2 orang anak, kenapa ada 4 di sini??

Aksi ni paling tak menahan!

Sinopsis Cerita:


Aduh Sayang berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun. Sejak mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus. Keadaan ini disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama seminggu supaya mereka boleh berehat.
Nani dan Shidi bersetuju lalu Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama nenek dan datuk mereka. Walaupun merindui anak-anak, Nani dan Shidi kelihatan lebih tenang dan bersemangat di tempat kerja kerana mendapat rehat yang secukupnya sejak ketiadaan anak-anak mereka.
Namun, mereka dikejutkan dengan berita penjaga rumah asuhan tempat mereka menghantar anak telah ditanggap kerana terlibat dengan sindiket menjual budak…

Pelakon: Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Rahim Omar, Fatimah Abu Bakar.

SUMBER: gua.com.my

Slot Cerekarama sekarang memang banyak yang best-best kan!
Harap-harap cerita Aduh Sayang ni pun tidak menghampakan.

~ يوس ~

Pembelian Buku dan Program Transisi Murid Tahun 1, 2012

Hari ini ada aktiviti seperti tajuk di atas di sekolah.
Tahun ini tidak terlibat untuk Program Transisi tahun 1.
Tapi aku tahu ramai yang masuk blog aku untuk tajuk Program Transisi tahun lepas.
Mesti sebab ramai ibubapa yang nak tahu apa itu Program Transisi ya.
Kalau ikut dari pengalaman aku, tiada apa pun.
Taklimat dari guru, cerita pasal KSSR dan majlis suai kenal antara murid-murid tahun 1.

Ok. Sessi membeli buku anak-anak untuk tahun hadapan berjalan lancar.
Senang dan mudah di SKS ni.
Semua guru kelas dah menunggu di kantin,
dan semua buku yang perlu di beli dah siap di masuk dalam beg.
Tinggal bayar dan ambil aje beg tu.
Semua dah tersedia.
Cepat dan ringkas.
Aku suka!!!

Lebih suka lagi, bila jumlah bayaran keseluruhan untuk anak-anak aku,
tidak melebihi amaun RM100 setiap seorang.
Kiranya duit wang bantuan khas yang aku terima tu
memang cukup untuk buku-buku + duit PIBG mereka.
Alia punya RM90.70, dan Aqil punya RM99.00.

Cukup pandai cikgu mereka ni kan.

Dari senarai tu, aku tengok yang telebih budak tahun 4,5 dan 6 kalau campur wang PIBG.
Tapi sebab Aqil tak perlu bayar PIBG, Alia dah bayar so masih di bawah RM100.
Sumbangan PIBG hanya untuk seorang murid bagi satu keluarga.

Gambar-gambar yang sempat aku ambil sewaktu membeli buku di sekolah tadi.


Semua buku yang perlu di beli dah di masukkan dalam beg. Aqil sedang melihat cikgu kelasnya tahun hadapan menulis resit bersama abahnya. Aqil dapat beg warna oren.

Alia yang dah siap beli buku. Untuk Alia aku yang belikan. Dia dapat beg warna pink. Di belakang tu, kelihatan murid-murid tahun 1 bersama ibubapa mereka mendengar sessi taklimat untuk Program Transisi Tahun 1 2012.
Hari Ahad ini, acara beli buku untuk sekolah agama pula.
Anda yang ada anak-anak bersekolah, dah beli buku ke?
Cukup tak wang bantuan khas yang di perolehi sebelum cuti hari tu?

Kalau nak campur untuk baju-baju dan kasut, memang tak cukuplah kan.
Apa pun alhamdulillah, wang sumbangan tu memang ada gunanya.

:x :x :x
~ يوس ~

Anak-anak : Tengok dari pusat ibu???

Dialog lucu yang tak mungkin aku lupa antara Aqil dan Abid.
Arif adik mereka sangat pantang apabila nampak kucing.
Kalau ada kucing saja, mesti cuba di kejarnya.
Tapi bila kucing itu dekat, dia menjerit takut...hehe.

Makanya tiba-tiba dialog-dialog ini keluar antara kami anak beranak,
pagi ini ketika Arif sibuk mengejar kucing.

Abah: Macam Aqil kecik-kecik dulu. Suka sangat kucing.

Abid: Ha'ah kan abah. Aqil tu suka sangat kucing, sama macam Arif.

Aqil: Mana Abid tahu? Masa Aqil kecik Abid belum lahir lagi. Abid kan masih dalam perut ibu.

Abid: Abid tahu!!! Abid nampaklah. Abid tengok Aqil dari pusat ibu!

Kami semua ketawa.....:)) :)) :))

Aku: Dari pusat ibu??? Biar betul Abid ni? Boleh nampak ke?

Aqil: Entah Abid tu! Ingat pusat ibu tu mikroskop ya?

Alia: Kalau masa Aqil kecik, Alialah dalam perut ibu, bukan Abid! Kan ibu!

Ketawa kami dengan telatah mereka.
Tapi Abid memang lucu.
Boleh pulak dia ingat pusat aku tu macam teropong ke dunia luar dari dalam perut tu ya?
Hihihi...:)

Gambar selingan. Aqil, Alia, Abid dan abahnya satu ketika dulu di Chatsworth

~ يوس ~

Tuesday, December 27, 2011

Ada yang mahu kereta Honda ini?


Berita Harian Online                                                                                                  KAKITANGAN Honda dikelilingi ratusan kereta Honda Motor yang tersadai susulan banjir yang melanda Kilang Automobil Honda di Taman Perindustrian Rojana, Ayutthaya, iaitu 80 kilometer utara Bangkok. Honda akan memusnahkan 1,055 kenderaannya yang diterima 8 Oktober lalu menerusi pendekatan mesra alam termasuk memampatkan rangka dan kitar semula bahagian yang diperbuat daripada aluminium serta getah. - Foto Reuters
Sumber: http://www.facebook.com/bhonline

Banyaknya yang tersadai.
Kalau claim insurans pun, dapat untuk semua ke ya?
Semuanya akan di musnahkan?
Biar betul?

Dari komen pembaca, ada yang kata akan di buat recon,
banyaklah jadi kereta potong nanti.
Macam-macam lagilah.
En SRD aku dari dulu berangan nak pakai Honda, tapi tak pernah dapat sebiji pun.
Bang! Kalau dah jadi macam ni, agak-agak ada yang hendak ke?

~ يوس ~

Jom Tingkatkan Ranking Alexa!!


Pagi ini aku nak join segmen dari diana ni.
Jom tingkatkan rangking Alexa.
Menarik!
Mula-mula macam blur-blur sebab tak pernah buat review alexa untuk blog orang.
So, cuba dulu review blog diana.
Ok, takdelah susah sangat, guna fb akaun untuk log in alexa pun boleh.
Makanya, nak cuba jugalah ikut segmen ni.
Boleh tengok apa review dari blogger lain tentang blog kita...hehe.
Dalam masa yang sama, kita pun kena review blog orang juga.

Image di bawah ni adalah untuk rekod aku.

alexa rank blog aku pada 27 Dec 2011. Sedih, takde 1 review pun..eceh!

Alexa ranking aku hari ini sebelum bermulanya segmen ini.
Aku saja nak tengok, apa perubahan selepas segmen ini berjalan nanti.

Korang pun nak join sekali??
Jangan lupa terjah blog diana ya.
Sila klik pada banner di atas tu pun boleh.
Tarikh tutup penyertaan 1 Januari 2012.

~ يوس ~

Ra.One : Shah Rukh Khan dan Kareena Kapoor

[image dari sini]
Aku baru habis menonton movie terbaru dari Shah Rukh Khan bertajuk Ra.One.
Kalau siapa yang baca blog aku dari dulu, mesti tahu aku suka tengok filem hindi,
lebih-lebih lagi kalau heronya SRK.

Sudah lama terbiasa dengan watak SRK yang romantik,
untuk Ra.One aku macam sedikit kecewa.
Takde feel romantik sangat.
What do you expect?
Dah tentu ini filem aksi, tak kan nak over romantik kan?
Hahahaha....

Filem yang agak menarik.
Memang menghiburkan, dan kesan digital yang sangat baik!
Memang patut pun sebab pembikinan filem ini di katakan menelan belanja yang sangat tinggi.

Gandingan SRK dan Kareena ok.
Aku suka tengok budak yang jadi anak SRK dalam filem ini.
Dan paling tak sangka, yang nyanyi lagu dalam filem ini bukan orang India rupanya.






Ok, cuba korang dengar lagu di atas.
Suara penyanyi yang konon suara SRK tu.
Nama penyanyinya Akon.

Inilah Akon penyanyi lagu Chamak Challo tu. [image ehsan google]
Bila cuba cari siapakah Akon ini??
Dia adalah seorang penyanyi R&B dari Senegal dan pertama kali datang ke US ketika berusia 7 tahun.
Orang Afrika rupanya!
Aku tak pernah tahu penyanyi bernama Akon sebelum ni ya...hehe.
SRK dan Kareena bersama Akon. [image ehsan google]
Keseluruhan aku bagi 3.5 bintang saja untuk filem ni.
Takde feel macam selalu bila tonton filem dari SRK.
Satu je yang sama, SRK lucu dan Kareena cantik...hehe.
Namun satu percubaan yang bagus dari SRK.
Harus keluar dari kepompong lama, mana boleh bawa watak hampir serupa aje kan.


~ يوس ~

Monday, December 26, 2011

Pertama kali ke Domino's Pizza

Rasanya dah banyak kali buat entri anak-anak aku suka makan pizza.
Tapi setiap kali pun mestilah ke Pizza Hut.
Tak pernah kami semua jejak kaki ke Domino's Pizza ni.
Tambahan pula di BP tiada restoran ini.

Hujung minggu lepas balik Melaka singgah di Keluargaku.
Dekat-dekat situ nampaklah restoran Domino's Pizza.
Ada can nak rasa ni.
Ngendeng dengan SRD, dia pun on saja.

Masuk dalam restoran, terus blur-blur tak tahu nak order apa.
Al-maklum tak pernah makan di sini kan.
Kami decide take away saja.
Bolehlah emak dan ayahku rasa sekali.

Makanya, untuk pertama kali ke Domino's Pizza, inilah yang kami order.

Kotak dia cantik!..:p.
Yang ni aku tak tahu apa ya. Ada ayam goreng madu, chicken nugget berperisa tomyam, satu lagi tu rasa apa ntah, dan chicken onion rings kot. Serius tak tahu nama betul menu ni. Korang yang biasa makan di Domino's Pizza bolehlah beritahu ya...hihi.
Ini BBQ Chicken pizza
Ini pula chicken pepperoni pizza
Untuk semua di atas kami bayar dengan harga RM66 lebih kurang.
Tak ingat exact figure.
Mahal ke murah ya?
Untuk kami macam lebih kurang je harga dengan pizza hut.
Tapi untuk rasa, Domino's Pizza ni kureng sikit.
Pizza dia pun nipis aje.

Takpelah kot walau takde kat BP.
Lepas ni kalau nak pizza kami pasti ke tempat yang selalu kami pergi.
Orang kata takut kempunan, sekurang-kurangnya dah pergi merasa.
;) :p.

Tapi untuk anak-anak aku, kalau dah namanya pizza tu, licin mereka bedal.
Kata favourite kan....hehe :x
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...