Monday, January 12, 2009

Home » » Main-main depan rumah dan Aqil masuk kelab taekwando

Main-main depan rumah dan Aqil masuk kelab taekwando

Sekarang ni setiap pukul 6 petang, mulalah budak2 nih ajak keluar rumah. Masing2 sibuk nak bermain basikal di luar. Aku jer yang malas selalu tuh, sebab kereta banyak juga yang lalu-lalang. Budak2 bertiga nih pulak selalu buat derk jer bila kereta datang. Masing2 berlagak macam jalan tu rumah mereka sendiri. Kereta pulak yang terpaksa tunggu mereka beredar dengan lenggang-kangkungnya...mrgreen.

Kesian pula tengok mereka bermain di dalam rumah saja. Aku layankan jugalah kehendak mereka nih. Lagipun, aku sendiri mahu mereka penat sepenatnya supaya malam mereka akan senang tidur. Kalau tidak, selagi belum pukul 11.30 masing2 mata segar bugar. Tak tahulah dapat tenaga dari mana. Masing-masing hyperaktif. Aku yang tak larat di buatnya. Tapi lepas tuh, suruh bangun pagi liat pula.

Di bawah ni gambar yang sempat aku rakamkan hari Jumaat lepas.

Aqil, Alia dan Abid bermain-main di jalan depan rumah kami

Alia tunjuk aksi manja ker tuh??

Hari Sabtu lepas tiada kemana. Pagi itu SRD ke sekolah agama Aqil untuk bayar yuran dan beli buku tulis serta kitab2 untuk Aqil. Habis dekat 100 hinggit juga. 10.30 pagi pula ke sekolah kebangsaan untuk menghantar Aqil ke kelab taekwando. Dari hari Rabu kalau tak silap, Aqil asyik sebut pasal taekwando. Layankan saja. Nampak dia begitu teruja dapat belajar..lol. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah yer Aqil.

Malam itu, sempat juga dia menunjukkan aksinya hasil dari apa yang dipelajarinya hari itu. Huhu..aku nak tergelak pun ada muahahaha. Aqil yang kurus itu menunjukkan aksinya. Tapi aku tak tunjukklah depan dia, nanti dia malu. lollollol Jangan marah yer Aqil. Ibu gurau jer.

10 comments:

  1. baba teringin nak masukkan anak dia klas taekwando...sekali anak dia jawab...Nanti win pukul baba macamana?

    ReplyDelete
  2. hihii kelakar laaaa anak nonie tuh kan...

    go aqil go.. nanti dah dpt tali pinggang black belt kaler merah info mama@auntie ajzie ok......

    ReplyDelete
  3. yuss.. free2 dtg ler rumah azi.. anak2 boleh main di park tuh.. kita2 boleh minum2........ hihihi

    ReplyDelete
  4. wah....best aar sapa jadi awek aqil kan...dah tentu rasa safety sentiasa...kan aqil kan..

    ReplyDelete
  5. nonie: hahaha macam2 jawapan dia yer, bijak betul.

    ajzie:huhu, bilalah agaknya tuh. takpe dia tgh semangat tuh, kita beri galakan saja kan ajzie.

    ajzie: boleh tu! tgklah bila2.

    kak puteri: uish! advance benar tuh, sampai dah ke awek..hihi. yus nak dia belajar tuh, supaya dia dapat disiplin kan diri, harap2 ok sikit perangai manja dia tuh.

    ReplyDelete
  6. kereta kunen tu sapa nyer? basikal ker beca ek?

    ReplyDelete
  7. maksu: kereta anak sayalah maksu. Dia bentuk kereta, tapi guna kaki jer, takde pengayuh pun. So, kalau nak gerakkan jalan pakai kakilah, bawa kereta tuh..hehe. Anak bongsu saya yg guna tuh.

    ReplyDelete
  8. Yus...anak2 akak dari dulu kalau main basikal depan umah je...takde tempat lain nak main...akak pun tak kuasa nak temankan diorang...tapi terpaksa...

    Fareez pun sibuk nak masuk kelas taekwando...

    ReplyDelete
  9. kak anie: memang malas nak teman diorang main kan, tapi kena juga, risau kalau biarkan mereka main sendiri.

    ReplyDelete
  10. tu pokok lidah naga saya panggil... nanti anak2 dia tumbuh kat tiang hijau tu dan bila dah remaja akan jatuh... sestengahnya ditangkap dk ibunya...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...