Tuesday, January 13, 2009

Home » » Perkembangan rumah...

Perkembangan rumah...

Blog,
Sebulan sekali kami menjengah ke tapak projek rumah yang kami beli ni. Semakin lama, aku rasakan semakin lambat pulak perkembangannya. Dulu aku rasakan cepat jer. Mungkin juga aku yang dah tak sabar nak duduk rumah sendiri. Tu yang rasa lambat jer masa berjalan....lol

Sebenarnya so far so good lah. Setiap kali kami pergi, memang ada perubahan. Nampak kali ini dah 80% siap kot. Tinggal jalan belum berturap, dan beberapa benda kecil-kecil pada perkiraan aku. Gambar-gambar terbaru yang sempat aku ambil semasa sessi lawatan kami ke tapak projek Ahad lepas. Aku berharap, cepatlah aku dapat kunci untuk duduk rumah baru kami ni. Masa tu, bolehlah kami mulakan projek penambahbaikkan apa2 yang patut pada rumah tu. Lain benar perasaannya bila dah ada rumah sendiri ni yer.

Kawasan hadapan rumah

Bahagian belakang dan sisi

Parking area dan dalam rumah

Parking area dan pandangan sisi dari depan.

Kalau menurut SRD, parking area nih boleh masuk sampai 6 biji kereta sekali. Aku tak pandai nak tengok, dia yg kata. Tapi memang luaslah kawasannya.

Jalan yang masih belum berturap dan rumah contoh yang benderanya masih bergantungan...mrgreen

15 comments:

  1. wow! besar kawasan, dan cantik design rumahnya :)

    tahniah!

    ReplyDelete
  2. cantiknye yus....kat maner ni? jangan lupa nanti update ye progres umah ni seterusnya leh berkongsi idea...suka tengok progress umah ni...

    ReplyDelete
  3. Mak su: terima kasih

    puteri satu: Mana lagi, BP, Johor lah. InsyaAllah..akan cuba update perkembangan terbaru rumah ni.

    ReplyDelete
  4. cantik betul kawasannya...dan design rumah pun cantik..tahniah!tahniah!

    ReplyDelete
  5. kak wan alex lacey: cantik ker kak.Hehe saya pun berkenan dgn designnya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Luas laaa kawasan depan nya.. Yus taman apa namanya yus. kalau free free nak jalan tengok2 laa.

    ReplyDelete
  7. ajzie ; Tmn Senggarang Cahaya. Bukan ajzie dah pernah jln2 tgk ker?

    ReplyDelete
  8. Dari jauh masa tuh. Sebb kami jalan2 nak tahu Parit Karjo tuh tembus mana.... hihihi, N nak tgk pekan Senggarang tuh. Tak masuk dalam kawasan pembinaan pun masa tuh.

    ReplyDelete
  9. yus, memang seronok ada rumah sendiri. sayang bila nak ditinggalkan dan duduk di rumah orang. Semi-D ok per... ni kitaorg dah terbiasa duduk rumah Semi-D kat Selayang nih, maunya balik nanti cari satu Semi-D, hehehe kalau ada rezeki. Insyaalah.

    Elok ada kawasan untuk anak-anak bermain. Arissa pun seronok duduk di sini sebab dia ada personal area untuk dia main. hehehe

    ReplyDelete
  10. memang seronok perasaan nak berpindah ke rumah baru.. saya pun tengah dalam proses nak membeli umah nie... tak sabar dah....

    ReplyDelete
  11. salam... :)

    waaa... lawa rumah yus... masuk blog mr tadi pun citer pasal rumah... teringin gak nak ada rumah sendiri...

    ReplyDelete
  12. ajzie: hehe..takpe, pas nih silalah jalan-jalan ke sana. Kalau kami dah duduk sana, leh lepak dan borak-borak sekali kan ajzie..

    desilza: waahh...azlis, tunjuklah sikit gambar rumah korang kat Selayang tuh. Dengarnya garden besar kan.

    p/s: InsyaAllah, lps habis phd nnti, mesti dpt rumah semi-D yang diidamkam. Kami doakan...

    ReplyDelete
  13. mummy rizq: saya doakan, segala proses untuk pembelian rumah tuh berjalan lancar..InsyaAllah

    sastri : Sas punya rumah nnti InsyaAllah mesti lagi cantik :)

    ReplyDelete
  14. yus~ thanx untuk entry nih. menjadi satu stepping stone & motivation buat kami untuk merancang sesuatu, yang mana kami pun tak sangka nak jadi rezeki agaknya. Thank you... jangan terperanjat ye bila tetiba kami muncul depan rumah esok!

    ReplyDelete
  15. wahh..cantikla. besar giler porch tuh,best best. kitorg plg cepat pun lg 5thn kut..:)
    macam2 leh wat dgn laman sebesar itu. huhu, tgk gambar nih tumpang berangan :P

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...