Thursday, January 29, 2009

Itu ini...apa apa ajerlah

Aku tak tahu nak letak tajuk apa. Aku nak update cerita balik kampung aku minggu lepas, tapi mood aku takde. Semalam mood tuh ada tapi pc aku ni pulak di serang virus. Virus yang di panggil "Antivirus 2009". Entah bagaimana ia boleh menyerang.

Rupanya malam Jumaat yang lalu, semasa kali terakhir pc ini di buka, SRD telah muat turun "Antivirus" itu yang kononnya akan membantu membuang segala virus atau spyware yang ada dlm pc. Tapi sebenarnya, dia sendiri adalah bapak segala virus . Virus yang memaksa untuk kita membeli produk dia mad. Ianya menyebabkan kejap-kejap keluarlah peringatan kata pc ku ini dah penuh virus. Peringatan yang ianya perlu dibuang segera. Nak buang kenalah beli Antivirus tuh. Adoii, sakit hati dibuatnya. Lepas tuh, tiba-tiba pc 'hang'. Dua tiga kali pc aku restart sendiri. Sakit hati dibuatnya. Aku cuba "uninstall" tak boleh. Nasib baik juga tetiba aku cuba google bagaimana nak buang antivirus 2009 tuh dlm pc aku dan aku jumpa laman web ini. Kiranya laman web inilah penyelamat aku. Nasib baik.

Bangun saja dari tidur pagi tadi, aku tengok jam pada hp aku, terpandang tarikh hari ini 29 Jan. Satu tarikh yang satu ketika dulu selalu aku ingat. Hingga kini pun masih aku ingat, cuma aku tak begitu teruja seperti satu waktu yang lalu.

Selepas bersarapan, tiba-tiba SRD bersuara, "Eh! Hari ni 29 Jan ekk", sambil wajahnya tersenyum memandangku. Tak ku sangka dia ingat juga. Tarikh detik persahabatan kami menjadi lebih akrab... 29 Jan 1994. Sudah 15 tahun berlalu, alhamdulillah persahabatan kami membawa kami sehingga kejinjang pelamin. Dari saat aku mengenali SRD hingga kami diijabkabulkan 7 tahun 9 bulan yang lalu, kasih sayang aku padanya tak pernah pudar sedikit pun malah berlebih-lebih lagi. Dia adalah teman, sahabat, kekasih dan suami yang paling memahami aku. Walau ada ketikanya aku merajuk, marah, sakit hati, malas atau apa juga yang aku lakukan, dia tetap cool. Huhu tiba-tiba 'jiwang karat' lak. Eh! Tapi ada gak ketikanya dia naik angin dan bila itu berlaku, aku kecut perut...hehe. Betul kan bang?

Dan kerana tarikh ini juga aku teringat pada gambar ini. Gambar pertama aku dan SRD 15 tahun yang lalu. Sewaktu masing2 belum pun 18 tahun...huhu. Nostalgia....

Waktu dan ketika di mana kami sama-sama masih slim. Dua-dua masih saiz 's' tapi sekarang seorang saiz 'L' sorang lagi 'XL'... haha. Kalau betul seperti kata Aqil, mungkin aku dan SRD masih seperti ini, tapi hakikatnya TIDAK lollol. Oh ye! Komen Alia bila dia lihat gambar ini.

Kenapa abah macam tuh? Macam Busu Ajul jer. Eh! baju samalah...

Hehe...aku senyum jer lol.

Hmm apalah yang aku merepek nih. Nantilah aku update cerita. Apa yang pasti aku nak update cerita rambut baru Abid yang telah digunting oleh abahnya mengikut gaya ala-ala "Ipin" atau mengikut kata maktoknya ala-ala "Pekan" dalam citer Batu Belah Batu Bertangkup. Tapi kena tunggu aku transfer gambar ke pc dulu...baru boleh tengok. mrgreenlol

Sehingga itu......

Salam...

Friday, January 23, 2009

Rindu....

Rindu pula rasa hati ini nak balik ke rumah emak. Huhu...Baru sebulan tak balik dah rindu. Teringat pula dulu2, 4 tahun tak balik, memang rindu giler masa tuh. Bukannya apa, bila balik rumah mak, aku rasa relax sikit. Dapatlah manja-manja dengan mak. Huhu, dah besor2 pun nak manja lagi...layankan sajerk.

Aku nak tepek gambar2 yang aku ambil di sekitar rumah bonda dan ayahanda ku ini. Dah lama dah gambar nih di ambil.
DSCN0002
Pandangan dari sisi

DSCN0001-2
pandangan dari belakang. Nih, ayah aku renovate sendiri nih. Dia menukang sendiri. Dia kata ala-ala rumah kotai..huhu

DSCN4330
Pokok kelapa kat di tepi rumah. Adalah beberapa batang. Yang pasti, sejak pokok2 kelapa nih berbuah, mak aku tak pernah beli kelapa di kedai. Dia guna kelapa nih jerlah.

DSCN4325
Mak kalau kopek sabut kelapa guna cangkul nih lah. Memang terrer mak aku menggunakannya. Aku tak pandai..hehe

DSCN4324
Lepas tuh, mulalah dia membersihkan tempurung kelapa tuh, sebelum dibelah dan dimesin. Tangan mak aku ler tuh. Masa aku ambik gambar nih, mak aku bising2 kata aku buang tebiat...haha. Takde koje kata dia..hihi

DSCN4326
Yerr itu dia kelapa dah siap dibelah..

DSCN4328
Dan mulalah mak aku memesinnya. Masa nih aku ingat, mak nak masak lemak pucuk ubi yang aku petik dari belakang rumah. Akulah yang mintak sangat nak makan pucuk ubi tuh. Kalau aku balik, mesti berebut makan dengan adik aku yang bongsu..hihi

DSCN0001
Nilah tempat aku mangambil pucuk ubi tuh...kena berhati2 juga, takut termasuk parit di belakang rumah..haha

DSCN0001-3
lagi gambar2 sekitar kawasan rumah mak dan ayah aku. Yang nih pokok di taman rumah mak. Dialah yang menjaganya. Pokok apa nih, aku tak tahu namanya.

DSCN0001-1
Keliling rumah nih memang ada beberapa batang pokok kelapa gading

DSCN0002-1
Pokok pisang pun ada

Kancil Mickey
Kereta kancil kesayangan adik aku.Bawak kete nih baik2 sikit, jangan asyik kena saman jer, kang nama aku juga yang naik. Pesanan untuk adik aku itu

DSCN4332
Kete ayah aku.Nampak muka Alia dan Abid di tingkap...

Alia dan Abid
Yeah!! Atok ayah, maktok, minggu nih kami balik tau!! Tunggu!!..

Thursday, January 22, 2009

Bicara Aqil dan Alia

Bicara Aqil

Lokasi di pasar malam. Aqil ternampak peminta sedekah yang kudung kaki sebelahnya.

Ibu kesiankan dia tuh. (Sambil matanya terus memerhatikan orang tersebut)

Pandai Aqil. Dia orang susah, takde duit nak makan. Tak boleh kerja sebab kaki dia sakit .Kan ibu selalu ingatkan Aqil, kalau melintas jalan, tengok kiri kanan. Kalau sakit kan susah macam tuh.Ibu selalu kata dengan Aqil, kalau ada duit pulak jimat, simpan. Jangan nak beli jajan jer. (aku terus berjalan)

Aqil masih memerhatikan peminta sedekah tersebut.

Dia takde duit ker ibu?

SRD turut memerhatikan Aqil.

Aqil kesian dia ker?Aqil nak tolong dia?

Aqil mengangguk.

Kalau Aqil kesian, nah Aqil bagi dia duit nih. Aku menghulurkan sedikit wang untuk Aqil dermakan kepada peminta sedekah tersebut.

Bagus Aqil. Abah bangga dengan Aqil. Kalau ada orang susah kita tolong kan.


Balik rumah, tengok rancangan Bersamamu. Aqil masih khusyuk memerhatikan rancangan itu.

Dia pun orang susah yer ibu.

Ramai orang susah Aqil. Jadi Aqil kena beringat.Bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita senang dapat makan, semua Aqil nak dapat kan. Tengok kalau susah macam tuh. Aqil kesian kan. Sebab tu ibu selalu kata, belajar betul-betul. Kalau Aqil pandai, nanti Aqil boleh dapat kerja bagus. Satu hari nanti, bila ibu dah tua, abah dah tua, Aqil pulak tolong ibu dengan abah. Untuk Aqil juga, nanti ibu dah tua, tak dapat tolong Aqil lagi. Semua Aqil kena buat sendiri tau. Jadi Aqil kenalah belajar betul-betul. Nih Aqil ibu suruh buat kerja sekolah pun malas jerk macam mana?

Oooo, kalau Aqil belajar pandai, Aqil dapat kerja bagus,nanti Aqil dapat duit banyak, nanti ibu TAK TUA...kan ibu?razz

Huhu, macam mana nak menerangkan tu? Dan alangkah bagusnya kalau aku terus awet muda..mrgreen

**************************************
Bicara Alia

Lokasi dalam bilik mandi. Aku keluarkan sabun baru untuknya

Wahhh, sabun baru ker ibu.
L...U....X...sabun.

Salah, L...U...X.."Lux".

Ooooo, L..U...X.."Labun"

lollollolGelak besar aku.

********************************************
##Updated mengenai Ammar Haziq##

Ajzie mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang turut mendoakan kesihatan anakknya. Sehingga semalam, perkembangan Ammar semakin positif. Dia dah boleh bernafas sendiri tanpa memerlukan alat bantuan lagi. Namun begitu, dia masih berada di ICU. Marilah kita terus mendoakan agar kesihatan Ammar pulih sepenuhnya.

Tuesday, January 20, 2009

Doa untuk Ammar Haziq

Kepada sahabat-sahabat blogger dan rakan-rakan yang membaca, marilah sama-sama kita berdoa agar kesihatan adik Muhammad Ammar Haziq anak kepada rakan blogger kita Ajzie pulih seperti sediakala.

Ammar masih belum stabil dan dia ditempatkan di unit ICU Hospital BP. Menurut Ajzie, semalam dia tidak sedarkan diri, dan kini dia masih ditidurkan agar keadaan darahnya stabil. Doktor masih belum dapat memastikan punca sebenar penyakitnya. Saya juga tidak dapat menahan sebak bila bercakap dengan ajzie sebentar tadi. Ibu mana yang tidak bimbang tentang kesihatan anaknya kan. Sama-samalah kita panjatkan doa supaya Ammar cepat sembuh. Aminn.

Monday, January 19, 2009

Jalan-jalan Kluang Mall + makan donut

Apa punya tajuk daa..razz

Adakah mood malas aku dah datang semula. Macam ada tanda-tanda. Berlebih-lebih lagi, aku sibuk dengan kerja-kerja rumah + takde cerita menarik . Apa-pun, inilah cerita hari minggu kami yang lepas.

Hari Sabtu lepas, Aqil sekolah. Sekolah ganti sempena cuti tahun baru cina nanti. Jadinya, siang tuh, kami duduk di rumah saja. Hmmm...sudah lama tak balik kampung. Sebulan lamanya. Belum pernah kami memerap saja di Parit Raja selama sebulan. Anak dah sekolah memang agak sukar juga nak bergerak kan.

Malam itu, aku ajak SRD ke Kluang Mall yang baru saja dibuka itu. Orang kata takdelah jauh sangat, dalam 20 minit dah sampai (saperlah orang tuh yer?). Tapi, kami nih yang tak pernah sampai ke sana, terasa perjalanan agak jauh. Bila sampai sana, terasalah juga kelainannya. Best juga, al-maklum tak pernah jalan-jalan area Kluang..huhu. Masuk Kluang Mall, takdelah apa sangat yang menarik. Tapi anak-anakku nampak donut yang berwarna-warni di kedai Big Apple....(apakebenda namanya ekk, lupa lak, al-maklum baru first time beli, biasa dunkin donuts jer), mulalah masing2 tak senang duduk. Memang semua suka donut. Belilah 6 ketul. Mak Aii!! Mahal juga rupanya 11 hinggit 50 sen. Tak puas makan. Tapi tengok aksi mereka makan memang puashati. Macam sedap bebenor. Tengoklah sendiri. Terutamanya Alia, suka benar dia..hihi

Siap menyeringai jer Alia..hahaha.

Selepas makan donut, kami pun jalan-jalan jerlah, window shopping.Nampak meriah sebab dah nak tahun baru cina nih kan. Sana sini nampak tanglung.

Lepas tuh jumpa pulak reptilia nih. Biawak ker apa ekk? Yang pasti Abid takut bebenor nampak benda alah tuh..huhu

Lama juga kami pusing-pusing tuh. Belilah sikit barang dapur di Pacific. Sampai rumah lewat jugalah.

Esoknya Ahad, takde kemana. Relax saja. Malam kot layan AJL..huhu. Teringat pada donut yang mahaiii tapi sedap tuh, petang itu aku pun buatlah donut untuk anak-anakku. Suka bukan main mereka, yelah ibu mereka nih dah lama tak buatkan donut kot. Nasib masih menjadi lagi donut aku. Berbaloilah sebab kosnya jauh lebih murah dari yang kami beli tuh kan. Rasa pun tak kurang hebatnya...hahaha. Licin!!

Donut yang kami beli

Donut yang aku buat

Baru puashati makan. Takdelah sorang seketul jer kan...razz

Wednesday, January 14, 2009

Inai di jari tangan dan kaki???

Anak dara aku yang seorang ini memang pantang duduk diam. Ada saja yang nak di kerjakan. Ni hari Isnin lepas lah ni, hasil kerja tangan dia mengerjakan lipstick aku yang tersimpan dalam handbag.



Aku pun tak pasti apa motif dia. Terkejut aku dalam lena bila saja Aqil jerit " Ibu Alia main kaler. Dia conteng-conteng".Dalam kepala otak aku, ingatkan dia conteng dinding macam selalu. Dalam mamai, sempat lagi aku bertanya, "Alia conteng kat mana tuh?". Tak perasan pun kaki dan tangan dia dah macam tuh. Aku melilau cari di segenap ruang, tidak pula aku nampak hasil kerja tangan dia yang baru." Hai, Aqil! Mananya kata Alia menconteng tadi?" Aqil seperti biasa khayal saja dengan cartoon networknya. Ku fikir takde apa-apalah kot.

Aku tengok jam dah pukul 6 petang. Macam biasalah budak-budak nih, bila pukul 6 saja masing-masing menderu keluar dari rumah. Dah tak boleh di tahan-tahan lagi. Aku kata tunggu dulu pun tak di ambil kisahnya.

Bila saja aku di luar memerhatikan mereka bermain, barulah aku perasan tangan dan kaki Alia dah berkaler-kaler.



"Eh! Alia kaler pakai apa nih? Aqil!! Tadi Aqil kata Alia main conteng-conteng, Alia conteng tangan dan kaki nih ker?"

"Ha'ah Ibu. Dia conteng tangan dia."

"Kenapa Aqil tak cakap betul-betul tadi. Alia guna apa nih?"

"Alia pakai yang dalam beg ibu tuh. Yang letak kat mulut tuh. Macam nih". (sambil menunjukkan aksi dia pakai lipstick di bibir )

Punyalah geram aku dibuatnya. Tapi aku tak terus marah. Terus melulu jer cari handbag aku. Cari-cari didalamnya, jumpalah aku lipstick aku yang seingat aku masih panjang lagi, tiba2 dah jadi kontot + senget sikit.... mad.Terus keluar melihat Alia semula. Tak jadi aku nak marah bila tengok tangan dan kakinya. Tapi, muka Alia memang dah pucat juga. Tahu dia aku macam nak marah. Terus aku capai kamera dan ambil gambar-gambar dia tuh.

"Kenapa pakai lipstick ibu kat tangan dan kaki. Alia ingat nih inai ker?"

"Ha'ah. Cantikkan ibu!"

madrolleyes Huwaaaa!!! cantik kata dia. Sabar jerlah.

Nilah budak yang perasan cantik pakai lipstick kat tangan dan kaki dia. Tuh muka pucat semacam tuh, tgk muka ibu dia masam mencuka.

Nasib tak penyek2 macam dulu2, waktu dia masih kecil. Dah pandai menggunakan dengan cara yang betullah kiranya Alia nih. Masih boleh guna lagi. Alhamdulillah...lol

Tuesday, January 13, 2009

Perkembangan rumah...

Blog,
Sebulan sekali kami menjengah ke tapak projek rumah yang kami beli ni. Semakin lama, aku rasakan semakin lambat pulak perkembangannya. Dulu aku rasakan cepat jer. Mungkin juga aku yang dah tak sabar nak duduk rumah sendiri. Tu yang rasa lambat jer masa berjalan....lol

Sebenarnya so far so good lah. Setiap kali kami pergi, memang ada perubahan. Nampak kali ini dah 80% siap kot. Tinggal jalan belum berturap, dan beberapa benda kecil-kecil pada perkiraan aku. Gambar-gambar terbaru yang sempat aku ambil semasa sessi lawatan kami ke tapak projek Ahad lepas. Aku berharap, cepatlah aku dapat kunci untuk duduk rumah baru kami ni. Masa tu, bolehlah kami mulakan projek penambahbaikkan apa2 yang patut pada rumah tu. Lain benar perasaannya bila dah ada rumah sendiri ni yer.

Kawasan hadapan rumah

Bahagian belakang dan sisi

Parking area dan dalam rumah

Parking area dan pandangan sisi dari depan.

Kalau menurut SRD, parking area nih boleh masuk sampai 6 biji kereta sekali. Aku tak pandai nak tengok, dia yg kata. Tapi memang luaslah kawasannya.

Jalan yang masih belum berturap dan rumah contoh yang benderanya masih bergantungan...mrgreen

Monday, January 12, 2009

Main-main depan rumah dan Aqil masuk kelab taekwando

Sekarang ni setiap pukul 6 petang, mulalah budak2 nih ajak keluar rumah. Masing2 sibuk nak bermain basikal di luar. Aku jer yang malas selalu tuh, sebab kereta banyak juga yang lalu-lalang. Budak2 bertiga nih pulak selalu buat derk jer bila kereta datang. Masing2 berlagak macam jalan tu rumah mereka sendiri. Kereta pulak yang terpaksa tunggu mereka beredar dengan lenggang-kangkungnya...mrgreen.

Kesian pula tengok mereka bermain di dalam rumah saja. Aku layankan jugalah kehendak mereka nih. Lagipun, aku sendiri mahu mereka penat sepenatnya supaya malam mereka akan senang tidur. Kalau tidak, selagi belum pukul 11.30 masing2 mata segar bugar. Tak tahulah dapat tenaga dari mana. Masing-masing hyperaktif. Aku yang tak larat di buatnya. Tapi lepas tuh, suruh bangun pagi liat pula.

Di bawah ni gambar yang sempat aku rakamkan hari Jumaat lepas.

Aqil, Alia dan Abid bermain-main di jalan depan rumah kami

Alia tunjuk aksi manja ker tuh??

Hari Sabtu lepas tiada kemana. Pagi itu SRD ke sekolah agama Aqil untuk bayar yuran dan beli buku tulis serta kitab2 untuk Aqil. Habis dekat 100 hinggit juga. 10.30 pagi pula ke sekolah kebangsaan untuk menghantar Aqil ke kelab taekwando. Dari hari Rabu kalau tak silap, Aqil asyik sebut pasal taekwando. Layankan saja. Nampak dia begitu teruja dapat belajar..lol. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah yer Aqil.

Malam itu, sempat juga dia menunjukkan aksinya hasil dari apa yang dipelajarinya hari itu. Huhu..aku nak tergelak pun ada muahahaha. Aqil yang kurus itu menunjukkan aksinya. Tapi aku tak tunjukklah depan dia, nanti dia malu. lollollol Jangan marah yer Aqil. Ibu gurau jer.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...