Sunday, January 11, 2009

Home » » Cerita Tertungak 2008 (part 2)- Resident Desa Lagoon

Cerita Tertungak 2008 (part 2)- Resident Desa Lagoon

Blog,

Ini merupakan perkelahan pertama kami sekeluarga bersama adik beradik yang lain. Kami ke PD dan menginap di Resident Desa Lagoon pada 13-14 Disember yang lalu.. Tempat penginapannya, ala-ala chalet. Cantik, tapi tiada tempat nak masak pun. Kami sewa dua bilik. Penuh gak lah setiap bilik, sebab jumlah kami agak ramai. Antara kami ada yang bawa toto sendiri dan bantal sendiri..razz. Akulah antaranya tuh.

Walaupun hanya dua hari satu malam, seronok jugalah. Siapa yang paling seronok kalau tak anak-anak. Malamnya tu, kami berbarque di tepi kawasan tempat kami menginap tuh. Ada dua keluarga yang berbarque malam itu, tapi rasanya keluarga kami lah yang paling bising. Penghuni lain macam senyap jer malam itu. Kami saja yang terlebih agaknya. Kalau tidak tak datang lah meriah dan seronoknya..kan..kan mrgreen.

Antara gambar-gambar yang sempat aku rakamkan masa itu. ada dalam kolaj di bawah. Entah kenapa kamera aku nih macam dah tak berapa best jer..huhu. Macam nak mintak kamera baru lak...mrgreen.

Mandi-manda kita

Malamnya acara barbeque

Kenyang sungguh malam itu. Makanan yang lebih di bawa untuk sarapan keesokkan paginya

Pemandangan kawasan tempat kami menginap di waktu pagi

Mandi-manda di tepian pantai pula..

Seronok main air nih.Abid tuh, pedih mata sebenarnya tu, mata termasuk air masin..

Waahh..seronoknya! Memang seronok pun, aku sendiri dah lama tak main air macam tuh kan..

Gambar-gambar terakhir sebulum berangkat pulang

Ada ura-ura nak menjadikan acara ini sebagai acara tahunan. Family Day kami sekeluarga. Kemana destinasi seterusnya yer?..

5 comments:

  1. hai, salam kenal, terima kasih sudi follow blog cerita kosong :)

    ReplyDelete
  2. mak su: salam kenal. Terima kasih sudi kemari. Suka baca cerita kosong mak su :)

    ReplyDelete
  3. Yussssss
    sungguh comel abid bertuala......... hihihi

    BBQ uiskkkkkkk lama sungguh tak berBBQ... bila kita nak buat eikkkkkk???

    ReplyDelete
  4. ajzie:..hehe, yus pun suka gambar tuh ajzie, nampak dia cute bertuala merah..

    ha'ah kan. Sekarang nih panaslah ajzie, tambah berbahang kalau berbabeque. Kalau buat malam orait ker?..kuikuikui

    ReplyDelete
  5. malam ler yuss.. kalau siang kita berdua + aqil, alya, ammar, aliah n abid aje laaaaa gaya nyaaaaaa.. hihihii

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...