Wednesday, January 14, 2009

Home » » Inai di jari tangan dan kaki???

Inai di jari tangan dan kaki???

Anak dara aku yang seorang ini memang pantang duduk diam. Ada saja yang nak di kerjakan. Ni hari Isnin lepas lah ni, hasil kerja tangan dia mengerjakan lipstick aku yang tersimpan dalam handbag.



Aku pun tak pasti apa motif dia. Terkejut aku dalam lena bila saja Aqil jerit " Ibu Alia main kaler. Dia conteng-conteng".Dalam kepala otak aku, ingatkan dia conteng dinding macam selalu. Dalam mamai, sempat lagi aku bertanya, "Alia conteng kat mana tuh?". Tak perasan pun kaki dan tangan dia dah macam tuh. Aku melilau cari di segenap ruang, tidak pula aku nampak hasil kerja tangan dia yang baru." Hai, Aqil! Mananya kata Alia menconteng tadi?" Aqil seperti biasa khayal saja dengan cartoon networknya. Ku fikir takde apa-apalah kot.

Aku tengok jam dah pukul 6 petang. Macam biasalah budak-budak nih, bila pukul 6 saja masing-masing menderu keluar dari rumah. Dah tak boleh di tahan-tahan lagi. Aku kata tunggu dulu pun tak di ambil kisahnya.

Bila saja aku di luar memerhatikan mereka bermain, barulah aku perasan tangan dan kaki Alia dah berkaler-kaler.



"Eh! Alia kaler pakai apa nih? Aqil!! Tadi Aqil kata Alia main conteng-conteng, Alia conteng tangan dan kaki nih ker?"

"Ha'ah Ibu. Dia conteng tangan dia."

"Kenapa Aqil tak cakap betul-betul tadi. Alia guna apa nih?"

"Alia pakai yang dalam beg ibu tuh. Yang letak kat mulut tuh. Macam nih". (sambil menunjukkan aksi dia pakai lipstick di bibir )

Punyalah geram aku dibuatnya. Tapi aku tak terus marah. Terus melulu jer cari handbag aku. Cari-cari didalamnya, jumpalah aku lipstick aku yang seingat aku masih panjang lagi, tiba2 dah jadi kontot + senget sikit.... mad.Terus keluar melihat Alia semula. Tak jadi aku nak marah bila tengok tangan dan kakinya. Tapi, muka Alia memang dah pucat juga. Tahu dia aku macam nak marah. Terus aku capai kamera dan ambil gambar-gambar dia tuh.

"Kenapa pakai lipstick ibu kat tangan dan kaki. Alia ingat nih inai ker?"

"Ha'ah. Cantikkan ibu!"

madrolleyes Huwaaaa!!! cantik kata dia. Sabar jerlah.

Nilah budak yang perasan cantik pakai lipstick kat tangan dan kaki dia. Tuh muka pucat semacam tuh, tgk muka ibu dia masam mencuka.

Nasib tak penyek2 macam dulu2, waktu dia masih kecil. Dah pandai menggunakan dengan cara yang betullah kiranya Alia nih. Masih boleh guna lagi. Alhamdulillah...lol

11 comments:

  1. berinai plaks anak dara yus nih.......

    ReplyDelete
  2. kak yus kena la pakaikan dia inai yg real.. dia teringin kot...hehehe

    ReplyDelete
  3. Yus...meh beli inai ngan akak...murah je...3 tiub RM10 aje...

    Hehehe...kalau perempuan tu perempuan jugakkan...

    ReplyDelete
  4. ajzie: alia nih mmg selalu mcm2..hehe

    ms minnie: mungkinlah kot. Dulu pernah gak pakaikan dia inai, kakak ipar punya, tuh yg dia teringat2 tuh kot

    kak anie: ooo yer ker kak. Boleh juga. Nnti yus add akak dalam ym yer. Boleh berurusan lebih lanjut.

    ReplyDelete
  5. kak anie:ooo yus tahu. Akak ada blog Anie's Business tuh kan. Nnti yus tgk cara nak beli di blog akak..:D

    ReplyDelete
  6. Pelik gak tgk bdak2 nih..kecik-kecik nak melawa jer dah besor nanti jangan selekeh plak. hihi..ke mak dia masa kecik dulu macam tuh jugak.....mesti tu sama tu...

    ReplyDelete
  7. Mohd Khairi: errkkk nih en Khairi mana nih?? Kery ker?? Cara ckp macam awak ler. Tp kalau bukan, salam kenal dari saya. Minta maaf serkap jarang jer.

    Erkkk, mak dia kecik2 suka melawa, tp dah besar biasa2 jer..hihihi

    ReplyDelete
  8. sungguh kretip.....alia buat lagi...nanti mama bleh bukak kilang lipstik..he..he..

    ReplyDelete
  9. wakakaaaa.. bijak betol alia ni..

    ReplyDelete
  10. hahahah....abis la gincu maknyer. lepas ni dia mintak dye rambut plak...hehehe

    ReplyDelete
  11. alia: amboi-amboi! ada gak yang beri galakan yer..huhu

    mulan: alia nih mmg terlebih2 kadang tuh, tak larat layan...huhi

    zek-zek: itu terlebih sudah ..tuh..huhu

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...