Tuesday, January 06, 2009

Home » » Hari kedua...

Hari kedua...

Hari kedua Aqil dan Alia bersekolah hari ini. Aku belum sempat tulis cerita Alia. Semalam Aqil nampak letih sekali. Pulang dari sekolah kebangsaan pukul 1.05petang, Aqil nampak gembira walaupun letih. Tapi bila aku kata, "cepat Aqil, pukul 2 nak pergi sekolah agama pulak." Terus saja mukanya muncung. Jawapan yang diberi, "Aqil penat, ada sekolah lagi ker? Sekolah agama tuh apa?" rolleyes.

Kesian anak ibu. Inilah permulaan buat Aqil. Satu permulaan untuk menjadikan Aqil lebih dewasa. Juga buat aku untuk mejadi lebih matang. Rutin aku seharian pun semakin penuh. Belum pernah sebelum ini, pukul 10.30 aku dah siap masak tengahari. Tapi untuk dua hari ini, aku berjaya melakukannya. Sebabnya, Alia masuk sekolah pukul 11.30. Jadi perlu pastikan dia tak lapar sebelum ke sekolah. Pukul 12.35 pulak Aqil dah balik sekolah (untuk Selasa hingga Khamis). Sediakan makan untuk Aqil pulak.Pukul 2 petang Aqil perlu ke sekolah agama, pukul 2.30 kena ambil Alia pula dari sekolah. Lepas tuh, pukul 3.30 Aqil pulak balik dari sekolah agama. Hmmm, sesuatu yang baru dalam rutin seharian aku. Semua itu terjadi dalam pengetahuan aku. Aku sendiri yang menguruskan mereka pada hari2 persekolahan mereka. Terfikir juga bagaimana dengan kawan2ku dan ibu2 lain yang bekerja.

Sebut pasal ibu yang bekerja nih, teringat insiden petang tadi, sewaktu aku hendak hantar Aqil ke sekolah agama. Orang gaji kepada jiran kami bertanya, "Hari ini sekolah ker? Katanya cuti." Aku pulak yang jadi kompius. Bila masa pulak sekolah cuti. Rasanya dia di tipu oleh anak jiran kami itu. Tak mahu ke sekolah agaknya dia. Dikatakan cuti. Orang gajinya yang dari seberang itu percaya saja. Sudah aku khabarkan padanya sekolah tak cuti, tapi dia kata, anak majikannya itu tak mahu salin baju. Dia bilang, cikgu kata cuti. Aku beredar saja dari situ dan hantar Aqil ke sekolah. Hmm susah juga kan bila terpaksa mengharapkan pada orang gaji untuk pastikan anak ke sekolah, bila kita keluar bekerja. Anak jiran kami itu juga sebaya dengan Aqil. Namun aku tengok dia lebih berani dan berdikari berbanding Aqil.

Satu yang baru bagi aku sendiri, perlu percaya pada Aqil yang dia boleh menyesuaikan diri di sekolah. Sering ada perasaan bimbang dalam hati aku yang mengatakan, Aqil masih tidak boleh. Kenapalah aku tak boleh buang perasaan itu. Sedangkan dia sebenarnya boleh melakukannya, sekiranya aku percaya padanya kan.

Hari ini saja, pulang dari sekolah, dia sudah sibuk mengatakan yang dia hendak masuk kelab taekwando sekolah. Aku macam tak percaya aje nak izinkan dia masuk, tapi dalam masa yang sama, aku sendiri mahu dia masuk. Yelah, supaya dia dapat belajar mendisiplinkan diri. Sebab itu aku katakan, Aqil masuk sekolah, satu yang baru juga buat aku melepaskan dia belajar berdikari dan percaya pada dia.

Aqil! Ibu tahu Aqil boleh. Doakan ibu juga BOLEH yer Aqil.


8 comments:

  1. Yus boleh....... boleh melakukan nya.

    Azi mmg dah biasa begitu. Hari Khamis dan Selasa jadual ku lagi padat.

    ReplyDelete
  2. Salam kak yus...

    Wah kak yus dah buka blog 2009 sama macam luna juga...

    Rasa macam tak percaya jer aqil dah sekolah... masa mula-mula saya baca blog kak yus dulu, tgk gambar semuanya masih kecil-kecil lagi...

    selamat menempuh pengalaman baru...

    Salam,

    Minnie

    ReplyDelete
  3. Ajzie: bila jadual padat nih seronok gak ekk, kita akan pastikan semua on time, takdelah bermalas-malasan sgt mcm selalu..hehe. Dan yus rasakan makin semangat lak berblog..huhu, sebenarnya azam baru gak, tak mahu biarkan blog bersawang..

    minnie: sebenarnya nak tukar tempalate baru supaya berwajah baru utk thn nih, tp tak nak biarkan template lama tuh terus hilang. Tuh yg create satu yg baru, dpt idea dari luna gak sebenarnya, yg kita masih boleh create blog baru dgn address lama, jd kengkawan tak hilang link blog kita. Tuh yg buat tuh...credit to Luna lah...hehe

    Terima kasih atas doanya...

    ReplyDelete
  4. minnie!! Blog utk invited reader jer ker?? Alahai, nak gak masuk!!huhu

    ReplyDelete
  5. aikkkkkk yus.. nak hapdate blog hari2 ker? yuhuuuuuuuuuuuuu. best betoi

    ReplyDelete
  6. ajzie: kalau hari2 pun apa salahnya ekk..hihi. tgklah mood kita juga, takut skrg jer, tgh seronok berblog semula, nnti pudar balik..huhu

    ReplyDelete
  7. mesti macam2 emosi ada sekarang nih kan? klu saya, mesti cam sebak2 sket tgk anak dah besar.haha~ over tak?
    takper, yus BOLEH! ;D

    ReplyDelete
  8. zakiah: hmm memang memula2 tuh bermacam2 emosinya. Masuk hari ke 3 nih dah rasa ok kot. Sebenarnya, saya pun terlebih excited anak masuk sekolah...:D

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...